Selasa, 18 Disember 2012

Analisis - Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond (Bahagian 1)

Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond (Bahagian 1)
Pengguna yg mahu membeli pakej telefon pintar biasanya mempunyai dua jenis pakej atau set jualan. Mengenali pakej sangat penting bagi menentukan samada pakej itu mempunyai aksessori lengkap atau benar2 tulen. Keadaan bertambah rumit lagi jika penjual yg peranti palsu menjualkan set yg dijual adalah original tetapi sebenarnya palsu atau tiruan.





1 - Set Original /Tulen
  • Dikenali sebagai 'Approve Manufacture Set' ; bermaksud Set yg diperakukan oleh pengeluar. tetapi, ejen ini telah disahkan dan dilantik oleh pengeluar.
  • Harga jualan telah ditetapkan untuk ejen, tidak boleh dinaikkan sesuka hati.
  • Ejen boleh menjadi perantara antara pelanggan dengan pengedar, pengguna boleh membuat tuntutan pada mana2 cawangan agen diseluruh Malaysia.
  • Tempoh Jaminan Warranty ditentukan oleh pengeluar bukan ejen yg dilantik
  • Perisian dan sistem operasi yg digunakan mengikut negara dan wilayah. 
  • Jaminan pengeluar biasanya 1 tahun untuk peranti utama, 6 bulan bagi akessori termasuk batteri. Terdapat ejen yg  menyediakan tempoh jaminan  extended warranty
  • Aksessori penuh dan tulen sepenuhnya seperti diiklankan


2 - Set AP (Berjenama/Import)
  • Dikenali sebagai 'Approve Products' ; ia juga set yg diperakukan asli oleh pengeluar tetapi tidak dilantik  sebagai ejen oleh pengeluar,
  • Diedar oleh ejen /penjual yg  mengimport sendiri, tetapi mereka tidak diiktiraf oleh cawangan pengeluar,
  • Peranti dibawa masuk dari negara jiran seperti Singapura, mungkin mempunyai jaminan pengilang dinegara yg dibeli. Contoh; Beli set Original di Singapura, dibawa masuk tanpa/dengan pengesahan SIRIM, dijual semula sebagai  set AP (kerana tuntutan jaminan tidak sah di Malaysia)
  • Adakalanya mempunyai logo telco seperti SingTel, TIM, Verizon, TMobile 
  • Berkemungkinan set Refurbished / Recond , ...maklumat lanjut teruskan membaca dibawah,
  • Harga yg dijual berubah2 dan lebih murah dari set tulen, penetapan harga bergantung kepada penjual.
  • Penjual pula menentukan tempoh jaminan Warranty. (contoh ; jaminan diluar negara  2 tahun tapi di Malaysia hanya setahun, pengedar yakin dan meletakkan tempoh jaminan sama dengan negara yg diimport)
  • Untuk membuat tuntutan jaminan, ia mesti dipulangkan dikedai yg dibeli sahaja, masa menunggu lama sedikit
  • Aksesori tulen diambil dan dijual berasingan kemudian ditukarkan kepada aksesori tiruan.



3 - Set AP Klon 

  • Set jualan ini ialah yg paling banyak dijual dipasaran, mendakwa Set AP sebaliknya menggunakan telefon klon atau palsu bagi mengaburi pembeli yg mahukan set AP berjenama
  • Peranti yg dijual bukan AP berjenama, menggunakan terma seperti klon, replica & lookalike.. 
  • Harga jauh lebih murah , tetapi ada yg berniat jahat meletakkan harga yg tinggi seolah2 model  yg dijual adalah tulen
  • Penjanjian jual beli sama seperti set jualan AP, pulang di kedai yg dibeli jika rosak
  • Tempoh jaminan mungkin pendek,
  • Semasa membuat tuntutan jaminan, peranti dihantar semula ke pengeluar, masa menunggu  lebih lama jika dihantar semula ke kilang di luar negara kerana ketiadaan peralatan & komponen alat ganti


4 - Set Recondition / Refurbish
  • Set yg pernah dijual , dipulangkan kepada pusat servis, dan dijual semula dengan separuh harga.
  • Mempunyai label pengeluar Recond / Refurbished set pada kotak
  • Mungkin pernah dibaiki (repaired) dipasangkan semula badan yg baru untuk meyakinkan pembeli
  • Mempunyai tempoh jaminan pendek atau tiada jaminan langsung.
  • Hanya dijual oleh ejen dilantik, jika tidak ia diletakkan di kumpulan Set AP

5 - Set Underwater 
  • Jika set original ia dibeli oleh pelajar atau pelancong keluar negara, dibawa masuk sebagai aset persendiriran dan dijual semula
  • Jika ada jaminan yg masih boleh dituntut pembeli perlu menghantar keluar negara
  • Kemungkinan barangan rampasan, atau peranti tulen yg dicuri dinegara lain, walaubagaimanapun ini sukar dipastikan
  • Ia mungkin set jualan pelepasan bawah meja (rasuah) atau yg diseludup tanpa pelepasan dan kebenaran rasmi Kastam dan SIRIM
  • Risiko set klon, tiruan dan palsu sangat tinggi
  • Tiada jaminan, sebarang kerosakan adalah tanggungan sendiri atau penjual (itu pun jika ada jaminan)

Diharap pembaca dapat memahami perbezaan set sebelum membuat keputusan untuk membeli. Harga memang menjadi faktor utama pemilihan tetapi jangan lupa kualiti khidmat selepas jualan.

314 ulasan:

  1. soalan paling popular nak tahu set ori atau tidak, jaminan set bukan ori hanya boleh dibuat dikedai yg dibeli sahaja, tapi hati2 ramai peniaga yg sengaja menipu mengatakan ia boleh dituntut seperti original, & berdalih supaya bawa saja unit yg rosak itu dikedai kononya utk mempercepatkan urusan,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Mie Mohd, baru2 nie saya ada beli asus zenfone 5 di kedai telefon. Saya meragui ketulenan fon tersebut kerana ad pelekat dynamics distributor tetapi saya diberitahu ianya pengedar sah.. bagaimana saya hendak pastikan fon itu ori atau ap/recon ?

