Khamis, 29 November 2012

Analisis - Mengenalpasti Samsung Galaxy Note 2 Palsu

Artikel ini membincangkan perbezaan model set tulen dan palsu. Jika para pembaca mahukan perbezaan lebih lanjut sila baca  artikel ;

Kemaskini akhir pada 25-02-13
Terlebih dahulu pengarang telah membuat analisis bergambar model palsu dari jenama Samsung Galaxy SIII/S3, sila lawati;
Kehebatan Samsung Galaxy Note 2 yg baru dilancarkan mengundang pengeluaran model palsu dari China. Pengeluar di Shenzen hanya mementingkan keuntungan dan mengabaikan kualiti telah memberi kesan kepada Samsung yg mengeluarkan produk dengan kawalan kualiti yg ketat.

Dengan mulut yg manis peniaga mengatakan model yg dijual bukan palsu atau tiruan, tetapi kononnya sebagai "replika" untuk meyakinkan pembeli. Mereka memborong pada harga yg murah dan menjual pada harga yg tinggi menghampiri harga produk tulen. Ada pula peniaga yg licik menyatakan model tiruan yg dijual dikatan asli  kononnya original.  Ramai pembeli yg tertipu biasanya terburu membeli tanpa perancangan, kajian & soal selidik. Luangkankan sedikit masa yg mungkin membantu anda atau rakan yg mahu membeli model ini.

Kita mulakan dengan semakan spesikifasi terpenting model Samsung Galaxy Note 2 yg dipetik dari lawan web GSMarena.com. Sila fahami dan cuba ingat.
  • Skrin sentuh 4.5 inci dengan Super AMOLED HD,
  • Skrin Gorrila Glass 2, dengan resolusi skrin 720*1280
  • Kelajuan CPU 1.6Ghz 
  • 4-teras (Quad CORE) Cortex Arm 9
  • CPU model Exynos 4412
  • Pemecut grafik model Mali400
  • Memori dalaman 16/32/64
  • Sokongan kad memori Micro SD
  • Kapasiti Bateri 3100mah
  • Kamera 8 Megapiksel 

Seterusnya, beri perhatian kepada gambar yg dipetik dari lawan web GSMarena.com, cuba ingat rekabentuk dan kedudukan bahagian penting seperti slot bateri, kad memori & kad sim. 

Samsung Galaxy Note 3 seolah2 model Galaxy S3 yg dibesarkan saiznya 


Kedudukan butang Home yg kemas



Pada penutup terdapat kamera utama 8mp dengan lampu LED pada sebelah kanan, 
terdapat logo "Samsung" berhampiran kamera,

Di sebelah atas kanan terdapat sambungan 3.5mm "jack" untuk fon telinga

Disebelah bawah kiri ruang simpanan S-Pen,  ruang speaker 


Kapasiti batteri ialah 3100mah, slot kad memori dibawah kamera, 
manakala kedudukan slot kad sim di sebelah kanan atas ruang batteri

Menggunakan satu kad sim sahaja. 
Terkini ; Samsung akan mengeluarkan model Dual Sim, pada 3 Disember 2012 untuk pasaran China. Artikel akan dikemaskini jika model Dual Sim dipasarkan untuk pasaran global

Bagi pembelian Samsung Galaxy Note 2 original di Malaysia pastikan juga pelekat (sticker) ada pada ruangan berikut;

Hologram Suruhanjaya Komunikasi Multimedia SKMM  & sticker warranty

Pelekat  rasmi "Diedarkan Oleh: Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd (SME)". 
ia juga dikenali sebagai set SME 



kemaskini pada 05-02-13
Maklumat tetapan pada peranti asli mempunyai catatan Model number GT-N7100, sebelum membuat pembayaran, lihat maklumat ini terlebih dahulu

Galaxy Note (I) - GT-N7000
Galaxy Note II - GT-N7100

Tetapan (Settings) > Mengenai Telefon (About Phone)


Semak Model Number = GT-N7100 (GNote 2)



GT-N7000 untuk GNote (1), 




kemaskini pada 12-12-12
Ujian Aplikasi Benchmark  
Berikut ialah susunan markah yg diperolehi dari engadget.com

Nota : Keputusan ujian sentiasa berbeza2, walaubagaimanapun jarak (margin) perbezaan markah tidak ketara. Sekiranya berlaku pengurangan markah atau perbezaan yg terlalu ketara, peranti yg diuji bermungkinan bermasalah atau bukan tulen.

Berikut gambar contoh model Galaxy Note 2 tiruan atau palsu 

Contoh 1
Model tiruan (kanan) tidak mempunyai logo Samsung

Kedudukan flash LED yg salah

tiada sebarang logo Samsung 

Video





Contoh 2

Tiada logo Samsung atau jenama Galaxy Note 2 pada kotak

Spesifikasi CPU chipset yg berlainan (MTK), 
model asal menggunakan CPU (Exynos) jauh lebih berkuasa

Pelekat skrin tidak menyatakan model Samsung Galaxy SIII, 
tiada logo Super AMOLED & NFC

Kapasiti bateri 3000mah, model asal menggunakan bateri 3100mah

Kedudukan slot memori dan kad sim salah. Model palsu ini meletakkan 
slot kad memori pada sebelah kiri (kad memori berwarna hitam)



Kemaskini pada 15-02-13
Cara mengenal pasti melalui bentuk stylus atau S-Pen

Setiap pembelian Galaxy Note 2 tulen datang dengan stylus yg menarik. Dibahagian mata stylus kelihatan seperti mata pensil. Pada bahagian pemegang terdapat butang pintas atau shortcut key yg digunakan untuk aplikasi S Note.

kelihatan anggun dan menawan


Manakala Galaxy Note 2 Palsu, menggunakan stylus dengan mata bulat yg lembut seperti span. Tiada apa2 butang pintas yg boleh digunakan sebagai butang arahan pintas.

kelihatan agak murah sekali



Kemaskini pada 25-02-13

Integrasi dan fungsi Air View sebagai penunjuk S-Pen 

Galaxy Note 2 menggunakan teknologi Wacom grafik pad (pad lukisan pereka grafik) yg boleh menerima isyarat mata Stylus tanpa sentuhan pada skrin. Teknologi dipanggil Air View & sangat berguna jika pengguna yg mahu melayari sub-menu forum atau utiliti yg hanya keluar semasa menggerakan penanda tetikus seperti mouse cursor pada Windows, atau menggunakan Tools yg disediakan untuk Galaxy Note 

sumber youtube video oleh IGyaan
Fungsi titik apungan ini dikenali sebagai 'Air View' 
untuk lebih jelas lihat video pada minit 3.28 

Apabila pengguna mendekatkan mata Stylus pada skrin, terdapat bintik biru yg mengekori kordinat mata Stylus walaupun tidak menyentuh skrin. Fungsi ini juga menentukan ketulenan peranti kerana fungsi ini tidak ada pada model tiruan.



