Isnin, 7 Januari 2013

Tutorial - Membetulkan APN untuk capaian Internet

Pernahkah anda tiba2 mengalami masalah sambungan Internet tanpa apa ikon 3G, E atau H walaupun kad sim telah dimasukkan berulang kali. Dan pada masa tersebut ikon signal ada dan penuh (full bar), tetapi tiada ikon tambahan '3G' atau 'H'. Tahukah ikon ini menunjukan Akses Data atau  Mobile Data sedang digunakan. Ketiadaan ikon kecil berkemungkinan kesilapan konfigurasi network yg dikenali sebagai APN


Signal penuh tetapi Paket Data tidak aktif, APN ditutup atau tiada konfigurasi


Ikon H sebelah ikon signal menunjukkan Paket Data sedang aktif & 
berhubung dengan pelayan (server) telco melalui APN


Apakah itu APN & fungsinya ?
Titik Capaian dikenali sebagai Access Point Name (APN) berperanan sebagai konfigurasi perantara yg menghubungkan peranti dengan pelayan (server) telco untuk capaian jalur lebar Internet & akses pelayan MMS. Sesetengah peranti yg mempunyai firmware terkini menyimpan database tetapan Telco seluruh dunia. APN ini berubah secara automatik mengikut telco kad sim yg dimasukkan. 




Tetapi ada peranti yg menggunakan firmware atau custom rom yg tiada database APN dimana peranti tidak boleh menentukan APN secara automatik selepas kemasukan kad sim. Apabila ini berlaku tetapan APN ini dengan sendirinya 'kosong' dimana peranti gagal membuat sambungan internet. Untuk membetulkan semula APN ia perlu dimasukan secara manual dengan memasukkan nama pelayan mengikut telco kad sim yg digunakan.
Nota ; Apabila suis data (Data Enabled) di buka/ dibenarkan , Kad sim ini akan merujuk konfigurasi APN yg tersimpan untuk sambungan pelayan (server)  telco bagi capaian Internet. Akses internet hanya berjaya jika alamat APN menepati pelayan (server) telco

Tutorial lanjut menerangkan bagaimana memasukkan tetapan APN secara manual 

1- Masuk ke bahagian Tetapan (Setting),
2- Di Ruang Rangkaian Pilih Lagi (More)
3- Apabila keluar sub menu, pilih Rangkaian Mudah Alih (Mobile Networks)



4. Pilih dan masuk ke bahagian Nama Titik Capaian (Acces Point Names).
Nota ; Gambar dibawah menunjukkan contoh APN yg lengkap bagi pengguna Celcom, Jika peranti yg mempunyai databasa telco APN ini berubah2 mengikut kad sim yg dimasukkan. Jika ruang APN ini kosong ia menunjukkan firmware didalam peranti tidak menentukan konfigurasi secara automatik



5.  Sebelum ke langkah seterusnya, anda boleh mencuba untuk membuat reset APN semula dengan menekan butang Menu > Set semula Lalai (Reset to default).  Rujuk no (6) , 
Nota; Jika senarai APN muncul secara automatik selepas membuat reset, anda tidak perlu memasukkan APN secara manual, ini menunjukkan peranti sedia menggunakan akses Internet. Tekan Kembali dan isikan penanda  Data Enabled untuk mula menggunakan Internet.
Jika tiada apa yg berlaku teruskan diselanjutnya

Maklumat penting yg perlu difahami

Ada 2 jenis APN yg perlu dimasukkan .

  • i ) APN untuk capaian Internet 
  • ii) APN untuk muat turun MMS 


dan setiap satu mempunyai konfigurasi semasa rangkaian ;

  • i) Gelombang 2G  (GPRS, EDGE) 
  • ii) Gelombang 3G (H, H+, 4G) 

Tidak semua kawasan mempunyai liputan gelombang berkelajuan 3G, disebabkan signal ini selalu berubah2 maka 2 konfigurasi APN untuk sambungan 2G & 3G. Contohnya; jika anda hanya memasukkan konfigurasi APN Internet & MMS 3G sahaja, peranti anda tidak boleh membuat sambungan Internet jika berada diluar kawasan bandar, mungkin di kawasan itu hanya mempunyai gelombang 2G. 

Nota ; Dengan memasukkan bersama kedua jenis APN 2G & APN 3G, peranti ini akan menukar APN secara automatik mengikut kawasan gelombang.


Seterusnya dimulakan dengan membuat APN baru.

6. Tekan menu dan pilih APN Baru (New APN) untuk memasukkan secara manual



Nota ; Contoh gambar dibawah dipetik untuk tetapan rangkaian Celcom. Anda boleh merujuk gambar rujukan telco yg disediakan untuk dimasukkan secara manual mengikut kad sim / telco yg digunakan peranti
7.1 Buatkan konfigurasi APN  Baru (New APN) berikut untuk Akses Internet semasa gelombang 3G. 
Selepas lengkap dimasukkan tekan butang kembali (Back) ke ruangan senarai APN tadi. 