      Padam
    2. memang ia pengedar bertauliah untuk edaran Asus
      http://www.dynamics.net.my/

      Asus jika dibeli di US pun masih boleh dituntut diMalaysia , juga dipanggil Global Warranty, untuk sahkan call Asus

      Padam
    3. Salam Mie Mohd..sy nak tnya apa beza new set dgn original malaysia set? Dan harga nya pun berbeza.ada masalah x kalau beli new set tu? Tq

      Padam
    4. "new set" tu terma set baru , set local warranty ialah jaminan bagi pembeli set di Malaysia

      Padam
  2. salam, saya baru beli s3 clone, yg kira up gak la.. ok la saya beli rm 500.. harga dorang jual 900.. tapi yg jual tu member masa kerja tempat lama.. ok la 500 ratus.. dual core.. 8mp.. viewing angle pown cantek.. men game pon best jer.. sbb game tu best..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pendapat saya, tiada masalah nak beli jika penjual menjual dengan harga yg betul atau yg munasabah sebab tak semua mampu milik, harga RM500 tu adil & murah,

      tapi harus diingat jika berlaku masalah software jammed pembeli selalunya bersendirian mencari jalan utk membetulkan firmware kerana tiada laman yg spesifik utk menyelesaikan masalah,

      Padam
  3. kat pudu s3 clone 250 je

    BalasPadam
  4. kalau yg Set Recondition / Refurbish 2 elok ke x???

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ia dijual dari pengedar sah takpe, yg jual yg kedai bercampur dengan AP baik toksah,

      baca bahagian 3

      Padam
    2. Kalau beli iphone utk set refurbish dekat lazada agak2 boleh percaya tak? Takut tertipu dgn set klon je

      Padam
    3. kalau nak beli refurbish hanya beli jika betul waranti ditanggung lazada,

      Padam
  5. antara s3, note II, htc butterfly, bb z10, xperia arc s yg mna lg ok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. semuanya bagus belaka, tapi tak sesuaila nak bincang dalam topik ni, apa kata sembang dalam sub forum yg ada :-)

      Padam
    2. adew tauke jual bb z10 850 shj.. dy ckp enset tu ori..warranty 2 thn.. dtg dr brighstar mesia.. persoalannye boleh cye ke ??

      Padam
    3. Brighstar memang pengedar sah unit asli, Brandstar AP, maka ia set yg ori

      Padam
    4. Bro mcm mana nk bezakan lenovo original set dengan lenovo ap set?

      Padam
    5. jika ia boleh dihantar ke lonovo service malaysia maka ia set asli

      Padam
    6. Ada tips nak bezakan Lenovo ori/AP/Klon/DLL melalui fizikal pada HP?

      Padam
    7. model Lenovo yg murah biasanya tak berbaloi diklon kerana disana (China) kos pengeluaran unit ori hampir sama dengan kilang2 klon, nisbah klon pun agak rendah & saya belum jumpa unit klon Lenovo dlm pasaran Malaysia ni

      Padam
  6. ada x laman web utk tgk fon samsung yg ori melalui no emei..

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://www.imei.info/ check kot ni, isi no emei

      try isi kan no emei yg dlm video ni

      http://www.youtube.com/watch?v=tmebWWAj_XU

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Nk tny ek..klu samsung galaxy S Advance klu pelekat didalam tulis MNVK.. Sy just nk tau ianya AP @ original set.. sbb sy tny kedai tu ori @ tau..dia kata ori...tp sy bkak blkg tgk bkn FMG @ SME... minta pandangan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pernah dengar pula MNVK ?
      lihat artikel imei saya berkenaan imei

      Padam
  9. Camera for sure tak cun punye kann? Kalau tiruan cmre mesti jarak dekat. tp Malaysia punye seakan2 ori. Tapi masih boleh bezakan ori set atau clone. membe jual RM 700. Sama sgt! Tp was2 nak beli. Takut berlakunye kerugian akan dtg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kamera bagi model palsu ni agak biasa je, kejelasan kurang dari model asal, dan yg penting beza harga unit terpakai tak menjunam atau 50% rendah dari harga unit baru

      Padam
  10. En.Mie Mohd adakah semua model tlfon samsung mempunyai kod yg sama utk mengetahui software,imei,firmware dn lain2 samaada menggunakan os bada atau os android...?Kalau sama kita boleh pastikan tlfon tu ori atau palsu dgn cara begitu ye tak yakni dgn menaip kod tersebut contoh *#0# utk tengok no imei.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lain model, lain os, lain pintasanya,
      cuba lihat artikel terakhir saya

      Padam
  11. note 2 AP nye ngan ori bnyk beza x?? mcm nk taw klu AP klon ngan AP berjenama??

    BalasPadam
    Balasan
    1. *mcm mne nk taw klu ap klon ngan ap berjenama??

      Padam
    2. lihat ruang artikel saya berkenaan Galaxy Note,

      Padam
    3. blh sy dapat no fon awk?ada bnda pntg nk tny

      Padam
  12. terbaik la bro... tq 2 da info

    BalasPadam
  13. Bro kalau klon korea tu plak mcm mana? ada ckp 98% alike.. sbb byk sgt jmpa org jual klon korea.. boleh detail kan sikit x? beza ori dgn klon korea tu.. thank bro ~

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan percaya dengan term klon, alike dsbnya,

      Padam
  14. Salam bro mie yg dihormati,nak tanya sket,antara s3 dgn s4 bnyk x beza?dan yg mana paling value for money?tq bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dua2 telefon tu bukan telefon bajet, tapi perbezaan S4 adalah ketara dari segi kualiti piksel pada skrin & kelajuan CPU yg berganda