Berikut ciri2 penting spesifikasi tiruan/ palsu
  • Jenama HDC Galaxy Note 2 (....krisis identiti HTC+Samsung..)
  • CPU - Mediatek MTK 6577 1Ghz,(model tulen menggunakan chipset CPU Exynos 4412)
  • GPU - Power VR SGX531, (model tulen menggunakan chipset GPU Mali 400)
  • Android 4, Ice Cream Sandwhich (dengan widget seakan2 Samsung TouchWiz)
  • Skrin 5'/ 5.3' / 6' (saiz skrin tulen ialah 5.5')
  • Resolusi 800x480 / 540x960 (dimensi skrin tulen 1280x720)
  • Memori dalaman 4Gb (model tulen minima 16gb)
  • RAM 512mb (model tulen mempunyai 2Gb RAM)

kemaskini pada 12-12-12
Ujian Quadrant Standard 
Berikut ialah butiran lanjut melalui aplikasi Quadrant Standard (percuma) Gambar ujian ini dipetik dari laman web Gregs Mobiles. Perhatikan dan bandingkan spesifikasi yg sangat berlainan dari model tulen. Gambar dibawah ialah model ZOPO ...


Model = ZP900S  
Brand = ZOPO (... -_- )
Kelajuan Maksimum = 1001Mhz@1Ghz 
CPU Hardware  MTK6577 

Display = 540x960
GPU Renderer = PowerVR531



Walaupun dari segi fizikal hampir sama, struktur binaan & kualiti sangat berbeza. Model tiruan tidak boleh menggunakan official ROM atau firmware rasmi Samsung & tidak boleh menggunakan Samsung Kies. Peluang untuk menggunakan custom rom seperti Cynogen & AOKP rom juga tipis, forum XDAdevelopers, juga tiada sokongan firmware bagi model palsu. 

Tatkala pengguna Galaxy Note 2 original berseronok dengan software update (Jelly Bean) terkini, model tiruan dan palsu kekal dengan firmware sedia ada. - Droid

sumber

Kemaskini akhir pada 25-02-13


316 ulasan:

  1. Hp ori vs hp clone umpama ibm pc vs pc clone mcm tahun 80an dulu.. Lama kelamaan org akan terima kehadiran hp clone juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak setuju,
      palsu belum tentu clone 1:1 dari segi binaan dan teknologi,bukan soal murah tapi soal kredibilti dan sokongan pengeluar kembali, pengeluar model palsu tak pedulikan soal khidmat selepas jualan, mereka cuma mahu untung, itupun dgn cara yg salah dgn sengaja menciplak sebagai mengalih perhatian pembeli,

      Padam
    2. SOKONG. Clone & Palsu adalah berbeza. Clone spec mesti same dengan ORI. Sama juga kita clone PC IBM tiru sebijik spec dia. Tu maksud Clone. Palsu bermaksud menyerupai tetapi tidak sama.

      Padam
    3. SOKONG. Clone & Palsu adalah berbeza. Clone spec mesti same dengan ORI. Sama juga kita clone PC IBM tiru sebijik spec dia. Tu maksud Clone. Palsu bermaksud menyerupai tetapi tidak sama.

      Padam
    4. Tapi yang baru aku beli ni 100% Samsung Note Sebijik ikut Spec Note dan boleh pakai Driver dan Software untuk Note II. Processor Exynos 1.6Ghz 4 core, 16 GB Memory Dalaman, dan 2GB RAM pendek kata semuanya 100% sama, Tambahan SD support 64 GB. Cuma yang lainnya adalah Stylus pen tapi boleh beli Ori ganti boleh masuk sebijik dan satu lagi tak ada multi window dari samsung tapi boleh download yang lain, disahkan oleh Antutu original Samsung dan Bechmark 172798. Amacam mau order ker RM800 saja sebiik termasuk pos selagi stok masih ada. Send Email kat mamirzan@yahoo.com

      Padam
    5. kalau s-pen pun dah lain mana boleh 100% ? takde support multi windows, takde support SPen AirView, dan yg terpenting jika takde support Samsung original firmware macammana nak upgrade software ?

      pendek kata ia tetap palsu

      Padam
  2. sy sudah terbeli 99% seperti ori dari segi reka bentuk dan logo dan cop sirim segala tapi syg bukan quad core tapi dual core.. rm1500 software bukan jelly ben

    BalasPadam
    Balasan
    1. model yg palsu pun dah guna logo SIRIM ? bagaimana dengan kedudukan lokasi kad sim & memori, lain sikit tak ?

      Padam
    2. Kedudukan sim kad belah kiri dan memori belah kanan. Bersebelahan.. Tapi pelekat kat depan masa beli ada tulis super almold bagai.. 16gb bagai.. Kedudukan Logo samsung depan belakang mmg seperti yg ori dan kat belakang area beteri pon melambak stiker samsung.. Tapi xde SME.. Masa beli dia ckp lepas kastam.. Tapi tu la bukan quad core tapi dual core.. Android 4.2.1 ke hapa ntah..

      Padam
    3. Setakat ini Samsung Mobile takde pun buat pengumuman model GNote2 yg guna Dualcore. Kedudukan acuan (plastic moulding) pada badan GNote2 sama utk pasaran antarabangsa, kilang2 di Shenzen menggunakan acuan yg lain, tak sama seperti asal

      semak semula di belakang berdasarkan gambar diatas
      kanan = kad sim
      kiri = kad memori

      Gnote1 = Exynos - Dual Core
      Gnote2 = Exynos - Quad Core
      Gnote2 = palsu - MTK 6577 Dual Core

      Muaturun Quadrant Standard, pilih System information, datang report balik disini :)

      Padam
    4. gnote2 palsu dah ada yg quad core skrg n mtk6589...
      kalau ad duit beli la yg ori...h/phone klon ni juz utk org yg x ckup bujet n nk rasa h/phone mahal...x smua org tahu 100% fungsi h/p canggih ni...so kalau cme nk sms,call, gaming and maen intnet baek guna yg clone jee...jimat pn jimat...kalo dah pakai casing,bukan nye ad org tau pon h/p tu klon...

