Khamis, 20 Disember 2012

Analisis - Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond (Bahagian 2)

Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond (Bahagian 2)


Mengapa perlu memilih original ?
Jika pembeli tiada pengalaman memilih dan mempunyai wang yg lebih, pilihan original lebih selamat & meyakinkan. Aksessori yg diberikan semuanya adalah yg tulen dan berkualiti dari gred tiruan dalama pasaran. Aksesori terpenting ialah unit pengecas (charger unit) yg original dan mestilah dalam keadaan terbaik supaya aktiviti mengecas dilakukan dengan selamat. Pengecas tulen juga mempunyai tahap keselamatan seperti berhenti charging secara automatik apabila penuh & kurang bahang panas semasa mengecas.

Nota; Terdapat pengecas tiruan mempunyai kebocoran statik yg menggangu fungsi skrin sentuh, contohnya; semasa mengecas skrin sentuh tidak memberi respon tetapi apabila ditutup skrin sentuh boleh digunakan semula. Sila berhati kerana ia kerap berlaku pada pengecas yg rosak atau tiruan
Ada pengeluar dan ejen  memberi bonus tambahan seperti Samsung Elite Partner (SEP). Pembelian  menerusi agen terpilih SEP boleh menambah jaminan asas 1 tahun dengan tambahan 1 tahun. Ini ialah sebagai tanda penghargaan dan memberi jaminan selesa kepada pembeli*. Walaubagaimanapun jaminan 2 tahun telah berakhir pada Januari 2012 , menjadikan tempoh jaminan kembali kepada 1 tahun.

Adapun program seumpama juga dari jenama HTC dengan khidmat mengesahkan pendaftaran online yg juga memberi tempoh jaminan tambahan. Ejen seperti SIS Distributor yg mengedarkan jenama HTC menambah 1 tahun jaminan kepada pembeli membuat pendaftaran secara online dalam masa 7 hari dari tarikh pembelian*. 

contoh tawaran dari ejen yg sah


Tetapi yg paling penting, pembelian original dapat membuat tuntutan jaminan boleh dibuat dimana2 pusat servis bertauliah diseluruh negeri di Malaysia. Terdapat juga jenama seperti Asus yg menawarkan tuntutan jaminan di cawangan seluruh dunia*. Pusat servis yg bertauliah dilengkapkan dengan aksessori dan perkakasan (spare part) tulen dengan alatan (tools) yg mencukupi, serta menggunakan khidmat juruteknik yg terlatih & dilantik pengeluar. Tapi ia bergantung dengan bekalan stok komponen kerana alat ganti tulen yg digunakan mungkin perlu dimport melalui ejen yg datang secara berkala


*bergantung & tertakluk dengan perubahan perjanjian & jenama pengeluar


Berikut antara pengedar rasmi set original di Malaysia (kemaskini 26-4-2014)
  • HTC - SIS Distribution, Brightstar, Bright Point, Zitron Cubic Platform
  • Samsung - Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd
  • Sony - Midland, Thorus, TChoice, Dynamics
  • Nokia - Zitron, Avaxx, Bright Point
  • LG - LG Malaysia, Thorus, SIS Distribution, Bright Point
Jangan lupa perhatikan nama syarikat ini pada sticker kotak yg dibeli sebelum membayar!


Persediaan sebelum membeli set AP berjenama
Tidak semua pembeli mampu membayar pada harga set original. Apa yg pembeli mahukan ialah murah dan berkualiti. Pembeli yg mempunyai pengetahuan gajet terkini, sudah tentu  berani dan tahu memilih yg mana berjenama & yg palsu. Sebab itulah perlunya membuat selidik dan kajian lanjut mengenai produk. Tambah pengetahuan  dengan bacaan reviu dan berita produk melalui reviu professional di youtube. 