      Padam
  15. salam hormat,

    Kemungkinan besar sy akan melihat set underwater(rampasan kastam) yg dijual oleh sorg hamba Allah ni...nak tgok pd hari Isnin ini..note 2 rm800 shj..tp sy bukan bodoh nak beli terus je..pasti check habis habisan..hehe..tq en.mie ats nasihat dan pandangan berkenaan gajet...suka baca

    BalasPadam
    Balasan
    1. nisbah AP tiruan / palsu mengatasi AP berjenama, sila berhati2

      Padam
  16. Semua kedai yang menjual Set AP ini pasti akan tukar komponen dalam dengan yang tiruan ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini tidak boleh dipastikan, kebiasaan kilang pengeluaran tidak menjualkan komponen asli diluar,

      Padam
    2. Agak2 yang ni, ok x? ni kedai kt PGRM
      http://www.lelong.com.my/samsung-galaxy-s2-i9105-set-2-years-warranty-satugadgetdotcom-I1372882-2007-01-Sale-I.htm

      dan satu lagi,iphone 5 ni ok x?agak2 la
      http://www.lelong.com.my/iphone-5-clone-100-original-bikerz6612-127548289-2013-05-Sale-P.htm

      Padam
    3. link 1, kedai tu jual set AP berjenama, jgn lupa baca risiko AP

      link 2, tiada komen jika set klon,

      Padam
  17. hy ade 2 soalan nk tanye pd owner blog yg berpengalaman dlm hal ni :)

    1.detail iphone 4s 'New Refurbished Iphone 4S 32GB'
    harga rm1500++ thatmean iphne tu bukan original ke ? sbb kat condition "NEW' ...

    2.detail nye 'Original Apple IPhone 4S 32GB White OfficialUnlock' tp condition 'USED' , harge pulak rm1450 ..

    mcm mane tu ? plan nak amek iphone scnd je .. tak mampu nak beli original .. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini iklan yg bercanggah sesama sendiri, dikatakan set baru pada set Refurbish/ Recond,

      kemungkinan set tu asalnya original tapi dijual semula sebagai set terpakai used set,

      dan used set tidak bermakna 2nd hand atau dijual ke "tangan kedua"

      Padam
    2. jadi pd pendapat owner blog , mane yg lg bagus ?

      Padam
    3. jangan beli dari empunya yg iklan bercanggah atau mengelirukan kerana ada unsur penipuan

      maafya mesej lambat dibalas @_@

      Padam
  18. No imei henset tidak sama dgn no imei waranty yg dihantar melalui sms

    BalasPadam
  19. kalau sony mobile communication AB ori ke AP set ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. berdasarkan laman web sony memang ada tunjuk sony mobile communication AB, saya rasa set original

      Padam
  20. membeli set di kedai samsung, terjamin orginal ke?

    BalasPadam
  21. bro,cane nak tau peranti/hp tu ori?? Dan kat mana nak beli sekitar selangor ni? Ada kedai yg direkemen? and harga sebenar/hp ori bg iphone5 skrg berapa? thx bro~

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi model apple IOS , apple sediakan semakan imei di laman web, hanya beli dikedai yg terpilih saja lihat senarai pengedar di apple.com , ingatk, di Malaysia nisbah iphone palsu sangat tinggi!

      Padam
  22. Bro kalau beli set klon boleh tahan lame ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin tahan dari segi binaan, tapi masalah utama stabiliti dan maintenance sangat bermasalah. baca lagi 2 bahagian sambungan

      Padam
  23. Nk tanye.. betul ke law samsung ori ad sticker biru kt kotak die hny bkak law kite komfem nk beli tp yg clon or ap pnye xde sticker tu? Sy bru je beli note 2 adiah dr abah rm1750.. tp ble tgk byk yg jual clon sy jd tkot n risau hp sy ni ori ke x.. huhu.. tlg la hilangkan kerisauan sy ni ye admin yg baik hati.. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. sticker SME menunjukkan ia dibawah edaran Samsung Malaysia Electronics,

      cuba buat sambungan ke pc dengan Samsung Kies, (lihat artikel saya berkenaan Samsung Kies) jika pc boleh kesan model tu sama seperti yg dibeli maka berkemungkinan set original atau ap berjenama

      Padam
  24. Salam.. apa komen tuan punya blog tentang masalah saya ni. Adakah note 2 saya ni ori ke tak. Saya beli phone ni rm1600. Saya dh dpt msej warranty dari samsung dan no imei kat mesej sma pada phone

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu bukan 'masalah' ,
      menerima sms dari Samsung Malaysia Electronic atau SME menunjukkan ia sah jika imeinya betul

      Padam
  25. Saya bukannya apa. Saya risau takut tak ori ja phone ni sebab harganya hanya rm1600. Saya tengok kat center dalam rm1799

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin harga ejen lebih murah dari harga runcit, maka mereka boleh rendahkan sedikit utk tarikan pembeli

      =)

      Padam
  26. ori ke ap ke clon ker sme jer.. yg pnting tau jaga hpon tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. TIDAK SEKALI, menjaga klon dan tiruan lebih susah terutama bila nak servis/format, tak caya baca komen disini

      Padam
  27. AP s2 punya, kalau survey harga dekat google macam RM1200 dan keatas , tapi kenapa harga dekat kedai handphone AP punya macam RM770. dan dia kata ada sme warranty. macam mana nak beza adakah ini AP recond atau AP berjenama?

    BalasPadam
    Balasan
    1. baca sampai habis, jawapan nya dah ada dalam artikel tu

      Padam
  28. mcm mana eh nak cari no imei ? hehehe

    BalasPadam
  29. kalau set ap kan dekat tempat letak batery tu made in mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tempat letak bateri tu adalah bahagian badanke?

