Rabu, 27 Februari 2013

Aplikasi Percuma - AirDroid

Hari ni saya ingin kongsikan sebuah aplikasi yg membolehkan anda membuat akses kandungan Android seperti membaca dan membalas SMS pada komputer. Keperluan aplikasi ini memerlukan rangkaian Wifi  serta keperluan Internet.



AirDroid ialah aplikasi pengurusan peranti Android secara tanpa wayar (wireless) dengan menggunakan pelayar Internet seperti Chrome, Firefox & Internet Explorer.






Antara kebolehan AirDroid memuat turun (download) dan muat naik (upload) data peribadi tanpa perlu sambungan USB tetapi menggunakan rangkaian Wifi. Antara fungsi utama AirDroid ialah;

SMS
Membaca kandungan SMS (pada peranti yg dihubungkan). Menerima, menaip & menghantar SMS !

Melihat kandungan Foto & Media
Muat turun atau muat naik fail muzik dan video peribadi secara tanpa wayar. Pengguna juga boleh mendengarkan lagu yg ada pada peranti, dimainkan pada speaker komputer.

Sokongan clipboard
Integrasi clipboard antara pelayan (komputer) dan peranti

Senarai Perhubungan (Contact)
Melihat, menambah & memadam maklumat senarai nama pada Contact

Pengurus Nada & Ton bunyi
Nada Dering (Ringtone), Nada Mesej (Notification Tones) dan pemasa Jam Alarm boleh di padankan dengan sangat mudah sekali.

Jangan lupa lihat artikel susulan bagaimana menggunakan AirDroid.

AirDroid dibangunkan oleh Sand Studio boleh didapati secara percuma sepenuhnya menerusi Google Playstore. Keperluan minima ialah Android 2.1 




0 ulasan:

Catat Ulasan