Jumaat, 15 Februari 2013

Tutorial - Periksa ketulenan dengan semakan IMEI online

Ringkasan IMEI
Kod IMEI ialah singkatan kepada International Mobile Equipment Identity. Ini boleh diibaratkan sebagai kod pengenalan diri yg unik seperti manusia yg menggunakan kad pengenalan. IMEI didaftar bersama pengeluar asal mengikut model telefon, identiti pengeluar dan identiti peranti ke dalam satu pusat pangkalan data komunikasi 



Apa yg boleh dibuat dengan kod IMEI ? 
Adalah penting supaya disemak kod IMEI pada kotak supaya cetakannya sama dengan seperti pada belakang peranti. Ini untuk mengetahui status dan kredibiliti penjual dan supaya item yg dibeli adalah tulen. Walaubagaimanapun ini agak melecehkan kerana kadar pemalsuan jenama semakin serius dan sukar dibezakan. Oleh itu sebuah kumpulan GSM telah menyediakan database secara online mendaftarkan setiap IMEI untuk mengenalpasti adakah IMEI itu wujud & mengesahkan ketulenan.


Periksa IMEI secara online
Mula2 dapatkan maklumat kod IMEI dengan menggunakan Dialer atau pendail Android. 

1.Buka Dialer (Call)
tekan nombor berikut

*#06#  

2. Salinkan no berikut atau gunakan kamera jika malas menyalin =P

3. Buka pelayar Internet , masukkan alamat web berikut

4. Tekan butang CHECK untuk melihat kebenaran.

Model dan spesifikasi telefon disenarai beserta gambar . Sekiranya IMEI yg masukkan tidak keluar cuba lagi. Keputusan Invalid IMEI menunjukkan peranti anda berkemungkinan tidak asli atau tidak sah.  Peranti yg dikeluarkan adalah tidak didaftarkan atau telah mengalami pengubahan komponen yg menyebabkan IMEI tidak diterima oleh pihak pendaftar GSM 

Pengarang sempat mencuba telefon antik model HTC HD2, no IMEI telah dikaburkan untuk keselamatan

waah ... IMEI ni mengandungi nombor keramat !


HTC HD2 pengarang sememangnya original, telefon anda bagaimana?

Langkah ini sangat berguna kepada pembeli yg mahu membeli secara online, ada penjual yg sanggup memberi kod IMEI kepada pembeli yg berminat sebagai menyakinkan pembeli. Ada pula yg enggan kerana risiko kecurian IMEI (jarang berlaku) atau sengaja mengelakkan model palsu dikesan. Ini bergantung pada budi bicara antara pembeli dan penjual. 

Semak sebelum pulang !
Bagi yg membeli dikedai sila semak IMEI pada mana2 wifi berdekatan sebelum pulang kerumah. Jika anda mempunyai masa ambil gambar IMEI sebelum membuat bayaran. Biarlah bersusah sedikit kerana bukannya murah untuk membeli peranti yg diidamkan. 

Selamat mencuba ! 

Kemaskini pada 28-03-2013
Terdapat beberapa bacaan imei.info yg salah, berkemungkinan maklumat database imei.info hanya meliputi telefon tidak termasuk tablet. Anda boleh membuat semakan laman alternatif dari laman berikut
*link sumbangan  pembaca "si Zhal"  - terima kasih


Kemaskini pada 07-03-2013
http://www.imeidetective.com
*semak jika peranti hilang, blacklist/ dicuri



Bacaan tambahan
  • http://amanz.my/2012/12/apakah-itu-imei/
  • http://en.wikipedia.org/wiki/International_Mobile_Station_Equipment_Identity


158 ulasan:

  1. betul ke no ke 7 & 8 tu menunjukkan asal phone tu di buat. 03, 04, 05 tu drp mana ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf soalan tidak jelas, bahagian perenggan mana yg merujuk no 7 & 8 ?

      Padam
    2. Klu no yg ke 7 & 8 tu menunjukkan 05 mcm mne?

