Rabu, 26 Disember 2012

Analisis - Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond (Bahagian 3)


Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond (Bahagian 2)


Topik ini menerangkan contoh situasi pembeli yg berdepan dengan masalah yg pernah dialami semasa membuat pembelian peranti pilihan. Anggaplah situasi ini sebagai contoh pengajaran bagi pembaca yg mahu merancang dan menjadi pembeli bijak.





Berikut ialah contoh senario penipuan 

i- Mahu membeli set original /tulen tetapi yg dibeli ialah set AP berjenama 
Remy mahu membeli telefon pintar model Samsung. Selepas berunding dan bersetuju untuk memilih set original. Penjual meyakinkan mempunyai tempoh jaminan 3 tahun (biasanya 1 tahun) dan boleh dihantar ke mana2 pusat servis Samsung. Apabila pulang kerumah didapati model yg dijual sebenarnya set AP berjenama yg tidak mempunyai pelekat (sticker) rasmi Samsung SME pada kotak.

Rumusan;
1- Ia peranti memang berjenama tetapi mempunyai liputan jaminan terhad,
2- Tidak boleh dihantar ke pusat servis atau ejen  rasmi yg diiktiraf untuk tuntutan jaminan,
3- Tuntutan pada kedai / ejen yg dibeli.



ii-Mahu membeli model AP berjenama rupanya dibeli set AP klon 
Dinah berminat membeli Galaxy S set AP (berjenama) yg lebih murah pada gerai kecil. Penjual menyakinkan telefon yg dijual ialah AP berjenama dan mempunyai kualiti yg sama seperti set tulen. Walaubagaimanapun jaminan yg diberi agak pendek iaitu 1 tahun bagi peranti utama ,  3 bulan jaminan skrin & bateri. Selepas beberapa minggu menggunakan didapati logo Samsung terkopek dengan mudah, prestasi pula semakin merosot dan perlahan. Selepas membaca reviu didapati juga kedudukan kad sim dan kad memori berlainan dengan model reviu yg dibaca.

Rumusan;
1 - Ia peranti tiruan
2 - Tidak boleh dihantar ke pusat servis yg diiktiraf untuk tuntutan jaminan,
3 - Item mesti dipulangkan pada kedai / ejen yg dibeli untuk tuntutan.
4 - Masa menunggu lama untuk diservis semula dan dihantar ke kilang pengeluar diluar negara



iii-Mahu membeli set Original /tulen tetapi yg terbeli set AP tiruan, klon atau palsu
Andy baru berjinak2 dalam dunia telefon pintar, beliau bercadang membeli Samsung Galaxy S2 (SGSII) set original. Penjual meyakinkan model ini ialah terkini dan mempunyai kamera HD. Jaminan peranti yg diberi ialah setahun tetapi jaminan pada bateri hanya 3 bulan sahaja. Andy tetap berpuas hati dan membayar dengan harga RM1300. Selepas 4 bulan menggunakan model ini, penutup bateri pula semakin membonjol keluar. Rupanya bateri telah membengkak, tidak rata yg menunjukkan tempoh hayat berakhir (wear out). Andy cuba mendapatkan nasihat dari rakan sepejabat dan ditegur kerana skrin telefon yg dibelinya tidak terang sebaik skrin AMOLED. Selepas melakukan semakan sistem perkakasan Android dengan Quadrand Standard, ia menunjukkan ID CPU dan kelajuan CPU berbeza, berskrin LCD dengan memori 512Mb RAM.

Rumusan;
1 - Ia peranti tiruan
2 - Kerugian utama  ialah membayar dengan harga yg lebih kurang sama dengan Set original
3 - Tidak boleh dihantar ke pusat servis yg diiktiraf untuk tuntutan jaminan,
4 - Item mesti dipulangkan pada kedai / ejen yg dibeli untuk tuntutan.
5 - Masa menunggu lama untuk diservis semula dan dihantar ke kilang pengeluar diluar negara




Jadual dibawah ialah contoh pusingan servis bagi tuntutan jaminan (warranty) selepas pembelian

Baca dan amati perbezaan set belian / jualan sebelum membuat keputusan. Khidmat selepas jualan sangat penting sebagai pelan kecemasan jika peranti mempunyai masalah atau kerosakan dikemudian hari.

klik pada gambar untuk melihat lebih besar

Bacaan tambahan



Bagi yg masih tidak paham tentang, cuba baca semula artikel dahulu. Pengarang juga sudi menjawab soalan yg akan balas dengan izin Allah,.


150 ulasan:

  1. salam..mcmana nak bezekan klon dgn sp set ..pleasee advice...tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam , tak pernah dengar SP set lagi, SP tu Singapore set ke ?

      Padam
    2. lihat bahagian 1
      http://android-dan-saya.blogspot.com/2012/12/analisis-perbezaan-set-original-ap-klon.html

      Padam
  2. Info yang sangat berguna. Terima kasih.