      Padam
  30. pernah jumpa iphone5 clone..tapi jenama goophone..ok ke guna jenama tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa pengeluar yg meniru rekabentuk bulat tiada kredibiliti dan tidak meyakinkan dari segi sokongan /update

      Padam
  31. nak tanya kalau klone tu apa kelemahannya? kalau sistem androidnya masih sama atau nmpak sgt ciplak ke apa. kalau camera kan mcm samsung 8pixel tu, klon pun 8pixel jugak atau kurang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kualiti kamera klon ala kadar, kualiti jauh berbeza

      Padam
  32. saye baru beli note 3..rm 2030..fullset(nego)
    tp nk tye..why brg2 dier made in CHINA? eg. earphone.charger?
    katenye note3 ni ori? n warranty dier mmg center SAMSUNG pnye..??

    BalasPadam
  33. memang ada kilang Samsung di China, selagi dalam jaminan SME tak perlu risau

    BalasPadam
  34. Bro nk tnye,sye ade beli note 3 tp function die mcm laen je...tokey tu ckp ap set ori ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. unit AP unit ke ORI ? kalau dah AP macam2 boleh jadi, cuba buat sambungan dengan Samsung Kies, kalau boleh update software maka ia asli

      Padam
  35. Klo galaxy s2 ade task manager..ori ke ap ke klon?

    BalasPadam
    Balasan
    1. task manager memang ada pada model SGS2 dan boleh dimasukkan pada sistem Android,

      Padam
  36. Iphone 4s refurbished ni elok ke tak? Tapi warranty dia kasi setahun. Thankyou.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hanya beli set refurbish dari kedai yg bertauliah dari Apple, selain dari itu ia tidak terjamin

      Padam
  37. Assalam..nak tanya note2 skrg dah boleh update 4.3..kawan2 lain dah update kecuali note 2 sya..adaka ini bermaksud fon sya klon or disebabkan fon sya adalah ap set n lum available lagi..tq

    BalasPadam
  38. Salam..hp note 3 sy imei tghnya adalah 06? saya cuba cari tapi tak ada pula maklumat original ke tak jika 06

    BalasPadam
    Balasan
    1. lihat artikel saya berkenaan semakan no imei, tak perlu bimbang mengenai no imei selagi ia dibeli sebagai set asli,

      Padam
  39. hp iphone 5s clone memang xdpt detect sim card ke?

    BalasPadam
  40. tuan ad facebook tak..senang untuk saya berhubung dengan tuan...saya ad masalah dengan lenovo saya..apabila buka aplikasi wechat dengan secara automatik akan tutup sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf saya tak aktif FB, tapi boleh hubungi saya dengan G+, cuba uninstall dan install semula Wechat tu, maaf ya lambat respon - cuti raya

      Padam
  41. mcam mane nak bezakan telefon lenovo ori n AP?

    BalasPadam
  42. bro mie...samsung note 1 dari singapura ni ok ke x? ori dari samsung x?

    BalasPadam
  43. produk yg ada pelekat SME memang dari Samsung Malaysia

    BalasPadam
  44. saya nk tnya,,kawan saya beli iphone 5c dekat pasar seni dgn hrga RM500++,,clone katanya,,baru 2 minggu dipakai dan dy nk tolak dkat saya RM350..saya nk tapi saya takut ada masalah di kemudian hari,, boleh bg pendapat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang akan ada mslh,lbh baik jgn beli.nk repair sgtt lah susah sbb kdai biasa xtrima n xdak sparepart hp clone.

      Padam
    2. Prestasi klon tak macam original, susah nak tuntut jaminan

      Padam
  45. Setiap hp memang ada imei kan? Kalau xsama adkh hp tu xori? Mcmna nk cek imei lenovo ori atau x ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. No imei macam no ic, maka TAK boleh sama melainkan, dikitar semula oleh model baru

      Padam
  46. If beli handphone secara online dan penghantaran pos laju,macam mane nak cek imei hp tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli secara dalam talian bukan utk pilihan original, biasanya yg membeli tak kisah pun soal AP, nak buat semakan ip perlu beli bersemuka

      Padam
  47. Refurbish iphone 4 memang x ada no IMEI/MEID ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. selagi ia iphone yg original imei kekal sampai bila,

      kalau yg klon iphone dengan software Android, ada model klon yg gunakan imei palsu/curi, berisiko terpadam sendiri apabila format, dan bila dah terpadam kad sim tak boleh dibaca pula

      Padam
  48. sy nak beli note3 , dia kata nie yg klon., dan dia ckp yg klon nie btol2 sama mcm yg ORI., dari segi camre,RAM,bateri,CPU Quad Core. dan lain2.,
    boleh bagi pencerahan? sama ada beli atau x yg klon?

    BalasPadam
  49. Saya dah pun karang 3 bahagian untuk pencerahan tuan, kesimpulan pendek; jangan beli klon

    BalasPadam
  50. Sekarang ni banyak jual ifon 5 rm1.6k katanya ap set. Nak tanye macam mane nak confirm ifon tu betul2 ap dan bukan tiruan? Clone ifon boleh gune itune atau icloud jugak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika ia dijual sebagai iphone AP tetapi menggunakan Google Playstore dgn ikon palsu Appstore, maka ia klon, hanya peranti asli sahaja yg boleh gunakan Appstore/ itunes dan menggunakan port lightning usb

      Padam
  51. Tq bro for the info. Maksudnye kalau iphone tu menggunakan icloud itunes maka iphone itu dikatakan set original atau ap tulen lah ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Misalkata set import iphone US jika dibawa masuk ke Malaysia dan boleh menggunakan Appstore & itunes maka ia set tulen,

      Padam
    2. sy ad ip4 APset blh cnnt itune icloud. boleh x if sy update ios? org kata ap set iphone xblh update ios xdigalakkn? ad effect ke if update jgk?

      Padam
    3. iphone set AP tu boleh guna aplikasi Android tak, ada Playstore ? jika ada ia klon, cuba buat sambungan dengan itunes, jika boleh detect maka ia set asli import dan boleh update

      Padam
  52. Salam boss..mcm mne nk check lenovo ori n clone..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lenovo klon buat masa ni jarang ditemui, lagi pun pengeluaran lebih kurang sama dengan klon dengan harga yg lebih kurang, klon lebih terkena pada model pupular,

      Padam
  53. Saya konfius la dengan charger Lenovo..yang harga 800 kepala tiga.yang harga 600 kepala besi dua nipis.. Saya tengok kat image original charger china yang kepala besi dua nipis tu... Mana satu yang original

    BalasPadam
    Balasan
    1. biar betul satu charger RM800 / RM600? power plug negara china tidak sama dengan sini yg menggunakan power plug British, ada rujukan gambar ?

