Rabu, 26 September 2012

Perbezaan antara Samsung Galaxy Tab 2 (7.0') dan Galaxy Tab 7.0 Plus

Bagi sesetengah orang saiz tablet penting bagi memudahkan ia dibawa. Samsung Galaxy Tab 2 (7.0')  antara pilihan tablet Android yg terbaik dan berkualiti. Dengan saiz yg kecil dan seringan 345gram, tablet ini mudah dikendalikan & selesa dipegang.

Galaxy Tab 2 juga dikeluarkan dengan kos pengeluaran yg rendah berbanding model asal, ia mempunyai spesifikasi yg agak berbeza sedikit dari generasi terdahulu. Diperkenalkan dengan harga yg berpatutan serendah RM1400 (3G) berbanding model terdahulu (Tab 7+) dimana harga pengenalannya masa tersebut ialah RM1700 (3G).

Berikut dikongsikan galeri Galaxy Tab 2 (7.0')

Galaxy Tab 2 (7') dengan kemasan hitam
Resolusi 1024x600 dengan skrin PLS TFT



Logo Samsung pada bawah skrin


Pandangan belakang Galaxy Tab 2 7 inci dengan sentuhan Brush Metal

Logo Samsung di tengah, pada atas sebelah kiri terdapat
kamera 3.15 Mega Pixel ; 2048x1536 max


Suis on/off (power) --- Pelaras bunyi (volume)

Slot memori Micro SD --- slot Kad SIM

Skrin utama Galaxy Tab 2 (7') - Ice Cream Sandwhich

Galaxy Tab 2 (7') hadir dengan sistem operasi Android 4.0.4 Ice Cream Sandwhich


Dari segi penampilan fizikal ; tiada perbezaan ketara antara model Galaxy Tab 2 (7') dengan Galaxy Tab 7+.

Kiri - Samsung Galaxy Tab 7+ // Kanan - Samsung Galaxy Tab 2 (7')
tiada perbezaan ketara kecuali warna dan border

Kiri - Samsung Galaxy Tab 7+ // Kanan - Samsung Galaxy Tab 2 (7') 
Galaxy Tab 2 (7') tiada pula LED Flash, 

Atas - Samsung Galaxy Tab 7+ // Bawah- Samsung Galaxy Tab 2 (7')
Sedikit perbezaan pada bentuk & ketebalan frame border

Atas - Samsung Galaxy Tab 7+ // Bawah- Samsung Galaxy Tab 2 (7')
Terdapat sedikit perbezaan pada penutup slot SIM dan Micro SD 


Atas - Samsung Galaxy Tab 7+ // Bawah- Samsung Galaxy Tab 2 (7')
Perbezaan frame border, pada model Tab 2 (7) rekaan lebih aerodynamic.

Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan dalaman yang boleh mempengaruhi prestasi aplikasi dan permainan (games) . Berikut disenaraikan perbezaan utama spesifikasi generasi Galaxy Tab 7'

Model ID
 P3100
 P6200
 P1000
Model
Galaxy Tab 2 (7.0)
Galaxy Tab 7.0 Plus
Galaxy Tab 7.0
OS
Ice Cream v 4.0.3
Honeycomb v 3.2
Froyo 2.2
Sokongan Upgrade
Jelly Bean 
Ice Cream Sandwhich
Gingerbread
Chipset
TI OMAP 4430
Exynos 4210
Hummingbird - Cortex  A8
CPU Speed
1Ghz Dual Core
1.2Ghz Dual Core
1Ghz
GPU
PowerVR SGX540
Mali 400
PowerVR SGX540

* skala font tebal ialah prestasi terbaik

Galaxy Tab 2 (7') adalah model yg terbaru hadir dengan OS ICS v4, model  Galaxy Tab (7+) asalnya hadir dengan OS HC 3.1, ia telahpun menerima sokongan upgrade Android 4; Ice Cream Sandwhich. Pengarang berkesempatan menguji dan menilai antara model 7+ & Tab 2 (7') dengan menggunakan versi OS Android yang sama (ICS).