    BalasPadam
  3. Blog ni terbaik.
    Entri kemas dan info SANGAT BERGUNA.

    Bookmark XD

    BalasPadam
  4. soalan saya..dari pembacaan saya dalam entry blog sebelum ni serta kata orang ramai, original set n AP set berjenama, kedua-duanya dari company yang sah (eg samsung).perbezaan adalah dari segi waranty. Dari segi harga, AP set murah sekitar 100-200 dari harga original. so pada pendapat saudara blog, adakah rugi untuk membeli AP set jika perbezaan hanya pada waranty, sebab selalunye jarang phone/ tablet ade masalah dalam tempoh setahun pertama since waranty untuk original set hanya gerenti untuk setahun pertama sahaja..terima kasih.

    p/s: neway..very2 good blog. informative =)
    regards -ezzat-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ap berjenama memang dari kilang yg sama, cuma cara pengedaran & pemulangan tuntutan jaminan berbeza. Jika beza harga yg kecil, biar pilih yg set ori, pelaburan yg mahal mestilah dgn sokongan jualan yg bagus. Bayangkan gerai kecil AP atau tempat dibeli tutup atau pindah ke lokasi yg jauh, proses tuntutan semakin susah atau lambat. Nanti gelisah pulak & tak tidur malam..

      Padam
  5. ada x cara nk bezakn perkakasan ori atau local..contohnye kte nk repair hp slide kte beli cable riben tu.mcm mane nk bezakan ori atau local.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ketulenan alat ganti bergantung dgn pusat servis yg dihantar,kalau repair dikedai belum tentu komponen tu ori

      Padam
  6. ade kemusykilan...lau org 2 ckp ori singapore ada beza ngan ori SME x?? n set LTE untk jenama smsung kategri ori gak ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang ade Samsung original utk gelombang LTE dengan perbezaan no siri , contohnya GNote II versi biasa ialah berkod N7100, manakala versi LTE berkod N7105,

      Padam
  7. sy x tahu pulak beza original hp dan clone hp . mcm mana nk tahu ek ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. baca artikel semula, jika masih tak faham bawa kawan yg tahu sebelum membeli

      Padam
  8. Salam..sy nak taw GNote II PINK yg terbaru confirm ori kew?

    BalasPadam
    Balasan
    1. warna pink sudah ada tapi saya tak berani sahkan melainkan dibeli pada tempat yg betul, selidik dahulu sebelum membeli

      Padam
  9. Salam, sy nak tanya apa beza samsung s3 LTE dengan samsung s3 SME?

    BalasPadam
    Balasan
    1. LTE ialah singkatan rangkaian kelajuan tinggi, ;; Evolusi Jangka Panjang atau "Long Term Evolution", kelajuan ini mengatasi secara beperingkat yg sebelum ini 3G & 4G,

      SME ialah Samsung Malaysia Electronics, nama pengedar sah produk Samsung di Malaysia

      Padam
    2. LTE & SME yang mana lebih bagus?

      Padam
    3. SME ialah label warranty, bukan spesifikasi

      Padam
  10. macam mana nak bezakan samsung galaxy grand yg ori atau bukan?
    Dual SIM tu makna dia apa?
    kalau dia ada SME tu maksudnya confirm ori ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dengan sticker SME pada kotak menunjukkan ia berasal dari Samsung Malaysia,
      belum boleh confirm ori juga kalau ada yg nak palsukan logo SME sekali, analisis mesti dibuat secara teliti

      Padam
  11. Salam Mie Mohd.. saya nak tau adakah set AP berjenama chipsetnya sama dgn set tulen. Sebab saya diberitahu oleh kedai contohnya Note 2 dikatakan sama spec.tetapi apabila smpi dirumah dan check ia adalah set AP tiruan...boleh tolong saya x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang ni dah terlalu banyak set AP palsu dan tiruan berselindung dengan sebagai AP berjenama, inilah masalah utama kerana penjual sendiri telah mencampur adukkan dan alasan mereka mudah ialah set AP bukan original, ini mudahkan mereka mengelirukan jika pembeli tiada kemahiran utk membezakan set asli.

      Padam
  12. Salam bro Mie,
    1) Kalau kita bergantung pada imei kat kotak ngan 'sealed package cukup x nak tentukan ori set?

