Ahad, 30 September 2012

Tutorial - Menggunakan Flash dan penjelasannya

Pengenalan
Android mempunyai kemampuan interaksi kandungan laman web seperti melayari brosur pada komputer (Google Chrome atau Mozilla Firefox). Ini termasuklah kandungan format Flash yg semakin banyak digunakan pada hiasan laman web. Bagi pengguna Android kandungan flash tidak dapat di paparkan dengan sempurna kerana aplikasi pemain flash perlu diaktifkan selepas memuat turun dalam Android masing-masing.



Walaubagaimanapun, Adobe telah menghentikan sokongan perisian ini demi meneruskan teknologi HMTL5. Pengarang berasa kecewa kerana adalah terlalu awal utk dimansuhkan, ini kerana bilangan laman web popular yg menggunakan HTML5 boleh dibilang dengan jari. 

Khamis, 27 September 2012

Aplikasi Permainan Percuma - Sprinkler Free

Persembahan yg ceria & comel tidak semestinya menggambarkan permainan utk kanak. Sprinkler ialah permainan yg menggunakan animasi grafik pancuran air yg agak realistik.

Sprinker Free datang dengan peringkat (level) yg terhad

Objektif utama Sprinkler ialah sebagai Bomba untuk memadamkan api pada rumah yg terbakar sebelum hangus. Bomba ini mempunyai tangga yg boleh dilaraskan ke sasaran yg jauh.

Rabu, 26 September 2012

Perbezaan antara Samsung Galaxy Tab 2 (7.0') dan Galaxy Tab 7.0 Plus

Bagi sesetengah orang saiz tablet penting bagi memudahkan ia dibawa. Samsung Galaxy Tab 2 (7.0')  antara pilihan tablet Android yg terbaik dan berkualiti. Dengan saiz yg kecil dan seringan 345gram, tablet ini mudah dikendalikan & selesa dipegang.

Galaxy Tab 2 juga dikeluarkan dengan kos pengeluaran yg rendah berbanding model asal, ia mempunyai spesifikasi yg agak berbeza sedikit dari generasi terdahulu. Diperkenalkan dengan harga yg berpatutan serendah RM1400 (3G) berbanding model terdahulu (Tab 7+) dimana harga pengenalannya masa tersebut ialah RM1700 (3G).

Berikut dikongsikan galeri Galaxy Tab 2 (7.0')

Galaxy Tab 2 (7') dengan kemasan hitam
Resolusi 1024x600 dengan skrin PLS TFT

Info - Menggunakan Feeds dan Pulse Reader

Apakah itu Feeds ?
Feed ialah dokumen yg diringkaskan bagi memudahkan kandungan ke dalam pandangan peranti bergerak (mobile mode) dan bagi tujuan penjimatan data. 
"A Web document that is a shortened version of a Web page that has been created for syndication. Feeds usually end in .xml or .rss." -webopedia

Feeds boleh ditemui pada kepala atau kaki laman web dengan penanda ikon RSS (seperti di atas) beserta link seperti http://www.engadget.com/rss.xml Link ini boleh disalin kedalam aplikasi pembaca Feeds atau seperti RSS Reader

Selasa, 25 September 2012

Aplikasi Permainan Percuma - Temple Run (dan seangkatannya)

Temple Run  (Imangi Studio)

Konsep permainan Temple run ialah berlari mengelak, melepasi halangan sambil mengutip harta karun. Persembahan grafik 3D dan animasi yg sangat menarik dengan kalan permainan yg sangat mudah. Watak utama melarikan diri dikejar makhluk hutan sambil mengelak atau melepasi halangan dan lubang.

 

Arahan permainan ;-
Belok kanan - Slide ke kanan
Belok kiri - Slide ke kiri
Lompat - Slide ke atas
Tunjuk - Slide ke bawah
Sengetkan skrin bagi pergerakan bebas

Ahad, 23 September 2012

Aplikasi Permainan Percuma - Cut The Rope Lite

Dengan menggunakan watak yg comel yg dipanggil Om Nom, Cut the rope ialah permainan menyuap mulut Om Nom dengan gula2 yg tergantung pada tali.

 

Permainan ini menggunakan daya graviti supaya gula yg dijatuhkan betul2 melalui dihadapan mulut Om  Nom yg cuma tahu menganga. Dengan watak comel dengan persembahan kemas dan inovatif aplikasi ini telah memenangi anugerah akademi permainan video British - Bafta.



Cut the rope dibangunkan oleh Zeptolab terdapat dalam bentuk lite version yg percuma dan berbayar tanpa mesej iklan




Aplikasi permainan percuma - Amazing Alex

Rovio merupakan pengeluar permainan Angry Birds yg merebak di setiap peranti Android. Baru-baru ini mereka mengeluarkan permainan minda yang bertajuk Amazing Alex bagi mengisi (dan membuang) masa lapang yg ada.



Permainan tidak seperti Angry Bird, ini memerlukan rangsangan fikiran untuk menyelesaikan puzzle @ teka-teki. Setiap level mempunyai experimen yang berbeza, walaubagaimanapun experimen ini agak mencabar dan ada yg mudah  dengan bantuan pembayang seperti watermark pada zon tertentu.