      Padam
    5. Perlu ingat barngan tiruan (atau AP tiruan) mengabaikan khidmat selepas jualan, ada pembeli yg beli tiruan mahu menjangka software support dari Samsung, walhal ia tidak diiktiraf Samsung, dari segi hardware dalaman pun berlainan. Nanti berputih mata bila Samsung keluarkan update Key Lime Pie kerana tiruan tak boleh update

      Padam
  3. sy pun dah kena,katanya AP set
    last2 dpt spec sebijik macam atas
    processor armv7 tu sy krg fhm la
    kira dia standard ada ya? dual-core ke?
    dah research tpi x fhm sbb bukan bdg sy
    sakit hti tgk res dgn dpi
    slh sy beli ats tlian,mmg dah deal xley dpt balik duit,so nk xnak kena gna jgk *rsa nk mencarut.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berapa hinggit? Kalo murah takpe, tapi kalau harge dekat2 AP brand memang teraniaya,

      Padam
  4. woooo bimbang nya mau beli note 2 ni...
    ada cerita mau jual first hand katanya
    kije kilang samsung katanya
    rm1400 sy mula ragu2 dah bila tgk dlm fb ada yang harga murah camtu
    boleh saudara email kepada saya
    bezanya untuk note 2 niii...
    meranqamar@gmail.com

    kalau xemail saya akan folloow komen saudara disini sahaja untuk kepastian

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh murahnya,
      nanti balas emel saya dengan link FB sekali, & saya takkan dedahkan link nanti, kalau betul2 ori saya nak pintas awak beli dulu boleh ...hehehe

      Padam
    2. ok kalau jumpa link fb tu lagi laaaa.... andai xjumpa kena tgk barang dulu laaa ujung minggu niii...

      sb ni cerita mulut ke mulut.... tu yg nk pasti
      tp dlm fb org tu terang2 cakap clon

      Padam
    3. Klon, replika tu tiruan... kira palsu @.@

      Padam
    4. tu laaa pasai yg ni dia cakap kije kilang samsung tu dapat hage murah gile...

      crite pnya crite brader aku kena dah rini
      mmg sim n memory dia duduk tempat lain
      beli rm 1600 dia nk pulang rm1200

      nk report pulis katanya
      ape cadangan....

      Padam
    5. kalau jualan dimaklumkan sebagai original atau AP berjenama, pembeli ada hak buat tuntutan pemulangan wang penuh, keran barangan ialah tiruan,

      tapi kalau tak mahu pulangkan penuh boleh buat aduan tribunal pengguna & laporan polis sekali,

      Padam
    6. http://www.facebook.com/groups/maharaja.lelong/?fref=ts
      ni link fb yg ada jual byk klon....
      ada yg cakap terang2 klon

      Padam
    7. er, kene login fb, saya tak guna fb :P

      Padam
    8. cuba cek kilang Samsung Malaysia ada keluarkan SNote 2 ke? rasanya tidak..

      ramai claim ambil dari kilang, tu pasal murah..kilang kt Ipoh..hihi

      Padam
    9. Eh ade ke pengeluaran Samsung Galaxy kat Malaysia ni ?

      Padam
    10. Meran QAMAR...xde..tipu sebenarnye tu..mmg clone dari china..usah ler tertipu..RM1400 mana ada kilang nk jual harga tu..kat market pon dah mencecah RM2.5k kan..adik saya dah terkena..mcm tu lah katanyanya "samsung malaysia yg keluarkan..gred 2 punya" lagi ler..die melabun..nak pulangkan die xnak amik..kalo amik burn duit..die jual RM1250 kat adik saya..kalo murah xpe..kes naya jer kan..nasihat saya better ler beli yg ORI..biar puas hati..

      Padam
  5. kalau saya nak update ke android yg latest tapi phone saya mmg clone la.. kompom dah. saya nk update yg latestnya boleh kew? kalau phone tu dah ROOT. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. komponen & perkakas tiruan tidak sama, maka tak boleh update

      maaf lambat balas; baru perasan mesej ni masuk dalam spam

      Padam
  6. ade membe beli note 2 semua same.tp pen die jer xsame.tu set AP ke x.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barangkali palsu, Samsung setakat ni takde keluarkan pen yg berlainan

      Padam
  7. bro..... sy punya galaxy note 2. tp vider sy punya ada masalah
    kata nya sudah diberentikan.... bagaimana nak mgaktifkan nya kembali

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm, viber ke ? dah lama tak gunakan aplikasi percuma ni, cuba uninstall & reinstall

      Padam
  8. sy baru mbelinya....n kurang paham apa tu vider.... harap bro tolong nyatakan apa tu vider seperti di nyatakan dalam galaxy note tu ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. viber ni macam whatsapp, nak gunakan perlu ada internet

      Padam
  9. kawan office saya jual AP samsung note 2 dengan harga RM900...

    BalasPadam
    Balasan
    1. x payah belilah saya dh kne tipu j tu bukan AP tp taiwan punye..guna 1 hari j dh rosak mk repair harga 750..baik beli baru j senang...jgn bagi org gila cmtu untung..

      Padam
    2. barangkali ia dari China yg menggunakan nama Taiwan/Korea sebagai pelaris,

      Padam
  10. Klone ler tu... Clone sekarang memang advance, siap ada sticker SKMM lagi...

    Tapi rahsia yang paling penting untuk mengenalpasti Clone dengan Ori ialah melalui S-Pen nyer...

    Tak caya, kajilah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih dgn input tu, kalau ade gambar nanti saya upload

      Padam
    2. S-pen die made in china ker

      Padam
  11. risau la... baru nk beli... tp still confuse nak bezakan ori n tak ori... huhu

    BalasPadam
  12. klu nak ikutkan set ori daripada korea ataupun china ya? ada kawan ni kononya dapat dari kastam dpt harga murah.. bila bw g kedai hp, apek tu ckp ori set... tp brand china.. pelik la.. ada yg ckp dari taiwan. camane ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak berita set rampasan kastam jenis AP tiruan, memang ada kilang Samsung dari China selain Korea, jika risau terbeli set palsu saya nasihat lawat laman web samsung malaysia, dalam tu ada senarai kedai2 yg jual set tulen

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. Note 2 copy rm740
    http://m.facebook.com/pages/Kelab-Pemilik-Samsung-Galaxy-Note-2-CopyClone/147443085411376?id=147443085411376&_rdr

    BalasPadam
  15. nak tanya.. kalau kat belakang tu dia tulis 'MADE BY SAMSUNG'.. tu ori atau clone? pls jwb!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak semestinya tulen,
      ada kilang yg sengaja letak nama Samsung & made by samsung, semak model melalui settings>about

      Padam
    2. Srry.. sy ni bkn la arif sgt pasal note 2 ni.. lps tgk kat setting > about.. then? nak tgk apa ya?

      Padam
    3. Cik Linda semak bahagian (bawah gambar sticker SME)

      Artikel kemaskini pada 05-02-13 :-)


      Padam
  16. skarang ni note2 clone dah sebiji cam ori.guna mtk6589(quadcore)ram 2 gb.os android jelly been.test guna antutu dia detect model samsung.cuma s pen jer la di takleh tiru.still guna captative pen.harga lak ada yang semurah rm580.berbaloi gak beli even clone.tadi dah belek2 dah satu.kalau minat cari jer kat mudah banyak dah.

    BalasPadam
  17. senang sahaja mahu bezakan ori dan clone/copy 1:1. Set ori mempunyai jarak dekat di antara butang home dengan screen. manakala clone/copy1:1 mempunyai jarak yang agak jauh butang home dengan screen berbanding ori

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Sebab tu penting baca review utk ujian pengecaman dgn melihat gambar close up

      Padam
  18. jarak jauh dekat? mcm mne tuh?