    2)Amwan mobile kat kl tu boleh percaya x? sebab ada kawan saya kat mesir order pastu amwan mobile tu bukak seal tu katanya nak cek barang semua cukup

    3)Kalau mcm saya beli note 2 kat egypt. Pastu cek2 imei, samsung kata yg tu ap set dari dubai. tapi, waktu beli seal mmg x terbukak. So, boleh kira ok la semua kan kalau seal x terbukak? Maknanya, xde dia tukar accessories atau recon kan brang tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. penjual yg jujur akan tunjukkan kotak seal & hanya buka kotak depan mata pembeli, tapi percaya dengan seal saja tak memadai, pembeli mesti ada pengetahuan semak maklumat peranti & perkakasan serta merta,

      barangkali AP set yg Samsung maksudkan ialah apa2 set original dibeli dari luar Malaysia tidak boleh membuat tuntutan di Samsung Malaysia, macam telefon dengan logo TMobile , Verizon, AT&T yg asalnya original sekalipun, ia tetap dikira sebagai unit AP sebab tuntutan original hanya boleh dituntut dinegara yg dibeli sahaja, bukan Malaysia

      Padam
  13. kalau ada sticker WC di bateri dan body phone dan juga ada chinese keypad kt bhgian message,adakah phone tu AP set brjenama,AP set tiruan atau recond set?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini ciri2 AP, mungkin AP tiruan atau palsu, kalau nak beli AP cari set SEA bukan set China

      Padam
  14. Salam,

    Kenyataan tentang perbezaan Orignal Set/AP Set/ Recond Set mmg sgt jelas dan berguna utk semua. Terima kasih utk Mie Mohd...Sy nak minta pandangan ckit drpd kenyataan penjual hp ni di bawah :-

    SAMSUNG GALAXY GRAND DUOS | ORIGINAL AP SET | 24 months warranty

    RM899 - BLUE ! with 3 FREE GIFTS :)

    -DUAL SIM + 8MP CAMERA + 2MP FRONT CAMERA

    -1.2GHZ DUAL CORE PROCESSOR + 8GB MEMORY


    (Extremely Low Price. New unit. High Volume Stocks Available.Good Service)

    Promises:
    *We will not lost from the market-grab your best protection here!

    *We will always be responsible for our gadgets and items sold.

    *We sell only GENUINE products (New,Original & Imported sets)

    *NO China sets/Korea sets/Replica sets/Recond sets from us!

    *Wide showroom+comfortable outlet in Menara PGRM-Can fit more than 300 customers at 1 time.

    *We sell all MAJOR brand gadgets. WIDE range of choices from RM59 onwards!

    *Always prepared with ready stocks and able to supply in BULK at 1time. (Corporate sales-no problem, we can supply anytime)

    *We open from 11AM-1030PM, always ready to service valued customers!
    *Well trained employees + informative employees
    *Buyer protection!-Check our rating and feedbacks at ALL time-Be CONFIDENCE to purchase with us!
    *Free a lot of attractive gifts!

    *Ofiicial Warranty Card + Official Receipt Will be provided for all purchases.
    - Guaranteed Safe and Protected!

    - Fast Deal, Safe Deal, Great Deal

    *2 years warranty!


    Set yg di offer ni, AP Set la kan? Pls advise. TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tarik balik kenyataan diatas dengan sedikit pembetulan, kalau kat PGRM saya rasa tahu kedai ni, tak silap ia menjual Set AP Berjenama, bukan AP Palsu/Tiruan, ada kemungkinan ia set original yg dibawa masuk sendiri,

      TAPI saya TIDAK menjamin sepenuhnya kerana nisbah bilangan AP tiruan mengatasi jumlah AP berjenama /AP original

      mohon maaf ya

      Padam
  15. salam..maaf nk tnya, sy ada tngk hp clone made in korea.. body dia sbjik sma ngan yg ori..pastu ada plak brand dia kt hp tu, kdudukn kamera pn sma je..then, tngk kt youtube plak, camera pn cntik jgk.. so, sy confuse, apa beza ngan yg ori..sbb sy bca prbezaan kt artikel saudara, mcm xde plak kt klon ni..sbb dia mmg mcm ori.. tu je nk tnya..trima ksih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa yg tiada pada klon ialah masalah sokongan software atau update dari Samsung,

      Padam
  16. hanset tiruan nie same dengan mad in china atau korea ke?????

    BalasPadam
  17. klu cek imei *#06# pas 2 xda apa2 kluar mcm mn??
    samsung galaxy 7.0 plus.
    masa upgrade honey comb ke ics xda mslh.
    nak update ics ke jelly bean via KIES & ota 2 2 ada problem.
    any solution admin??
    tq.

    BalasPadam
  18. Samsung ori android version berapa??

    BalasPadam
    Balasan
    1. ia boleh datang dari macam2 jenis versi, bergantung pada model dan tarikh pengeluaran

      Padam
    2. Samsung galaxy S2 i9100,(New Full set)

      Posted 11 Jun 11:20
      by phone sky communication (Company)

      Category:
      Mobile Phones & Gadgets
      Location:
      Kuala Lumpur
      Condition:
      New
      Price:
      RM 649
      Type of ad:
      Mobile Phones & Gadgets, For sale
      Description:
      SPECIAL OFFERS

      ***welcome buyer&dealer(make sure price of supply)

      Business hour EVERYDAY 10.30am-10.00pm
      -100% Original & New
      -Can Use With Any Sim Cards (Simfree)
      ( Not China made Replica Item )
      **If China Set 100% Refund
      -Trade In accepted
      -18 month WARRANTY BY DISTRIBUTOR(T&C APPLY)

      -Full Set Include :
      *Box
      *Charger
      *CD
      *User Manual
      *Handsfree
      *Data Cable

      -Walk in to shop(Cash & Carry)
      -Postage within Malaysia only

      Call Or WhatsApp Us For More Details

      (Cheras Area)
      *Vicky 016-3614799
      *Mickey 016-6672130
      *Rain 010-9335271
      -Address
      F1-20a,1st flr,AEON BIG shopping ctr,
      bdr tun hussein onn,jln suarasa2
      43200 cheras selangor
      (Carrefour bandar tun hussein onn)
      (now change AEON BIG)

      or

      (Kajang Area)
      *Vicky 016-3614799
      *Chun 016-2790898
      *XuanXuan 014-9343900
      -address
      (near RHB BANK Kajang)
      Contact phone sky communication
      Email

      Other actions
      Report fraud

      Back to top
      Home | About | Feedback | Insert Ad
      View this page as: Mobile | Normal

      Meet our ad checking team! Fun fact: Did you know that Mudah.my now checks every single ad before they are put on our website?

      ... but it's not 100%. You can still do your part: always insist on Cash on Delivery, especially for expensive items.

      Together, let's build Malaysia's #1 online marketplace in safety.



      Caressa Cheng,
      Content Manager

      Padam
  19. mengapa fon LTE lebih murah dan jaminan 2 tahun? adakah ini ori? sebagai cth smsung s4 LTE lebih murah dr smsung s4 SME sedangkan LTE ptt lebih laju

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan salah faham, terma SME ialah label jaminan asli, LTE pula sejenis rangkaian data pantas,

      telefon LTE bermakna menyokong kelajuan tinggi, tapi tak bermakna ia set tulen atau SME seperti diiklankan, mungkin model yg ada LTE tapi set AP

      Padam
  20. terima kasih kerana membalas tentang LTE. good blog.

    BalasPadam
  21. Salam admin.. Smalm sy nk bli hp samsung s2.. Mse sy bli tu owne tu ckp s2 dh habis stok tp yg tgl hnya samsung s2 plus..xpnh gak dgr s2 plus.. Pastu sy tgok funtion dlm lbh kurg mcm s2.. Hrge bole kurg RM850 ..Camera pun o.k.. So ape pndapt admin.. Rugi xkalo sy beli?

    BalasPadam
    Balasan
    1. S2 plus menggunakan CPU yg lebih rendah kelajuannya dari model asal S2 (bukan versi G), chipsetnya model Broadcomm, nak beli set AP ke ori ?

      Padam
  22. Salam admin, s2 ni ap ke recond? Mohon pencerahan..

    BalasPadam
  23. Sy ingin beli note 2. Bila check dlm internet sy tngk ada jenis n7100 dan n7105. Apa beza dua2 nie? Boleh rekemen mana yg bagus.....lte atau sme?

    BalasPadam
  24. good info Mie Mohd.. setiap soalan di jawab dengan baik.

    BalasPadam
  25. blog ini sgt bagus dan terbaik utk pengguna baru dan sedia ada...thanks ya.
    keep it up!

    BalasPadam
  26. terima kasih kembali kepada pelawat yg sudi membaca,

    BalasPadam
  27. Terbaiklah info2 ni Mie Mohd! Terima kasih ya :)

    BalasPadam
  28. bolehkah saudara memberikan contoh model2 yang terbaik untuk smartphone android yang di dalam kategori "mid-range" pada tahun 2013 ni? TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama, hmm, memang ada rancangan nak reviu unit telefon murah macam xperia, tapi saya takde volunteer utk diambil gambar & memantau prestasi

      Padam
  29. sometimes the best mid-range phone is last year's flagship kata 1 website tu...hihi.. rasanya mcm boleh guna ayat tu kalu nak amik Samsung S3 la, hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. errr, saya rasa Galaxy S3 boleh dikategori sebagai hi-end , bukan mid-range, mid range macam S3 mini, S2 Plus, buat masa ni S3 harganya dah turun

      Padam
  30. Macam mane nak cek software phone utk tahu sama ada phone tu ori atau clone? Mohon perjelaskan.

    - saiful -

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenalpasti model siri yg ditulis dalam "about" contohnya model samsung dimulai GTxx, biasanya tiruan guna kod lain, palsu juga tiada features yg ada pada unit original

      Padam
  31. Salam abg
    Baru2 ni abg saya belikn saya s4,,tapi bile sy format balik semula,tulisan nye semua bhs cina,,adakah itu mksudnye hp tu from china?
    Macam mana nak makesure itu ori atau tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, semakan imei, sambungan Kies & baca artikel bahagian 1,2 & 3