Rujukan APN Internet 3G





7.2 Buatkan lagi konfigurasi APN baru berikut untuk Akses Internet semasa gelombang 2G. 
Nota ; Digi & Umobile sila ke langkah seterusnya
Selepas lengkap dimasukkan tekan butang kembali (Back) ke ruangan senarai APN tadi

Rujukan APN Internet 2G





7.3 Buatkan lagi konfigurasi APN baru berikut untuk Akses MMS semasa gelombang 3G
Selepas lengkap dimasukkan tekan butang kembali (Back) ke ruangan senarai APN tadi


Rujukan APN MMS 3G




7.4 Buatkan lagi konfigurasi APN baru berikut untuk Akses MMS semasa gelombang 2G
Nota ; Digi & Umobile sila ke langkah seterusnya
Selepas lengkap dimasukkan tekan butang kembali (Back) ke ruangan senarai APN tadi


Rujukan APN MMS 2G



Selepas APN dimasukkan perhatikan bilangan senarai APN bagi
Celcom & Maxis = Ada 4 APN (sepasang 2G & 3G)
Digi & Umobile = Ada 2 APN (Internet & MMS sahaja)

8 .Periksa semula APN jika perlu,  tekan butang keluar (back) untuk keluar dari senarai APN.

9. Isikan penanda Enable Data untuk mula menggunakan Internet.  Perhatikan ikon disebelah signal, jika anda berada di zon 3G, ikon 3G akan muncul, jika tidak ikon yg lain akan muncul (mengikut liputan & menara pemancar telco)
  • i) Gelombang 2G  (G, E) 
  • ii) Gelombang 3G (3G, H, 4G) 
Sekiranya masih tiada apa2 yg berlaku sila semak semula alamat dan ulangi semula konfigurasi. Jika perlu semak kuota langganan jika masih belum melanggan.



*Pastikan anda telah melanggan pakej broadband terlebih dahulu sebelum bil pasca mencanak . Pengarang tidak bertanggung jawab diatas kadar Internet bil internet secara tanpa langganan. 




315 ulasan:

  1. Selalu terjadi, adakah ini masalah peranti android atau penyedia rangkaian?

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak model Android lama tidak menyimpan maklumat telco, masalah ni ialah software peranti tu sendiri, jadi bila tiada maklumat APN , pengguna perlu masukkan secara manual

      Padam
  2. Nak tye sikit. Logo H ada tapi xboleh online langsung. Bila keluar logo H+, 3g, E, dan G boleh online. Laju je. Smartphone model galaxy s 3 beli dekat s'pore. Celcom prepaid. Mohon bantuan kalau ada solution. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. masalah yg aneh,
      apabila sambungan '3G' atau 'H+' boleh dibuat, sepatutnya boleh diguna pada sambungan 'H', ini kerana tetapan 3G, H & H+ menggunakan APN yg sama ,

      Padam
    2. saya sering alami perkara ni... '3G' ada tapi tiada sambungan. Perlu dapatkan 'H' untuk sambungan internet. 'E' pun boleh juga tetapi agak perlahan. Saya gunakan aplikasi Open Signal Map untuk menyemak kekuatan pancaran internet. Ketika '3G', selalunya tercatat -79dBm dan keatas... maksudnya nilai negatifnya semakin besar. Kekuatan pancaran sering berada di bawah 39%. Ketika Widget Open Signal Map memberi bacaan yang macam ini, '3G' hanyalah sekadar logo sahaja.

      Padam
    3. pemancar 3G mungkin jauh, jadi signal berubah gelombang 2G atau EDGE, jika dikawasan terpencil berubah kepada GPRS,

      bila macam ni buat abis je, lebih baik pilih saja 2G disamping menjimatkan bateri,

      untuk kepuasan 3G dan keatas guna di kawasan gelombang yg kuat, jika mengesyaki peranti tu ada masalah, cuba pinjam & uji sim broadband kawan2

      Padam
  3. bila bukak access points names, sy tak boleh nak new apn/ reset. tulisan semua kabur/ blur

    BalasPadam
  4. Camner pulak masalah saya:
    Dulu saya guna Maxis Mobile Internet, tapi sekarang tukar Hotlink Prepaid broadband. Tapi apabila saya mahu guna kembali Maxis Mobile Internet, tak dapat sambungan walau dah langgan pakej. Takkan saya kena guna Hotlink Prepaid broadband selama2 nya? Tolong bantu? *Saya layar internet guna tipon Samsung Glxy s, bukan pakai USB Modem.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya rasa ini mungkin kekeliruan plan Maxis, kerana Hotlink, Maxis3G menggunakan konfigurasi tetapan yg sama, jadi ia bukan silap APN, En Zharif perlu ke cawangan Maxis utk bantuan lanjut

      Padam
  5. salam wbt..hai admin.selamat berpuasa.saya skrg mengalami masalah ini.semalam talian 3G masih dalam keadaan biasa tetapi pagi tadi, ikon 3G itu sudah tidak muncul. sebelum ini saya menggunakan konfigurasi seperti yg admin berikan. tetapi skrg bila saya reset default pun masih tiada muncul ikon 3G tersebut. saya amat berharap tuan dapat membantu atau memberi sedikit penerangan berkenaan hal ini.

    terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. selepas reset apn, semak semua senarai VPN pastikan konfigurasinya sama, caranya seperti diatas

      Padam
  6. Saya buat semua yg diatas. Tapi tetap xboleh mobile data. Sy juga telah buat factory reset tapi tetap sama. :(

    BalasPadam
  7. saya punya takder APN ada VPN jer.. dulu tak ingat plak masa takder masalah ni.. camner ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Android model apa ? adakah Android tu mempunyai akses data internet ?

