Jumaat, 15 Mac 2013

Aplikasi Launcer - MIHome Launcher

Launcher berperanan sebagai pelancar atau pengurus aplikasi pada Android. Ini pernah diterangkan pada artikel ;-

MIUI merupakan perisian sistem operasi yg mempunyai pengubahan kosmetik seakan2 iphone. MIUI bukanlah sebuah aplikasi, ia adalah sistem operasi yg berasaskan enjin Android. Apa yg menarik dengan MIUI ialah tema atau theme yg banyak dan menarik selain Go Launcher. Terdahulu juga pembangun pernah mengeluarkan MiLocker yg cuma boleh menukarkan tema pada Kekunci skrin .

Contoh antaramuka MiHome pada MIUI rom

Isnin, 4 Mac 2013

Sepintas lalu - HTC One, Xperia Z, Galaxy Note 8

HTC One
Walaupun nama HTC semakin ditenggelami oleh jenama besar seperti Samsung & Sony ,  HTC sekali lagi mempamerkan model baru dengan nama mudah "HTC One" selepas model terakhir HTC Butterly /DNA. Mempunyai rekabentuk yg agak minimalistic (ringkas) terdapat sedikit rupa acuan model terdahulu seperti HTC HD2, Evo  4G atau Hero bagi model warna hitam. Jika warna putih mempunyai persamaan dengan iphone 5 pula. Peranti ini di operasikan dengan spesifikasi terbaru Qualcomm 600.