Pembeli perlu membaca ciri spesifikasi dan maklumat produk yg ingin dibeli untuk mengelakkan ditelan hidup2. Pastikan penjual tahu maklumat nama syarikat AP atau ejen yg boleh dirujuk untuk tuntutan jaminan. Dapatkan maklumat nama/syarikat ejen dan  cara dan lokasi tuntutan jaminan sebelum membuat keputusan akhir untuk membeli.

kenal pasti tempat tuntutan jaminan


Buat perbandingan harga 
Beli kepada penjual yg mempunyai premis ruang sewaan kedai yg telah lama dibuka dari membeli gerai kecil yg boleh ditutup pada bila2 masa. Dapatkan harga serta aksesori yg diberi serta  pantau di beberapa kedai lain untuk perbandingan harga (dari model yg sama). Amat mudah untuk membeli set AP memandangkan hampir semua kedai menjual model AP berjenama dengan harga yg murah. 

biar bayar lebih sedikit dengan aksesori yg cukup


Walaubagaimanapun, nisbah telefon tiruan, palsu, replica & look alike semakin meningkat sejak lambakan telefon murah dari China. Produk ini telah berselindung disebalik nama AP menyebabkan  ramai pembeli yg tertipu membeli AP palsu. Untuk mengenali produk palsu, semak artikel pengarang terdahulu atau menerusi link dibawah.

Rupa AP tiruan yg hampir sama... hehe


Sumber

Bahagian 3 - Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond


75 ulasan:

  1. kalau sony xperia dari pengedar DYNAMICS distribution sdn bhd ni set Original ke set AP?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dynamics distribution sdb ialah pengedar set ori/tulen

      Padam
  2. saya nak kepastian yang lebih jelas la.. harap dapat bantu..
    SONY punya keluaran Dyanmic, Thorus, Midland dan Ori Sony Malaysia.. semuaa ni ori ke? atau ada AP antara salah satu ni..?
    sbb terdapat perbezaan harga pada kesemua jenis set ini.. harap dapat bantu saya yang kurang ilmu ini.. terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, semuanya pembekal tulen/ ori, lain harga mungkin sebab tempahan banyak, dapat murah sikit, tanya juga penjual tu samada tuntutan warranti dibuat dikedai atau pada mana Sony service center,

      Padam
  3. mcm mane nak beza note2 yg original atau yg tiruan yer??

    BalasPadam
  4. Sye mnggunakn smsung galaxy ace plus,smase sye cas fon sye bru 5 mnit dh pnas..adakah ia ori...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejak baru beli ke macam ni? Panas sangat ke suam2 kuku?

      Padam
    2. Bru beli dh macam tu..bila nk cas sampai penuh mmg panas..

      Padam
    3. elok dibawa ke service center, tak normal kalau panas sangat

      Padam
  5. saya newbie..saya nk tny sdikit psal samsung s3 dari taiwan..tokey kedai tu kata copyright dari yang original..
    boleh terangkan apa perbezaannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. semak artikel lama saya ada ulas berkenaan S3 ori & palsu

      Padam
  6. saya curious about pengedar yg sah...sy pengguna sony n kt bateri...ada sticker sony ericson n at body of phone...de sticker "nanyang" which stated varranty void if seal broken..as well as no siri imei sama...so makna nya...hp nie original kn??

    BalasPadam
  7. so kalau rosak kn hantar ke tempat beli ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. jawapan ada dalam bahagian 3

      Padam
    2. ok...thank you n sorry byk sgt soalan

      Padam
  8. sy bru bli sony xperia acro s,,mcm mne nk thu ori kew ap atua tiruan?

    BalasPadam
  9. Sy bru bli s advanve tp bile nk letak smiley dkt msj ade gmbr android smiley adkh ia ori .....

    BalasPadam
    Balasan
    1. smiley hijau tu adalah normal semasa mengguna messaging seperti Gtalk

      Padam
  10. sy ade membeli galaxy s plus ap. Tapi bila tgk balik imei di kotak tk sama dgn di phone. Di body phone ade pelekat WC. Adkh ni ap tiruan atau ap yang dh di-recons?