Tetapi terdapat sedikit perbezaan dari segi prestasi semasa menunggu (loading) dan aplikasi yg menggunakan 3D. Dengan menggunakan Nenamark 2.0 (sejenis benchmark) Galaxy Tab 7+ menunjukkan taringnya dengan prestasi 40% lebih laju dari Galaxy Tab 2 (7') .

Markah Nenamark 2 
Galaxy Tab 2 (7.0) - (ICS)  = 25.9fps .
Galaxy Tab 7.0 Plus -(ICS) = 47fps 
*markah tertinggi lebih baik
*fps = frame per second 


Prestasi Galaxy Tab 2 (7')  25.9fps 

Prestasi Galaxy Tab 7+  47fps 

Barangkali sebab inilah Galaxy Tab 2 (7') diperkenalkan dengan harga yg rendah kerana  menggunakan komponen chipset yg berbeza, secara tidak langsung sedikit impak prestasi semasa menggunakan aplikasi intensif 3D. Walaubagaimanapun dengan penurunan prestasi 3D ini tidak memberi kesan dengan aplikasi harian.

Terdapat sedikit perbezaan dari segi kamera, Galaxy Tab 2 (7') hanya menggunakan kamera resolusi 640x480 (VGA) pada kamera hadapan (Tab 7+ pula 2mp). Didalam dunia sebenar resolusi ini cukup (VGA) sudah memadai untuk sidang video. Bagi kualiti kamera utama (belakang) sama seperti Tab 7+, cuma Tab 2 (7') tidak mempunyai flash LED. Didalam dunia sebenar flash LED kurang membantu. Alang2 nak mengambil gambar dalam gelap guna saja kamera biasa.

Samsung Galaxy Tab 2 boleh di dapati dalam saiz 7 dan 10.1 inci. Pengarang ingin mengucapkan terima kasih pada Pn Norain dan Pn Halina sudi meminjamkan Tab masing2 utk perbandingan ini.


Sumber & bacan  tambahan





52 ulasan:

  1. jadi bro...tlg bg cadangan bro..ape yg trbaik..sbb sye da pning nk bli mne stu ni...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Model yg mana Aren bercadang nak beli? Kalau nak yg berprestasi pilih 7+,

      Padam
    2. Bro blh x tunjukkn spec tap 7 plus dgn tap 7.7

      Padam
    3. boleh banding di gsmarena.com

      Padam
  2. bro, cerita sikit pasal galaxy tab 2 7.0 yang ade 3g dgn takde 3g .

    BalasPadam
    Balasan
    1. dari segi spesifikasi sama, ada 3G bermaksud mempunyai ruang slot kad sim utk broadband internet, jika tiada 3g maka tiada slot kad sim untuk kegunaan internet secara bergerak

      tiada 3G = internet melalui WIFI sahaja
      dengan 3G = internet melalui WIFI dan wireless broadband (melalui kad sim)

      Padam
  3. nak tanya .. macam mana nak tengok tab 2 7.0 ori or tak ori ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Periksa jenis port yg digunakan, kalau nak transfer file dengan USB port tu bukan yg ori, Samsung guna port PDMI (yg panjang skit)

      Padam
  4. salam, saya nak tnya.. yang mana boleh buat panggilan biasa..? gsm call.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Galaxy Tab 7 (gen1) 7+, Tab 7, boleh buat panggilan suara jika ada 3G / kad sim, kecuali versi yg wifi sahaja,

      Padam
  5. assalamualaikum

    saya ingin bertanya pendapat…. saya ingin membeli sebuah tablet ni … lebih2 lagi kalau kena travel atau ke kursus, seminar or outstation….

    apa pendapat semua… mana tablet yang sesuai… sebab saya agk serba salah sama ada mahu beli asus nexus 7 yang dah ada 3G sekarang ni atau samsung galaxy tab 7 plus atau samsung galaxy tab 7.7?