    BalasPadam
  19. Salam. Yang ni dijual RM1500. Katanya spec ori, supplier beli byk2 dlm satu masa tht's why dpt less price.. ade warranti from supplier sthn.. kalau jd ape2 kt hphone tu blh kasik balik pd supplier dlm tmph sthn..
    lg 1 murah sbb from direct supplier..
    brg memg ori.. set ja yg ap...

    Betul ke?


    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=509461485772077&set=a.410973245620902.101143.100001246913292&type=1&theater

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lupa pulak awak takde FB. Ini spec yang dia bagi:

      Promosi Samsung Galaxy Note II (ori spec)..
      HARGA SPECIAL, KEDAI PUN X BAGI..waranty 1 tahun..pm jika anda berminat
      SPEC ;

      Network/Bearer and Wireless Connectivity :
      -HSPA+21
      -EDGE / GPRS (850 / 900 / 1,800 / 1,900MHz)
      -HSPA+21 mbps
      -WiFi a/b/g/n HT40
      -Wi-Fi Direct available
      -Bluetooth technology v 4.0 (Apt-X Codec support) LE
      -NFC available
      -USB 2.0 HOST, MHL
      -KIES, KIES Air support

      Chipset :
      -Quad Core Processor
      -1.6GHz CPU Speed

      Sensors :
      -Accelerometer, Geo-magnetic, Gyro-sensor, Light Sensor, Proximity Sensor, Barometer available

      Battery :
      -3,100mAh Battery
      -USB Chargeable
      -upto 990 minutes (3G)
      -upto 510 hours (3G)

      Audio and Video :
      -Video Format: MPEG4, H.263, H.264, VC-1, DivX, WMV7, WMV8, WMV9, VP8
      -Full HD (1080p) Video Playback available
      Recording up to 30fps
      -MP3, OGG, WMA, AAC, ACC+, eAAC+, AMR (NB, WB), MIDI, WAV, AC-3, Flac

      OS :
      -Android 4.1 (JellyBean)

      Memory :
      -16GB

      Physical Specifications :
      -151.1 x 80.5 x 9.4mm
      -180g

      Location :
      -aGPS, GLONASS Supported

      Display :
      -HD Super AMOLED
      -5.5"
      -HD (1280 x 720)
      -S Pen available

      Camera :
      -8.0 Megapixels Camera Resolution (Rear)
      -1.9 Megapixels Camera Resolution (Front)
      -Flash-LED available
      -Auto Focus available

      Connectors :
      -USB v2.0 Host
      -3.5mm Stereo Earjack
      -MicroSD External Memory Slot (Upto 64GB)
      -3FF supported
      -Micro USB (5.0V, 2A)
      -MHL available

      Services and Applications :
      -Samsung Apps available
      -Readers Hub available
      -Game Hub available
      -ChatON available
      -ActiveSync available

      Padam
    2. berdasarkan spesifikasi yg ia berkemungkinan set AP Berjenama,

      minta penjual sertakan sekali gambar unit yg sebenar menunjukkan semua posisi termasuk pada pada ruang bateri,

      Padam
    3. Kalau nak pastikan ori atau tak sila teksn butang *#0*#... set ori sme dan ap akan keluar software utk menguji device yg afa pd hset..

      Padam
  20. betul ke eyh if nak tau ori ke tak... kita akan dapat warranty yg samsung punye... if rosak then dye soh anta kat kedai tu balik, means yg tu bukan ori laa kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kedai sahaja yg boleh dipulang ia bermakna bukan set ori, ia mungkin samada set AP berjenama atau AP tiruan, lihat artikel saya yg terkini

      Padam
  21. ala senang je nak tau.tegok pen dia.ori s-pen cuma samsng je yang leh pakai.kalau pen dia kat ujung tu ada salut silikon tu gerenti clone.lagi satu rasanya cuma samsung je yang leh pakai smemo.klone punya takat leh install snote je.

    BalasPadam
  22. Boleh komen tentang spek
    SAMSUNG NOTE II.
    .CLONE KOREA.
    FREE CASING + SCREEN PROTECTOR..
    WARANTY 1 TAHUN DARI VENDOR..
    .SAMSUNG NOTSS Note 11..Spec
    Berat:(9.65mm) -180g,
    Screen:5.3 inci -1280 kali 720 HD AMOLED Touchscreen
    Camera: 8mp Auto Focus 1080 full HD
    Android 4.1 jelly Bean@4.0 Ice Cream Sandwich,
    Processor: 1.4GHz Dual Core
    Rom: 16GB
    Batery: 13 Hours 3G 2,500 maH Batery
    Bluetooth 4.0 USB and WIfi.E II

    saya dapat dari satu fb...
    maaf la saya ni x berapa tahu tahu sangat tentang model ni..tapi berminat nak pakai..nak beli original harga mahal lagi..hehe2 bajet x cukup le bro..
    jadi kalau dapat clone pun jadi la..rasa2nya berbalaoi ke kalau harga RM700...Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kapasiti bateri Galaxy Note 2 tulen ialah 3100mah, model ini ialah AP Tiruan, jangan percaya dengan definasi CLONE KOREA kerana ia 100% buatan China,

      specs dan harga memang ok, tapi kalau henset hang ke nak format ke macammana nak dapat software support ?

      Padam
    2. Sy pnye korea pnye. . . Smua sempurna tp pen je laen

      Padam
    3. Ishhh,takkan material dari korea berkos RM700 ? material dari china pun mahal apalagi dibuat di korea atau jepun ?

      Padam
  23. Oo..mcm tu ke..terima kasih banyak2 bro jawapan yg cukup ringkas dan bermakna,saya sokong bro info banyak membantu nasib baik x terkena..heheh2 teruskan usaha bro membantu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2,
      jangan lupa luangkan masa baca artikel lain juga

      Padam
  24. Salam encik mie mohd..saya nak tanya sket,ape tue software support dan apa function die..maafkan saya klu soalan nie noob sbb sy still baru dgn smartphone nie...slama nie pakai nokia33sekupang sblm saya beralih ke smartphone..terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. "software support" bermaksud khidmat sokongan update perisian selepas belian, Samsung Mobile menyediakan kemudahan muat turun firmware dalam server yg mudah dicari (samsung.com), atau sokongan update terus dari peranti.

      Pengeluar model tiruan selalunya abaikan khidmat selepas jualan sebab objektif mereka hanya utk untung. Mereka tak pedulipun jika henset anda tersangkut atau softwarenya hilang, Bila dah berlaku pembeli terkial2 mencari firmware untuk recover semula, masalahnya dimana nak mencari firmware tu pada saat yg diperlukan ?

      jadi terpaksalah serahkan balik dikedai yg dibeli yg mungkin mengambil masa yg panjang , =)

      Padam
  25. Salam 1 Malaysia. Sekarang ni dah bersepah hp Clone Samsung Galaxy Note 2. Utk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, disini saya nak kongsi sesuatu sebelum membeli hp tersebut.