      Padam
  8. Assalamualaikum, baru-baru ini saya ada membeli tablet berjenama Mytab dan sekarang ini, tablet saya mempunyai masalah sambungan internet yang sangat perlahan. Untuk pengetahuan tuan, setiap kali membuat sambungan internet, hanya terdapat simbol "E" di bar connection dan tidak ada langsung simbol 3G atau "H" seperti yang dibincangkan diatas. Harap tuan dapat membantu menyelesaikan masalah saya ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. adakah mytab tu memang benar sokong sambungan data 3G seperti yg diiklankan ? tambah APN 3G jika perlu untuk sambungan 3G

      Padam
  9. Salam. Sy guna note 2. Sy nak tuka simbol 3G ke 4G.. nak buat mcm mana??

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanda pada ikon 3G / 4G penada gelombang kelajuan, gelombang 3G tidak boleh dipilih secara manual dan mestilah dalam kawasan 4G seperti bandar besar yg terpilih

      Padam
    2. tuan Mie Mohd...sy nk brtanya sdikit,,bila sy balik ke rumah mertua di raub,,,,internet nya msti putus2,,,knp ye?sblum2 ni ok je,,cntik,,,sy kol cntre,,dh tnya mngenai mslh ni,,,dan diorg kata clcm sdang naik taraf shgga 28aribln2 ari tu,,,bila brada di dlm rmh dan kawasan taman rmh mrtua je jd mslh ptus2 ni,...3 ari lpas blk ke sana,,,sama je,,putus2 je,,di bandar raub ok,,,ada liputan 4G....DOK DLM RUMAH MERTUA PUN DPT JUGA LPUTAN 4G sesat,,heheh...,,sy pgguna sim c1m...skrg brada di tanjung malim perak,,internet ok je,,,

      Padam
    3. Cuba eksperimen dgn smartphone lain dulu, jika hasilnya sama kemungkinan ia masalah rangkaian,

      Padam
  10. mahu bertanya, bagaimana pula kalau tablet takde APN, hanya ada Airplane mode dan VPN bila diklik MORE.. guna Tablet Acer Iconia A.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika tiada APN tablet itu itu mungkin versi WIFI, tetapan ini hanya ada jika peranti mempunyai slot kad sim bagi kegunaan broadband dalaman

      Padam
  11. Terbaiklah bro!^^ Saya pun alami perkara yg sama slps upgradekan android. Thanks byk2>,<

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum w.b.t..
    saya dah buat langkah2x d atas, tapi satu tanda pun tak keluar...yg ada hanyalah bar penuh -_-

    BalasPadam
    Balasan
    1. selagi ikon tiada ikon G/E/3G/H/4G mungkin salah masuk nama & alamat server <_<

      Padam
  13. salam admin,, kenapa android sy tak pena nak dpt line 'H' asyik G jek..lambat plak tu line nyer..sy pkai Umobile.. da setting APN pon same..lagi satu, saya ade 1 jek APN..cmne tu ek?? sy pkai W(I8500

    BalasPadam
    Balasan
    1. APN umobile memang ada satu iaitu 4G, bila diluar kawasan akan gunakan rangkaian Celcom,

      pernah cuba kad sim broadband lain ? barangkali masalah liputan talian ,

      Padam
  14. salam.. saya tak boleh nak set phone setting selepas format handphone lenovo 369i rangkaian umobile.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua android mempunyai tetapan lebih kurang sama, ikut arahan diatas

      Padam
  15. Salam admin... SAye pkai smsung galaxy ace plus(gt-s7500)...custom romnya cyanogenmod 10.1...dah sebulan tuko custom rom...aritu slps tuko custom rom bole je pkai data...tetibe arini plak x bole...cara sume dah ik0t...dah semak 3 kali...x de p0n lmbg G,E,H,3G...APN semue bt0l...pkai maxis...ade 4 APN...ape yg salah agaknye ? Tolong saye bang... SobSobSob

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dibaca penafian atau disclaimer, custom rom memang tidak menjaminkan stabilty, saya rasa perlu mencuba rom lain dengan membaca changelog sebelum muat turun rom yg dipilih, cara lain ialah dengan membuat reset dari recovery

      Padam
  16. Saya ada masalah tab2 saya tak boleh baca sim card. Walaupun sudah kasi masuk sim

    BalasPadam
  17. Salam kenal..Terima kasih banyak. Tutorial ini sangat membantu.

    BalasPadam
  18. salam tuan..saya ada masalah, kebiasannya rumah saya memang dapat line 3g,hsdpa,hsupa tu..bru ni sy bli note 3, sy masuk sim kad, note 3 saya tak detect langsung line 3g..yg ada cuma line bese iaitu EDGE..kenapa ye? kebingungan saya..tak kan la fon xtarik signal kuat..sbelum ni pakai nset cikai2 je, tpi boleh je dapat line hsdpa..sy dh cuba tkr kt mobile network, tukar kpd wcdma only, trus no service katanya..kene guna gsm,wcdma prefered ja..ada tips x?

    BalasPadam
  19. wsalam,
    Rangkaian di Malaysia awalnya menggunakan GSM sebagai gelombang primer yg menyokong GPRS, EDGE, 3G,Celcom, Maxis (dan mungkin UMobile) menyokong gelombang WCDMA buat masa ni, WCDMA yg popular ialah HSDPA, & HPSA.

    Kad SIM perlu ditukar utk sokongan WDCMA dimana sim yg Rihdan gunakan ialah SIM GSM. Dapatkan nasihat di kaunter telco terlebih dahulu utk pastikan ia sesuai digunakan,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam...sy mngalami msalah yg sama seperti Rihdan Iman..note 3 xdpt detect line 3g,hnya detect line EDGE shja..utk mkluman,sim sy bkn sim GSM..sy da upgrade sim sy ke maxis 4g.

      Padam
  20. ada apn setting untuk celcom 4g x?