    saya memang tidak perlu kepada game2 yang ada sebab saya tak suka main ‘game’
    lebih kepada surfing internet, blog2 atau mana site2 yang ada kaitan dengan suasana kerja saya -academic-
    lebih kepada e-mail dan sedikit FB…
    banyak guna e-book untuk tujuan pembacaan

    apa pendapat semua … tablet mana yang paling sesuai dan berbaloi dgan harga…

    terima kasih pemilik bloog yang informatif

    joesyam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikumussalam, Buat masa ini Nexus 7 lebih bernilai sebab ia adalah antara tablet 7' dgn 3G termurah, dgn prestasi yg terbaik antara model yg joe senaraikan, Saya sendiri menggunakan Nexus7 3G

      Padam
  6. Saya ingin membeli tablet yang sesuai utk membuat kerja seperti data online, key in dalam sistem online, FB dan sedikit games mudah2.

    Antara samsung galaxy tab 2 7.0 dengan 10.1, yg manakah sesuai jika dibandingkan dengan harganya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika saiz & harga bukan masalah, pilih tablet yg berskrin besar untuk memudahkan pergerakan jari semasa browsing

      Padam
  7. Saya bru belj tab 2 7.0 semua ciri di atas ada pd tab saya. Siap call customer service samsung n bagi no IMEI, dia cek n bagitahu saya tab saya set ori, tapi timbul keraguan bila En. Mie Mohd bila baca komen en, yg menyatakan set ori galaxy tab 2 7.0 guna port PDMI tp bukan USB, tak faham?? time beli tab 2 7.0 set dalam kotak dia memang tak bagi sekali ke USB utk sambung kat pendrive??? Sebab penyambhng usb tu dia bagi set len.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Port PDMI atau MHL untuk sambungan usb seperti pendrive memang tidak diberikan percuma,

      Padam
  8. to admin,
    thanks a lot..
    byk bg infomation.. buat aku phm lebih lnjut, lebih detail menantang sume neyh dgn kaum kerabat tab.. two thums up!

    p/s: hold to buy until done researh.. hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pembeli yg bagus ambil masa selidik sebelum beli, :-)

      Padam
  9. Salam saya nak tanya encik pakai nexus 7 3G kan? Berapa lama dan setakat ni ada apa2 masalah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah komponen cacat & cela ada pada nexus 7, nak lebih lanjut boleh tanya soalan diruangan forum > sembang

      Padam
  10. salam,sy nk bli tablet..ttpi tngh pning kpala xtau mne stu nk bli...ipad mini wifi or smsung tab 7.0...kt umah xde line internet so cmne ek...klu leh nk tablet yg trbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana2 pun boleh tapi biar ada 3G, saya lebih senang guna Tab Android yg ade 3G, sebab senang nak share 3G internet ke laptop

      Padam
  11. tab samsung ada x yang klon mcm kebanyakan hp samsung?

    BalasPadam
  12. salam. saya nak tnya pendapat saudara. saya nak beli tablet yg boleh buat kerja2 pejabat, guna microsoft office, key in data online, ambil gambar utk buat bisnes online. mana yg paling baik? saya minat dgn nexus 7, tapi takde back camera pula sedangkan back kamera antara yg terpenting utk bisnes saya. tlg bantu saya. tq..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, dua2 pun ok,
      tapi kalau kalau lebih serius saya syor pilih tablet besar seperti Motorola Xoom, Asus Transformer, GNote 10.1, atau Nexus 10

      skrin besar lebih mudah kendalikan dokumen

      Padam
  13. Sy plan nak beli Tab 2 7.0 tapi masih musykil dgn ori @ AP..ada web utk check status tak..tlg share

    BalasPadam
    Balasan
    1. klik bahagian artikel artikel semakan imei secara online

      Padam
  14. Saya guna tab 7 plus .bila sy check imei di website imei.info maklumat yg diberi adalah jenis tab sy tab p1000.harap saudara dpt beri komen ttg hal ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tab tu dibeli dengan warranty SME or AP ?

