Jumaat, 30 Disember 2011

Aplikasi - ES File Explorer

ES File Explorer ialah pengurus fail yang disimpan diruang kad memori. Seperti Windows Explorer atau My Computer didalam perisian Windows XP, pengurusan fail kini lebih mudah tanpa memerlukan bantuan komputer yang memerlukan sambungan USB /Mass Storage. 



Sabtu, 24 Disember 2011

Info - Memasukkan program APK (Android installer)

Dalam topik terdahulu membincangkan cara menyimpan program yang dimuat turun sebagai backup. Ia ada menyebut fail aplikasi pada hujung nama berakhir dengan nama *.apk berperanan sebagai installer. Bagi pengguna Windows tentu anda tahu fail yang bernama "setup.exe". Fungsinya lebih kurang sama cuma pada sistem Android ia menggunakan nama berakhir .apk (dot apk).


Tutorial ini akan menunjukkan cara memasukkan (install) apk yang disimpan pada memori tanpa perlu akses internet atau memuatturun semula. Aplikasi yang diperlukan ialah APK Manager Plus


Jumaat, 23 Disember 2011

Info - Menyimpan aplikasi yang dimuatturun / download

Pernahkan anda terfikir bagaimana mahu membuat backup program yg telah dimuat turun (download) tanpa perlu memuat turun semula ? Atau mahu kongsikan aplikasi tanpa perlu ada akses Market yg memerlukan sambungan internet? Takpun  sebagai pelan kecemasan jika ter-FORMAT Android atau bimbang terlupa nama aplikasi yang didownload, atau malas memuat turun berkali2




Tutorial ini akan menunjukkan cara menyimpan program yang telah dimuat turun dari Android Market disimpan pada kad memori untuk digunakan pada masa hadapan jika program berkenaan hilang atau telah di-uninstall

Selasa, 13 Disember 2011

Info - Iklan Airpush di menubar & cara mengesan aplikasi & membuangnya

Sejak menggunakan android, bermacam2  iklan yg terpapar bergantung dengan program percuma yg di download. Biasa iklan ini aktif semasa Android mempunyai sambungan internet. Contohnya jika bermain permainan Angry Bird versi percuma, akan muncul kotak iklan diruang skrin atas atau bawah, itulah harga yang dibayar untuk program percuma :) .

Tapi kini kita dikejutkan dengan cara pengiklanan terbaru yang dipanggil  AirPush. Cara iklan ini  berfungsi sangat menjengkelkan. Iklan ini akan menunjukkan notifikasi di menubar semasa Android dihidupkan atau semasa restart.



Rabu, 7 Disember 2011

Info - Mengakses kad memori bagi tujuan menyalin dan memindahkan fail

Hampir setiap Android mempunyai fungsi merakam gambar atau memainkan fail multimedia. Tetapi bagaimana pula hendak memindahkan atau menyalin gambar dari kad memori ke komputer ? Topik ini adalah jawapannya.

Keperluan
1-Komputer dengan perisian Windows XP, (disyorkan Windows 7)
2-Kabel USB
3-Drivers software seperti Samsung Kies atau HTC Sync pada pengguna Honeycomb (untuk sokongan MTP , ini akan dijelaskan nanti)

Sambungkan Android ke komputer dengan kabel USB. Lihat menu notifikasi , ikon USB muncul