Kemaskini akhir pada 25-02-13
Terlebih dahulu pengarang telah membuat analisis bergambar model palsu dari jenama Samsung Galaxy SIII/S3, sila lawati;
Kehebatan Samsung Galaxy Note 2 yg baru dilancarkan mengundang pengeluaran model palsu dari China. Pengeluar di Shenzen hanya mementingkan keuntungan dan mengabaikan kualiti telah memberi kesan kepada Samsung yg mengeluarkan produk dengan kawalan kualiti yg ketat.
Dengan mulut yg manis peniaga mengatakan model yg dijual bukan palsu atau tiruan, tetapi kononnya sebagai "replika" untuk meyakinkan pembeli. Mereka memborong pada harga yg murah dan menjual pada harga yg tinggi menghampiri harga produk tulen. Ada pula peniaga yg licik menyatakan model tiruan yg dijual dikatan asli kononnya original. Ramai pembeli yg tertipu biasanya terburu membeli tanpa perancangan, kajian & soal selidik. Luangkankan sedikit masa yg mungkin membantu anda atau rakan yg mahu membeli model ini.
Dengan mulut yg manis peniaga mengatakan model yg dijual bukan palsu atau tiruan, tetapi kononnya sebagai "replika" untuk meyakinkan pembeli. Mereka memborong pada harga yg murah dan menjual pada harga yg tinggi menghampiri harga produk tulen. Ada pula peniaga yg licik menyatakan model tiruan yg dijual dikatan asli kononnya original. Ramai pembeli yg tertipu biasanya terburu membeli tanpa perancangan, kajian & soal selidik. Luangkankan sedikit masa yg mungkin membantu anda atau rakan yg mahu membeli model ini.
Kita mulakan dengan semakan spesikifasi terpenting model Samsung Galaxy Note 2 yg dipetik dari lawan web GSMarena.com. Sila fahami dan cuba ingat.
- Skrin sentuh 4.5 inci dengan Super AMOLED HD,
- Skrin Gorrila Glass 2, dengan resolusi skrin 720*1280
- Kelajuan CPU 1.6Ghz
- 4-teras (Quad CORE) Cortex Arm 9
- CPU model Exynos 4412
- Pemecut grafik model Mali400
- Memori dalaman 16/32/64
- Sokongan kad memori Micro SD
- Kapasiti Bateri 3100mah
- Kamera 8 Megapiksel
Seterusnya, beri perhatian kepada gambar yg dipetik dari lawan web GSMarena.com, cuba ingat rekabentuk dan kedudukan bahagian penting seperti slot bateri, kad memori & kad sim.
Samsung Galaxy Note 3 seolah2 model Galaxy S3 yg dibesarkan saiznya
Kedudukan butang Home yg kemas
Pada penutup terdapat kamera utama 8mp dengan lampu LED pada sebelah kanan,
terdapat logo "Samsung" berhampiran kamera,
Di sebelah atas kanan terdapat sambungan 3.5mm "jack" untuk fon telinga
Disebelah bawah kiri ruang simpanan S-Pen, ruang speaker
Kapasiti batteri ialah 3100mah, slot kad memori dibawah kamera,
manakala kedudukan slot kad sim di sebelah kanan atas ruang batteri
Menggunakan satu kad sim sahaja.
Terkini ; Samsung akan mengeluarkan model Dual Sim, pada 3 Disember 2012 untuk pasaran China. Artikel akan dikemaskini jika model Dual Sim dipasarkan untuk pasaran global
Bagi pembelian Samsung Galaxy Note 2 original di Malaysia pastikan juga pelekat (sticker) ada pada ruangan berikut;
Hologram Suruhanjaya Komunikasi Multimedia SKMM & sticker warranty
Pelekat rasmi "Diedarkan Oleh: Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd (SME)".
