Samsung memperkenalkan Galaxy Grand dengan rekabentuk seakan2 Galaxy Note 2 tetapi bersaiz 5' berbanding Galaxy Note II yg bersaiz 5.5'. Ia mungkin disasarkan dengan harga yg lebih rendah dengan pengurangan resolusi skrin 800x480 (WVGA) berbanding 1280x720 (HD 720p) pada Galaxy Note 2.
...sejibik macam Galaxy Note II
Spesifikasi (belum dipastikan penuh)
- CPU 1.2GHz Dwi teras / Dual Core
- Dimensi 5" TFT LCD
- Resolusi 800x480
- Memori RAM 1GB
- Memori dalaman 8GB
- Slot microSD , maksimum 64GB
- 2,100 mAh battery
- HSPA+
- Android 4.1.2 (Jelly Bean)
- TIADA Stylus
Walaubagaimanapun resolusi skrin WVGA tanpa AMOLED mengurangkan 'selera' untuk memiliki. Zon terbaik skrin WVGA ialah pada skrin 4'-4.3' Menggunakan skrin WVGA pada saiz skrin pada 5' tidak menajamkan gambar, tetapi akan membesarkan saiz antaramuka & ikon. Walaupun ia seakan Galaxy Note, model ini TIDAK menggunakan stylus
Samsung Galaxy S3 Mini - Lebih kecil dari Galaxy S3 (11-10-12)
Pada Oktober 2012, Samsung telah mengumumkan variasi Galaxy S3 Mini yg hampir sama dengan Galaxy S3 tetapi saiz yg dikecilkan.
Kecil2 cili padi
Spesifikasi
- Dimensi 4" Super AMOLED Display
- Resolusi 800x480 WVGA
- CPU 1GHz NovaThor Dwi Teras / Dual-Core
- GPU Mali 400
- Memori Ram 1GB
- Memori dalaman 8/ 16GB
- Slot memori microSD
- NFC
- Kamera 5MP
- Bateri 1,500mAh
- Sistem Android 4.1
Dari segi spesifikasi S3 Mini mempunyai prestasi yg hampir sama dengan Galaxy S2 yg menggunakan pemproses grafik (GPU) Mali400. Premproses CPU ialah dari model NovaThor yg pernah digunakan oleh Galaxy S Advance. Walaupun menggunakan nama 'Galaxy S3', jika dibandingkan prestasi dengan asal prestasi Galaxy S3 jauh lebih tinggi