      Padam
    3. maaf, yg tu saya tak pasti, artikel ni bertujuan nak ketahui sama ia ori atau tidak, bukan asal usul peranti

      Padam
    4. nak tanya set telco sama x macam fon orang beli bayar ansuran

      Padam
  2. Otai..Sy mnggunakan samsung ace plus, tapi selepas sy mmbuat pemeriksaan emei di website emei info tu, hasilnya keluar nokia 2760 pulak..apa maksudny?..adakah hndpnd yg sy gunakan ni palsu?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm ramai benar semakan smartphone dari samsung keluar model nokia pulak, apakah Samsung menggunakan semula imei (recycle) ? saya pun tidak berapa pasti, beli di kedai biasa ke bersama pakej telco?

      tapi no imei tidak boleh sama, atau diguna semula, kodnya berbeza2 seperti pengenalan diri.

      Padam
    2. Sy bei di kedai hndpnd biase. tapi , menurut pandangan kasar sy, hndpnd yg sy beli tu sprti ori, sebabny ada logo waranty samsung dan alamat pengedar (samsung) pd kotakny..imei di kotak tu pun sma dgn ada di hndpnd..

      hmm..jadi langkah seterusnya utk pastikan ori ke x dgn install aplikasi 'Quadrant Standart' tu ke?..

      Padam
    3. Quadrant Standard pun boleh juga, postkan screenshot Quadrant tu pada subForum yg disediakan (berjela2 pula nesting post kat sini), nanti sama2 kita teliti ori ke tidak =)

      Padam
    4. Terima kasih..nnti sy post kn..terima kasih krn sudi mmbantu.. =)

      Padam
  3. Salam bro..

    thanx for ur info.. hehe my samsung mobile ori..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah,
      lega kan rasanya bila tau memang ori =)

      Padam
  4. Yeah, nset murah aku ori.. Xperia Mini ST15i..yeahh

    BalasPadam
  5. Ada member nk jual Galaxy S3 dia. check imei sekali dia kasi 2 imei number? kenapa ade 2 imei number?tapi check kat website dua2 result show S3.boleh xplain kenape bole ade 2 imei number?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada pengeluar tiruan yg menggunakan imei yg sama dengan mencuri IMEI dari model original (sebab itu no IMEI tidak boleh didedahkan secara terbuka). Hanya satu IMEI untuk satu peranti sahaja, jika ada lebih dari satu IMEI itu tidak lagi meyakinkan dan perlu dijauhi.

      Padam
    2. Tq bro..moga Allah murahkan rezeki anda

      Padam
    3. sama2,
      tambahan maklumat jika IMEI di ambil dari produk asal (tulen), ditiru dan disalin ke model tiruan akan boleh mencapai beribu2 unit,
      bila dah terlalu banyak IMEI yg sama aktif pada satu masa, ia akan disenaraikan hitam

      Padam
  6. Salam Bro link utk Imei.info tu xleh masuk la..sy gune yg ni (http://imei-number.com/imei-number-lookup/) boleh kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dah cuba laman tu boleh juga semak kod imei , terima kasih

      Padam
    2. saya dah cuba http://imei-number.com/imei-number-lookup . tapi hanya benarkan 2 kali IMEI lookup sahaja.. tadi kat SenQ dah nak bayar Galaxy Note 10.1, tapi lepas semak via imei.info keluar brand nokia terus tak jadi beli..

      Padam
    3. cuba pada link alternatif,

      imei.info tu mungkin untuk telefon sahaja,

      Padam
  7. salam bro, hasil semakan IMEI ke atas samsung note adik sy mlm tadi, Issuer by BABT (British Approvals Board of Telecommunications), Manufacturer by SAMSUNG KOREA..BABT tu ok ke bro?

    BalasPadam
    Balasan
    1. BABT memang terlibat dengan database pendaftaran imei, selagi carian tu menunjukkan model asal ia mungkin tiada masalah,

      Padam
  8. terima kasih dengan info ni..baru semak 2hp dan memang keluar maklumat yang betul..