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum. Sy pakai maxis surfmore50. Adakah sy perlu set apn juga? Di hp tertera 4g 3g h+ e... tp sy lihat di apn setting sy tak mcm dlm foto2 tuan. Minta penjelasan dr pihak tuan? Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam,
      ia kemungkinan setting APN ini versi lama atau outdated, selagi ia berfungsi maka tidak perlu diubah tetapan sedia ada

      Padam
  22. Utk pengetahuan tuan, sy pakai hp sgn3. Dan hanya ada satu jer apn iaitu Maxis Internet, apn ialah unet. Lain2 didalam sama mcm tuan punya. Cuma di password ada password tapi di tulis ***. Harap pertolongan tuan jelaskan. Sy lembap i.t. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. bahagian password dalam tetapan APN yg saya ketahui ialah dikosongkan, ia tidak diperlukan utk capaian internet & tiada kena mengena dengan kelajuan internet

      Padam
  23. Salam. Bagaimana untuk setting apn celcom 4g di mifi huawei e5776?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih kurang sama dengan tetapan APN Celcom 3G

      cuma yg diukar ialah 'celcom3g' kepada 'celcom4g'

      Padam
  24. kalau pakai sony xperia c mcm mana nak tukar E kepada H+? Tak jumapa setting macam kat atss.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lihat gambar yg langkah 4, kosongkan checkbox use 2G utk capaian selain 2G, pastikan APN 3G dah ada

      Padam
  25. Salam admin... sy dh buat intent 1bulan celcom. Dan sy aktif kan 4g.. tp telefon sy hanya dpt H+.. knpe x 4g... mohon pnjelasan..

    BalasPadam
  26. Salam tuan,mohon bantuan ape gunanya data roaming pada fon?dan untuk benarkah maxis broadband pada mobile fon ada pakej yang bermasalah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Roaming ni lebih kepada menggunakan apa line telco yg ada, biasanya bila keluar negara, akan gunakan line telco lain dgn kadar yg lain, tak perlu usik roaming tu

      Padam
  27. Salam mau tnya skit, nape ye fon ku x kluar lngsung 3g line wlaupun E line pn xkluar jgk...suda broadband weekly dh...set setting suda..apn dh lengkap xda jgk kuar 3g line...

    BalasPadam
  28. Bagai mana cara naik taraf sim kad celcom 3G ke 4G?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Naik taraf kad sim bergantung dgn keupayaan kad aim sendiri, hanya kad sim berciri 64k sahaja yg boleh menaiktaraf secara sms,

      Padam
  29. Salam. Saya pengguna telco umobile pada samsung mega, kebiasaannya hanya akan keluar ikon E, G, H dan H+ sahaja pada mobile data. Tidak pernah langsung keluar ikon 3G sedangkan APN saya my3g. Adakah ikon H atau H+ itu dah 3G?? Mohon pencerahan?? Wife saya guna umobile tp ada jugak kadang2 keluar ikon 3G pada samsung note 2 dia. Sekali lagI mohon pencerahan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari segi tetapan rangkaian 3G, H dan H+, ia menggunakan jalur yg sama, tetapi dari segi kelajuan H+ ialah yg terpantas sebelum datangnya 4G

      Padam
  30. Salam.....macamana nak kasi laju quota mobile internet maxis selepas limit habis.....slow semacam....kalau balapan ngan siput sah2 siput menang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, quota dah habis memang takde jalan lain melainkan tambah duit kredit

      hehehe

      Padam
  31. yeah..lpas ikt step by step da blh 0n9 kt len0vo a376 setelah 2hari stress sbb xdpt nk c0nnect dgn intrnt..thanks f0r info...memang sgt bermanfaat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah & terima kasih kerana rajin membaca

      Padam
  32. Kenapa line internet celcom saya kejap ada kejap xde ye??mslh celcom or phone??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Line oke jee..bukak dlm 1 ke 2 mnit lps tu tetibe line internet hilang..lepastu ada balik..

      Padam
    2. Pinjam telefon lain, dan uji , terlalu subjektif soalan ni

      Padam
  33. Line oke jee..bukak dlm 1 ke 2 mnit lps tu tetibe line internet hilang..lepastu ada balik..

    BalasPadam
  34. Salam encik..saya ingin bertanya..saya guna tablet lenovo a370 2g..line internet yg terpapar biasanya G Dan E..line slow sangat..macamana sy nk upgrade Dari G kpd 3G..saya guna maxis..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. W,salam, mula2 semak tetapan Rangkaian Mudah Alih, kosongkan pilihan capaian 2G sahaja,

      Padam
  35. Salam.. kalau dah isi kesemua APN tu.. yg mana perlu untuk ditanda untuk digunakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pilih mana2 pun boleh, setting akan berubah secara automatik

      Padam
  36. salam..saya dh ikut btul2 cm tutorial kt atas tp masih x boleh juga..ikon H tu x kuar..sy tukar sim baru pas sim hotlink yg lama (merah) dah xleh pkai..hp sy gna samsung galaxy s plus..cmne nk solve ye?

    BalasPadam
  37. sy br tukar phone lenovo a529,telco umobile.bila sy mskkan simkad,signal menunjukkan dalam keadaan roaming dan tiada internet.connection.mcm mn nk atasi masslah ni.tq.

    BalasPadam
  38. nk mta tlg ...sya ade note2 clone sya guna maxis sim blh detect tpi line xde lsung cek imei pon dh 000000 nk wat camne ea..spa2 yg pndai buat blh wassap 0176900310..

