Khamis, 28 Februari 2013

Tutorial - Aplikasi AirDroid dan kegunaannya

Pengarang telah pun berkongsi maklumat dan kelebihan aplikasi AirDroid pada artikel lalu. Sekarang akan diterangkan bagaimana menggunakan AirDroid yg membolehkan anda mengawal dan mengolah kandungan SMS dan fail yg ada pada peranti secara tanpa wayar dengan pelayan (desktop /komputer) menerusi brosur pelayar Internet (Browser)



Keperluan utama
AirDroid memerlukan sambungan Wifi dan Internet




1. Muat Turun AirDroid dari Google Playstore



2. Buka browsur pada pelayan (desktop /komputer) yg mempunyai sambungan Internet Exporer, Chrome atau Firefox. Taipkan alamat web;
web.airdroid.com
ia kelihatan seperti ini

3. Dengan membenarkan sambungan wifi dan Internet. Buka aplikasi AirDroid pada peranti

4. Tekan start untuk memulakan AirDroid

5. Ada dua cara untuk memasuki login, (hanya pilih salah satu)

i) Cara pertama ialah dengan memasukkan kod yg terpapar pada peranti. Kod ini boleh dilihat selepas menekan butang Start pada AirDroid. Masukkan kod dan Enter untuk memasuki program utama AirDroid pada brosur pelayan.

ii) Cara kedua lebih senang dengan menggunakan kamera Android. Tekan ikon kamera dan halakan pada skrin pelayan pada ruang QR barkod

halakan kamera pada barkod QR 

Selepas pengecaman QR berjaya, brosur akan login secara automatik dan menunjukkan simulasi seperti windows desktop. Ikon yg tersusun ialah utiliti yg sedia untuk digunakan.

contoh simulasi desktop akses ke dalam Android 


antara kemudahan yg disediakan


Berikut adalah penerangan ringkas butang utiliti yg boleh digunakan.

Message
  • membaca, menaip & menghantar SMS

contoh sms disusun mengikut nama contacts

mesej disusun secara kotak dialog, 
anda boleh membalas mesej secara langsung!


Music, Photos & Video
  • Mendengar lagu pada Android
  • Melihat gambar & video pada Android
  • Memuat turun (download) dan muat naik  (upload) fail 
Melihat foto simpanan 


Menonton video yg tersimpan pada peranti 
 Apple Quicktime diperlukan untuk menonton video secara langsung.


Contact & Frequent Contact
  • Mengurus, menambah, membuat dan mengedit teman perhubungan
  • Frequent Contact sebagai pintasan senarai yg paling kerap dihubungi


Apps
  • Memasukkan APK secara manual
  • Memuat turun (download) dan muat naik (upload) APK 



Ringtone
  • melihat senarai nada dering (ringtone) dan nada mesej (notification/ message tone)
  • Memilih dan menandakan ton bunyi dering dan mesej masuk
  • Memuat turun (download) dan muat naik  (upload) lagu atau fail media

Ia juga boleh menandakan nada dering & nada mesej pada peranti 


Files
Kemudahan ini sebagai pengurus fail pengguna untuk melihat & mengedit kandungan fail peribadi dan fail sistem yg ada. Ini boleh diibaratkan seperti fungsi "My Computer" yg ada pada Windows. Sila berhati2 memindahkan data kerana perubahan fail sistem boleh mengganggu kestabilan sistem Android. Ia juga menyokong kebolehan Drag & Drop .

macam pernah lihat kan ?


Calls log 
Rekod senarai log panggilan keluar dan masuk

Recommends
Aplikasi sampingan yg disyorkan oleh pembangun perisian AirDroid

Perisian yg boleh dimuat turun secara percuma



Terdapat kemudahan lain menggunakan rekabentuk widget
AirDroid juga mempunyai widget seolah2 seperti Android, Tujuan widget ini adalah sebagai shortcut atau pintasan arahan yg penting atau melihat status semasa.

Quick Shorcut
bahagian ia mempunyai butang pintas seperti berikut (dari kiri k bawah)
|Mengenai AirDroid | Carian Playstore | Multidekstop | Karang sms  | Speed install (APK) | Speed upload (hantar apa2 fail) | Papar Desktop


Open On Devices

menaip alamat web utk dibuka pada peranti


Memory Status
kapasiti memori semasa peranti 


Screenshot
Fungsi menekap gambar skrin  (screenshots)
*akses root diperlukan


Multidesktop
Multidesktop memboleh pengguna menukar tema atau theme yg lain

Status bar
sebelah kiri, ; Utiliti yg di-minimize 
sebelah kanan ; ikon status rangkaian & bateri


Yg lebih dan yg kurang
Antara kekurangan AirDroid ialah keperluan Internet dan Wifi disepanjang penggunaan. AirDroid juga tidak mempunyai utiliti pendail bagi membuat panggilan suara melalai pelayan. Kekuatan AirDroid ialah  memudahkan pengguna melihat kandungan fail tidak kira apa jenis fail sekalipun. Proses memilih nada dering dan nada mesej disingkatkan dan mudah difahami Baghi pengarang, kebolehan membaca dan menguruskan mesej SMS pun sudah memadai memandangkan aplikasi ini adalah percuma dan sangat berbaloi untuk dicuba


Video youtube oleh Armando Ferreira

Selamat mencuba!

2 ulasan: