Khamis, 28 Februari 2013

Tutorial - Aplikasi AirDroid dan kegunaannya

Pengarang telah pun berkongsi maklumat dan kelebihan aplikasi AirDroid pada artikel lalu. Sekarang akan diterangkan bagaimana menggunakan AirDroid yg membolehkan anda mengawal dan mengolah kandungan SMS dan fail yg ada pada peranti secara tanpa wayar dengan pelayan (desktop /komputer) menerusi brosur pelayar Internet (Browser)



Keperluan utama
AirDroid memerlukan sambungan Wifi dan Internet

Rabu, 27 Februari 2013

Aplikasi Percuma - AirDroid

Hari ni saya ingin kongsikan sebuah aplikasi yg membolehkan anda membuat akses kandungan Android seperti membaca dan membalas SMS pada komputer. Keperluan aplikasi ini memerlukan rangkaian Wifi  serta keperluan Internet.



AirDroid ialah aplikasi pengurusan peranti Android secara tanpa wayar (wireless) dengan menggunakan pelayar Internet seperti Chrome, Firefox & Internet Explorer.

Rabu, 20 Februari 2013

Tutorial - Android USB Debugging & ADB

Perhatian : Utiliti ini lebih dikhususkan kepada pembangun perisian dan pembaca yg mempunyai latar belakang teknologi sains maklumat. Walaubagaimanapun anda juga digalakkan membaca sebagai cara alternatif menyelesaikan masalah remeh temeh pada Android. Tipa jika anda mencari jalan nak reset semula pattern lockscreen, sila baca keseluruhan artikel



ADB atau Android Debug Bridge ialah satu bentuk komunikasi antara sistem pelayan (komputer windows/linux) dengan peranti Android. Melalui proses ADB membolehkan peranti menerima arahan secara Command Line (arahan bertulis) menerusi sambungan USB. Bagi pengguna Windows arahan boleh dihantar dengan mengguna utiliti Command Prompt yg sedia ada



Jumaat, 15 Februari 2013

Tutorial - Periksa ketulenan dengan semakan IMEI online

Ringkasan IMEI
Kod IMEI ialah singkatan kepada International Mobile Equipment Identity. Ini boleh diibaratkan sebagai kod pengenalan diri yg unik seperti manusia yg menggunakan kad pengenalan. IMEI didaftar bersama pengeluar asal mengikut model telefon, identiti pengeluar dan identiti peranti ke dalam satu pusat pangkalan data komunikasi 



Apa yg boleh dibuat dengan kod IMEI ? 
Adalah penting supaya disemak kod IMEI pada kotak supaya cetakannya sama dengan seperti pada belakang peranti. Ini untuk mengetahui status dan kredibiliti penjual dan supaya item yg dibeli adalah tulen. Walaubagaimanapun ini agak melecehkan kerana kadar pemalsuan jenama semakin serius dan sukar dibezakan. Oleh itu sebuah kumpulan GSM telah menyediakan database secara online mendaftarkan setiap IMEI untuk mengenalpasti adakah IMEI itu wujud & mengesahkan ketulenan.