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat semakan spesifikasi sistem, cuba buat sambungan Kies, kalau Kies boleh detect model tu , bermakna AP berjenama/ original,

      Padam
  11. saya ade membeli satu phones samsung s plus yg ap. Setelah diteliti no imei pd hp tksama spti di kotak. Pada body juga terdapat sticker WC. Adakah ia buatan china? Ataupun hp yg direcons. Bila cek about phones tu imei sv adalah 01. Apakah maksudnya?

    BalasPadam
  12. salam..saya pon baru beli smartphone samsung..tp tak tau ap ke ori...sbb no imei *#06# lain dgn kt sticker belakang bateri..tp saya dah check dua2 no imei yg dial di http://www.imei.info/ dan no imei sticker kt belakang bateri di http://imei-number.com/imei-number-lookup/...kedua-dua no imei tersebut menunjukkan model phone sy yg betul samsung galaxy s plus...imei validation utk dua2 no imei pon valid...http://imei-number.com/imei-number-lookup/
    imei number yg ke-7 n 8 adalah 04...
    tp smartphone saya sama dgn Tanpa Nama..ada sticker WC pada body ...
    ape maknanye??
    adakah samsung galaxy s plus saya AP original?sy kurang pasti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika sah no imei, ia adalah unit AP, buat semakan spesifikasi dengan antutu benchmark,

      Padam
  13. terima kasih sbb bls..
    tp knp dua2 no imei tu x sama dr yg ke-9 hingga ke-15...tp no yg 1 hingga ke-8 sama
    tp dua2 no imei tu sah tunjukkn model hp sy...
    dan dpt detect model hp sy kt samsung kies..
    maknanya hp sy AP original la kn...
    antutu benchmark leh download kt google play kn..
    tp antutu benchmark utk check pe ea???
    sy tak faham sngt bila baca overview antutu enchmark ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika boleh disambunga dengan Kies, tiada apa yg perlu dirungsingkan, utk faham kepentingan benchmark tool macam Antutu ni lihat artikel saya Quadrant Standard

      Padam
  14. Salam semua, 3 minggu lepas saya ada membeli sony xperia go di the mines, masalahnya adakah xperia saya ori atau ap jika temui steker windmobile dibelakang phone saya, yg ori steker mcm mana? Dan adakah semua Xperia mempunyai warranty card? Sbb Xperia saya tiada kad, hanya resit sahaja... Perlukan bantuan segera

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanya penjual tu kalao rosak boleh klaim di Sony centre, kalo boleh ia set ori

      Padam
  15. Nak tanya kalau underwater set boleh disemak imei nye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tahu no imeinya boleh saja cuba semak, (lihat artikal saya berkenaan imei

      Padam
  16. nak tanya..kalau samsung note 8.0 klon, ok x??..klon tu sama dgn AP x??

    BalasPadam
    Balasan
    1. baca artikel saya berkenaan tablet china, tepuk dada tanya selera

      Padam
  17. KALU YANG KLON KOREA OK TAK

    BalasPadam
    Balasan
    1. soalannya ni tandanya tak baca apa yg disampaikan, baca dulu

      Padam
  18. Hp ori akan minta kita update firmwarenya selepas beli, hp AP dan klon tidak. Nak selamat, beli daripada pengedar yang sah, jangan beli dari kedai yg menjual pelbagai hp, pengedar sah seperti Nokia Authorised Distributor : AVAXX , ZITRON, BRIGHT POINT. Sony Authorised Distributor : DYNAMICS, MIDLAND, THORUS. amsung Authorised Distributor : SAMSUNG MALAYSIA ELECTRONIC. LG Authorised Distributor : LG MALAYSIA , THORUS, SIS, BRIGHT POINT. HTC Authorised Distributor : SIS DISTRIBUTION, BRIGHTSTAR, BRIGHTPOINT, ZITRON.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih dgn maklumat yg berguna ni, nanti saya updatekan kandungan sekali , :-)

