Semakin banyak jenama dari China yang agak berkualiti dijual secara belian import. Ini menjadikan tiada sokongan warranti dalam negeri/ tempatan dan perlu melalui penjual dan pemborong sekiranya pembeli mahu membuat tuntutan jaminan kerosakan.
Masalah sokongan selepas jualan
Antara risiko yang perlu diambil ialah tempoh tuntutan jaminan yang mungkin panjang dan hanya boleh dibuat menerusi penjual kedai sahaja. Proses bertambah panjang sekiranya penjual ini menunggu pemborong yang biasanya mempunyai jadual pergi dan balik bagi tujuan urusan perniagaan di China.
Pembeli juga boleh dikenakan bayaran caj penghantaran yg mungkin mahal sekiranya pemborong tidak menuntut item yg dihantar. Contohnya ejen yang mahu pulang ke Malaysia tentu sekali tidak menunggu lama dan menyebabkan item perlu dihantar secara pos antarabangsa.
Bagi set tulen, tiada sebarang caj yang perlu dibayar kerana anda telahpun membayar pada harganya yang mungkin agak mahal kerana ia merangkumi kos pusat servis jualan di Malaysia. Antara caj lain yang boleh dikenakan ialah caj operasi atau labour fee yang mungkin diambil kesempatan oleh pemborong.
Dahla rosak, kena tanggung caj penghantaran.