Apakah itu Feeds ?
Feed ialah dokumen yg diringkaskan bagi memudahkan kandungan ke dalam pandangan peranti bergerak (mobile mode) dan bagi tujuan penjimatan data.
"A Web document that is a shortened version of a Web page that has been created for syndication. Feeds usually end in .xml or .rss." -webopedia
Feeds boleh ditemui pada kepala atau kaki laman web dengan penanda ikon RSS (seperti di atas) beserta link seperti http://www.engadget.com/rss.xml Link ini boleh disalin kedalam aplikasi pembaca Feeds atau seperti RSS Reader.
Salah satu sebab mengapa pengarang menggunakan telefon pintar atau pada pembantu telapak peribadi (PDA) ialah pembacaan artikel bahan berita sambil menjalankan aplikasi pemain muzik yg telah dikemaskini kandungan (sync) semasa berada dalam talian (online) terdahulu. Mendengar muzik yg kerap tanpa membaca apa agak merugikan terutama sekali pengguna pengangkutan awam.
Antara golongan yg sesuai menggunakan Feeds ialah pelajar dan pengguna yg banyak menghabiskan masa menunggu kawan, berada dalam perjalanan pengangkutan awam atau sebagai bahan bacaan rutin sambil berjalan kaki atau berekreasi. Dengan membaca RSS sekurang2nya pengguna memanfaatkan gadjet kearah budaya membaca dan kesedaran berita semasa.
Langkah menggunakan RSS reader - Pulse
Sebagai permulaan dapatkan aplikasi Android paling popular didalam Google Playstore yang dikenali sebagai Pulse reader keluaran Alphonso Labs.. Selepas lengkap dimuat turun, lancarkan aplikasi tersebut
Pulse menyediakan bacaan berita yg disusun secara melintang mengikut kumpulan artikel yg terkini. Untuk melihat kandungan berita terkini tap & slide kotak berita ke kiri, tap & slide ke kanan untuk membaca artikel berita lama yg telah disusun. Tap pada kotak berita untuk membaca secara lebih lanjut.
Untuk menambah artikel yang lain , kembali ke halaman skrin utama Pulse, pilih ikon gear untuk memasuki tetapan dan tekan butang tambah berwarna biru untuk menambah artikel yg lain. Pengguna diberi pilihan memilih katalog sedia ada, atau memasukkan pilihan carian secara manual. Jika mahu menggunakan link RSS yg tiada dalam katalog, gunakan carian atau dengan memasukkan link RSS secara manual.
Tekan Done selepas memilih dan back untuk keluar dari tetapan dan kembali pada skrin utama Pulse
Meskipun Pulse boleh dibaca secara offline, gambar yg yang dimuat turun tidak dapat dilihat kerana gambarnya tidak dimuat turun, hanya artikel tulisan sahaja yang boleh dibaca. Ini kerana tiada gambar yg disimpan sebagai cache atau temporary files, kesimpulanya Pulse tidak menambah atau menggunakan memori yg besar kerana kandungan temporary file hanya menyimpan teks RSS sahaja.
* Untuk penyimpanan kandungan RSS offline bergambar, aplikasi lain seperti RSS Demon akan dibincangkan nanti.
Dari manakah boleh mendapatkan hyperlink RSS ?
Sebagai contoh buka laman web androidcentral.com. Lihat pada kolum kanan cari ruang atau bahagian Follow, perhatikan ikon berwarna oren seperti ini;
Salinkan (atau tulis) hyperlink url ke dalam notepad. Hyperlink ini berfungsi sebagai link yg boleh di masukkan kedalam pembaca RSS. Tidak semua laman web mempunyai logo yg sedemikian, tetapi warna yg sama biasanya sebagai penanda RSS digunakan (ada juga yg menggunakan warna lain).
Kelebihan (& kekurangan) penggunaan RSS
Selepas aplikasi RSS disimpan pada Android, ia memerlukan sambungan internet untuk mendapatkan bahan berita. Kebiasaanya aplikasi RSS mempunyai sokongan pengemaskinian secara automatik mengikut jam atau semasa kehadiran sambungan internet.
Mesej notifikasi keluar selepas RSS lengkap sync dengan kandungan terkini. Feeds yg terbaru dikemaskini dihadapan, manakala Feeds yg lama dibelakang. Pengemaskinian automatik sangat sesuai untuk pengguna Android yg sentiasa menggunakan pelan mobile data, atau sambungan Wifi berinternet.
Feeds juga membantu mengurangkan penggunaan data internet (bandwidth) kerana pengguna tidak perlu melawat laman web penuh yg mungkin dipenuhi iklan atau gambar bergerak, ini secara tak langsung akan membazirkan kuota penggunaan internet. RSS hanya boleh dinikmati oleh pengguna online, jika tiada internet tiadalah akses Feeds terkini
Kesimpulan
Dengan pendedahan Feeds dan peranan Android Pulse reader, pengarang berharap setiap pengguna dapat memanfaatkan peranti secara optimum. Gunakanlah masa menunggu bas & teksi dengan membaca Pulse untuk menambah pengetahuan dan berita teknologi terkini sambil berhibur mendengar lagu kegemaran anda.
Pulse reader dibangunkan oleh Alphonso Labs, telah mencapai 10juta download dan boleh didapati secara percuma di Google Playstore