      Padam
  32. Pergh! Kes no.2 tu sebijik bertepek kene kat batang hidung aku. Alahaiii nasib, yg jual Melayu prmpn pulak tuh. Die punya ayat xtahan " Kita melayu sama melayu dik, tak kan akak nak tipu kowt " . Hampehhh, xhalal duit yg kau dpt sbb menipu! Phui!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak lagi kes penipuan macam ni, guna ayat2 manis & bodek masa beli barang lepas beli tnegok muka customer pun tanak,
      ~ true story bro =(

      Padam
  33. salam bro,saya baru check s2 saya pkai software cpu identifier dia pnye processor,Texas instrument OMAP 4430x21.2Ghz at 1.2Ghz dan GPU type,PowerVR SGX 540 (single core GPU)..yg ori processor dual core ngn gpu mali..so pe cite ni yek bro..mintak pencerahan bro..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. S2 mempunyai 2 generasi, yg pertama menggunakan CPU Exynos dengan GPU Mali400, generasi kedua menggunakan CPU Texas Omap dengan GPU PowerVR yg juga telah menurunkan sedikit prestasi dari gen1

      Padam
  34. assalam bro.
    saya agak berminat dengan samsuns galaxy s2 i9100. dan bajet pown bawah rm1000. agak2 model mcm ni ada keluar lg x?
    thanx.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika masih mencari Galaxy S2, cari model gen1 (GT9100), gen2 mempunyai kod tambahan +G(GTI9100G) , prestasi gen1 lebih baik, cuma S2 ni hayat baterinya cepat habis,

      Padam
  35. bro saye rase nk beli smsung galaxy s2 la...ok ke? pstu kdai tu ckp hnye ap set je ade...jadi cmne nk tw set tu ori tulen on the spot? bkak about ke ape? lg 1 s2 skg hrge latest brape? dlm 750 bole dpat x? saye x faham gen 1 &2... apemende tu

    BalasPadam
  36. bos,skdar info yg sya tahu perbezaan ap & sme hnya warranty ja ka?? ketahanan handphone ap sama mcm sme?? mohon pencerahan.trima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. soalan "ap vs sme" tu jika merujuk kepada "ap palsu vs original", tentu sekali ada perbezaan kualiti, yg pasti set original lebih selamat

      Padam
  37. ada pandangn belian online? misalnya di https://www.facebook.com/satugadget?hc_location=timeline . ada jaminan ke nnti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ada beri komen diatas dengan kedai ni,

      Padam
  38. Salam mie. Saya ada beli S2 kat kedai ini. Saya tanye nak beli SME tapi dia kata SME memang dah x kluar. So yg ada AP je. So saya belilah AP set tu harga dalam rm700. Tapi bila cek balik memang AP clone bukan AP ori...aduhai..tapi harga tu betul ke kalau utk AP clone? Agak2 kalau trade in kat kedai bape diorang boleh bagi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah masa membeli klon susah nak tahu yg mane satu AP berjenama atau klon, sudah semak semula spesifikasi dgn Antutu Benchmark?

      Padam
  39. sy ada beli s4 rm2000.. check emei ok, dh dpt sms waranti di samsung..yg lain pun nmpak mcm ori, Antutu Benchmark dapat dalam 25k, cuma x pasti device storage cuma 8.9gb sj

    tgk mana2 spec semua 16/32/64... agak2 jenis apa ha.. ori ke ap

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas saya baca review, memang berbaki 9gb, lagi 7gb telah digunakan sebagai aplikasi Samsung

      Padam
  40. Salam Mie...bleh saya tahu apa perbezaan Samsung Galaxy S 3 i9305 dgn Samsung Galaxy S 3 i9300... adakah s3 ni jangka hayat baterinya cepat hbis? mohon percerahan sbb mau pkai Galaxy s3...

    BalasPadam
    Balasan
    1. model i9305 menyokong jalurlebar LTE/4G, model i9300 hanya H+ atau 3.5G, memang semua telefon pintar hayat baterinya cepat habis semasa menggunakan internet bergerak atau mobile data,

      utk berkenaan penjimatan bateri, lihat artikel berkaitan "optimumkan penggunaan bateri"

      Padam
  41. Sy nk bertanya.bru2 ni adik saya ada beli samsung galaxy s2 model 19100g.handfone tu dia bei secondhand jer.per yg menjadi persoalan bilanganam utk modelb ini 1g kan..knp bila kita tg kt ram cuma 687mb..org kedai tu kata ori set..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang begitu, aplikasi Samsung Touchwiz telah gunakan Ram sedikit,

      Padam
  42. saya pun sama nk tanya ni..hari tu sy ada bli set ap utk samsung s advance...org kdai tu cakap memory telefon ada 8 gb..tp blik rumah cek phone memory cm ada 1.97gb je...btol ker yg tu set ap?

