Memaparkan catatan dengan label akses kad Memori. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label akses kad Memori. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Januari 2016

Reviu Aplikasi – GT Recovery (root) Bahagian 1 – Mencari imej gambar yang hilang

Reviu Aplikasi – GT Recovery (root).  Bahagian 1 – Mencari imej/ gambar yang hilang


*Matlamat reviu ini ialah untuk menunjukkan fungsi dan cara mendapat fail yang hilang atau terpadam akibat kecuaian.  Peluang untuk menyelamatkan data hilang hanya boleh berlaku jika sektor data lokasi fail belum diusik oleh data baru. Ini telah diterangkan dalam artikel yang perlu anda baca terlebih dahulu.

Tentu sekali anda terpadam rakaman gambar atau video yang mempunyai kenangan. Usah bimbang, dengan aplikasi GT Recovery anda boleh mencuba mendapatkan fail yang baru dipadam semula dari kad memori  bahkan juga boleh mengesan memori dalaman. Tetapi aplikasi ini hanya berfungsi untuk  peranti yang telah di tampal dengan pengubahsuaian ‘Root’. 

Bahagian 1 – Mencari imej/ gambar yang hilang
1.  Buat carian aplikasi GT Recovery di Gedung Android (Android Playstore). Ia mempunyai logo cicak hidup berwarna hijau dengan latar belakang biru teal. 




Isnin, 21 Januari 2013

Aplikasi + Tutorial - Mendapatkan semula fail yg hilang / terpadam dengan Undelete (Bahagian 2)

Topik ini ialah susulan kepada artikel terdahulu, pengguna dinasihatkan supaya membaca & memahami dahulu sebelum meneruskan tutorial dibawah. Tidak semua fail yg hilang boleh diselamatkan ini telah dijelaskan pada post saya terdahulu;
Objektif tutorial ; Membuat imbasan dan mendapatkan fail yg hilang pada kad memori
Keperluan ; Aplikasi Undelete dengan kebenaran Root access

Aplikasi Undelete ialah percuma dan terdapat versi berbayar.  Keperluan minima ialah Android 2.1 ke atas, dengan kebenaran Root Access. Aplikasi ini masih dalam pembangunan yg mungkin mempunyai masalah bagi peranti yg terkini dengan Android 4.1 Jelly Bean.

* Kemaskini Januari 2016, lihat artikel reviu saya yang lain seperti GT Photo recovery & Undelete Image siper Easy, fungsinya lebih kurang sama

Undelete for Root Users

Jumaat, 30 Disember 2011

Aplikasi - ES File Explorer

ES File Explorer ialah pengurus fail yang disimpan diruang kad memori. Seperti Windows Explorer atau My Computer didalam perisian Windows XP, pengurusan fail kini lebih mudah tanpa memerlukan bantuan komputer yang memerlukan sambungan USB /Mass Storage. 



Rabu, 7 Disember 2011

Info - Mengakses kad memori bagi tujuan menyalin dan memindahkan fail

Hampir setiap Android mempunyai fungsi merakam gambar atau memainkan fail multimedia. Tetapi bagaimana pula hendak memindahkan atau menyalin gambar dari kad memori ke komputer ? Topik ini adalah jawapannya.

Keperluan
1-Komputer dengan perisian Windows XP, (disyorkan Windows 7)
2-Kabel USB
3-Drivers software seperti Samsung Kies atau HTC Sync pada pengguna Honeycomb (untuk sokongan MTP , ini akan dijelaskan nanti)

Sambungkan Android ke komputer dengan kabel USB. Lihat menu notifikasi , ikon USB muncul