Pada minggu lepas saya sempat membuat kemaskini bagi peranti android berjenama Sony Xperia. Jika pengguna Samsung melakukan kemaskini melalui Samsung Kies, bagi pengguna Sony Ericsson & Sony Xperia boleh menggunakan Sony Mobile Companion sebagai perantara pengurus fail dan membuat kemaskini firmware terkini untuk peranti Sony.
Memaparkan catatan dengan label tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tutorial. Papar semua catatan
Khamis, 30 Januari 2014
Jumaat, 12 Julai 2013
Tutorial - Fungsi Google Autobackup dan cara mematikan fungsinya
Google Autobackup
Pernahkan berlaku dimana galeri gambar yg tidak boleh dipadam pada Galeri gambar ? Apabila dicari dengan pengurus fail seperti My Files atau ES Explorer , gambar ini tidak juga tidak ditemui pada direktori kad memori. Hal ini berlaku kerana fungsi Autobackup sedang beroperasi dan mengeskport gambar2 terakhir yg diambil oleh kamera ke ruangan simpanan awangan atau Cloud Storage.
contoh galeri album yg menunjukkan sekali
kandungan galeri di awangan Cloud
Khamis, 28 Februari 2013
Tutorial - Aplikasi AirDroid dan kegunaannya
Pengarang telah pun berkongsi maklumat dan kelebihan aplikasi AirDroid pada artikel lalu. Sekarang akan diterangkan bagaimana menggunakan AirDroid yg membolehkan anda mengawal dan mengolah kandungan SMS dan fail yg ada pada peranti secara tanpa wayar dengan pelayan (desktop /komputer) menerusi brosur pelayar Internet (Browser)
Keperluan utama
AirDroid memerlukan sambungan Wifi dan Internet
Label:
aplikasi android,
asas android,
tutorial
Rabu, 20 Februari 2013
Tutorial - Android USB Debugging & ADB
Perhatian : Utiliti ini lebih dikhususkan kepada pembangun perisian dan pembaca yg mempunyai latar belakang teknologi sains maklumat. Walaubagaimanapun anda juga digalakkan membaca sebagai cara alternatif menyelesaikan masalah remeh temeh pada Android. Tipa jika anda mencari jalan nak reset semula pattern lockscreen, sila baca keseluruhan artikel
ADB atau Android Debug Bridge ialah satu bentuk komunikasi antara sistem pelayan (komputer windows/linux) dengan peranti Android. Melalui proses ADB membolehkan peranti menerima arahan secara Command Line (arahan bertulis) menerusi sambungan USB. Bagi pengguna Windows arahan boleh dihantar dengan mengguna utiliti Command Prompt yg sedia ada
Label:
adb,
artikel,
nyahpijat USB,
tutorial,
USB debugging
Jumaat, 15 Februari 2013
Tutorial - Periksa ketulenan dengan semakan IMEI online
Ringkasan IMEI
Kod IMEI ialah singkatan kepada International Mobile Equipment Identity. Ini boleh diibaratkan sebagai kod pengenalan diri yg unik seperti manusia yg menggunakan kad pengenalan. IMEI didaftar bersama pengeluar asal mengikut model telefon, identiti pengeluar dan identiti peranti ke dalam satu pusat pangkalan data komunikasi
Apa yg boleh dibuat dengan kod IMEI ?
Adalah penting supaya disemak kod IMEI pada kotak supaya cetakannya sama dengan seperti pada belakang peranti. Ini untuk mengetahui status dan kredibiliti penjual dan supaya item yg dibeli adalah tulen. Walaubagaimanapun ini agak melecehkan kerana kadar pemalsuan jenama semakin serius dan sukar dibezakan. Oleh itu sebuah kumpulan GSM telah menyediakan database secara online mendaftarkan setiap IMEI untuk mengenalpasti adakah IMEI itu wujud & mengesahkan ketulenan.
Label:
artikel,
asas android,
tutorial
Khamis, 31 Januari 2013
Tutorial - Recovery Mode - Melakukan format secara paksa
Apakah itu Recovery Mode ?
Recovery Mode merupakan sistem 'pemulihan' yg berasingan dari struktur & sistem Android. Ia berada di bahagian ruang (partition) yg berlainan yg digunakan utk membuat proses kemaskini sistem (update ) firmware atau memadam maklumat pengguna secara format penuh (factory reset).
Bila Android Recovery perlu digunakan ?
Sekiranya sistem firmware Android mempunyai masalah, recovery boleh digunakan untuk melakukan proses update secara 'paksa' sekiranya update melalui pc tidak boleh dilaksanakan. Proses ini perlu dibuat dengan teliti dan menggunakan fail sistem yg betul mengikut model & jenama
Isnin, 21 Januari 2013
Aplikasi + Tutorial - Mendapatkan semula fail yg hilang / terpadam dengan Undelete (Bahagian 2)
Topik ini ialah susulan kepada artikel terdahulu, pengguna dinasihatkan supaya membaca & memahami dahulu sebelum meneruskan tutorial dibawah. Tidak semua fail yg hilang boleh diselamatkan ini telah dijelaskan pada post saya terdahulu;
Objektif tutorial ; Membuat imbasan dan mendapatkan fail yg hilang pada kad memori
Keperluan ; Aplikasi Undelete dengan kebenaran Root access
Objektif tutorial ; Membuat imbasan dan mendapatkan fail yg hilang pada kad memori
Keperluan ; Aplikasi Undelete dengan kebenaran Root access
Aplikasi Undelete ialah percuma dan terdapat versi berbayar. Keperluan minima ialah Android 2.1 ke atas, dengan kebenaran Root Access. Aplikasi ini masih dalam pembangunan yg mungkin mempunyai masalah bagi peranti yg terkini dengan Android 4.1 Jelly Bean.