    BalasPadam
    Balasan
    1. anggaran 1.97GB tu ialah utk ruang aplikasi yg dimuat turun, lebih kurang 4GB utk ruang simpanan pengguna melalui USB, bakinya digunakan sistem android

      Padam
  43. Assalamualaikum. nak tumpang tanya, saya membeli telefon secara online. Telefon yg saya beli adalah IPRO S4 tetapi bila saya semak no IMEI maklumat yg keluar model iphone 4S brand Apple. Kenapa yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika telefon yg dibeli dari jenama yg pelik dari China ada kemungkinan ia menggunakan IMEI semula,atau ia mungkin pertindihan database, atau IMEI yg dicuri,

      Padam
  44. Terima Kasih Admin,

    Blog yg sgt bagus utk improve knowledge pasal android ni.

    Aku ada 2 soalan:

    1. Aku copy paste blk artikel ko tu. nak minta pencerahan.

    Andy cuba mendapatkan nasihat dari rakan sepejabat dan ditegur kerana skrin telefon yg dibelinya tidak terang sebaik skrin AMOLED. Selepas melakukan semakan sistem perkakasan Android dengan Quadrand Standard, ia menunjukkan ID CPU dan kelajuan CPU berbeza, berskrin LCD dengan memori 512Mb RAM.

    Mcm mana Andy buat semakan ni? thanks

    2. mcm mana nak beza aksesori original dgn yg bukan original pulak (cth: powerbank, bateri, charger, car charger dan sebagainya).
    kalau dah ada artikel boleh tlg sharekan link?

    thanks.

    teruskan menulis....good work

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2,
      Jawapan 1, utk buat semakan ni, pembeli perlu baca dan memahami spesifikasi model, tak kenal maka tak cinta. Bila dah faham cirinya muat turun aplikasi benchmark seperti Quadrant Standard atau Antutu yg boleh membaca dan mengesahkan model yg dibeli,

      Bagi jawapan 2
      Aksesori yg tulen memang datang dgn unit asli, aksesori tulen jaminan turut boleh dibuat dipusat servis yg ada, bukan dikedai semata2

      Padam
  45. salam...nak tnya klu beli on9 kat company nie ok tak???
    1)ipmart.com
    2)lazada
    dan apa itu local manufactured warranty...

    BalasPadam
    Balasan
    1. keduanya laman web selamat untuk dibeli, tapi yg lazada tu ada aduan kelewatan barang,

      Padam
  46. *klu kita beli on9 kat ipmart n lazada mcm mna kita nak tau dia ori set atau ap set...
    *kalu kita beli ap set pastu warranty dh tamat....kita blh ja kan htaq kat mna2 kdai klu rosak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1-lazada yg perlu bertanggungjawab samada ia set AP atau ori, walaubagaimanapun ini bergantung dengan terma jual beli yg mesti baca dulu
      2-nak hantar senang, tapi nak tunggu dan condition barang yg dipulangkan tak terjamin jika AP

      Padam
  47. Hi,

    Saya test *#1234# kalau ori keluar PDA. Kalau AP tu AP lah ? Beza ori dgn AP tu tempat kedai kita beli dgn warranty ? Tapi at least AP tu ori lah bkn clone ke camne, cuma accessories dia lah yang tak complete ? Saya dapat AP. Then second test *#0*# tu kata ori keluar gambar anjing tekan sensor then image. Lagi satu test *#06# saya dapat 05. Ni kira phone samsung grand saya category AP je lah bukan ori ?

    Ty

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya rasa model yg dibeli tu set import, mungkin ori cuma takde liputan jaminan Malaysia

      Padam
  48. As salam admin...

    Apa maksud local supplier warranty dan local manufactured warranty?...

    Adakah ia bermaksud ap set(local supplier) dan ori set(local manufactured)?

    BalasPadam
    Balasan
    1. setahu saya 'local supplier warranty' kalau rosak boleh hantar dekat kedai yang kita beli tu, 'local manufactured warranty' pula kalau rosak boleh hantar dekat servis center. hantar tu untuk tuntut warranty.

      ni yang saya faham lah, kalau salah tolong betulkan

      Padam
    2. macam2 terma yg boleh digunakan , terma ni hanya dibuat sebagai "technical references" oleh antara pemborong & peniaga, "local supplier warranty" merujuk kepada jaminan hanya oleh pemborong sebagai orang tengah macam Satu Gadget / DirectD yg menjual unit AP import,

      tapi kene ingat kategori import AP ni ade yg lambakan klon yg menggunakan terma sama walaupun ia unit berjenama murah. Goophone ada kilang sendiri tapi dari segi perlanggaran hakcipta tetap berlaku,

      "local manufacture warranty" merujuk jaminan ini tertakluk pada jenama sah pengeluar tempatan yg dijual secara rasmi & bertauliah,

      pokok pangkalnya sebagai pembeli apa yg perlu tahu ialah sama ia ori tempatan atau AP, dalam sub kategori AP punya kategori seperti diatas,

      Padam
  49. wsalam ,dari segi takrifan
    local supplier warranty = jaminan pemborong tempatan
    local manufactured = keluaran tempatan

    hmm, penjualan set yg tulen tak pun gunakan terma macam ni, iklan mode apa ni ?