    1) Takde istilah AP set (Ramai penipu guna istilah ini bagi meyakinkan pembeli). AP set tetap original cuma tiada dalam waranti samsung malaysia. Contoh dibeli dari luar negara, ini baru AP set. Yang ada sekarang ni either ORIGINAL atau FAKE.

    2) Bagaimana mengenal pasti fake hp? Mudah saja.. pergi dekat SYSTEM INFO dan sila lihat di bahagian KERNEL. Dia akan tulis Linux version bla bla bla.. dan akhirnya tulis "CST.....". CST tu maksud CHINA STANDARD TIME (Dikilangkan di China atau MADE IN CHINA). Original akan tulis "KST" iaitu KOREA STANDARD TIME.

    Saya dah tgk byk clone hp, katanya made in Korea lah, copy lah, clone lah, bukan made in China lah.. tgk kat kernel ada tulis CST... hmmph...

    BalasPadam
    Balasan
    1. no 1, AP berjenama bukan palsu, tetapi set yg tidak diiktiraf , saya dah bincangkan pada artikel
      http://android-dan-saya.blogspot.com/2012/12/analisis-perbezaan-set-original-ap-klon.html ,

      no 2, kebanyakan gajet berjenama kilangnya di China kerana sumber bahan mentah murah, ini termasuk jenama Jepun seperti Sony atau jenama Korea seperti Samsung yg mempunyai kilang dari China, taraf piawaian kualiti adalah sama. Walaubagaimana pun memang gajet berjenama terus dari Korea atau Jepun memang ada tetapi terhad kerana ianya lebih mahal dari harga biasa.

      Padam
    2. Pembeli kne tipu ngn penjual,penjual kne tipu ngn pemborong,pemborong kne tipu ngn pembekal...yg tersenyum puas pembekal sbb dpt abiskan stok huhuhuhu

      Padam
  26. salam,saya sudah beli note 2 ap set yg seakan2 ori,1 application je xde,s pen applications tiada,s pen die pun lain beno beze die..walhal "KST" KOREAN STANDARD TIME,macammana kire 2????boleh x kalau kita nak install sendiri???

    BalasPadam
    Balasan
    1. seakan ori ke tiruan ?

      Aplikasi Samsung hanya boleh digunakan untuk model Samsung dan tidak dibenarkan untuk jenama lain. Muat turun Antutu Benchmark atau Quadrant Standard untuk melihat spesifikasi yg sebenar.

      Padam
    2. pegi kt android system tu,tekan byk kali..ape yg kuar?kalu xkuar ape2 mmg ori la.kalu kuar yg bukan2 bkn la tu ori

      Padam
    3. lihat kemaskini pada 05-02-13,

      Padam
    4. Saya tekan byk2 kali dkt android system pastu keluar gambar jelly bean warna merah...maknanya x ori ke note2 saya?

      Padam
    5. Samsung s2 sy xde samsung apps..maknanya s2 sy buatan china ke?

      Padam
    6. Aplikasi S-Pen/ S-Note ialah mandatori apps untuk GNote 2

      Padam
    7. Nak beli betul2 ori, beli je la kat kedai samsung.... saya beli note2 kat kedai samsung kat 1utama...

      Padam
    8. ada juga kedai yg menggunakan label Samsung/ Sony, tapi bukan authorize atau diiktiraf & menjual set AP je

      Padam
    9. xpasti la bro...seakan ori kot...cina kedai 2 ckp AP set....xpandai nk bace quadrant dgn antutu 2,buat dah...klau ap mmg xde spen ke?

      Padam
    10. cuba tengok seksyen aplikasi, saya ada pos artikel berkenaan dengan Quadrant Advance, atau lihat post terbaru mengenai semakan Imei secara online

      Padam
  27. Terima kasih dengan info yg sangat berguna. Tengah survey2 ni, nasib jumpe blog ni...takut je kene tipu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2, jemput artikel yg lain juga

      Padam
    2. nak tahu yg clone atau ori .yg clone kenape terlepas jual kesian kat rakyat ..

      Padam
    3. Sebab pengeluar asal Samsung/ HTC /Sony, kurang bertindak, kempen kesedaran kurang,

      alasan pengeluar tiruan yg menjual ni mahukan "pasaran terbuka" mereka ni memang tak tahu malu menciplak bulat2 dgn niat menipu demi merampas potensi pembeli,

      Padam
  28. hehe...skarang phone clone dah menjadi2...tp,ok jgk...dpt jgk merasa phone yg mahal2 dgn harga yg berpatutan..lgpon,pengilangan asal dari China jgk kan?..eehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xada masalh kalau peniaga jujur...tp yg jd permasalahan peniaga menipu dgn jual hp clone harga original...kesian dgn kawan kerja beli galaxy tab2 harga sme set tp bile check rupenye china set.nak terus terang xsampai hati sbb dia dah lama beli.

      Padam
    2. takpun bagi dia link blog ni dalam emel,

      Padam
  29. 2 hari yg lepas beli set korea Samsung Note 2 di Masjid Jamek dengan harga RM280. Wifi, Bluetooth, panggilan & SMS OK! Browse internet pun laju juga (jika guna Wifi). Cuma masalahnya tak boleh download android apps dan tak boleh update. Masalah lain ialah receiver network lemah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah yg dikatakan tiada software support, maka henset pembeli agak 'kesunyian' dari apps yg sepatutnya ada

      Padam
    2. Itu henset bkn android tp java...

      Padam
  30. Disarankan study dulu kat internet....cari malkumat mcm kat blog ini sebelum membeli....

    BalasPadam
  31. em clone pun bleg gak tpi pkai buang je la,hehe biase la samsung clone ni tfn bajet,

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak telefon berjenama yg boleh dibeli dengan harga bajet, tapi kalau nak beli jenama burah pastikan ada sokongan software selepas jualan,

      Padam
  32. kalau beli siap2 ngan pakej planmcm kat digi, maxis tu confirm ori la kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. beli melalui Celcom, Digi & Maxis memang set original

      Padam
  33. Wow, banyak pro dan kontra guna yg ori atau yg clone. Yg terbaru, clone note 2 sebijik mcm samsung. Bezanya, cuma kecil sedikit dgn yg ori. Tapi tak banyak beza dari segi prestasi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. perbezaan prestasi akan lebih ketara jika ada perbandingan dari segi aplikasi yg sangat intensif seperti aplikasi 3D,

      ...nantikan artikel akan datang GNote tiruan Vs Original :-)

      Padam
  34. xsusah pn..juz tgk warranty ori ke x..xbleh tiru2 tau,hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. penciplakan Samsung semakin hebat, hampir serupa tapi tidak sama

      Padam
  35. membe saye baru beli note 2 ori dah kene rembat masa tgh main kat arked, last2 dia beli yg clone punya sebab taknak kasi parents dia membebel sementara dia nak kumpul duit nak beli balik note 2 yg ori. Itulah kegunaan henfon clone sebenarnya ;)

    BalasPadam
  36. logik ke fully original dapat dengan harga rm1500(new,fully original,ori aksesori)?
    ada member tawar note2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. harga tak logik,
      harga pasaran GNote 2 dalam masih dalam RM2k (Feb 2013)

      Padam
  37. rase2 klau saye beli dekat kedai2 Maxis,Umobile,Digi,Celcom yg mcm kluar kat surat khabar tu promosi dgn simcard contract ,tu rase2 nye Hp original atau Fake??

