Ahad, 30 September 2012

Tutorial - Menggunakan Flash dan penjelasannya

Pengenalan
Android mempunyai kemampuan interaksi kandungan laman web seperti melayari brosur pada komputer (Google Chrome atau Mozilla Firefox). Ini termasuklah kandungan format Flash yg semakin banyak digunakan pada hiasan laman web. Bagi pengguna Android kandungan flash tidak dapat di paparkan dengan sempurna kerana aplikasi pemain flash perlu diaktifkan selepas memuat turun dalam Android masing-masing.



Walaubagaimanapun, Adobe telah menghentikan sokongan perisian ini demi meneruskan teknologi HMTL5. Pengarang berasa kecewa kerana adalah terlalu awal utk dimansuhkan, ini kerana bilangan laman web popular yg menggunakan HTML5 boleh dibilang dengan jari. 


Dalam bulan April 2010 Adobe telah melepaskan aplikasi secara tidak rasmi sebagai menarik pembangun perisian dan para pengguna menggunakan platform Flash. Aplikasi ini dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos utk peranti Google Nexus One. Tak sampai seminggu aplikasi ini berjaya di ekstrak keluar dari firmware Nexus One. Tanpa berlengah masa pengguna (dan pengarang) segera memuat turun mencuba bagi melihat kandungan flash pada peranti masing2. 




Bagi pengguna pula apa yg mereka mahu ialah melihat kandungan youtube terus dari browsur, ini kerana aplikasi youtube ada yg tidak serasi (compatible) dengan peranti masing2.  Adakalanya melihat kandungan laman web agak lembab dan tersangkut2 tidak seperti pada desktop. Ada pengguna yg bercinta cuma mahu melihat youtube, tetapi bagi pemilik peranti Android dengan spesifikasi rendah,  adalah agak 'azab' untuk memainkan flash pada browsur diakhiri dengan 1001 masalah seperti Force Close atau restart sendiri. 

Awalnya, aplikasi yg memanfaatkan teknologi Flash ialah Kongregate; permainan berasaskan kandungan flash. Pengguna yg mahu menggunakan Kongregate perlu memuat turun aplikasi flash dari Android Market. Sepanjang 2 tahun pembangunan Adobe Flash agak kurang memberi impak & rangsangan kepada pembangun perisian. Ini mungkin faktor utama mengapa Adobe menghentikan sokongan Flash player untuk peranti Android.



Akhirnya pada 16 Ogos 2012, Adobe telah menarik balik Flash Player dari Google Playstore dan tidak boleh dimuat turun lagi. Selanjutnya akan dijelaskan bagaimana mendapat installer Flash secara manual (seperti setup games pada pc).

Bagaimana memasukkan Flash player tanpa Google playstore ? installer aplikasi ini masih terdapat di laman web yg berkongsi aplikasi seumpamanya. Tetapi installasi ini ialah melibatkan kemasukan secara manual dengan memuat turun installer terlebih dahulu. Kenal pasti versi OS yg anda digunakan dahulu supaya serasi dengan Android masing2  

Cara pertama (menerusi Android)
Gunakan Android terus ke sambungan internet. Buka laman web di bawah  dengan brosur (browser) Internet pada Android;

i). Muat turun /Download dengan memilih installer yg relevan

ii). Selepas selesai muat turun, lihat pada menu notifikasi, tap ke atas fail yg telah dimuat turun. Popup menu installasi akan keluar dan pilih install. Lepas selesai restart jika perlu. Cuba buka laman Ferry Halim Orisinal, Vimeo  atau Youtube dan pilih pandangan dekstop view.




Perhatian
*Fail yg telah dimuat turun disimpan pada folder DOWNLOAD pada memori dalaman
*Untuk melaksanakan arahan install, gunakan ES Explorer, tap ke atas fail yg telah dimuat turun pada lokasi yg disebut (Adobe Flash Player _xxx.apk)
* Bagi pengguna yg tidak pernah langsung membuat installasi. Amaran Android keluar memberi pilihan kebenaran unknown source. rujuk topik
* Fail yg dimuat turun ialah dalam bentuk installer, ia tidak bermakna program ini aktif & sedia digunakan. Pengguna perlu menjalankan installasi sendiri secara manual.





Cara kedua (menerusi Windows) 
i). Muat turun /Download, Save link as pada Desktop dengan memilih installer yg relevan 
ii) Sambungkan Android pada komputer. Rujuk topik Cara2 pembuat penyambungan
ii) Salin "Adobe Flash Player _xxx.apk" pada lokasi yg senang dicari, contohnya folder Download, walaubagaimanapun ia boleh boleh disalin pada kad memori atau memori dalaman.
iii) Gunakan ES Esplorer untuk melaksanakan arahan installasi pada fail yg disalin tadi (Adobe Flash Player _xxx.apk). Restart jika perlu


Langkah seterusnya ialah melaksanakan brosur pilihan anda, pengarang mencadangkan stock browser atau Firefox (seperti dalam gambar dibawahLihat penerangan gambar berikut;

Jika berjaya Flash plugin akan membantu memaparkan kandungan Flash di dalam brosur pilihan anda. Berikut adalah gambaran Flash jika menggunakan brosur Dolphin (kiri) dan Maxthon (kanan)




Jika kandungan flash tidak dapat dibuka atau bermasalah

  • Restart Android
  • Cuba beberapa brosur seperti Firefox, Dolphin, Opera dsbnya.
  • Buang Cache / User Data pada brosur 
  • Cuba versi installer yg lain. Try & error . Ada banyak lagi versi installer lain 



Selamat mencuba & semoga berjaya 

(artikel ini akan dikemaskini jika perlu)

11 ulasan:

  1. salam encik, mcm mna pula kalau nak download video terus dr youtube? kalau dulu, bila buka youtube ad paparan utk mendownlod, tp skrg dah x ada, boleh bg tunjuk ajar? sy guna crome

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam Aries boleh download video youtube dgn tubemate,http://m.tubemate.net

      Padam
  2. En mie mohd, ad satu lg mslah sy, sy mmg suka bca blog, tp ad sesetengah blog yg memaparkn gambar2 tetapi sy x boleh nk view,gambar kosong dan tulis "crome for android does not support this plug-in", apa mksud plug-in? Dan ad cara utk mslah ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Google & Adobe dah kurangkan support flash plugin pada chrome, cuba browser lain seperti Dolphin atau boat browser

      Padam
  3. masalah saya serupa dengan bro Ariez Aiqal.. bila bukak blog saya x boleh tengok kandungan video dlm blog tersebut.. knapa ek? untuk pengetahuan bro Mie, saya guna galaxy tab 7.0 plus n baru upgrade ke ics 4.0..dulu masa guna honeycomb 3.2 xde maslah!! harap bantu!! tq..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah buat seperti tutorial yg ditunjukkan ?
      saya boleh buka laman seperti Google Doodle dengan Dolphin browser,

      flash akan beransur diganti dengan HTML5,

      Padam
  4. Dengan menggunakan kaedah ini, adakah ia memberi kesan sampingan yang tidak baik. saya menggunakan note 10.1 os 4.1.2.

    Terima kasih atas artikel sebegini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tiada kesan sampingan, ia berfungsi sebagai plugin apabila browser dibuka mempunyai kandungan flash, tetapi tidak semua boleh flash boleh dimainkan kerana ia versi yg terbaru

      Padam
  5. Salam...macamana nak play dan download video terus dari facebook menggunakan HP.

    BalasPadam
  6. Boleh tak encik ajar saye tutorial design app online guna adobe flash cs6?? Urgent..

    BalasPadam