      Padam
  19. sya nak beli hp asus zenfone 6 tapi ada yang mengatakan hp asus zenfone 6 yang ada sticker intel inside di belakang cover hp bukan hp ori tp hp AP...tlg jelaskan...tq...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zenfone ori import sama saja dengan ori tempatan, dua2 dengan CPU intel atom, berkenaan sticker saya tak ikut sangat model Asus ni sebab reputasi yg sangat buruk

      tapi lihat artikel mengenal pasti artikel set ori vs ap yg saya post terdahulu

      maaf lambat respon, tak perasan mesej ni

      Padam
  20. kenapa reputasi asus sgt buruk? baru bkira2 nak bli asus z5

    BalasPadam
    Balasan
    1. pusat servis Lowyat tak sepadan/ tally rekod dengan pusat servis, telefon sana kata lain, sini kata lain,

      pengalaman saya dengan Asus Nexus 7
      pakai 2 minggu rosak speaker, bila servis ditahan 3 bulan ? ini tidak patut

      Padam
  21. Chipset intel, qualcomm dan amd yg mana lebih bagus & b'kualiti? mohon pencerahan... terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Qualcomm,
      sebab kadar kompatibiti aplikasi & games , prestasi seimbang & tahap penggunaan kuasa bateri stabil,

      Padam
  22. As salam...
    Bercerita mengenai asus ni.. Sya ada pengalaman terbaru dgn salah 1produknya iaitu asus zenfone 6..
    Bermula dgn sya beli tel tu pada 13.10.20.14 dan menggunakan nya tepat sebulan dari tarikh sya beli tel tu.. Lalu tel tu x dpat detect sim card.. Haha bengang jugak lah tetiba jadi mcm tu.. Pergi kdai tempat sya beli tu untuk claim warranty.. Penjual tu ckap tel rosak dan perlu hantar ke asus dealer..
    Penjual tu ckap dlm 2_3minggu siap dibaiki lah..
    Tel siap di baiki pada 6.12.2014..Perasaan happy je waktu gi ambik tel asus tu.. Kemudian mimpi ngeri bermula apabila sya memasukan sim card... Dan hasilnya masalah yg samaaa... Sim x detect.. Dah mula sumpah seranah.. Rasa mcm nk hempuk je tel asus tu.. Fikir balik rugi la plak beli guna duit.. Bukan guna daun. Hihihi
    Dek sakit hati + marah sya gi balik kdai tel tu..
    Penjual tu ckap kena hantar balik 1 minggu.. Sya apa lagi bising lerr mcm murai dah...
    Sya minta gantikan yg baru..sya dah x mao yg lama tu... Ada ka si Penjual minta sya tambah duit kalo nk tukar tel baru.. wtf..
    Bincang punya bincang last skali dia sanggup gantikan yg baru.. Dan tel tu akan sampai hari selasa Nanti.. walaupun puas hati dpat tukar baru... Tapi dah tawar hati product asus ni
    ... Hahahaha tu la pengalaman hujung tahun ni.. Teima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam,
      Asus ni kawalan kualiti ni agak lemah bagi model yg murah, Nexus 7 sendiri ade kecacatan pengeluaran (manuf defects), dan mereka terus menjual umpana jual proton dengan masalah power window. ie komponen yg cacat terus digunakan sejak dalam kilang lagi, kerana alasan mereka boleh servis semula lepas beli,

      mungkin ada yug berpuas hati, tapi statistik pulangan unit Asus agak tinggi

      Padam
  23. Nak tanya.. mcm mn na nak tau sony xperia Z3 ori atau x. Mohon pencerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. melalui kad jaminan, pengedar lihat kemaskini 26-4-2014

      Padam
    2. Cek imei,klo tu nombor keluar,maknanya orilah,klo tak klua,mknany palsulah,tu jerr yg saye tau

      Padam
    3. tapi kalau imei dicuri di guna pada klon juga susah nak dicam

      Padam
  24. grand prime sy tkde 4G ... ap ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. gelombang 4G Malaysia berlainan mengikut telco, pastikan sim kad tu sokong gelombang ikut telco Malaysia