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya mereka jual set ori,
      tapi hati2 kalau nak langgan plan di kedai kecilan / gerai,

      bagi saya semakan tetap perlu dibuat sebelum membeli

      Padam
  38. Sy br je bli note 2 bli dlm mudah..kate ap set tp sy rase clon sbb s pen die lain dan xde apkasi s note..satu lg sy xleh nk tukar font utk hp ni..yg lain sume bole..ha satu lg msk samsung aplication mostly bhsa cina..rase nk mcarut je kne tipu..klu nk report kt tribuner nk bgtau cane ea?

    BalasPadam
    Balasan
    1. semak artikel saya yg terbaru mengenai semakan IMEI secara online

      & cuba baca dari blogger ni ,
      http://e-pengguna.blogspot.com/2010/05/11-saluran-aduan-untuk-membuat-aduan.html

      Padam
  39. sya pun bru je bli note 2...dh beli baru buka konon nk tgk2 hp ni ori ke x, yg peliknya...semua sama kecuali pen dia je...agak2 terkena ke x? huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. rekabentuk S-Pen tetap sama tak kira mana2 keluaran utk mana2 negara, jika ia lain dari gambar diatas kemungkinan tiruan atau palsu

      Padam
  40. saya ad beli Note II from korea.baru 2 hari beli..
    but tgk yang android version x sama la..yg saya 4.1.1..
    then godek2 lagi.. dari phone lain x leh nk bluetooth kat my note II...and satu lagi, nk download x boleh...sayik error jer.. boleh admin bg pendapat about this prob..hope sangt2 admin reply..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya cadangkan buat semakan IMEI secara online, lihat di bahagian 'Artikel '

      Padam
    2. Bila ON bluetooth utk org transfer file atau apa2 pon sila ON kat setting dan adjust bagi visible baru leh terima...

      Pasal 4.1.1 tu old stock nya pon, sila gi kat setting dan scroll down. Tekan kat about phone lepas tu tekan software update tapi mesti guna wifi & bateri mesti penuh.. update sehingga latest firmware NT7100XXDMB4..

      Padam
    3. terima kasih dengan input =), versi Android memang berbeza mengikut firmware update, bluettoh tak nampak sebab invisible secara default, ia mesti dinampak sebelum pairing atau BT scanning

      Padam
  41. Kalo nak cek S Pen tu ori ke tidak, caranya mudah aje sbb saya pakai Note 2 SME nya... try letak S Pen tu kat screen kalo ada titik atau dot kaler biru cam laser bermakna Note 2/S Pen tu ori nya.. kalo clonenya tidak ada apa2 respon...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih lagi,

      SPEN pada GNote yg original mempunyai titik apungan semasa mendekatkan mata stylus pada skrin, versi tiruan tidak mempunyai sebarang titik apungan

      nanti saya updatekan maklumat ni

      Padam
  42. saya pun baru beli Samsung GNote 2 ni.stylus brfungsi spt ori tpi check CPU bknnya Exynos tpi SMDK4x12.ni saya ada sertakan screenshotnya skali
    http://www.flickr.com/photos/93566826@N03/8508709716/in/photostream

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ade firmware & bacaan Antutu sebagai SMDK4x12, ia chipset yg sama dengan Exynos 4412. Saya ada semak imei, henset ni memang sah original, kalau nak lebih lanjut lihat artikel berkenaan "semakan imei",

      bila dah check nanti sensor atau buang gambar tu sebab menunjukkan no imei, jangan dedahkan imei kerana no imei boleh dicuri oleh pengeluar tiruan =)

      Padam
    2. trima ksih sbb reply cpt.tpi kemusyilan ttp ada bila saya tgk iklan dri sini-->http://www.webniaga.net/ads/samsung-galaxy-note-2-new-rm895-korea-made/

      Padam
    3. Kalo nak reconfirm lagi cek siri no. Kernel Version dekat "About Phone"...jika berakhir dengan CST 2013 bermakna clonenya, AP & SME set berakhir dgn KST 2013....

      Padam
    4. tanpanama;
      Yg link tu kan terang2 tulis korea clone, lepas tu tuannya siap bandingkan dengan specs Original Note 2 pulak,

      Padam
  43. salam..nk tnye..s pen die mmg made in china ker??

    BalasPadam
    Balasan
    1. SPen memang ada yg dikeluarkan di China, yg membezakan ialah kualiti material yg digunakan

      Padam
  44. Aku baru ja terbeli GN2 ni. RM950.Tapi memory 8GB saja. Semua bentuk fizikal sama mcm ori. Stiker SKMM, samsung semua ada.

    Tapi tang pen tu spoil. Mmg fake la. Psl hujung tu ada span. Then serial dalam fon tak sama mcm di body fon. Android lak bkn jelly bean. Cuma tertera android 4.2.1. Beli online jadi mcm nila. Apapun bleh la pakai wat tayang2 ja. Bagi org lain belek, sure kantoi.

    Nasihat aku pada buyers yg nk beli GN2 ni, baik beli je yg original kat samsung. Confirm brg pun ori. Tk risau psl klon atau china set.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengubahsuaian ini dengan mengubah properties BUILD.PROP yg ada pada identiti peranti. mereka telah memalsukan identiti secara teknikal sejak dari kilang, penipuan yg paling susah dikesan melalui software !

      Padam
    2. bro, kalau GN2 klon ni kadar radiasi dia mcmna? bro rs selamat tak if compare dgn yg original of coz yg ori msti selamat. Bg pendapat bro. Tq..

      Padam
  45. tq for informations....more then better assist

    BalasPadam
  46. klu bateri 2500 mAh comfirm tipu la kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah,
      semua produksi mestilah sama dan tidak ada variasi kapasiti yg lain

      Padam
  47. saya pun dah terkena beli samsung note S II, fizikal semua serupa, kedudukan sim kad, memery kad, logo samsung, bateri, logo skmm, semua sama. cuma S pen jer xsama, pastu xda s view, beli dah mahal rm1100, kata AP set. Hampeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. kekeliruan utama nak beli ialah nak membeza AP berjenama dgn AP tiruan & palsu. Beli dari kedai mana ?

      Padam
  48. Ada yg kata note 2 keluaran Singapore...

    BalasPadam
  49. Tak salah aku, aku ada terdengar dr Youtube, SGN2 ada yg Dual-Core ..
    Tp yg tu bukan International Version .. Maybe in certain Country ..
    But for quad-Core, it's an international version of SGN2 ..
    So kat M'sia mmg xAkan ada SGN2 Dual-Core ~

    Correct me if I'm wrong ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan kat malaysia ke memang tak eprnah keluar pun,
      dual core Exynos 4412 tidak wujud, maka ia palsu

      Padam
  50. nasib baik blum beli lagi..tqvm penulis blog atas very good info..murah rezeki anda!

