Isnin, 20 Mei 2013

Artikel - Kenali Samsung Galaxy S4

I - Pengenalan 
Baru-baru ini Samsung telah pun memperkenalkan unit terbaru Samsung Galaksi S4 selepas menempa kejayaan jualan Galaksi S3. Pengarang  sempat menyentuh unit dan mengalami sendiri peranti yg dipinjamkan sebentar oleh teman sepejabat En Shidi. Samsung Galaxy S4 telahpun berada dipasaran dan dijual di Malaysia.

Artikel ini akan merumuskan dari beberapa laman web gajet terkemuka untuk bersama kita mengenali secara lebih lanjut model terbaru ini. Sebelum itu atas kesempatan teman sepejabat yg baru membeli Galaxy S4, pengarang sempat mencuba dan mengambil gambar bagi tujuan blog.

Galaxy S4 mempunyai elemen rekabentuk Galaxy Note 2

Ahad, 12 Mei 2013

Artikel - Tablet murah dari China

Pengenalan
Pernahkan anda menggunakan atau mendengar jenama seperti Ramos, Onda & Ainol ?. Jenama ini salah satu dari model popular yg banyak dijual dipasaran sebagai pilihan tablet alternatif tablet murah dan mampu dimiliki



Sedikit imbasan   
Android ialah sistem operasi sumber terbuka dan percuma, oleh itu pengeluar dari China berlumba mengeluarkan tablet murah sebagai alternatif pembeli dari janama yg agak mahal. Sebelum kemunculan Android versi 4 (Ice Cream Sandwhich) pengeluaran tablet dari negara China meningkat secara drastik. Pada masa itu kualiti binaan kurang bermutu, skrin silau dan berprestasi agak lembab.