Rabu, 12 Disember 2012

Aplikasi Percuma - Quadrant Standard (penting)





Quadrand Standard ialah aplikasi untuk melakukan Benchmark atau mengukur kelajuan peranti Android dan dibandingkan dengan model yg lain. Beberapa ujian dijalankan untuk menilai prestasi kelajuan CPU dan pemecut grafik GPU.

Nota Penting ; Melalui aplikasi ini juga pengguna boleh mengenalpasti peranti yg diguna samada tulen atau palsu




Halaman depan Quadrand Standard



Ujian pemecut 3D 

...hmm ini menunjukkan telefon pengarang semakin 
ketinggalan dibelakang.. (...tersentap pulak)

Walaubagaimanapun ia mempunyai fungsi yang sangat penting iaitu membaca maklumat sistem operasi android dan perkakas (hardware) dalaman. Ini ialah jalan terakhir untuk mengenalpasti sejauh mana keaslian perkakas dalaman yg digunakan. 

spesifikasi lanjut peranti yg diuji
Nota ; Dengan lambakan model tiruan, look-alike dan palsu di pasaran, ramai penjual/ peniaga telefon takut dan enggan menguji aplikasi sedemikian keatas telefon yg mahu dijual. Penjual akan mengelak menguji dan menyimpan aplikasi ini supaya mereka terus memperbodohkan pembeli yg kurang pengetahuan & penyelidikan sebelum pembelian.  
Di bahagian System Information, aplikasi ini akan membaca sistem untuk mengesahkan spefisikasi model. Keputusan berbeza mengikut peranti yg lain, anada perlu membuat rujukan spesifikasi di laman gsmarena.com atau pdadb.net untuk analisis lanjut.

Rujukan spesifikasi bertauliah
Quadrant Standard adalah percuma dan terdapat versi berbayar di kenali Quadrant Advance & Professional. Keperluan minima ialah Android 1.5 ke atas, hanya berfungsi keatas peranti Android yg mempunyai pemecut grafik 3D @ GPU- (Graphic Processing Unit) .

Quadrand Standard

0 ulasan:

Catat Ulasan