    BalasPadam
    Balasan
    1. IMEI tu ialah tidak sah, sebab tu ada Telco yg reject sambungan data dari mana telefon yg tiada imei berdaftar/ sah,

      banyak imei klon dicuri dari peranti asal, maka ia telah disenarai hitamkan

      Padam
  39. saya menguna lenovo model a316 tapi saya susah nak dapat setting celcom apn 3g

    BalasPadam
  40. saya nak setting 3g apn lenovo a316i boleh tak tolong saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. langkah diatas tu sama dengan mana2 antaramuka peranti Android, dah cuba masukkan & simpan tetapan seperti diatas ?

      Padam
  41. Mie Mohd!!..nk tnya ni hahe..bagaimana sy buli megatahui sim kad 3g dan tfon ada 3g??

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika ada ikon 3G atau H menunjukkan gelombang 3G digunakan

      Padam
  42. salam sy pakai hp galaxy grand 2.sy pakai celcom 4g.sy dah tukar apn 3g ke 4g.tp singnal ttp h+ kenapa pa yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 kemungkinan, samada model tu bukan jenis sokongan LTE atau capaian LTE takde dikawasan tersebut

      Padam
  43. Salam. Sye pkai galaxy grand 2. Pkai maxis. Kenapa dh ikut sume yg atas tpi msih tk leh jgk nk bkk internet. Lmbg h tu pon tk de. Mobile data dh on. Sume dh buat. Tpi tk leh gk

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, rasanya tetapan di atas dah betul, cuba tengok sini pula
      https://forum.maxis.com.my/forum_topic.asp?TOPIC_ID=9400

      Padam
  44. salam, saya guna sim card celcom broadband utk samsung tp nk tkr ke lenovo jd xboleh detect mobile data, apn kosong dan xde simbol utk add apn, cmne ye?

    BalasPadam
  45. assalam..
    nak tanya bgaimana simbol g nak capai h+..?
    sy gne lenovo a3300..(tablet)..
    mohon tunjuk ajar..
    terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. capaian H+ bergantung mengikut plan data dan kawasan

      Padam
  46. salam..saya baru membeli lenovo vibe X..saya dah beli data plan tapi tiada connection internet walaupun sudah ada tanda 3G dan H...saya keliru dengan cara setting di atas..saya pakai line umobile..harap saudara dpt membantu.Thank U sudi baca komen saya... :)

    BalasPadam
  47. huemm..saya dah ikut exactly sprti di atas namun masih tiada respond internet.. T.T

    BalasPadam
    Balasan
    1. elok bawa ke kaunter umobile, mungkin tetapan berlainan sedikit

      Padam
  48. Salam..saya pengguna samsung galaxy mega tp bila subscribe ke intrnet msti x boleh bkak fb, twitter, google.. hnye boleh whatsapp shja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika wifi boleh gunakan FB dsbnya, ia bermungkinan plan internet yg telah tamat kuotanya,

      Padam
    2. Tak2..mula2 subscribe dh jd mcm tu.. x tau nk buat macam mane..

      Padam
  49. Salam.. Sy nk tnya, phone lenovo A889 support 4g x? Wat mse skrg klu connet data kluar H+.

    BalasPadam
  50. Salam. Ine H ni asyik hilang pastu ada balik. Knapa ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerap bertukar signal mungkin menara pemancar agak jauh, atau berada dikawasan terlindung seperti dalam bangunan

      Padam
  51. salam encik .. saya nak tanya, macam mana nak buat, kalau saya dah on data connection dan mmg ada lambang H, boleh bukak internet, tp nak buka whatsapps, wechat, instagram tak boleh . bila buka dia akan naik serves access fail (1,-1). boleh bantu saya tak ? huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, kalau cuba menerusi wifi ade tak masalah macam ni ,

      Padam
    2. wsalam, kalau cuba menerusi wifi ade tak masalah macam ni ,

      Padam
    3. takde masalah kalau pakai wifi

      Padam
    4. saya rasa macam ada sekatan kuota atau masalah kualiti talian

      Padam
  52. Assalamualaikum tuan...saya telah langgan broadbd weekly untuk celcom 2 hari lepas....simbol'E','3G','H' ade tapi internet agak lembab sikit....saya tekan kat settings...lepas tu saya tekan more..kemudian dia takde APN cuma ade VPN je...jadi mcm mna nak mempercepatkan internet saya ini...mohon prnjelasan.....saya pakai fone zenfone 5...

    BalasPadam
    Balasan
    1. setiap telefon Android ada tetapan APN melainkan ia model WIFI sahaja, cuba teliti bahagian tetapan rangkaian

      Padam
  53. Salam.. nak tanya, signal kat hp simbol H+ tapi tetap slow sangat2. ada idea tak macam mana nak lajukan dengan gunakan hp?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam, kemungkinan perlahan sebab kuota dah habis, cuba semak baki kuota langganan

      Padam
  54. salam... nak tanya..
    saya skrg guna henpon lenovo a369i dual sim...
    saya guna dua nombor satu digi satu celcom...
    masalh saya sekarang, saya xbole nk select network mode utk line celcom tapi utk no digi ada pulak network mode option tu...
    skrg line celcom saya jadi slow sbb sy xbole nk select ke "wcdma"...
    ap masalahnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, kebiasaan telefondual sim satu berkelajuan 2G (GSM) & satu lagi 3G/H+ (WCDMA), itu adalah normal, maka tukarkan sim yg internet ke slot sim 3G, slot 2G biarkan untuk panggilan biasa

      Padam
  55. saya mengalami msalah tidak boleh buat panggilan dan msg, setiap kali buat panggilan, pasti keluar mobile network not available.....