 Amazing Alex boleh didapati secara percuma dari Google Playstore

Khamis, 20 September 2012

Tips - Apakah Kelebihan Root dan penjelasannya

Root dari segi penjelasan ringkas ialah
mengubahsuai sistem bagi mendapatkan akses sepenuhnya ke atas sistem (Android)
What Is Rooting?First, for the newbies, let me clarify what rooting is. Getting root or rooting your phone is the process of modifying the operating system that shipped with your device to grant you complete control over it. - Sarah Morrow - Android police

Apakah Android ini bukan sepenuhnya di kuasai saya ?
Cuba lihat senarai program pada Android anda, mesti ada Bloatware (program atau games yang tak perlu tak diinginkan) atau aplikasi yg menyemak dan mungkin melembabkan kelancaran Android. Sudahlah tak boleh dibuang , mengganggu membazir ruang memori (RAM) pulak sebagai running background service.

contoh aplikasi bloatware  

Rabu, 19 September 2012

Aplikasi Tempatan Percuma - Maybank2u Malaysia

Maybank2u Malaysia merupakan satu portal perbankan yang digunakan untuk transaksi secara dalam talian.
 
Aplikasi ini membenarkan urusan seperti di portal asal maybank2u.com.my dengan antaramuka yg dipermudahkan dalam bentuk pandangan mobile mode


Menurut Google Playstore aplikasi ini dibangunkan sepenuhnya oleh Malayan Banking Berhad dan selamat digunakan, insyallah.




Aplikasi Tempatan Percuma - Soal Jawab bersama Ustaz Azhar Idrus

Perisian ini di khususkan kepada pengguna Android dikalangan muslim atau yg beragama Islam.

Ustaz Azhar Idrus ialah tokoh agama moden yg disegani termasuk golongan muda. Penyampaian ceramah bersama Pengacara Zizan memberi impak positif terhadap anak muda. Perisian ini bukanlah aplikasi rasmi tuan UAI.

 


Kandungan soalan dibahagikan mengikut kategori kumpulan agama dengan jawapan yang ringkas dan agak LOL (humor), sekaligus  menambah semangat untuk membaca beberapa soalan yang lain.











Selasa, 18 September 2012

Aplikasi Percuma - Go Keyboard

Adakah papan kekunci maya pada Android terlalu kaku  ?
Go Keyboard ialah aplikasi pengganti kekunci dengan fungsi yang sangat berguna dengan ciri2 swipe seperti drag and drop ke atas aksara huruf bagi mempercepatkan menaip pada telefon pintar android khasnya.

 

Mempunyai kamus tambahan bahasa melayu bagi fungsi pembetulan kesalahan atau auto correct. Hanya perlu memuat turun kamus bahasa melayu bagi memudahkan pembetulan semasa menggunakan kekunci lebih2 lagi dengan fungsi swipe, fungsi ini mesti dicuba!


Aplikasi ini mempunyai rangkaian Go SMS yang pintasan menyokong Emoji  (emoticons), Maka senangla bagi pengguna tegar SMS membuat spam emoji kepada rakan2 sebanyak mungkin ,


Aplikasi ini juga serasi (compatible) dengan dengan Tablet Android. Walaubagaimana susunan tema kotak huruf  Go Keyboard adakalanya yg agak kecil untuk jejari yang montel.








Aplikasi Percuma - Go Contact Ex

Terlalu banyak contact number dalam telefon Android ?
Go Contact Ex sebagai aplikasi pengurus senarai nama yang berguna dan boleh menggantikan dialer Android yang membosankan

Dialer
Dialer atau pendail utama boleh diubah kepada tema (theme) yang lain. Terdapat berbagai tema percuma dan berbayar menerusi Go Store




Contact Manager
Ruang ini menyenaraikan senarai nama atau contact  yang sedia ada pada memori utama atau memori kad sim. Grafik dan antaramuka mudah difahami dan lebih detail daripada pengurus contact manager asal. Menggunakan sangat mudah , hanya slide antara dialer dengan contact manager. Mempunyai sokongan tarik dan lepas (drag & drop) mengikut kategori dan kumpuran.  Senarai nama juga lebih menarik

  





Aplikasi Percuma - Go Launcher EX

Terdahulu, saya telah bincangkan peranan Launcher yang di guna pada Android. Didalam Playstore terdapat pelbagai jenis "Launcher" sebagai pelancar aplikasi program dan pengurus homescreen mengikut citarasa pengguna.

 


Satu kelebihan utama Android ialah kemampuan mengubah tema asal yang agak plain (biasa) dan membosankan. Go Launcher Ex membolehkan mengubah tema & gambar latar yang gempak dan menarik.   go Launcher mempunyai theme library yg banyak, ada percuma & berbayar

 

Go Launcher juga mempunyai pelbagai animasi icon yang menarik semasa melungsuri aplikasi Android anda



Go Launcher EX dibangunkan Go Dev Team dari China. Aplikasi ini telahpun mencapai 50juta download mempunyai pelbagai theme (tema) yg percuma dan menarik. Aplikasi ini selamat digunakan tetapi mempunyai rangkaian iklan yang mungkin menggangu & menyakitkan mata.