      Padam
    2. maksudnya mungkin satu phone lenovo yang charger kepala tiga 800, yang kepala besi dua nipis harga 600.
      saya ada beli satu lenovo ap set, so far okay. takda masalah lagi. cuma battery kadang2 cepat drain. battery lenovo ori dan ap sama bukan? kalau beli battery ori untuk ap set boleh masuk kan?

      Padam
    3. zaman dulu bateri kalau unit AP tak terjamin yg original, penjual tukar bateri ori dengan gred ciplak, zaman sekarang ni ntah le, tapi kalau sentiasa guna mobile data (3g) memang bateri cepat habis

      Padam
  54. Klau samsung original recon spec dalam memang sama mcm ori ke beza terus dengan ori

    BalasPadam
    Balasan
    1. unit recondition atau refurbish MESTILAH mempunyai spesifikasi yg sama, jika lain mungkin palsu atau generasi lain

      Padam
  55. apa maksud made in korea by samsung dekat belakang telefon. Mohon pencerahan dari bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. telefon pintar mengandungi beberapa komponen penting yg berasal cari korea, tetapi ia mungkin juga dipasang dinegara lain,

      Padam
  56. Saya bercadang nak membeli set clone korea tuk I-phone 5c, rasa sya patut beli x? Harganya sgt murah. Org tu jual kat facebook. Xtahu nk percaya ke x? hurmm..minx pandangan pakar..

    https://www.facebook.com/firdaus.putera.9?fref=ts

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan beli klon, baca ke3 bahagian artikel no dulu

      Padam
    2. Perbezaan Antara Original, AP, Klon/Clone dan Refurbish@Recondition
      January 13, 2014 at 3:27pm
      Apa itu AP Set, Recond Set, dan Original Set?
      Selalunya, apabila kita mahu membeli handphone baru pasti kita akan ditawarkan dengan 3 terma ini, iaitu AP, Ori dan Recond. Adakah anda benar-benar tahu apa disebalik ketiga-tiga terma ini? Mungkin ramai yang hanya melihat perbezaan harga yang ketara dan kualiti yang berbeza. Adakah AP dan recond set adalah set tiruan?
      ORIGINAL SET
      Original set bermaksud handphone dibeli daripada pengedar yang sah seperti Zitron (Nokia), Brightstar (Blackberry) dan SME(Samsung). Harga original set selalunya lebih mahal daripada set yang lain berikutan cukai yang dikenakan kerajaan dan pembelian adalah melalui pengedar (pengedar juga nak untung). Warranty untuk original set adalah keutamaan sebenarnya, iaitu warranty yang dibekalkan oleh pengedar sah ini boleh di-claim dimana-mana cawangan pengedar sah seluruh negara. Berbeza dengan warranty yang diperuntukkan oleh set AP dan recond.
      AP SET
      AP set sebenarnya juga original set, tetapi ia tidak dijual melalui pengedar yang sah. AP set boleh juga dikatakan masuk ke Malaysia melalui pengedar yang tidak sah dan tidak diketahui. Ini termasuk melalui pembelian secara borong oleh peniaga daripada ebay, atau pembelian secara terus dari luar negara. Harga yang ditawarkan adalah lebih rendahdaripada harga original set, tetapi warranty adalah sangat terhad. Terhad disini bermaksud warranty hanya boleh di-claim di kedai yang menjual handphone tersebut dan tidak boleh di-claim melalui pengedar yang sah. Sebagai contoh, anda membeli handphone blackberry AP set dari Alor Setar tetapi anda tinggal di Kuala Lumpur. Jika handphone tersebut mengalami apa-apa masalah, anda perlu merujuk kedai yang anda beli di Alor Setar. Kuality AP set adalah sama dengan original set.
      RECOND SET
      Recond set adalah berasal daripada perkataan “recondition” atau dalam bahasa melayunya “dibaikpulih”. Recond set adalah berasal daripada handphone-handphone yang rosak tetapi dibetulkan. Sebagai contoh, setiap kilang membuat handphone akan mempunyai “scrap” atau “reject” berikutan kualiti yang dikeluarkan tidak menyamai standard yang akan dijual kepada orang awam. Tetapi, handphone ini akan di “rework” untuk kualiti gred berbeza dan cara jualan yang berbeza. Sememangnya, ketiga-tiga jenis set handphone ini adalah datangnya daripada kilang yang sama tetapi kualiti dan warranty yang diberikan adalah berbeza. Warranty recond set sama seperti AP set dan harga recond set pula lebih rendah daripada AP set.
      iPhone
      iPhone berbeza dengan model-model handphone lain di pasaran kerana iPhone tidak mempunyai AP set. iPhone dijual melalui pengedar yang sah (apple store). iPhone juga sebenarnya tidak dibenarkan penjualan di kedai handphone biasa. Bahkan, kebanyakan kedai handphone biasa akan menjual iPhone dengan harga sedikit mahal daripada Apple Store kerana mereka juga membeli daripada Apple Store. Warranty yang diberikan oleh Apple adalah international warranty dan selalunya produk-produk apple dilindungi warranty dengan one-on-one. Bermaksud, jika iPhone yang anda beli rosak dalam tempoh warranty, anda boleh menukar iPhone anda dengan yang baru. iPhone juga mempunyai recond set. Recond set untuk iPhone sebenarnya sukar didapati kerana recond set ini adalah berasal daripada iPhone yang di-return kepada apple dalam tempoh warranty. Apple akan “recondition” semula iPhone yang rosak ini dan dijual oleh pengedar-pengedar yang tidak diketahui. Selalunya, recondition set untuk iPhone akan ada selepas beberapa model iPhone baru dilancarkan. Sebagai contoh, setelah iPhone 5 dikeluarkan, iPhone 4S dan iPhone 4 tidak akan dijual lagi oleh Apple. Set baru yang terdapat dalam pasaran selepas iPhone 5 dikeluarkan adalah recond set, ataupun iPhone yang tidak habis terjual sebelum pelancaran iPhone 5.