    BalasPadam
  9. Thank 4 the info n sy dh buat..alhamdulillah hp sy ori..boleh sy share artikel ini di FB sy? terima kasih :)

    BalasPadam
  10. terima kasih :)

    BalasPadam
  11. salam.. saya guna Samsung tab.. dah saya cek keluar plak Samsung galaxy s..tiru lagi kot.

    BalasPadam
  12. hahahaha....aku beli set ap xperia sola..last2 kuar nokia.....
    tp ok lah...boleh unlock bootloader...huhuhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya ap berjenama menggunakan imei yg unik, pelik jugak tu

      Padam
  13. Salam bro... Knapa sya cek note sya ni tp yh kuar model sony???? Adakah note sy ori atau x..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba buat semakan altnernatif di;
      http://imei-number.com/imei-number-lookup atau
      http://www.imeidetective.com/english

      Padam
  14. saya pun ada kuar ori gak.. ada gak under water ori.. nasib baik dpt yg ori..thanks boss

    BalasPadam
    Balasan
    1. under water ori ni mungkin set ori yg dibawa masuk tanpa surat AP,

      Padam
  15. tumpang tanya, sesetengah hp samsung ada sticker kecil 'samsung' di tampal di phone, tapi sy punya tak ada, kenapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmmm, yg sticker tu mesti ada pada set origininal, jika bukan set original ia mungkin tak ditampal

      Padam
  16. http://imei-number.com/imei-number-lookup

    sdh check da hp note II sya ori terima kasih bnyk2 dpt check hp ori atau tak ^^

    BalasPadam
  17. salam... bang ... hp sy samsung tab 2 tp bli cek kluar samsung E250.. sy bli ap set... kire mcm maner yer.. ori ker...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya rasa semakan ni untuk telefon mudah alih, cuba link alternatif pada perenggan bawah sekali

      Padam
  18. ok.noted.. tq bang...

    BalasPadam
  19. Saya baru saja membeli samsung galaxy note 2.bila check emei naik pulak enset jenama nokia.tapi dari spec enset hingga ke pennya kelihatan asli.ada fungsi airview dan lain2.mintak en tlg jelaskan

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa beli tu dimana ?
      cuba check imei kelaman alternatif yg ada di perenggan bawah sekali

      Padam
  20. Beli di plaza alam central.sy dah check di quadron standart dan antutu.semuanya sama dengn spec.kecuali cpu dan memory.cpunya smdk4x12 quad core 1.6ghz armv7 high speed.yg peliknya sy pg ke store samsung yg betul kbtln ada buka booth d aeon.sy tanya dia dan ktanya semua ori.s pen sy berfungsi dgn baik ada fungsi air view dan shortcut.fungsi phone jg smooth dr touch screen dan sebagainya.mmg nampak ori.jd bgaimana ya.1.9k rm sy byr.tkt tertipu.tlg ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. cpu smdk4x12 tu memang betul, periksa kad jaminan ada tak yg merujuk logo SME ? kadang2 hasil report imei ni tak berapa tepat, tapi tidak perlulah percaya bulat2 dengan keputusan,

      Padam
  21. 019-5441146•ni no contact sy.harap en pm sy email ataupun tel. no.bleh sy hantar no result penuh quadran dan antutu sy

    BalasPadam
    Balasan
    1. imei & quadrant boleh diuploadke ruang sub forum,

      Padam
  22. Imei sy dah cek yg perenggan last sekali.ok semua.dah betul gs note 2.skrg yg tggal processornya sahaja

    BalasPadam
  23. IMEI ANALYSIS
    IMEI number: 352315051009888
    IMEI checksum: Check digit 8 is INCORRECT – FAULT
    Type Allocation Code (TAC): 35231505
    Serial number: 100988
    Check digit: 8
    Issuer: BABT (British Approvals Board of Telecommunications)

    DEVICE INFO
    Brand: SAMSUNG

    Model: GT-I9300
    Manufacturer: SAMSUNG KOREA
    Device type: PHONE
    Additional info: GALAXY S3

