Memaparkan catatan dengan label analisis palsu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label analisis palsu. Papar semua catatan

Rabu, 26 Jun 2013

Analisis - Mengenalpasti Samsung Galaxy S4 Palsu

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca nusantara, topik ini akan menunjukkan ciri2 Galaxy S4 palsu yg telah pun membanjiri di pasaran sebagai unit AP. Sebelum dimulakan,  kita kenali secara lanjut ciri spesifikasi unit asli Samsung Galaxy S4 pada artikel terdahulu

Berikut ialah rumusan ringkas mengenai telefon pintar Androdi Samsung Galaxy S4

A - Visual Produk
Rekabentuk Samsung Galaksi S4 seolah model SGS3 yg dibesarkan saiznya kepada GN2, mari perhatikan kualiti binaan dan lokasi butang, kedudukan skrin dan kamera.

(Padangan hadapan)
Antaramuka S4 kaya dengan widget Samsung TouchWiz,

Khamis, 29 November 2012

Analisis - Mengenalpasti Samsung Galaxy Note 2 Palsu

Artikel ini membincangkan perbezaan model set tulen dan palsu. Jika para pembaca mahukan perbezaan lebih lanjut sila baca  artikel ;

Kemaskini akhir pada 25-02-13
Terlebih dahulu pengarang telah membuat analisis bergambar model palsu dari jenama Samsung Galaxy SIII/S3, sila lawati;
Kehebatan Samsung Galaxy Note 2 yg baru dilancarkan mengundang pengeluaran model palsu dari China. Pengeluar di Shenzen hanya mementingkan keuntungan dan mengabaikan kualiti telah memberi kesan kepada Samsung yg mengeluarkan produk dengan kawalan kualiti yg ketat.

Dengan mulut yg manis peniaga mengatakan model yg dijual bukan palsu atau tiruan, tetapi kononnya sebagai "replika" untuk meyakinkan pembeli. Mereka memborong pada harga yg murah dan menjual pada harga yg tinggi menghampiri harga produk tulen. Ada pula peniaga yg licik menyatakan model tiruan yg dijual dikatan asli  kononnya original.  Ramai pembeli yg tertipu biasanya terburu membeli tanpa perancangan, kajian & soal selidik. Luangkankan sedikit masa yg mungkin membantu anda atau rakan yg mahu membeli model ini.

Selasa, 30 Oktober 2012

Analisis - mengenalpasti Samsung Galaxy S3 Palsu

Artikel ini membincangkan perbezaan model set tulen dan palsu. Jika para pembaca mahukan perbezaan lebih lanjut sila baca  artikel ;

Kemaskini akhir pada 07-03-13
Berita lambakan Android Samsung Galaxy S3/ SIII palsu telahpun dikesan sebelum pelancaran. Ini agak membimbangkan kerana model palsu yg dijual telah disalahertikan sebagai yg tulen (original). Tujuan topik ini bukanlah untuk memburukkan mana pihak penjual tetapi bertujuan bagi kesedaran & pengetahuan pengguna.


Pengarang mengesyorkan supaya sebelum membeli, meluangkan masa membaca review Galaxy SIII/ S3. Tidak membaca review adalah kecuaian pertama dalam membeli telefon pintar, jadi sebelum anda membeli, kenali dahulu spesifikasi & kualiti binaan menerusi bacaan reviu  & youtube.




Berikut antara spesikifasi terpenting yg dipetik dari lawan web GSMarena.com

Skrin sentuh 4.8 inci dengan Super AMOLED HD,
Skrin Gorrila Glass 2, dengan resolusi skrin 720*1280

Kelajuan CPU 1.4Ghz

4-teras (Quad CORE) Cortex Arm 9
CPU model Exynos 4412
Pemecut grafik model Mali400

Kapasiti

Memori dalaman 16/32/64
Sokongan kad memori Micro SD
Bateri 2100mah

Kamera 8 Megapiksel



kemaskini pada 05-02-13
Maklumat tetapan pada peranti asli mempunyai catatan Model number GT-I9300, sebelum membuat pembayaran, lihat maklumat ini terlebih dahulu

Tetapan (Settings) > Mengenai Telefon (About Phone)