      Padam
  57. Salam bro Mie Mohd, nk tanya ni ,, 2 bbz10 ni ori ke tidak ye ?? hrp bls bro

    http://www.lelong.com.my/blackberry-z10-3g-4g-24-months-brightstar-warranty-free-5-gifts-4g-lte-paul1978-147352611-2014-10-Sale-P.htm

    http://www.lelong.com.my/blackberry-z10-3g-original-set-2-years-brightstar-warranty-sevenmobile-I1741122-2007-01-Sale-I.htm

    BalasPadam
  58. Brightstar pengedar set original termasuk jenama HTC,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh cenggitu ye hemm harap-2 x dek la kene tipu ngn internet ni .. BTW thx bro Mie Mohd ..

      Padam
    2. sama,
      ohya kenapa beli BBM sedangkan Android sendiri platform terbaik?

      Padam
  59. Nk ty klu beli dekat online die ckp factory refurbished. Iphone 4.hrga separuh.OK ke

    BalasPadam
  60. Apa kelemahan ap set/ beza dgn original set? Pastu kalau phone tu bru keluar bulan 5, & i want to buy it this month. Is there any possiblity dorg tukar phone tu jd tiruan ke or recon ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. diorang tu sapa ? kalau kalangan pemborong AP boleh saja mereka tukar, tukar aksessori tiruan yg paling banyak, sebab tu beli unit AP ni berisiko dan kena pandai cari kedai yg betul2 beli unit import

      Padam
    2. Perbezaan Antara Original, AP, Klon/Clone dan Refurbish@Recondition
      January 13, 2014 at 3:27pm
      Apa itu AP Set, Recond Set, dan Original Set?
      Selalunya, apabila kita mahu membeli handphone baru pasti kita akan ditawarkan dengan 3 terma ini, iaitu AP, Ori dan Recond. Adakah anda benar-benar tahu apa disebalik ketiga-tiga terma ini? Mungkin ramai yang hanya melihat perbezaan harga yang ketara dan kualiti yang berbeza. Adakah AP dan recond set adalah set tiruan?
      ORIGINAL SET
      Original set bermaksud handphone dibeli daripada pengedar yang sah seperti Zitron (Nokia), Brightstar (Blackberry) dan SME(Samsung). Harga original set selalunya lebih mahal daripada set yang lain berikutan cukai yang dikenakan kerajaan dan pembelian adalah melalui pengedar (pengedar juga nak untung). Warranty untuk original set adalah keutamaan sebenarnya, iaitu warranty yang dibekalkan oleh pengedar sah ini boleh di-claim dimana-mana cawangan pengedar sah seluruh negara. Berbeza dengan warranty yang diperuntukkan oleh set AP dan recond.
      AP SET
      AP set sebenarnya juga original set, tetapi ia tidak dijual melalui pengedar yang sah. AP set boleh juga dikatakan masuk ke Malaysia melalui pengedar yang tidak sah dan tidak diketahui. Ini termasuk melalui pembelian secara borong oleh peniaga daripada ebay, atau pembelian secara terus dari luar negara. Harga yang ditawarkan adalah lebih rendahdaripada harga original set, tetapi warranty adalah sangat terhad. Terhad disini bermaksud warranty hanya boleh di-claim di kedai yang menjual handphone tersebut dan tidak boleh di-claim melalui pengedar yang sah. Sebagai contoh, anda membeli handphone blackberry AP set dari Alor Setar tetapi anda tinggal di Kuala Lumpur. Jika handphone tersebut mengalami apa-apa masalah, anda perlu merujuk kedai yang anda beli di Alor Setar. Kuality AP set adalah sama dengan original set.
      RECOND SET
      Recond set adalah berasal daripada perkataan “recondition” atau dalam bahasa melayunya “dibaikpulih”. Recond set adalah berasal daripada handphone-handphone yang rosak tetapi dibetulkan. Sebagai contoh, setiap kilang membuat handphone akan mempunyai “scrap” atau “reject” berikutan kualiti yang dikeluarkan tidak menyamai standard yang akan dijual kepada orang awam. Tetapi, handphone ini akan di “rework” untuk kualiti gred berbeza dan cara jualan yang berbeza. Sememangnya, ketiga-tiga jenis set handphone ini adalah datangnya daripada kilang yang sama tetapi kualiti dan warranty yang diberikan adalah berbeza. Warranty recond set sama seperti AP set dan harga recond set pula lebih rendah daripada AP set.
      iPhone
      iPhone berbeza dengan model-model handphone lain di pasaran kerana iPhone tidak mempunyai AP set. iPhone dijual melalui pengedar yang sah (apple store). iPhone juga sebenarnya tidak dibenarkan penjualan di kedai handphone biasa. Bahkan, kebanyakan kedai handphone biasa akan menjual iPhone dengan harga sedikit mahal daripada Apple Store kerana mereka juga membeli daripada Apple Store. Warranty yang diberikan oleh Apple adalah international warranty dan selalunya produk-produk apple dilindungi warranty dengan one-on-one. Bermaksud, jika iPhone yang anda beli rosak dalam tempoh warranty, anda boleh menukar iPhone anda dengan yang baru. iPhone juga mempunyai recond set. Recond set untuk iPhone sebenarnya sukar didapati kerana recond set ini adalah berasal daripada iPhone yang di-return kepada apple dalam tempoh warranty. Apple akan “recondition” semula iPhone yang rosak ini dan dijual oleh pengedar-pengedar yang tidak diketahui. Selalunya, recondition set untuk iPhone akan ada selepas beberapa model iPhone baru dilancarkan. Sebagai contoh, setelah iPhone 5 dikeluarkan, iPhone 4S dan iPhone 4 tidak akan dijual lagi oleh Apple. Set baru yang terdapat dalam pasaran selepas iPhone 5 dikeluarkan adalah recond set, ataupun iPhone yang tidak habis terjual sebelum pelancaran iPhone 5.

