Isnin, 4 Mac 2013

Sepintas lalu - HTC One, Xperia Z, Galaxy Note 8

HTC One
Walaupun nama HTC semakin ditenggelami oleh jenama besar seperti Samsung & Sony ,  HTC sekali lagi mempamerkan model baru dengan nama mudah "HTC One" selepas model terakhir HTC Butterly /DNA. Mempunyai rekabentuk yg agak minimalistic (ringkas) terdapat sedikit rupa acuan model terdahulu seperti HTC HD2, Evo  4G atau Hero bagi model warna hitam. Jika warna putih mempunyai persamaan dengan iphone 5 pula. Peranti ini di operasikan dengan spesifikasi terbaru Qualcomm 600. 





Antara fungsi menarik yg hadir bersama peranti ialah HTC Sense 5 dengan fungsi HTC Blinkfeed yg rekabentuk Livetile seperti antaramuka aplikasi Flipboard. HTC Boomsound pula ialah teknologi speaker berkembar stereo yg boleh dimanfaatkan semasa tontonan video dan permainan video. HTC Zoe pula aplikasi pintar  untuk rakaman video dan membuat suntingan bersama efek secara automatik. Manakala fungsi yg paling ditunggu peminat HTC ialah HTC Ultrapixel yg mungkin bertujuan menyaingi teknologi Nokia Pureview




Kelebihan yg ada pada model HTC One ialah binaan yg sangat kukuh walaupun nipis.  Teknologi Unibody  Metal ialah pembentukan dengan tekanan tinggi yg juga dibangunkan untuk pembinaan badan kapal terbang, kereta perisai dan kereta berkuasa tinggi Lamborghini Aventado!. Pengarang secara jujur berkata binaan HTC lebih kukuh dari model Samsung & Sony.


persembahan teknologi unibody
video oleh faizytechtips

Spesifikasi HTC One
  • Dimensi skrin - 4.7'  Super LCD 3
  • Resolusi - 1920x1080 FHD 
  • CPU - 1.7GHz Qualcomm Snapdragon 600  (4-Teras)
  • GPU- Adreno 320
  • Memori RAM - 2GB 
  • Memori Dalaman - 32/ 64GB 
  • Slot memori -TIADA
  • NFC
  • Kamera - 4MP ,(Ultrapixel)
  • Bateri - 2,300mAh 
  • Sistem - Android 4.1.2 


maklumat lanjut

  • http://www.htc.com
  • http://www.gsmarena.com/htc_one-5313.php


________________________________________________________________________

Sony Xperia Z
Video pengenalan Xperia Z telah membuktikan Sony semakin serius menghasilkan produk yg berkualiti. Dengan kelebihan yg ada pada Sony, teknologi skrin Bravia pada televisyen dimuatkan pada skrin 5' pada resolusi FHD . 

video youtube dari SonyXperiaDev

Xperia Z memperkenalkan Reality Display yg berasaskan enjin Mobile Bravia2 seperti yg telah digunakan pada teknologi warna dan skrin LCD & LED pada monitor dan televisyen Sony. Ketajaman gambar dan warna dikatakan memberi kepuasan semasa berhibur. Exmor RS pula teknologi pertama didunia dengan penggunaan lensa kamera yg pernah digunakan bagi kamera video HDR. Hasil rakaman gambar mempunyai lebih banyak warna lebih terang walau apa jua keadaan cuaca. Dan seperti biasa fungsi  Walkman juga tidak ketinggalan sebagai integrasi pemain muzik.

video youtube dari SonyXperia



Spesifikasi Sony Xperia Z
  • Dimensi skrin - 5'  TFT 
  • Resolusi - 1920x1080 FHD 
  • CPU - 1.5GHz Qualcomm Snapdragon S4Pro  (4-Teras)
  • GPU - Adreno 320
  • Memori RAM - 2GB 
  • Memori Dalaman - 16GB 
  • Slot memori - Micro SD
  • NFC
  • Kamera 13MP , Teknologi Exmor RS bagi rakaman HDR
  • Bateri - 2,330mAh 
  • Sistem - Android 4.1.2 


maklumat lanjut

  • http://www.sony.com
  • http://www.gsmarena.com/sony_xperia_z-5204.php


________________________________________________________________________

Samsung Galaxy Note 8
Samsung sekali lagi memperkenalkan variasi terbaru dari keluarga Galaxy Note dengan rekabentuk S3/Note 2 yg dibesarkan kepada 8 inci.Walaupun begitu Galaxy Note 8' disasarkan kepada peminat yg mahukan saiz yg lebih kecil dan kurang menonjol khasnya semasa berada dikawasan awam. Mempunyai fungsi dan spesifikasi yg lebih kurang sama dgn Note 2, sayangnya ia tidak pula menggunakan skrin AMOLED. 

Galaxy Note 2 yg dibesarkan.. yeah






video youtube oleh SamsungMobile




Spesifikasi Galaxy Note 8.0
  • Dimensi skrin - 8'  TFT 
  • Resolusi - 1280x800 HD 
  • CPU - 1.6GHz Exynos 4412  (4-Teras)
  • GPU - Mali 400MP
  • Memori RAM - 2GB 
  • Memori Dalaman - 16/32GB 
  • Slot memori - Micro SD
  • NFC
  • Kamera 5MP , 
  • Bateri - 4,600mAh 
  • Sistem - Android 4.1.2 


maklumat lanjut

  • http://www.samsung.com
  • http://www.gsmarena.com/samsung_galaxy_note_8_0_n5100-5252.php



________________________________________________________________________


0 ulasan:

Catat Ulasan