    BalasPadam
  51. nasihat aku pada sapa2 yg nak beli GN2 tu. baik jgn la beli yang hrga murah2. confirm semua tu tipu. beli ja yang baru dan yang ori. mmg mahal, tp barang dijamin dan berkualiti. ramai dah yg terkena dengan GN2 palsu yg harga murah2 ni.

    BalasPadam
  52. Hi :)

    bukan semua china brand phone palsu kan.. macam mana untuk bezakan antara fake china phone and ori china phone?

    thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. beza dari segi jaminan dan khidmat lepas jualan,

      lihat artikel
      Analisis - Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond

      Padam
  53. amat berguna..paling manakutkan kalau2 ada pekedai yg jual clone model dengan harga ori..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, itulah senario terburuk dalam membeli, nak beli ori tapi terbeli yg palsu, dahtu mahal pulak tu

      Padam
  54. Br2 ni mmbr aku mnta aku check hp note 2 dia..dia kata mmg clone tp dr korea la..aku mls nk ckp kt dia yg dia kna kncing..mn da hp clone korea..setahu aku china ja yg slalu wt keja cmni..dl setakat nk clone pn ckit2 ja skang ni tiru bulat2..klu nk check hp 2 ori@x(samsung je) cuba type *#0*# n tgk pa jd..klu ori dia akan kuar bnda2 utk test speaker,colour,touch,dimming,reciever n mcm2 lg..klu hp clone mmg x kuar pa pn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, tu kod servis peranti samsung, barangkali pengeluar ciplak lupa bahagian tu dipiratekan sekali
      terima kasih dengan maklumat tambahan tuan =)

      Padam
  55. salam.. saya ada nak beli phone samsung s3 dan note 2 clone korea ni.. tapi masih was2 lagi.. arghh~ cmne ya..
    play store ada tak ya? boleh root ke tidak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. baca artikel lain yg ade di blog ni untuk keputusan muktamad, juga baca komen pelawat lain sebelum beli

      Padam
  56. Klon Korea? Statement jurujual paling bangang. Sah2 phone tu dari Korea.

    Ok, aku dah beli Note 2 klon dgn RM600. Sebelum beli, aku mmg tahu tu hp klon. Aku harapkan function dia hampir menyerupai yang asli. Dan aku terpedaya dengan kata2 jurujual penipu. Diluar sana, jgn sesekali beli hp klon. aku nyesal. Ni kelemahan note 2 klon yang paling aku tak leh terima.

    1. GPS receiver takde. Walaupun boleh dihidupkan kat setting, bawak la hp tu kat open space. Mmg GPS receiver takde.

    2. Ringtone tidak boleh ditambah. Kena pilih apa yg ada je. Welcome to zaman 1999.

    3. Lukis2 cam note ori tu takde walaupun dibekalkan stylus.

    The rest aku rasa ok la. Display pun superb walaupun LCD je. Multitouch ada. sensitiviti touch pun cam ori. Main game tak sangkut, tgk video james bond HD pun tak sangkut2.Kamera? asal cap china nih, gambar semua lebih kurang sama je

    BalasPadam
    Balasan
    1. ade juga klon yg beprestasi bila main games, tapi games grafik berat yg mana original boleh main; agak slow pada yg tiruan

      Padam
  57. ada org jual iphone 5 clone korea jugak.. harga rm750.. arghh..
    mcm nak beli..

    nk bli klon korea s3 n note 2.. mmg byk kekurangan ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. iphone 5 tu mesti guna android juga,

      sekarang ni dah banyak android yg mampu milik, ini lebih baik dari membayar klon

      Padam
  58. Kat umah sya pun ada orng jual gnote 2@3 yg ap hrga 850@900 lbih kurang mcm 2 la....

    BalasPadam
    Balasan
    1. mahal, RM800 dah boleh beli Xperia yg lebih baik

      Padam
  59. Kepada 1st user android, hati2 krn authorised dealer pon dh pandai menipu..handphone original 100% tpi warranty register lebih awal dari tarikh beli..mereka kate akan register utk anda, tapi sebaliknya mereka menjual handset 2nd hand, w/pun kotak telah seal & dibuka dihadapan anda..ini terjadi kepada saya..handset baru berusia 5 hari dan tidak menerima sebarang sms warranty..Nasib sy check sendiri melalui sms dgn menghantar no imei dan didapati bahawa handset telah didaftarkan 1 bulan lebih awal dr tarikh beli..Nasihat sy sila berhati2 dan semak no imei anda melalui sms utk melihat tarikh warranty handset anda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah, macam ni pun ada !
      tuan elok dedahkan nama & alamat kedai ni dalam sub forum aduan, jadi lain pun dapat manfaat sekali =)

      Padam
    2. Sy bukan racist tpi kaum Melayu sering ditipu oleh kaum ini..sy sengaja tidak berkomunikasi dlm English..hasilnya sy ditipu oleh mereka...sy akan dedahkan nama kedai tersebut setelah selesai kes sy nnt.

      Padam
    3. takde masalah, selesaikan dulu kes tu, tapi memang betul masalah bahasa juga faktor memudahkan penipuan,

      itulah kepentingan perpaduan bahasa melayu dlm urusniaga diMalaysia

      Padam
  60. salam,
    saya sangat berterima kasih
    tidak terhingga kerana banyak
    pergalaman yang saya dapat
    selama ini saya memang nak beli
    note tetapi takut2 sehingga sekarang
    pon belom beli tapi bila dah terjumpa dengan
    group ni memang saya banyak berterima kasih
    banyak kongsi pengalaman yang ada tq u old...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2,
      jgn lupa baca artikel lain yg mungkin berguna sebelum membeli

      Padam
  61. Hai...Salam boleh tanya x..
    boleh saya tau sebab knp kastam buat rampasan?
    bolehkah kita label bahawa hasil handset rampasan adalah bukan ori secara terus menerus??..
    atau pon boleh jadi jugak handphone ori jugak boleh dirampas oleh kastam?
    Mohon penjelasan semua dan admin..terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab telefon seludup tiada surat pelepasan AP dari Sirim, sijil kebenaran mesti dari sirim utk mengimport apa telefon

      Padam
  62. salam.
    saya nak tnya kpad yg arif
    klau nak pkai note 2 yg seakan
    ori yg bleh dpkai yg mcam mna ea???

