Khamis, 22 Mac 2012

Aplikasi - Go SMS - Bahagian 1

Go SMS merupakan program pengurus SMS dengan pelbagai fungsi untuk menghantar sms secara offline luar talian atau dalam talian online. Antaramuka lebih kurang sama saja dengan program mesej asal yg ada pada pada android.

      Topik ini akan menerangkan
  1. Aplikasi menggunakan Go SMS
  2. Membuat simpanan backup dengan Go SMS

Pada ruang utama Go SMS menunjukkan senarai nama penerima dengan mesej terakhir. Mohon maaf gambar ini di sensor :P,





Jika nama penerima dipilih, mesej akan dipaparkan secara dialog. Mesej paling lama akan disusun paling atas dan mesej terbaru disusun dibawah.

Sususan ikon dibawah send sms ialah
| Smiley | Voice | Go Share | Go Doodle | MMS |
Antara fungsi menarik Go SMS ialah pintasan atau shortcut emoticon yang banyak dan menarik. Walaubagaimanapun penerima mesej perlu menggunakan juga aplikasi ini untuk melihat emoticons secara langsung. Jika ia dibuka dengan program sms asal mungkin teks aneh pula yg kelihatan seperti [_\-/_] ...

Aplikasi ini mempunyai kemudahan backup atau menyimpan sms. Untuk menggunakan kemudahan ini keluar ke menu utama (senarai nama) tekan Menu pilih butang yg kelihatan seperti keypad , SMS B&R. Pilih butang Backup



Mesej ini disimpan didalam satu fail pada direktori Go SMS. Nama fail backup bersiri "smsbackup_xxx.dat" fail ini boleh disimpan dan dipindahkan ke komputer atau ke android yg lain (sekiranya bertukar peranti Android lain). Dan selepas membuat backup simpan fail "smsbackup_xxx.dat" kedalam pc bagi tujuan peningkatan/ upgrade rom atau bila2 masa yg diperlukan. Pengguna boleh menyalin juga folder GOSMS  sekaligus untuk 'memudahkan cerita'


Tapi bilakah restore diperlukan ?
  • Android hang/ terpaksa format  > Install semula Go SMS > SMS B&R > Restore
  • Bertukar versi OS/ upgrade Android 
  • Migrasi ke Android baru dgn sambungan mesej sama > salin folder Go SMS pada Android terbaru
Selagi folder GoSMS tersimpan & backup di buat secara manual atau automatik, mesej boleh di"restore"kan semula. Sesetengah android hanya menyimpan backup pada memory dalaman, pastikan fail ini di salin ke dalam kad memori sebelum melakukan format



6 ulasan:

  1. di mana kita hendak tau tmpat go sms dalam tablet???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Go SMS perlu dimuat turun secara manual dari playstore, ini ialah program pihak ketiga (3rd party apps)

      Padam
  2. kenapa sms saya tak boleh back up ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dah lama tak gunakan go sms sebab fungsi backup sms ada yg versi premium/ berbayar,

      syor gunakan SMS Backup Restore

      Padam
  3. salam/hi, kalau kita guna cara lama dgn export sms ke dlm phone je boleh ke? sy x dload la Go SMS ni... phone storage prob

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je backup dengan aplikasi lain , sekarang ni ada SMS Backup & Restore, tapi kalau backup ke memori dalaman jangan format sebab ia padam semuanya, oleh itu backup file tu mesti disalin keluar atau diupload secara Cloud

      Padam