    BalasPadam
  50. sy ad fon s3 belakang xda sticker langsung tp ada gmba anjing..sy punya ori ke ap set eh? beli 2nd

    BalasPadam
  51. Salam, macam mana nak tahu imei no utk lenovo s650, i beli dengan harga rm630

    BalasPadam
    Balasan
    1. lihat artikel 'periksa ketulenan dengan semakan imei'

      Padam
  52. mcm mane nk tahu sama ada smartphone tu set AP tulen or set AP tiruan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. AP yg tulen ?
      mungkin yg dimaksudkan set original import yg dijadikan unit AP, sebagai contoh, jika ia betul2 set dari Singapura/Hongkong ia boleh dituntut di Singapura, baca review produk yg berminat sebelum lain bagi 'pengecaman'

      Padam
  53. Saya beli lenovo vibe k910 AP set dengan 1 tahun jaminan. Sy beli AP set sebab murah dan seperti sedia maklum cuma beza pada jaminan je. Tapi bila dah guna memang semua ok, dan test guna Antutu semua hardware sama mcm set ori dan dapat 34410, tetapi masalah yang dihadapi adalah software versi china, walaupun dah tukar bahasa inggeris tetapi ada sesetengah akan paparkan bahasa cina, dan ada aplikasi versi china yang tak dapat remove. Kesulitan cuma pada tulisan cina, mungkin bagi yang pandai bahasa cina mungkin tak ada masalah. Update sofware pun versi lenovo china. Adakah semua AP set akan hadapi masalah ini?

    Bagi pendapat sy, baik beli original set daripada beli AP set.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebanyakan model telefon AP /klon menggunakan OS berdasarkan pasaran China, mungkin utk pasaran China tetapi ada model yg punyai OS kawasan (region) SEA/ EUROPE/ USA yg mungkin boleh dimasukkan secara manual, unit tulen biasanya OS disunting mengikut kawasan masing2,

      Xiaomi contohnya mempunyai pelbagai firmware utk Antarabangsa, China & Malaysia

      Padam
    2. Boleh tak remove atau hide tulisan dalam bahasa cina di handphone Lenovo Vibe Z AP set ni?

      Padam
    3. aplikasi berbahasa tidak boleh dibuang, tapi ade yg boleh disembunyikan (disable) dengan memasuki ke tetapan aplikasi > pengurusan aplikasi , settings > manage application

      Padam
    4. Salam admin.. saya juga mengalami masalah yang sama 'SIAPA AKU LOVE'...soalan saya bolehkan saya format root kembali os pada hp lenovo K910 nie? kebarangkalian untuk rosak tue ada ke?

      Padam
    5. wsalam, root tidak merosakkan peranti, yg sebab rosak ialah kerana fail root yg salah modelnya atau silah langkah dan caranya

      Padam
    6. terima kasih banyak2 admin

      Padam
  54. Nak tau berapa lama bateri klu full cas, saya punya note 8.0 gtn5100 x sampai 2 jam klu guna internet..

    BalasPadam
    Balasan
    1. purata masa charging agi tab 7-8 inci lebih kurang 3/4 jam, menggunakan internet secara bergerak (mobeil data) dengan kontra skrin terang juga cepat menurunkan kuasa bateri, lihat artikel saya berkenaan "optimum penggunaan bateri"

      Padam
  55. Bro . mau tanya sikit . koi nok cari note 3 . boleh bagi ciri2 spesifikasi original atau apa2 je yg mudah dan cepat untuk diperiksa bila kite pergi kt sesebuah kedai . need your help . thank u derr .

    BalasPadam
    Balasan
    1. mula2 semak mata pena stylus , kalau macam span tu unit palsu

      Padam
    2. Ok . then kalau original mata s pen tu keras ke cmne . ujung tajam atau bulat ?

      Padam
    3. betul, mata pen stylus original plastik keras

      Padam
  56. original imported set tu mcm mna eh?sama dgn ap set jugak?i need ur answer please .tq ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. original import bermaksud unit di import ialah asli tetapi tak melalui tauliah tempatan, contohnya beli set original Samsung di Singapura dan dibawa masuk ke Malaysia, walaupun original Samsung Singapore, jaminan tidak boleh dituntut di Samsung Malaysia,

      tunjukkan perenggan mana yg tak paham

      Padam
  57. Salam bro . Ade org offer kat sy hp samsung galaxy s5 Ap set . Harge rm750 . die kate dari kilang . Terlalu jauh perbandingan dengan harge sebenar . mengikut pengetahuan sy AP set berjenama harganye hanya kurang 200 atau 300 dari harga sebenar . ape pendapat bro ?