    BalasPadam
  56. Kenapa simbol 3G celcom tak pernah keluar anak panah? Tapi hanya H+ dan E jer keluar. Pendek kata saya tak pernah main internet dengan simbol 3G, hanya simbol H+ dan E saja pernah masuk dalam telefon saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. kemungkinan gelombang peranti tidak sepadan dengan rangkaian, lagi pun H+ lebih laju mengapa perlukan 3G ?

      Padam
  57. salam...sy menggunakan samsung note 2.tp bile sy masukkan simkad die xleh nak detect,cume klua emergency call only..sume jenis simkad dah try...ape masalah die ye..harap leh membantu..dah runsing pk kan nye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak lame dah terjadi masalah ni..

      Padam
    2. adakah masalah ni wujud selepas kemaskini firmware atau keluar/ ganti kad sim ? jika semua kad sim masih tak boleh dibaca kemungkinan slot pembaca sim bengkok kedalam atau rosak, maka ia perlu diganti lain,

      Padam
    3. masalah ini secara tiba2 sahaja..adakah ia melibatkan mother board?

      Padam
  58. Salam...sy guna tab 3..sblom ni sy connet ngn internet ok jer..tp tiba2 hari ni..bila sy off mobile data n on balek dia xdetect..dh bnyak kali on off on tp dia xklua gak tnda H+..dia xleh connet lngsung..knpa yer n apa harus sy buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba sim kad data yg lain, dan reset tetapan APN dalaman rangkaian/ network

      Padam
  59. Quota saya ada 1206.2 MB exp date pun lama lagi tp apasal tak boleh guna data eh? Saya gua digi. Btw tutorial tu pn saya dah cuba tapi still takleh guna data, dia keluar 3G je. 3 hari lepas saya on data then off. Lepastu bila nak guna on balik tk dpt connect. Saya guna lenovo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila ada ikon 3G ia menunjukkan data sedang aktif, jika peranti panas semasa mengguna data kemungkinan ia bermasalah, cuba sim yg lain

      Padam
  60. Saya guna iPhone 5, sim C1M, sim kad 4G, APN setting pn dah btl. Sebelum ni pkai note 3, dapat 4G elok jer xder masalah. Tapi bila pkai iPhone, klu off 4G dpt connection elok jer, bila on 4G dan connected ker 4G terus xleh connect interner. Klu on 4G tapi tempat xder 4G n ada 3G jer xde masalaah. Maknanya bila sambung ker 4G terus jadi connection error/network issue. Apa masalaah ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam tak compatible je dgn Celcom 4G, perlu bawa model ni celcom center

      Padam
    2. Menurut aplikasi OpenSignal(boleh didapati di google play) hanya ada beberapa kawasan sahaja di malaysia yang mempunyai line 4G. Untuk Maxis4G: hanya terdapat di keseluruhan kuala lumpur, beberapa tempat di pesisiran pantai Pulau Pinang, kampung Kenyalang Park Sarawak dan pesisiran pantai Penampang Sabah. Untuk Celcom4G hari ini 100% tidak berfungsi di malaysia. Sekian terima kasih.

      Padam
    3. terima kasih dengan input lerham klate,
      LTE ni lain2 spektrum/gelombangnya, tu yg perlu semak jenama & jenis LTE yg nak di padankan

      Padam
  61. assalamualaikum...sy pkai samsung galaxy grand quattro, sy bru lpas uprade sim kad kpda 3G, ikon 3G/H terpampang d screen..tp internet xdapat langsung nk connect..knpa ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam, masih ade lagi masalah ni ? cuba reset APN setting dan semak semula dengan panduan diatas

      Padam
  62. Salam repost. Sebab tadi sy tekan send tak kuar.
    Saya ada lenovo a3300 yang mna masa beli dengan simpak digi. Boleh call dan internet.
    Baru2 ni saya tukar simkad celcom. Tapi saya cuma boleh call. Internet tk boleh. Saya dah cek apn celcom tu betul. Kenapa ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam, ni masalah setting
      dah semak alamat server Celcom ?

      Padam
    2. Terima kasih bebyk. Sy reset ikut mcm kat atas tu terus ok. Mekasih ye.

      Padam
    3. Saya menghadapi masalah yang sama..even dah reset, still xdapat connect internet

      Padam
    4. selepas reset APN, semak alamat server seperti diatas

      Padam
  63. salam... saya buat macam yang tuan cadangkan & alhamdulillah... it's working
    shukran

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah, terima kasih kerana membaca dengan penuh perhatian

      Padam
  64. askum...sy nak tanya.sy pengguna hotlink prepaid..masalah sy..sy jumpa signal h,h+,e,g tu semua tp x bole nk connect...kenapa ye?dh 3hari x bole online...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak aneh bila wujud sambungan internet tapi tak boleh masuk sepenuhnya, cuba lihat tetapan data limit

      Padam
  65. Assalamualaikum... nak tnye ckit klau dapat membantu..
    Saya ada masalah ckit dgn tab saya dimana saya x blh nak download apps and x blh terima notification utk whatssap, fb, insta n email klau saya guna data plan. Tapi masalah2 tersebut x kan jadi klau saya guna wifi..
    saya ada search tentang ni.. ada yg kata ini berkaitan masalah data plan sya dimana sya kena betulkan APN setting.. FYI saya pengguna Digi.. saya x tau mcm mana nak setting APN tu. Hope dapat membantu.. TQ..