      Padam
  61. www.lelong.com.my/original-lenovo-s820-version-camera-13-0mp-100-galaxyphonecity-I1712397-2007-01-Sale-I.htm
    ini ori ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam set original, tapi tak maklumkan syarikat mana utk tuntutan jaminan,

      Padam
  62. sy bru beli iphone5 32G rm1500 (slps tawar2, asal rm1780). lps tu blk try daftar acc apple - x blh. Flash camera - rosak (x menyala).. waaaa... stress ny sy.. ni nk kna g rujuk kedai phone smula, mintak repair ke. sedih... (T_T)

    BalasPadam
    Balasan
    1. arahkan ditukar unit lain, sebab ia baru dibeli

      Padam
  63. kenapa harga hp AP berbeza beza adakalanya beza sampai rm100+ bg model yg sama...adakah kerana software atau cip klon atau lain2...software china tu klon ke...boleh ke tukar ke software yg ori...sila komen skit bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tukaran wang, tapi ada AP yg lagi mahal dari original seperti Xiaomi

      Padam
  64. Bro sy pakai sony experia C mcm mne nk tahu lebih mudah kalau set Ori atau AP? Sbb sy tgk code IMEI dlm hp, kotak dan battery sme.. Atau ade cara lain boleh tgk AP atau Ori?

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak pasti betul2 ori, tanya penjual tu boleh tak dihantar ke Sony Center Malaysia?

      Padam
  65. Bro.. kalau Iphone mcm mana nk psti kan yg phone tu Ori set / AP Set / Klon Set(Korea set) .. mintak tolong pencerahan sikit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. iphone kilangnya dikeluarkanoleh Foxconn China , tiada unit korea & AP, original hanya dijual oleh oleh ejen berlantik sahaja. contoh e-machine malaysia

      Padam
  66. Salam. Sy bru beli 5s baru. Dan dapati charger dan earphone adalah loker. Chagernya telah rosak bru guna satu hari. Earphone plak bunyi xbest. Wayar keras. Adakah sy ditipu ? Mohon pencerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, berapa harga yg dibeli , ada tak sticker label SME pada kotak?

      Padam
  67. assalamualaikum...sya nk crita sdkit...aritu sya ada bli phone lenovo s930....sya tny hrga mcm mna??dya ckp ada 3 jnis hrga 1 yg wrnty dri kilg, ke2 warrnty dri kdai dya sndri n yg ke 3 ap set....so sya plih yg ke2...n dya bg hrga 850rat tp sya mtk kurg dya bg 800...pstu sya gna 4 buln kmudian phone tu bteri xthn sya kmudian sya rfer dya2 ckp bteri rosk so sya pown g ntr blek...n gna dlm 1mgu dya bt hal pulk...sya g tny dekt kedai laen then dya tgok dya ckp phone sya ap set....dya tny bli hrga brpa so sya gtau la dya ckp klo bli ori set pown murh....so dekt situ agk kcewa la....skrg ni sya nk tny apa yg prlu sya bt???mtk pndpt yg jels...hrp sgt dpt mmbntu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam,
      pilihan jawapannya macam begini

      1 - warranty dari kilang, (semua unit dijual memang macam tu)
      2 - warranty melalui kedai menunjukkan ia set AP
      3 - barangkali set Klon

      dukacitanya anda telah ditipu, kemukan aduan ke Tribunal pengguna bersama resit belian, hebahkan nama kedai yg menipu

      Padam
  68. Bolyh tolong list kn ta nma2 asli pngedar ap set yg ori..thx

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk lenovo..n mcm mne nk tnya kdai tu psl pgedar dya..

      Padam
  69. salam. . . saya nak beli note 3, tp takod kena tipu, skrg kan bnyak yg clone, mohon tips dan cara yg mudah untk saya kenalpasti semasa membeli supaya saya tidak ditipu lg. .

    BalasPadam
    Balasan
    1. baca ketiga bahagian artikel sebanyak 33x diikut zikir,

      =)

      Padam
  70. So far alhamdulilah my s4 are in good handling.. Meantime i have trouble with my software while surfing an internet or even a social media... All apps will freeze and crushed down... What is actually happend with my device?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Freeze & hangup apps might be cause of background running application & automate sync, look up onto system manage application setting, find out which the culprit, try 'Greenify'

      ops ... terlupa saya ni kan blog bahasa melayu heeemm .... =)

      Padam
  71. Lenovo s850 xda yang klon kan dekat malaysia? Sy dapat harga fone lenovo s850 dgn harga rm400 sedangkan retail price skrg dlm 700++ lg..kedai tu ckp AP set..boleh percaye ke dgn harga yg murah mcm tu? S850 xda klon kn kt malaysia? Thank you in advance en.mie :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedangkan xiaomi yg dah sedia murah pun diklon, apatah lagi Lenovo,

      tapi jika nak beli AP, rujuk dikedai yg popular seperti satugadjet & directd

      Padam
    2. Kalau nk tahu fone tu bukan klon salah satu nya cek imei kn? Kalau klon kat web imei tu kluar pape pasal fone tu mksd nya itu fone klon kn?