    DEVICE SPECS
    GPS: YES, WITH A-GPS SUPPORT AND GLONASS
    Browser: HTML, ADOBE FLASH
    Operating system: ANDROID OS, V4.0.4 (ICE CREAM SANDWICH)
    Camera: 8 MP, 3264X2448 PIXELS, AUTOFOCUS, LED FLASH
    DATA|NFC: YES
    Bluetooth: YES, V4.0 WITH A2DP, EDR
    WLAN: WI-FI 802.11 A/B/G/N, DLNA, WI-FI DIRECT, WI-FI HOTSPOT
    EDGE: CLASS 12
    saya pakai NOTE II,, tapi check emei,,kluar S3 punyer imei,,,camner tu..?

    GPRS: CLASS 12 (4+1/3+2/2+3/1+4 SLOTS), 32 – 48 KBPS
    Internal memory: 16/32/64 GB STORAGE, 1 GB RAM
    Memory card slot: MICROSD, UP TO 64 GB
    DISPLAY|MULTITOUCH: YES
    Display size: 720 X 1280 PIXELS, 4.8 INCHES (~306 PPI PIXEL DENSITY)
    Display type: SUPER AMOLED CAPACITIVE TOUCHSCREEN, 16M COLORS

    BalasPadam
  24. atas ni emei n spec,,,tapi sya pakai NOTE II,,,cmner boleh kluar spec S3..? Ok tak Set ni bro,,,

    BalasPadam
  25. saya masukkan imei samsung ace plus..hasilnya keluar hanfon nokia e65?knape?

    BalasPadam
  26. mane nk download Quadrant Standard bro???

    BalasPadam
    Balasan
    1. pasar malam ade, hehehe...
      cuba cari di Google Play mesti ada

      Padam
    2. hahaha..ok bro..dh sya try klah pula dgn htc smsung galaxy note 2 sya pnya..

      Padam
  27. knp ye?

    ''NO more lookups available. If more lookups needed, contact us.''

    so ni xle check imei ke??

    BalasPadam
  28. oiii broo..apa samsung dari korea smua nya ori kh???

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum tentu lagi, lihat artikel lain

      Padam
    2. mne nk lihat??psar malm??hihi..antutu benchmark stiap kli sya test score dia berbeza dan tidak consisten??mula2 13407,13667 kmudian 16668..btul kbenda ni bro??

      Padam
    3. semak dulu maklumat sistem operasi (system info), lihat spesifikasi dan bandingkan dengan dilaman web

      Padam
    4. phone model:GT-N7100
      brand:Samsung
      CPU hardware:SMDK 4X12
      CPU model:Quad-Core ARMv7 Processor
      CPU frequency:200.0 1600.0 Mhz
      Screen resolution:720x1280
      Screen density:320dpi
      GPU vender:ARM
      GPU renderer:Mali-400mp
      GPU- version(OpenGL):OpenGL ES 2.0
      Memory size(available/total):5922.8/10709.2mb
      RAM size(available/total):972.5/1790.7mb
      SD card size(available/total):5822.8/10609.2 mb
      camera:8.0 megapixel 3264x2448
      front-facing camera:1.9 mega pixel 1392x1392
      android version:4.1.2
      build number:JZO54K.N7100XXDMC3
      Kernel:Linux version 3.0.31-1071214(se.infra@SEP-117)(GCC VERSION 4.4.3(GCC)#1 SMP PREEMPT Wed Mar 27 10:33:53 KST 2013

      system sya punya..apa macam ori or Ap??

      Padam
    5. mta stylus dia ada air-view bro..design ori punya..

      Padam
    6. ada airview kira unit ori la tu, ada sticker SME tak ?

      Padam
    7. ada sticker SME..dkat tmpat ltak battery..sticker samsung electronic from selangor pun ade jga..apa mcam sya pnya bro ori or ap bjenama??