    **sori klau terpost bnyk kali sebab ada line problem..

    BalasPadam
    Balasan
    1. baca tutorial diatas, jika ada yg tak faham boleh ajukan yg mana

      Padam
  66. Hi. Nak tanya adakah setting ini hanya untuk pengguna Broadband? Kalah bukan Broadband boleh pakai tak sebab saya menggunakan Celcom berbil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tetapan Celom prepaid dan postpaid adalah sama, boleh digunakan kedua2 sekali

      Padam
  67. Salam. Kenapa ye henset saya keluar R, bukan H atau E atau 3G atau 2G? Dan bila saya aktifkan roaming, boleh je search internet cam biasa. Kalau tak aktifkan roaming, tak blh search internet. Saya dh cuba setting mcm di atas, tp tiada perubahan. Help please. Tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. R ialah mode roaming yg menggunakan/ menumpang liputan telco lain, contohnya Umobile selalu mendapat R jika pemancar tiada maka ia akan menumpang gelombang Celcom (mengikut perjanjian)

      Padam
  68. salam admin, nak tanya kenapa ye nset sy selalu kuar sign E? setiap kali ada ja simbol E kredit sy akan abis. sy dah reset dkt factory. tp xjadi ape. sy pakai nokia C3-01 je..harap admin dpt bantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kemungkinan berlaku automatik data enable, tutup mobile data usage
      http://discussions.nokia.com/t5/Symbian-Devices/C3-01-How-to-completely-disable-all-web-access-and-more/td-p/1048883

      ohya, nokia C3-01 bukan menggunakan Android

      Padam
  69. salam adakah APN ni perlu tukar setiap kali tukar kad sim..sbnya bila sy msuk kad sim mxis..paket data sy tidak boleh guna..
    harap membantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. telefon yg di beli set original biasanya mempunyai database semua telco di Malaysia, bila bertukar kad sim ia mengubah ke apn lain secara automatik, jika telefon tiada apn maka perlu memasukkan apn baru mengikut telco sim yg dipasang

      Padam
  70. as salam, admin. sy guna hp lenovo s820. Saya baru format hp sndiri. Apabila sy guna wifi rumah, tidak dapat disambungkan. Jadi sy baiki ip adress, then dapat connect balik. Masalah skrung, pas disambungkan, ia masih tiak boleh buka internet, dan tiada signal H+ atau H atau 3G . sdangkan sblum nie blh je connect wifi rumah. Boleh tuan bantu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam,
      cuba restart router wifi tu & buat semula sambungan wifi

      Padam
  71. saya ada maxis internet dan 3G maxis.nak pilih yang mana satu?buat masa ni saya pilih 3G maxis..tapi keluar G dan E sahaja...H x de lgsg...internet pon slow sgt walaupun dh beli mobile data interne..macam mana ye?

    BalasPadam
  72. zenfone 4 dan ada dua sim...internet slow sgt..nak bukak google play pon x bleh lgsg...ad G dan ad E sahaja..kdg2 keluar R...

    BalasPadam
    Balasan
    1. R atau roaming ialah menumpang pada pemancar lain, jika data perlahan kemungkinan kadar kos data yg lebih / berbeza dari plan sedia ada,

      G atau E ialah berkelajuan rendah, ia memang begitu

      Padam
    2. Kalau nak tukar E,G kepada H,H+,3G, mula2 tekan phone dan dail *#*#4636#*#*(kod ini boleh digunakan oleh telefon samsung,asus,zenfone4,5,6,winds)#lenovo tak boleh). Tekan phone information dan select WCDMA preferred kepada WCDMA only. 100% berkesan. Tak jadi juga? Kemungkinan ia disebabkan apa yang mie mohd terangkan kepada nuramanina..

      Padam
    3. Telefon sye klau tkar kpd WCDMA only trus xde line telefon...skrg line E...kt ats ad tlis 4g...

      Padam
    4. soalan ni agak keliru, hanya salah satu saja yg keluar, E & 4G tidak keluar serentak , telefon tu model apa ?

      Padam
  73. Lenovo A788t.. setting apn maxis dapt G dan E .. mcm mn nak dapt H atau sekurang2 3G.. sim dah tukar 4G.. Tq

    BalasPadam
  74. enset saye tidak pernah mengeluarkan signal h/h+/3g dan hanya muncul G dan E sahaja,.,.model lenovo A388t ,.,..T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awk kai telco aper?.. A788t ada yg kai n bole 4g ..x pasti telco aper ..

      Padam
    2. Periksa jenis pilihan rangkaian dalam tetapan rangkaian mudah alih

      Padam
    3. dah tukar bro .. x bole jgk.. Ada idea?

      Padam
  75. Handset sy tiada rangkaian 3g dan 4g..macam mn cara nk setting blik..sy dh 3 kali hantar servis ke tempat asal sy bli handset tp sampai sekarang masih tidak boleh dapat rangkaian 3g/4g..bila hantar servis katanya mslh kad sim..tetapi sy pakai sim kad y sama pd handset lain y ada 4g sy boleh dpt rangkaian 4g...

