Khamis, 27 September 2012

Aplikasi Permainan Percuma - Sprinkler Free

Persembahan yg ceria & comel tidak semestinya menggambarkan permainan utk kanak. Sprinkler ialah permainan yg menggunakan animasi grafik pancuran air yg agak realistik.

Sprinker Free datang dengan peringkat (level) yg terhad

Objektif utama Sprinkler ialah sebagai Bomba untuk memadamkan api pada rumah yg terbakar sebelum hangus. Bomba ini mempunyai tangga yg boleh dilaraskan ke sasaran yg jauh.



Animasi air yg sangat cantik

Seperti jentera bomba, Sprinkler mempunyai tangki air yg agak terhad, oleh itu berjimat2lah dengan jumlah air. Setiap peringkat permainan mempunyai cabaran dan halangan tersendiri.

Nak jimatkan masa atau air ?

Keperluannya permainan ini sekurang2nya Androd 2.3 ke atas,  pengguna dari versi sebelumnya tidak dapat merasai permainan ini. Sprinkler dibangunkan oleh Mediocre, terdapat dalam versi percuma dan berbayar. 


Sprinkle Free




0 ulasan:

Catat Ulasan