      Padam
    3. boleh cek imei, tapi tak semua database imei disimpan dengan tepat bagi jenama kurang popular

      Padam
  72. Assalam, saya nak beli iphone 5 tapi dkt Apple store dah takde dah. So saya check la iphone 5 dekat mudah.my . Banyak yg masih dalam sealbox lagi. Harga pun tak mahal sangat. http://www.mudah.my/Iphone+5+32gb+LTE+4G+NEW+IN+SEALBOX-31026599.htm & http://www.mudah.my/Original+Apple+iPhone+5+32gb+new+in+seal+box+-29088152.htm
    Agak agak yang atas tu ori ke tak ye? Saya nak yang ori. Tapi ada certain tu import dari us/singapore/canada. takpe ke? mohon penjelasan. tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya rasa unit tu asli, saya syorkan minta imei sebelum beli dengan imei boleh semak sendiri di laman Apple,

      sebelum beli lihat kotak dan buat semakan sendiri, kotak unit yg nak dibeli ya bukan kotak demo set,

      Padam
  73. Salam saya nak tnye skit..saya ade ip5 lepas cek kt website apple, die tulis 'replaced' camtu? Maksudnye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf , saya tak pernah lagi mesej tu, buat screenshot, kaburkan imei dan upload utk saya tengok

      Padam
  74. Iphone 4 rm700 uk/us set.warranty under supplier.ori ke tu? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. murah sangat tu kalau dijual sebagai unit terbaru, unit recond ke ?
      ohya kalau nak beli iphone sebaik2nya paling kurang versi iphone4s utk sokongan aplikasi ios8

      tapi dengan bajet yg lebih kurang sama, saya syorkan xiaomi mi3

      Padam
  75. Balasan
    1. demo set boleh jadi dari mana set AP/ori/recond, ia cuma sebagai contoh pelanggan bukan untuk dijual asalnya

      Padam
  76. salam, sy still confuse .. iphone refurbished or secondhand yang elok?
    kawan sy ade ckap, kalau refurbished tu, phone tu dah rosak, then antar kilang baiki lain.means, component dalam iphone refurbished tu dah tak ori lah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. komponen refurbish dari kilang yg sama, maka ia tulen, oleh itu hanya beli refurbish pada tempat yg bertauliah sahaja

      Padam
  77. macam mane kite nk tau iphone tu ori atau ap set?? tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. baca kesemua artikel di atas, konsepnya sama walaupun ia bukan telefon pintar android

      Padam
  78. Salam saudara mie mohd.
    Refurbished samsung galaxy s3 with 1 year local supplier warranty. Yg tu original x with komponen inside? If so anything happen boleh bawa direct to smsung ke?
    Refurbished item still boleh trace no imei? And berbaloi ke kalau beli refurbished item ni dgn hrga rm500+?
    Mohon pendapat anda.Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana unit refursb yg mempunyai jaminan ori tiada masalah, tapi pastikan masih dalam jaminan waranti

      Padam
  79. i na beli refurbished iphone waranty by apple 1 tahun ok ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tiada masalah selagi jaminan dibawah pengedar yg sah,

      Padam
  80. Tumpang tanya En Mie Mohd.. Sy baru beli iphone6 klon. soalannya betul ke internal storage tepon tu boleh diubah dari 16/32/64gb melalui tepon tu jekk dan kalau boleh bagaimana caranya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. memori dalaman tidak boleh diubah saiznya, ia akan kekal sampai bila2, walaupun cubaan mengubah kepada saiz lebih besar anda berdepan risiko kehilangan fail secara tindanan ,

      macam masalah kad memori pasar malam tiruan dinyatakan 128gb, tetapi hanya 2GB ruang yg tiada penghujung, jika penghujung komputer akan terus menyalin fail dan tindan fail sedia ada

      Padam
  81. salam.. mohon pencerahan

    beza antara set malaysia dengan set import?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya syorkan baca ketiga2 bahagian artikel sekali

      Padam
  82. asalam ...saye nk bli iphone 5 tpi import set harge nye murah sdikit berbanding original set Malaysia....saye skang tngh ragu2 dngn import set ne same ke dngn original set Malaysia ......kualiti dngan ketahanan plak mcm mne...tlng bgi pndapat takut trsalah beli...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya beli dlm harge rm 1150 utk iPhone 5 32 gb .....mohon beri penjelasan

      Padam
    2. jika ia set original, kualiti setiap unit jualan yg di import atau local adalah sama sahaja (kilang yg sama = Foxcon)

      berbanding ipad , jaminan iphone seeloknya dari unit tempatan bagi memudahkan tuntutan jaminan

      Padam
  83. assalamualaikum...sy nk bli iphone..than mcm mna sy nk knal pasti iphone tu ori malaysia set or import set ?? kt mna sy tgok logo telco tu ?? dlm fon or ada lekat di kotak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. lihat laman web apple malaysia untuk kenal pasti nama pengedar, hanya yg dinamakan saja pengedar sah

      Padam
  84. Assalamualaikum sy nk bli xioami tpy tkot kene tipu so cm mane sy nk tau yg tu xioami ori set or AP set...apa nama pengedar sah xioami?tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk makluman Amiey hanya belian online di laman xiaomi sahaja yg mengsahkan jaminan Malaysia, xiaomi tidak melantik pengedar, cuba lihat Lazada - ada terma merujuk local warranty

      Padam
  85. soal jawab penjual itu habis habisan. pastikan dia datang bersama bukti kukuh tentang produk

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi penjual suka berdalih dan lari dari soalan,

      Padam
  86. salam bro... nak mintak pendapat sikit blh x...???? apa pndpat bro klau iphone 6 spec dya mcm ni... blh g jauh x...???? Cores : Dualcores / 2 cores
    OS : iOS 7.1.1
    Version : 7.1.1 (11D201)
    ROM : 8gb, 16gb, 32gb (Phone Storage)
    RAM : 1gb
    Back Camera : 8MP + flash + autofocus
    Front Camera : 2MP

    BalasPadam
    Balasan
    1. specs bohong tu. Iphone 6 didatangkan dengan IOS versi 8.x.x

      kemungkinan besar model luaran dengan kosmetik iphone menggunakan antaramuka Android

      jangan beli

      Padam
  87. nk tanya term original refurbished btol ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh, tapi boleh juga term clone refurbish,
      tak kira set baru, recond/ terpakai set original mesti dengan jaminan pengeluar bukan jaminan kedai

      Padam