      Padam
    2. SME.sy check kt dlm tablet tu mmg dia tulis tab 7 plus p6200.check warranty samsung online pun imei tu disahkan.ada kemungkinan ke tablet tu asalnya p1000 then diupgrade kpd 7 plus. Cthnya tukar housing n system.bateri pun tahan 3 jam klau slalu intenet.klau guna biasa dekat sehari gak.sy br guna 8 bulan.TQ For Info ye.

      Padam
    3. imei info tu saya rasa hanya utk semakan telefon, tak termasuk tablet, saya punya nexus 7 imei pun bila semak keluar model sony k850 pulak

      cuba
      http://imei-number.com/imei-number-lookup/

      Padam
  15. Antara tab 7' dan tab 7 plus mana lagi bagus? dan mana lagi the latest

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tab 2 7" yg terbaru, tapi Tab 7 Plus lebih baik dari Tab 2 7" & Tab 7 (gen1) ,

      Padam
    2. tapi kenapa harga tab 7 plus lebih murah?

      Padam
    3. sebenarnya harga pengenalan Tab 7"Plus jauh lebih mahal dari Tab 2 7", spesifikasinya memang pun lebih baik Tab 2 7"

      Padam
  16. Tab apa yg lasak... Tahan jatuh..terpijak... Lingkungan rm 1500. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. tiada tab yg tahan lasak, kalau adapun tidak semurah tu

      Padam
  17. nak ambil gambar waktu malam tak jelas sebab flash takde menyesal aqu beli Tab 2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamera tablet sebagai nilai tambah, bukan sebagai kamera utama,

      Padam
  18. Ape kebaikan drpd tab2 7 brbnding tab 7+ admin bolh tolong explain x ??

    BalasPadam
  19. Saya tak nampak sebarang kelebihan dari segi prestasi, tetapi yg nyata Tab 2 berkos rendah dan lebih murah

    BalasPadam
  20. salam, sye nk beli antara tab2 ni: galaxy note 8.0/galaxy tab 2 7/ipad mini.
    sye suke surf internet, main game2 android, download app2 android yg free n ambil gambar. maner yg lebih bagus/berbaloi dari segi performance/harga/ketahanan bateri. minta pencerahan bro. tq

    BalasPadam
  21. dari secara fleksibeliti Android lebih baik digunakan dari Apple IOS, tapi ketahanan bateri ialah Ipad Mini

    BalasPadam
  22. BERBALOI TAK BEL TAB PLUS SECOND..RM 700@RM 600?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kene tengok dulu dari segi umur, baki jaminan & keadaan kosmetik,

      Padam
  23. Macam mn kita nk kepastian sama ada tab tu ori sme or clon ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanya boleh hantar ke pusat servis samsung atau tidak, yg boleh = original

      Padam
  24. assalam..
    saya ada samsung galxy tab 2 7.0 wifi p3110.
    macam mana saya nak check no imei gadget ni. da try godek2 tp masih x jumpa. klu 3g just taip *#06# kan.. tp klu wifi cane plak ye?? mohon bantuan.. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. masuk ke ruang setting > about phone > status

      Padam
  25. assalam tuan. tumpang bertanya.. saya ada samsung galxy tab 2 7.0 wifi p3110. beberapa hari lalu mula terjadi 'hang' langsung tak boleh on dan ia hanya memaparkan 'samsung' sampai habis bateri. apekah ia..? dan mcm mane nak menyelesaikannya.. terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, ni kemungkinan ada aplikasi yg tidak serasi / incompatible dengan sistem, kenal pasti apakah aplikasi yg terakhir dimasukkan yg mungkin menjadi punca, buang dan pantau

      Padam