      Padam
  29. maaf bro, link website ni tak tepat info dier... saya check samsung grand saya keluar model Nokia 6021.

    saya call terus hotline, saya call samsung hotline 1800-88-9999 utk check handphone. syukur handphone saya original set...

    nak register waranty melalui emel pn boleh, hantar maklumat Nama, No. Telefon, Kod Model, IMEI No., dan scan resit pembelian...

    thank bro for info

    sekian just for sharing :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya rasa imei.info kurang database imei terbaru, tapi saya ada sediakan link laman alternatif bagi semakan yg tidak tepat, terima kasih dengan input tuan

      Padam
  30. http://imei-number.com/imei-number-lookup/..fon sy note II.. guna yg nie bru dpt samsung... kalu guna imei info dpt fon lain...sony ericsson

    BalasPadam
    Balasan
    1. databasenya imei lebih besar dari imei.info,

      Padam
  31. Bila dh msuk kn imei td .. nk tgk kptsn y mn st..hihi pning dh.. imei analysis tu ke.. mcm mn nk tau ori.. tgk kt imei analysis tu num tu same je dgn num imei sy, cume bz de colum.. aduhh. Sy x phm lg laa.plz help me

    BalasPadam
  32. tpi klo nak tahu henset tu dibuat di kilng asal or china..boleh check ikot lmn webb nie...www.numberingplans.com

    BalasPadam
  33. imei.info cuma bagitau specs henset korang n bukan tempat asal henset korang dilahirkan

    BalasPadam
  34. hp saya x ori :(

    BalasPadam
  35. bro. .ade satu soalan la. .klau dkat imei die ade tlis simbol / sebelom nombor last cm ne plak. .

    BalasPadam
    Balasan
    1. imei hanya menggunakan kod angka 1 hingga 0, model dan set apa ?

      Padam
  36. mata stylus tu apa? air-view & SME sticker tu semua nak tengok kat mana??tq..

    BalasPadam
  37. Saya menggunakan ini http://imei.org/ pemeriksa iphone percuma

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih,
      saya telah mencubanya tetapi tiada hasil keputusan, keluar "imei not found"

      Padam
  38. selamat pagi..
    semakan untuk tablet mmg tkde ke ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba dulu da tengok hasilnya,
      tapi saya rasa ia mungkin utk yg berjenama dengan fungsi 3G/Data sahaja

      Padam
  39. lari topik.. nak tnya knapa dekat kernel version dy ad tulis root sedangkan saya xroot pon fon tuh.. pastuh kalau dah root mesti ada superuser kan.. tapi takde pun superuser.. saya beli samsung galaxy s2 ap korea punye set.. 800 ringgit

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak bermakna catatan root pada kernal menunjukkan rom itu tersedia root, biasanya wujud dikalangan firmware yg diubahsuai

      Padam
  40. fon den ori.bangga den.kiki

    BalasPadam
  41. Kalau nak tau bateri,charger and others original mcm mana pulak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hanya telefon sahaja yg mempunyai kod Imei, pengecas dan bateri adalah akessori dari pembelian set tulen adalah terjamin,

      Padam
    2. Telefon samsung kalau kita tekan *#0*# keluar gambar anjing,original bro?

      Padam
    3. macam original, maaf saya baru perasan post ni -_- ...

      Padam
  42. memang ada pengguna maklumkan kewujudan menu tersembunyi ni, kemungkinan ia ori,

    bacaan lanjut
    http://cromwell-intl.com/technical/samsung-galaxy-s2/secret-code.html

    BalasPadam
  43. kalau periksa yang terpapar gambar anjing tu cmana ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin ia set original atau AP import

      Padam
    2. Sy check note 2 sy..alhamdulillah keluar yg sama...tp kalau check imei model lenovo..kenapa invalid...xkeluar apa2 spec pun ada kah lenovo tu x ori..