    BalasPadam
    Balasan
    1. tiada satu pun yg palsu boleh meniru kelebihan Galaxy Note, banyak perbezaan dari segi kepuasan

      Padam


  63. Phone Model:GT-N7100(NOTE 2)
    Brand:Samsung(antutu)
    Cpu Hardware:SMKDK4 X12
    Network:Gsm/WCDMA
    CPU mODEL:Quad core ARMv7 Processor
    Screen Resolution:720 x 1280
    GPU vendor:ARM GPU
    Renderer:Mali-400MP
    Camera:8mp Back,1.9 front Android Version:4.1.1 jelly bean
    Screen Sizze:5.5 Inci
    Screen Descp:Capactive screen,multi touch, Screen Material:HD SUPPER AMOLED
    Camera:LED Flash Sensor:CMOS Videospecification:1080p
    Memory :2GB
    Memory Card:16GB
    wifi:support
    Gps:Support
    Blutooth:Support ANTUTU SCORE 17++ HANYA UTK 2GB RAM SHJA.
    Model: HDC Galaxy Note 2

    System

    Operating System: Android 4.0
    CPU: MT6575 1.2 GHz
    GPU: PowerVR SGX53Display
    Screen Size: :5.4"QHD Support play HD1280*720 Screen, Capacitance screen
    Display reulotion: 480*800
    Screen Technology: Multi-touch Gmie Screenalaxy Note 2 Camera
    Camera Resulotion: 8MP back camera + 1.3MP front camera

    Connectivity
    Connectivity Technology: GSM network & WCDMA - Standard SIM card
    Network Band: GSM 850/900/1800/1900 MHz & WCDMA 850/2100MHz
    Data Technology: GPRS, EDGE, HSDPA
    Bluetooth: Bluetooth 4.0
    WLan: Wi-Fi IEEE 802.11 b/g/a
    USB: USB 2.0
    GPS: GPS, built-in GPS chipset

    Galaxy Note 2 Battery
    Battery: Built-in Li-on battery, 3100mAh
    Standby Time: 120-150 hours

    Galaxy Note 2 Memory
    Built-in Memory: 512MB RAM / 2GB ROM,
    Memory Card: Support to 32GB
    Galaxy Note 2 package
    Standard Accessories 1 battery(3100mAh)/1 charger/1 earphone/1 USB cable





    BalasPadam
  64. agak bleh xklau info yg mcam datas 2
    klau nak beli????

    BalasPadam
    Balasan
    1. kuasa beli ditangan sendiri,
      membeli telefon palsu tak macam beli handbag palsu, beg koyak boleh beli lain, tapi kalau henset palsu rosak adik akan bersendirian mencari nak pulihkan memandangkan tiada suppoer yg khusus

      Padam
  65. aku dah kene tipu...not2...hampeh...beriban ak melayang...mmng vavi orng yng jual tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aiseh, nampaknya SKMM perlu buat sesuatu dengan kes yg bertambah macam ni

      Padam
    2. Ak dah buat repot plis,skmm...tpi ak nk repot kat Samsung mengenai hal ni...sape2 ade E-mail samsung Malaysia bahagian pengaduan...pls help...

      Padam
    3. isi pada form ni,
      http://www.samsung.com/my/info/contactus.html

      anda juga boleh buat juga laporan di Tribunal Pengguna,

      Padam
  66. terima kasih encik me mohd
    sya ingt pon mcam 2 jgak biar
    nak pkai 2 ap org kata biarlah
    yg ori puas hati ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya faham tidak semua mampu membeli jenama yg mahal belaka,

      cuma saya tidak faham mengapa ramai yg boleh membayar tiruan jika harganya boleh kita pilih model alternatif yg tulin atau ap berjenama,

      Padam
  67. saya pun salah seorg note2 fake/clone/china and etc lah, awl2 gune mmg best sbb bnda baru la kan, tp lama2 pakai bru rasa beza ori dgn fake/clone/china and etc nie, tp stkat nie semua running ok, sy gune pon sekadar utk screen besar dan sedap skit nk on9 nmpak sume besar2, apps semua ok mcm biasa cume biase la software ori samsung tu mmg xdela, so far so good but not too good same like ori..huhu so beli lah ape2 pon ikut bajet dulu dan bru fikir citarasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak salah nak membeli ikut keperluan lebih2 lagi jika pembeli sudahpun tahu android yg dibeli tu memang tiruan dan murah.

      Padam
  68. kalau ade bajet beli la yang ori....untuk yang xmampu just pakai suke2 beli la yang clone ....tepuk dade tanye la ati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi bila rosak, mengucap2 sambil bertepuk dada =P,
      jenama murah yg lain banyak dijual, lebih afdal jika ada support & waranti pun terjamin

      Padam
  69. salam
    nak tanya..rasa2 yg clone ni bape tahun leh tahan??.. lg 1 yg clone ni xda software warranty... xpe ke r?..lau ape2 jadi kt software tu cmne nk buat??

    BalasPadam
    Balasan
    1. haa sudah nampak ?
      pengeluar klon, palsu & tiruan tidak ada khidmat software, jadi bila rosak pergi ke pusat servis pun mereka takmau tolong sebab softwarenya lain

      Padam
  70. ape pendapat mie kalau kite beli dari kedai online yg terkenal sekarang mcm lazada.com.my dan ipmart.com.my..
    boleh tolong tgk tak handphone2 yg diorang jual tu.
    thank you ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan kedua2 website ni tulis 100% original from samsung SME malaysia.

      Padam
    2. jika ada label SME memang original, laman web tu memang meyakinkan dan saya rasa ia menjual set original, paling penting tanya nama/tempat servis center yg boleh dibuat, dari situ boleh tahu agen servis ni ori atau tidak

      Padam
  71. sy bru nk beli note 2..mbr jual ktanya rmpasan kastam..rm850..blh cye ke??

    BalasPadam
  72. clone phone ini akan terletup tak ? takut lah~

    BalasPadam
    Balasan
    1. berita telefon palsu meletup kurang didengari,
      tapi risiko utamanya ialah kesan radiasi yg tinggi, tak digalakkan berhampiran dengan bayi,

      Padam
  73. salam admin nak tanya note 2 sy bila dicas bateri nampak msk tapi lama dia keluar warning Terlebih Perlindunganan Semasa, bateri anda terlebih perlindungan semasa, sila keluarkan bateri.Tapi bila dicabut pengecas bateri x masuk pun. nak buat cam ner ya,

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, saya tak berapa faham soalan, jika boleh tuan buka soalan offtopic di subforum, rasanya macam panjang nak jawap ni

      Padam
    2. Tima kasih banyak mie mohd.......kau byk tolong kekawan yg kurang arif .......turun kulim anytime call saya......saya belanja setakat saya mampu.......0194763474.......thanks......jasamu dikenang.......friend forever

      Padam
    3. Nk tanya.......kalau call terus center samsung tanya no serial phone kita ori ke tk boleh tk........setiap no serial phone ori mesti ada rekod ori dgn depa kan..


      Padam
    4. hmm saya tak pasti, saya rasa Samsung boleh buatkan semakan imei, tapi ady pun boleh cuba cek sendiri, lihat artikel "semakan imei"

      huih jauhnya Kulim....takpelah saya pun belum pernah sampai lagi, terima kasih

      Padam
  74. salam admin saya bercadang nak beli Galaxy Grand apa pendapat admin pasal model tu? saiz pon lebih kurang note 2!

    BalasPadam