* Kemaskini Januari 2016, lihat artikel reviu saya yang lain seperti GT Photo recovery & Undelete Image siper Easy, fungsinya lebih kurang sama
* Kemaskini Januari 2016, lihat artikel reviu saya yang lain seperti GT Photo recovery & Undelete Image siper Easy, fungsinya lebih kurang sama
Undelete for Root Users
|
Label:
akses kad Memori,
artikel,
tutorial
Isnin, 7 Januari 2013
Tutorial - Membetulkan APN untuk capaian Internet
Pernahkah anda tiba2 mengalami masalah sambungan Internet tanpa apa ikon 3G, E atau H walaupun kad sim telah dimasukkan berulang kali. Dan pada masa tersebut ikon signal ada dan penuh (full bar), tetapi tiada ikon tambahan '3G' atau 'H'. Tahukah ikon ini menunjukan Akses Data atau Mobile Data sedang digunakan. Ketiadaan ikon kecil berkemungkinan kesilapan konfigurasi network yg dikenali sebagai APN
Signal penuh tetapi Paket Data tidak aktif, APN ditutup atau tiada konfigurasi
Ikon H sebelah ikon signal menunjukkan Paket Data sedang aktif &
berhubung dengan pelayan (server) telco melalui APN
Apakah itu APN & fungsinya ?
Titik Capaian dikenali sebagai Access Point Name (APN) berperanan sebagai konfigurasi perantara yg menghubungkan peranti dengan pelayan (server) telco untuk capaian jalur lebar Internet & akses pelayan MMS. Sesetengah peranti yg mempunyai firmware terkini menyimpan database tetapan Telco seluruh dunia. APN ini berubah secara automatik mengikut telco kad sim yg dimasukkan.
Label:
artikel,
Tetapan Rangkaian,
tutorial
Isnin, 12 November 2012
Tutorial - Cara Betul Melakukan Format atau Factory Reset pada Android
Apakah Format / Factory Reset
Maksud Format bagi OS Android ialah proses pembersihan sistem OS yg membuang semua data pengguna (userdata) & fail sistem sementara (temporary file / cache). Terma Format juga dikenali sebagai Factory Reset, Clear Storage, Master Reset. Selepas arahan format dilaksanakan, OS mengosongkan kandungan memori dalaman peranti, seolah seperti baru. Data pengguna seperti SMS, Contacts, Aplikasi dan Permainan turut dipadam. Sebab itulah terma Factory Reset diguna menandakan peranti yg diformat sama seperti baru keluar kilang
Label:
artikel,
asas android,
format,
tutorial
Khamis, 1 November 2012
Tutorial - Cara mengemaskini /update firmware dengan Samsung Kies
Artikel asal di tulis dalam bahasa inggeris oleh blogger Jayce Ooi
Peranan Samsung Kies ialah sebagai perantara telefon Android dan komputer. Ini boleh diumpamakan sebagai program pengurus fail dan media peribadi. Melalui Kies pengguna boleh melihat apakah fail yg tersimpan dan bagi tujuan membuat simpanan backup dari galeri foto kamera.
Peranan Samsung Kies ialah sebagai perantara telefon Android dan komputer. Ini boleh diumpamakan sebagai program pengurus fail dan media peribadi. Melalui Kies pengguna boleh melihat apakah fail yg tersimpan dan bagi tujuan membuat simpanan backup dari galeri foto kamera.
Label:
asas android,
tutorial,
upgrade firmware
Ahad, 30 September 2012
Tutorial - Menggunakan Flash dan penjelasannya
Pengenalan
Android mempunyai kemampuan interaksi kandungan laman web seperti melayari brosur pada komputer (Google Chrome atau Mozilla Firefox). Ini termasuklah kandungan format Flash yg semakin banyak digunakan pada hiasan laman web. Bagi pengguna Android kandungan flash tidak dapat di paparkan dengan sempurna kerana aplikasi pemain flash perlu diaktifkan selepas memuat turun dalam Android masing-masing.
Walaubagaimanapun, Adobe telah menghentikan sokongan perisian ini demi meneruskan teknologi HMTL5. Pengarang berasa kecewa kerana adalah terlalu awal utk dimansuhkan, ini kerana bilangan laman web popular yg menggunakan HTML5 boleh dibilang dengan jari.
Label:
aplikasi android,
artikel,
asas android,
flash,
tutorial
Rabu, 7 Disember 2011
Info - Mengakses kad memori bagi tujuan menyalin dan memindahkan fail
Hampir setiap Android mempunyai fungsi merakam gambar atau memainkan fail multimedia. Tetapi bagaimana pula hendak memindahkan atau menyalin gambar dari kad memori ke komputer ? Topik ini adalah jawapannya.
Keperluan
1-Komputer dengan perisian Windows XP, (disyorkan Windows 7)
2-Kabel USB
3-Drivers software seperti Samsung Kies atau HTC Sync pada pengguna Honeycomb (untuk sokongan MTP , ini akan dijelaskan nanti)
Sambungkan Android ke komputer dengan kabel USB. Lihat menu notifikasi , ikon USB muncul
Keperluan
1-Komputer dengan perisian Windows XP, (disyorkan Windows 7)
2-Kabel USB
3-Drivers software seperti Samsung Kies atau HTC Sync pada pengguna Honeycomb (untuk sokongan MTP , ini akan dijelaskan nanti)
Sambungkan Android ke komputer dengan kabel USB. Lihat menu notifikasi , ikon USB muncul
Label:
akses kad Memori,
artikel,
asas android,
tutorial,
USB
Langgan:
Catatan (Atom)