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  44. Seperti kita semua maklum samsung model boleh check ketulenan melalui kod *#0*#..masalahnya bila saya masukkan kod itu untuk check samsung galaxy tab 7.0plus saya,tiada sebarang respon..tetapi bila saya check imei no seperti yang tertera setelah masukkan kod *#06# ada plak imei nombor dan detail untuk tab saya keluar...tolong jelaskan admin..terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. kod *#06# adalah kod universal utk semakan imei, kod yg pula , bagi kod *#0*# saya telah semak kod ni tidak digunakan sepenuhnya oleh semua model Samsung, jadi tak semua model boleh guna kod ni

      Padam
  45. Boleh tolong jelaskan kenapa bila dapat line H+ or 3G handphone saya jadi panas bahagian flash bateri pun cepat habis..samsung S4

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu adalah 'normal' , menggunakan data internet 3G/4G memang menggunakan kuasa bateri berganda

      Padam
  46. nak tanya..klu kite cek dua2 link ni lepas tu satu link memang kluar hp kite...yg satu lagi jenama hp lain..mana satu yang nak dipercya ni?? maksudnya ori ke tak?? lagi satu..kalau untuk asus boleh gune ke ni??sebab saya nak pi usha zen5 ni..boleh ;la guna ilmu ni masa nak beli nanti...tq untuk infonye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy guna asus zen5.ada 2 imei Klu link alternatif tu sy cek dua dua imei tulis fon asus. Tp x tulis detail. Klu yg link imei.info tu fon sy jd nokia untuk kedua dua imei.

      Padam
    2. selagi jaminan ia tertakluk pada Asus/ Samsung Malaysia, maka tak perlu risau dengan semakan IMEI, kadangkala maklumat database tak cukup & ada yg kurang tepat utk tablet & phablet khususnya

      Padam
  47. saya semak imei hp zen5 sy, tapi model nokia yg keluar, macam mana ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin dah semak link alternatif dibawah ? memang ade pengguna laporkan model tidak sama walaupun ia unit tulen, kemungkinan database tidak lengkap,

      beli set AP ke Ori ?

      Padam
  48. sy semak no imei hp redmi note sy, tapi keluar 2 no imei..maksud ya xOri laa yer admin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika ada 2 imei kerana dual sim,

      Padam
    2. tq admin...maksud Ori laa...frust juga kalau xOri...bru 7 hari pakai.. n tq info artikel "mengapa ada perlu amik tahu jenama Xiaomi"...mmg best...

      Padam
    3. semalam rakan saya ada terjumpa & hampir terbeli Redmi Note, Redmi 1S & Mi3, palsu, sangat susah nak bezakan, terima kasih kerana membaca,

      Padam
  49. Macam mana nak tahu asus ponepad7(2014) original...ianya kerana ponepad7 2 in 1 tablet and phone...adakah
    Imei dapat detects nombor dari ponepad tersebut..?
    Mohon penjelasan..terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. beberapa cubaan saya, bacaan imei pada phablet kurang jelas berbanding telefon, cuba link semakan imei alternatif

      Padam
  50. kalau AP set boleh check tak? saya pakai lenovo a806(set AP) bila check dia keluar invalid.. ke lenovo mmg xboleh check sbb saya bace 1 komen tu dia check lenovo keluar invalid jugak..

    BalasPadam
  51. knp sye cek imei dye kuar jenama lae,,,,saye pny sony expiria t2 ultra tp yg kuar iphone

    BalasPadam
  52. kenapa imei saya belakang nya ada /01...mohon penjelasan...TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun nak tahu juga sbb hp saya pun keluar /01 selepas nombor IMEI

      Padam
  53. handphone saya dicuri . boleh tak saya block menggunakan emei number ?bagaimana yer . baru je beli.sob sob

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh sekali, lihat artikel ni (amanz)
      http://amanz.my/2014/10/pcbs-sokongan-mematikan-telefon-dicuri-dan-hilang-menggunakan-imei-daripada-skmm/

      Padam
  54. salam bro, boleh tak jelaskan macam mana nak kenal phone Ori ke Ap, saya kelirula.

    BalasPadam
  55. Salam nak tanya skit . S3 saya keluar no emei 05 adekah ia ori samsung or ap set

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya rasa itu kod pengeluaran, semakan tu betul tak merujuk model yg dibeli ?