    BalasPadam
  58. Salam, I ada soalan sama ngn " Mat Lah " cuma lain dari segi model phone.. So, my question is ;


    Lenovo A889 - Boleh bagi ciri2 spesifikasi original atau apa2 yang mudah dan cepat untuk diperiksa di sesebuah kedai. Dan adakah model Lenovo A889 punya masalah bahasa Cina seperti comment2 di atas? Need your help, and thanks..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang ada aplikasi bahasa mandarin jika ia diimport terus dari China, jika set jualan antarabangsa biasanya kurang atau tiada , ini bergantung dengan model

      Padam
  59. salam tuan,apa beza local manufacturer waranty ngan local supplier waranty?? ada kaitan ngan set Ori atau set Ap yea?? sbb sy nk bli on9 kt lzada... so x leh nk cek imei dan sticker dia.. sy nk bli lenovo s680... tq...

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh beri saya link terma ni digunakan di mana ?

      Padam
    2. http://www.lazada.com.my/original-lenovo-s860-16gb2gb-lenovo-malaysia-warranty-titanium-703670.html
      dan
      http://www.lazada.com.my/import-lenovo-s860-3g-titanium-745189.html
      tq...

      Padam
  60. As salam tuan,mohon pendapat,adakah barang2 yg dijual di LAzada Original atau tidak seperti HP,Rayban atau Jam yg berjnama.sbb saya baru terfikir utk beli,tp msh was2..Tq.Mohon Pandangan dan nasihat

    BalasPadam
    Balasan
    1. pada produk yg dijual dinyatakan "dijual & diuruskan oleh xxx" jika xxx merujuk kepada nama kedai ia adalah set AP yg diimport & hanya kedai, jika dicatatkan dijual dan diuruskan Lazada Malaysia biasanya unit itu original dan dicatat " 1 YEAR LOCAL MANUFACTURER WARRANTY"

      Padam
  61. klau brg recond ni mcm mna plak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya rasa tuan belum baca lagi dah tanya soalan ni =|

      Padam
  62. sy nak tanya, kita cek imei hp kita tk sama dgn maklumt yg d beri cth nya hp asus tp maklumat imei hp nokia.mcmana yer.adakah hp tu ori,tak ori apa recon ke..ke mcmana tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak kali berlaku, saya rasa database imei info tak update,

      Padam
    2. kenapa hp tiba2 jd blackout maksudnya tiba2 jd gelap tp sebenarnya hp tu on... adkah sbb msalah skrin atau dalaman hp tu...adakh pengguna cover hp atau screenprotector menyebabkan screen hp jd blackout tq

      Padam
    3. kadangkala sensor jarak yg mematikan skrin jika terlindung oleh tangan atau pelapik casing,

      Padam
  63. Sony z1..ori dynamics set ori malaysia..btl ori ke??

    BalasPadam
  64. salam.. saya nak tanya.. kakak saya ada beli hp samsung note one singapore.. sekarang kakak saya ada kat malaysia...masalahnya hp yg di beli di singapore tak dpt nak update software.. hp tu jadi lambat.. dah cuba antar kat kedai biasa minta update pun still tak boleh.. soalan saya adakah kakak saya perlu ke singapore utk update hp tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak perlu, Samsung Kies boleh kemaskini tak kira dari mana2 lokasi, persoalannya wujudka update terkini untuk model lama SGN1 ?

      Padam
  65. Salam. Mohon tunjuk ajar. saya baru membeli sebuah handphone 2nd hand Lenovo S920. saya dapati ia bukan set utk pasaran Malaysia sbb ada tulisan bahasa cina dalam app tertentu. Bila kamera dalam mode selfie keluar suara dalam bahasa cina (confirm memang tak faham la).
    function lain2 seperti kamera, calling, messaging tiada masalah. Adakah ini set AP?
    Adakah sesuatu yg saya boleh buat supaya tulisan bahasa cina ditukar kepada english, contohnya reset atau hantar kedai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, sudah tentu ia set AP, jika untuk jualan antarabangsa atau di Malaysia aplikasi bahasa cina tidak disertakan, aplikasi gendut /bloatware hanya boleh dibuang dengan aplikasi titanium backup tetapi perlu akses root

      Padam
    2. salam,bos sy nk tau ciri2 ori sony z3 sbb membe ada nk jual

      Padam
  66. Salam..msh ada lg ke note 4 original y bukn secondhand? Sbb sy ade tgk kt internet rm1589 set samsung note 4 original..jd sy bermint nk beli..tp sy xtahu itu betul2 ori atau x..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti samada produksi SGN4 masih wujud, pastikan ia seal box unit dan ada jaminan Samsung Malaysia & bukan jaminan kedai

      Padam
  67. MIE..IF WHATS APP APLICATINKAN..KLU KITA TERDELETE GAMBAR DEKAT STORAGE ASAL LPSTU BILA NK BUKA BALIK DAH TAK BOLEH..MCMMN NK BAGI GAMBAR TU BERADA DI LOKASI YANG SAMA BALIK

    BalasPadam
  68. Ni sya nk tanya pasai jenis2 lcd pulak. DTP ORI / AP OLET SET / ORI SET / RECOND ORI SET.

    BalasPadam