Khamis, 22 Mac 2012

Kriteria membeli telefon bimbit Android yang baik



Kriteria membeli telefon bimbit Android
Pergi membeli telefon mudah alih sangat mudah tetapi nak memilih memerlukan masa & perancangan yang betul. Ada pembeli sedar kesilapan memilih model berlaku selepas pembayaran setelah melihat model lain yang mungkin lebih menarik. Saya ringkaskan apakah kriteria yang penting untuk memilih telefon Android yang sesuai dan menarik Membeli telefon tak macam membeli nasi lemak yang boleh kita beli dengan mudah. Membelinya umpama pelaburan agak panjang :)



Model Pengeluar
Belilah pengeluar yang rajin memberi sokongan perisian yang baik atau yang berpengalaman dalam produk Android. Buat analisa spesikasi dan perbandingan dengan harga yg sepadan dengan bajet. Soal pilihan model agak subjektif, tunggu nanti saya akan bincangkan



Aplikasi - Go SMS - Bahagian 1

Go SMS merupakan program pengurus SMS dengan pelbagai fungsi untuk menghantar sms secara offline luar talian atau dalam talian online. Antaramuka lebih kurang sama saja dengan program mesej asal yg ada pada pada android.

      Topik ini akan menerangkan
  1. Aplikasi menggunakan Go SMS
  2. Membuat simpanan backup dengan Go SMS

Pada ruang utama Go SMS menunjukkan senarai nama penerima dengan mesej terakhir. Mohon maaf gambar ini di sensor :P,