      Padam
  56. macam mana nak tahu s5 ori atau tak ?.....tolong

    BalasPadam
  57. benarkah kalau ada /01 di belakang bermaksud device kt dlm pemantauan polis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. /01 merujuk pada model software sistem yg digunakan

      dikenali juga sebagai IMEI SV
      no imei + software version

      sumber
      http://forum.xda-developers.com/galaxy-s3/help/whats-01-imei-t1843396

      Padam
  58. buat apa2 susah2 mau tau handphone kamu tu original samsung ke tak..cara sng off handphone dlu pastu cube memasuki download mode ( vol down + home + power on ) kalau boleh masuk boot tu dah sah2 hp kamu tu ori sbb kt boot yg kamu masuk ni leh upgrade dan downgrade firmware hp...tapi klo x leh masuk boot itu hp kamu pakai cap ayam punya

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi memang ada henset original yg takde bootloader macam xperia j, neo,

      Padam
  59. Cara Block atau Mematikan Handphone yang Hilang dan di Curi Guna Imei.
    http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/07/cara-block-atau-mematikan-handphone.html

    BalasPadam
  60. saya cek imei samsung young 2 di imei.info ,yang keluar no limit ,maksudnya gimana ya om

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini jarang berlaku, ada tak screen shot mesej tu ?

      Padam
  61. Sy check inei info betul note 4 tp model xsama..jp sy N910F tp website detect N910N..yg imei look up plak detect samsung brand tp xdetect model apa..cara yg ke 3 plak bgtau imei no seem to be correct tp xdpt detect hp apa..mohon pencerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. periksa mata stylus, jika ia sama dengan unit original maka ia dikilangkan yg sama, kod imei tak tentu database'nya

      Padam
  62. Kenapa saya cek imei hp asus 5 saya cuma keluar nama sahaja detail lain kenapa x keluar yerr???

    BalasPadam
  63. Hp sya ada 2 imei nk ambil yg mana satu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. dua imei sebab dua sim kad, mana2 pun boleh guna

      Padam
  64. assalammualaikum tuan. saya nak tanya jika no imei, model dan brand yang saya search tu betul dengan hp saya, itu bermaksud hp saya original la kan? so adakah segala basic information dan lain-lain info yang tertera itu tepat? saya cuma takut kalau no imei, model dan brand saja yang betul, walhal segala information tu semua hanya palsu. adakah perkara sebegini pernah berlaku? mohon pencerahan dari tuan. terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa alaikumussalam, pengesahan imei belum tentu boleh sahkan ia benar2, terutama imei yg baru di curi dan masih belum di blacklist, jika imei dicuri dipakai pada klon maka saya sendiri pun payah mengecamnya, ini sebagai salah satu cara untuk kenal pasti sahaja

      Padam
  65. Salam..sy baru beli hp lenovo s650 taun lps.baru2 ni hp x detect simkad.bila bwk g kedai dia cek hp pastu tgk invalid imei..ape mslh sbnrnye yea sbb ni ok je

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya invalid imei menandakan imei tu dah disekat telco atau blacklist, adakah ia set AP ?

      Padam
  66. salam admin...saya ada beli smartphone huawei honor 4c tp bila check di http://imei-number.com/imei-number-lookup/ telah keluar ..... is recognized as HONOR device, but we don’t show all details online anymore..bila sy check di lain web emei tiada data..macamana tu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. satu lagi bila check disini http://www.numberingplans.com/?page=analysis&sub=imeinr note yang keluar ialah This IMEI number seems to be correct, but we do not have any information on this specific handset. Please add the missing information below

      Padam
    2. tak perlu risau, mungkin pengeluar tidak membuat pendaftaran secara lanjut berkenaan imei dan model yg digunakan,

      Padam
  67. assalamualaikum, saya guna fon alcatel pixi 4..kalau angka ke 7 & 8 no imei saya 07 adakah dia original atau tidak

    BalasPadam
  68. Assalamualaikum boss, lepas masukkan imei tu, mcm mna nk thu samada fon tu dari telco or from apple mechin? Bos fhm kn mksud sy?

    BalasPadam