Sabtu, 24 Disember 2011

Info - Memasukkan program APK (Android installer)

Dalam topik terdahulu membincangkan cara menyimpan program yang dimuat turun sebagai backup. Ia ada menyebut fail aplikasi pada hujung nama berakhir dengan nama *.apk berperanan sebagai installer. Bagi pengguna Windows tentu anda tahu fail yang bernama "setup.exe". Fungsinya lebih kurang sama cuma pada sistem Android ia menggunakan nama berakhir .apk (dot apk).


Tutorial ini akan menunjukkan cara memasukkan (install) apk yang disimpan pada memori tanpa perlu akses internet atau memuatturun semula. Aplikasi yang diperlukan ialah APK Manager Plus




1.Masuk ke Tetapan "Application"
Settings > Application >  Unknown Sources 



Checkbox ini adalah kebenaran sistem, ia membolehkan installer Android (dalam bentuk *.apk) dimasukkan secara manual, tanpa melalui Android Market. 


2. Mesej pop up keluar dengan amaran.  Tekan OK bagi mengesahkan tindakan



Penjelasan : 
Sesetengah installer Android yang bukan dari Market adalah tidak diiktiraf secara rasmi. Ada kemungkinan ia mempunyai pepijat malware atau spyware yang boleh menggugat sistem keselamatan Android. Kenal pasti apk yang anda simpan @ muat turun.



Penjelasan
Uknown source membenarkan android installer dalam bentuk fail apk dimasukkan ke


3. Langkah seterusnya. Laksanakan aplikasi pengurus fail. Sama seperti My Computer, ia membolehkan akses melihat kandungan fail pada kad memori. Sebagai contoh saya menggunakan File Manager, ada banyak lagi pengurus fail di dalam seperti ES File Manager, Adao File Manager, Antek File Manager dsbnya.




Bagi tutorial ini, gunakan *.apk yang disimpan secara backup melalui APK Manager Plus yang dijelaskan pada topik terdahulu.

Laksanakan aplikasi pengurus fail, semak kandungan fail didalam folder
/sdcard > apks


 4. Pilih mana2 aplikasi .apk untuk memasukkan program.



* Jika Pop up "Install Blocked", pilih Setting untuk membenarkan installasi apk secara manual. Isikan Checkbox Uknown Sources (Lihat rajah langkah 1)
* Jika Popup "Replace Application" muncul, ia menjelaskan aplikasi yang dipilih telahpun ada. Pilih Cancel untuk membatalkan installasi.


Selepas memilih apk, menu installasi menunjukkan program yg dipilih sedia dimasukkan. Pilih Install dan tunggu arahan.



Aplikasi kini sedia dilaksanakan.








1 ulasan:

  1. Merata sy mencari tutorial Bahasa Melayu tuk
    Samsung Galaxy SII krn sy pengguna baru
    yg teramat 'buta android'. Adanya blog ini
    telah membantu sy memahami sekali gus
    menginstall apps dgn mudah.

    Terima kasih Admin.
    Teruskan memberi tutorial, ye!

    BalasPadam