    BalasPadam
  76. Sy pgi dkt pusat servis handset katanya area tmpt tggl sy tiada rangkaian 4g..tetapi sy prgi ke tmpat y ada rangkaian 4g pn masih tak boleh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. adakah ini unit AP / import ? telah ubah ke pilihan tetapab rangkaian kepada pilihan 3G/2G (settings / more / mobile network)

      Padam
  77. assalammualaikum, sy gune celcom broadband utk masukkan dlm telefon huawei honor 3c, tp tepon sy xleh detect..nk kate rosak..bile sy masokkan sim card lg satu..dy bole detect.sy dipahamkan ade 2 slot simcard..slot 1 utk GSM only n slot 2 utk 3g..sy da cube masokkan sim card tu, masih xboleh detect..bole bantu saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, masukkan kad sim pada slot yg berlabel 3G, pastikan telefon itu menyokong sokongan gelombang kad sim, adakah sim itu broadband 4G yg mahu digunakan pada telefon bukan 4G ?

      Padam
    2. Assalamualaikum..
      saya guna digi, nset note 8.0.
      masalah sy sama fullbar tapi xda rangkaian hanya keluar di nset emgcy call ja.. bila sy tgok APN dan buat reset to default kluar digi internet dan digi mms
      Dan hanya butang digi internet ja ada... klik digi internet hasilnya xberubah masih emgcy call.. mcm mna ya?..

      Padam
    3. hye....sya pnya hp samsung GT1300...masalah skrg nie...sya tak dpt nak connect dgn sim kad...kalau sya cuba check brapa kredit ..dia keluar " no network detect" mcm mna nak selesaikn??

      Padam
    4. saudara perantau- saya rasa itu masalah liputan talian , eksperimen dgn kad sim telco lain, yg APN tu betul dah

      saudara khairudin-kemungkinan tiada alamat APN untuk jalan keluar internet tu, ikut setup seperti diatas

      Padam
  78. Macam mana nk tukar line E me 3g or H?
    Lenovo a388t

    BalasPadam
    Balasan
    1. model tu hanya sokong rangkaian 2G (ikon G & E) sahaja

      Padam
  79. as salam... sy pakai tab 3 lite simkad maxis bband.. sebelumni connection bgus.. H,H+ je.. baru2 ni reception setakat E dan lost langsung connect..dah check ngn maxis xde masalah bayaran dan kouta masih byk.. tolong saya geng..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebelum berlaku ada tak proses kemaskini android ? kosongkan checkbox "use 2g setting only"

      Padam
  80. Salam. APN mmg dah set pd default. Tp tetap data network tak berfungsi. Ape perlu sy buat lg? Puas dah belek setting

    BalasPadam
    Balasan
    1. semak juga setting APN walaupun selepas di kembali kepada default

      Padam
  81. Sy guna Note 4. Nk tnye En.Mie cmne cara nk settingkan balik 'file manager'utk kembali spt asal..bnyk data2 yg.telah diubah..Prob.skrg ni bnyk foto/video yg disimpan tk dpt open & tk dpt whapsapps, (internet x de problem) t.q

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba gunakan ES Files Explorer untuk redah kandungan fail,

      Padam
  82. salam.saya pkai fon lenevo a358t.mslhnye skang nie line internet sy E je x pernah 3G,H+, cmne sy nk jdikan line internet sy kpd line 3g plez tlg sy

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba kosongkan kotak Use 2G Only dalam network setting/ tetapan rangkaian

      Padam
  83. Salam. saya pakai hnpon sony xperia E. saya mengalami masalah xdapat nak online bila melanggan data. sblm ni saya gune celcom.selepas bertukar ke Tunetalk. saya xleh gune internet.saya tak reti nak buat ikut step encik. kene pergi kedai henpon kot.. baru dapat selesaikan mslh ni..

    BalasPadam
  84. knape internet sy xbleyh gune ? sblum ney klaw nk gne internet dye automatically akn bertukar wrne ijau . tp skang wrne putih je . so xley gne internet wlaupown line h . sy pkai digi n fon model lenovo a316 .

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba reset tetapan APN , dan restart semula

      Padam
  85. benda ni terjadi sejak sy guna sim maxis... masalahnya sma ja dgn kwan2 kat atas.. xda tanda H, then internet x jalan pastu sy restart okay balik.. pastu lama2 hilang balik... tekan set to default pun sama ja... nak smak setting APN then buat apa eh? tak reti dgn step kat atas.. takut salah pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. capaian H+ kemungkinan ia berlaku kerana perubahan konfigurasi server Maxis sejak 4G, kod APN ni boleh berubah2, nanti saya semak semula kod APN diatas

      Padam
  86. phone saya lenovo A369. internet line celcom tak boleh masuk.boleh repair tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. lihat semula tetapan diatas, pastikan APN semua sama

      Padam
  87. sya nk tanya, sya punya phone mmg 2G jer, tapi sya nk tukar ke 3G boleh ke? phone sya lenovo a339t

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk benarkan 3G, kosongkan penanda "Use 2G network" / "Guna rangkaian 2G"

      Padam
  88. Salam sejahtera..encik,saya ada tab lenovo model a3300. Saya baru bertukar dari maxis ke celcom.tapi bila masuk sim celcom line ada tunjuk 3g, tapi berwarna merah.cuba surf internet tak boleh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masuk didalam tetapan APN, reset semula APN

      Padam
  89. salam . fon saya masalah dia . tak boleh 3g kalau 3g je terus pangkah . bila g ada line pulak .

    BalasPadam
    Balasan
    1. telefon tu ada berapa slot kad sim? model apa

      Padam
  90. Salam Tuan, sy pakai note 2. hp tibe2 hang dan bila sy on balik, dia terus factory reset. dia ad bgtau hp tu dlm factory mode. skrng sy dh format hp (wipe data) then dh ok. masalah sekarang network x ada tapi line fon ad. macam mana tu tuan

    BalasPadam