Memaparkan catatan dengan label semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label semasa. Papar semua catatan

Khamis, 25 September 2014

Ulasan - Xiaomi Redmi 1S

Terdahulu saya telah mengulas sebuah jenama yang kurang dikenali dan berprofil rendah. Memandangkan tabung duit masih belum cukup saya berpeluang mencuba Xiaomi Redmi yang dipinjamkan oleh rakan sepejabat. Terima kasih kepada En Norman yg sudi meminjamkan sebentar..


Inilah harga rasmi untuk dijual di Malaysia

Untuk makluman hanya warna hitam sahaja yang dijual untuk pasaran Malaysia. Selain dari warna ini adalah kemungkinan dari set yg diimport samada klon atau original

Rabu, 10 September 2014

Sembang - Mengapa anda perlu ambil tahu jenama Xiaomi

Pengenalan
Xiaomi bukanlah satu jenama klon murahan dan telah lama bertapak sejak 2010 dengan penubuhan bersama Temasek Holding dan IDG Capital yang berpangkalan di China. Produksi pertama Xiaomi ialah dengan mengeluarkan telefon pintar pertama Xiaomi Mi1S dengan keupayaan Qualcomm Snapdragon S3 serta pemecut GPU Adreno 220


Xiaomi Mi1/ Mi1S

Isnin, 4 Mac 2013

Sepintas lalu - HTC One, Xperia Z, Galaxy Note 8

HTC One
Walaupun nama HTC semakin ditenggelami oleh jenama besar seperti Samsung & Sony ,  HTC sekali lagi mempamerkan model baru dengan nama mudah "HTC One" selepas model terakhir HTC Butterly /DNA. Mempunyai rekabentuk yg agak minimalistic (ringkas) terdapat sedikit rupa acuan model terdahulu seperti HTC HD2, Evo  4G atau Hero bagi model warna hitam. Jika warna putih mempunyai persamaan dengan iphone 5 pula. Peranti ini di operasikan dengan spesifikasi terbaru Qualcomm 600. 



Rabu, 19 Disember 2012

Semasa - Samsung Galaxy Grand, Galaxy S3 Mini

Samsung Galaxy Grand - Klon Galaxy Note II Mini ? (17-12-2012)
Samsung memperkenalkan Galaxy Grand dengan rekabentuk seakan2 Galaxy Note 2 tetapi bersaiz 5' berbanding Galaxy Note II yg bersaiz 5.5'. Ia mungkin disasarkan dengan harga yg lebih rendah dengan pengurangan resolusi skrin 800x480 (WVGA) berbanding 1280x720 (HD 720p) pada Galaxy Note 2.

...sejibik  macam Galaxy Note II

Selasa, 27 November 2012

Semasa - Galaxy Note 2 Dual Sim, W2013, HTC Droid DNA/DLX

Samsung Galaxy Note 2 Dual Sim diumumkan di China (26-11-12)
Selepas menerima momokan produk palsu China, Samsung Mobile akhirnya mengumumkan secara rasmi Samsung Galaxy Note 2 dengan sokongan 2 kad sim (Dual SIM). Mempunyai spesifikasi seperti mana model biasa Galaxy Note 2 tetapi mempunyai 2 slot kad SIM. Model ini akan mula dipasarkan di pasaran China bermula 3 Disember 2012.

Samsung Galaxy Note 2 sim untuk pasaran China


Khamis, 1 November 2012

Semasa - Google perkenalkan keluarga Nexus

Tak lama lagi Google akan melancarkan variasi Nexus terbaru dengan 3 saiz variasi mengikut citarasa pengguna. Walaubagaimanapun bagi model Nexus 7, telah dijual dipasaran dengan harga RM999 (16gb)