      Padam
  25. Saya nak beli asus zf 6 tp setakat arini yg sy jumoa kebanyakan AP set dgn harga sekitar 699-750...sy xtgok lg compny spt dinyatakan...tp klu AP set ni ok x???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan beli unit AP dikedai yg tidak popular, nanti bertambah susah nak tuntut waranti,

      Padam
  26. trime kasih krn artikel sgt mmbantu..sye bru je 2bulan mggunakan zenfone 6..so far tiada masalah yg sya hadapi..cume..cepat benor abih bateri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Data internet dan faktor kejelasan brightness adalah faktor utama bateri, lihat artikel saya berkenaan penjimatan bateri

      Padam
  27. sya baru beli lenovo s920,harga rm 460...check emei angka ke 7 dan 8 adalah 02...emei serupa diblakang dkat bateri...check *#0*# dan *#1234# kedua-duanya menunjukkan tiada kesinambungan dan MMI tidak sah...warranty hndpon 1 tahun,accesories 3 bulan,kotak hndpon dan buku manual semua dlm tulisan cina,dalam hndpn tu pun ada beberapa tulisan cina...tapi penjual kata lau rosak boleh bawa pigi service center...jadi ini ori ke ap berjenama ke atau ap klon?? mohon balas segera kerana nak tukar pigi asus zenfone 5 yang ori....

    BalasPadam
    Balasan
    1. selagi penjual bagitau boleh dihantar ke pusat servis Asus maknanya ia set original yg mungkin utk pasaran China

      polisi Asus ialah "international warranty" boleh dituntut jaminan walaupun dibeli dari China

      Padam
  28. Balasan
    1. Snapdragon ialah sejenis keluarga CPU peranti yg dikeluarkan oleh Qualcomm

      Padam
  29. mcm mana nk tau lenovo k3 note ori atau x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. semak nama pengedar jualan
      http://shopap.lenovo.com/my/en/ap/partner/bplocator/

      Padam
  30. Apakah nama pengedar yang sah dari Asus?Dan kalau ada logo SIRIM di kotak bermakna original ke tak?Minta Penjelasan...Terima kasih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ECS, Servex, Dynamics, jika ada logo SIRIM biasanya asli, baca semula artikel diatas

      Padam
  31. Ok...Terima Kasih di atas penjelasan...saya tengok di kotak hp saya ada logo SIRIM dan logo Ecs Astar sdn. bhd. bermakna ori lah?

    BalasPadam
  32. salam..saya pnguna asus zf5,tp disbabkan masalah budjet sy telah mmbeli ap set,skarang sy tngah mencari cara bagaimana nak upgrade dr kitkat ke lolilpop..boleh bntu x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, upgrade ni bergantung dengan sokongan syarikat atau kekuatan jenama tersebut, biasanya yg mahal2 je panjang sokongan kemaskininya

      Padam
  33. hi guys, i nak tanya sikit..
    sparepart iphone klon dengan original sama tak agaknya?
    sebab i just ambil skru & shield plate tu saja pada iphone klon
    sebab i punya skru & shield pada iphone i hilang, tak dapat nak hantar mac city sebab set tak complete..
    pls help me

    BalasPadam
  34. Salam. Saya nak tanye kalo no. Imei 07 tu ori ke tak? Saya baru beli henpon asus zenfone c dan sy nk tahu adakah ia ori atau tak sbb fon ni asyik panas je bila aaya guna. Bila sy main sambil cas makin panas henpon ni.. tapi kalo x cas henpon ni x berapa panas, suam je. Adakah fon ni ori atau tak? Saya musykil. Tapi sy jugak beli fon ni kat kedai yg jual mcm2 jenis fon ade. Tapi sy jugak ade dpt warranty card. Adakah ia ori atau tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang telefon panas semasa digunakan, faktor utamanya ialah kekurangan aliran haba atau chipset panas pada model, laa kenapa tak tanya AP ke Ori sebelum beli ?

      Padam
  35. Salam. Adakah ap set dan ori ni hardware dia sama? Contoh skrin lcd zenfone 6. Terima kasih.

    BalasPadam