ia juga dikenali sebagai set SME
kemaskini pada 05-02-13
Maklumat tetapan pada peranti asli mempunyai catatan Model number GT-N7100, sebelum membuat pembayaran, lihat maklumat ini terlebih dahulu
Galaxy Note (I) - GT-N7000
Galaxy Note II - GT-N7100
Tetapan (Settings) > Mengenai Telefon (About Phone)
Semak Model Number = GT-N7100 (GNote 2)
GT-N7000 untuk GNote (1),
kemaskini pada 12-12-12
Ujian Aplikasi Benchmark
Berikut ialah susunan markah yg diperolehi dari engadget.com
Nota : Keputusan ujian sentiasa berbeza2, walaubagaimanapun jarak (margin) perbezaan markah tidak ketara. Sekiranya berlaku pengurangan markah atau perbezaan yg terlalu ketara, peranti yg diuji bermungkinan bermasalah atau bukan tulen.
Berikut gambar contoh model Galaxy Note 2 tiruan atau palsu
Contoh 1
Model tiruan (kanan) tidak mempunyai logo Samsung
Kedudukan flash LED yg salah
tiada sebarang logo Samsung
Video
Contoh 2
Tiada logo Samsung atau jenama Galaxy Note 2 pada kotak
Spesifikasi CPU chipset yg berlainan (MTK),
model asal menggunakan CPU (Exynos) jauh lebih berkuasa
Pelekat skrin tidak menyatakan model Samsung Galaxy SIII,
tiada logo Super AMOLED & NFC
Kapasiti bateri 3000mah, model asal menggunakan bateri 3100mah
Kedudukan slot memori dan kad sim salah. Model palsu ini meletakkan
slot kad memori pada sebelah kiri (kad memori berwarna hitam)
Kemaskini pada 15-02-13
Cara mengenal pasti melalui bentuk stylus atau S-Pen
Setiap pembelian Galaxy Note 2 tulen datang dengan stylus yg menarik. Dibahagian mata stylus kelihatan seperti mata pensil. Pada bahagian pemegang terdapat butang pintas atau shortcut key yg digunakan untuk aplikasi S Note.
kelihatan anggun dan menawan
Manakala Galaxy Note 2 Palsu, menggunakan stylus dengan mata bulat yg lembut seperti span. Tiada apa2 butang pintas yg boleh digunakan sebagai butang arahan pintas.
kelihatan agak murah sekali
Kemaskini pada 25-02-13
Integrasi dan fungsi Air View sebagai penunjuk S-Pen
Galaxy Note 2 menggunakan teknologi Wacom grafik pad (pad lukisan pereka grafik) yg boleh menerima isyarat mata Stylus tanpa sentuhan pada skrin. Teknologi dipanggil Air View & sangat berguna jika pengguna yg mahu melayari sub-menu forum atau utiliti yg hanya keluar semasa menggerakan penanda tetikus seperti mouse cursor pada Windows, atau menggunakan Tools yg disediakan untuk Galaxy Note
sumber youtube video oleh IGyaan
Fungsi titik apungan ini dikenali sebagai 'Air View'
untuk lebih jelas lihat video pada minit 3.28
Apabila pengguna mendekatkan mata Stylus pada skrin, terdapat bintik biru yg mengekori kordinat mata Stylus walaupun tidak menyentuh skrin. Fungsi ini juga menentukan ketulenan peranti kerana fungsi ini tidak ada pada model tiruan.
Berikut ciri2 penting spesifikasi tiruan/ palsu
- Jenama HDC Galaxy Note 2 (....krisis identiti HTC+Samsung..)
- CPU - Mediatek MTK 6577 1Ghz,(model tulen menggunakan chipset CPU Exynos 4412)
- GPU - Power VR SGX531, (model tulen menggunakan chipset GPU Mali 400)
- Android 4, Ice Cream Sandwhich (dengan widget seakan2 Samsung TouchWiz)
- Skrin 5'/ 5.3' / 6' (saiz skrin tulen ialah 5.5')
- Resolusi 800x480 / 540x960 (dimensi skrin tulen 1280x720)
- Memori dalaman 4Gb (model tulen minima 16gb)
- RAM 512mb (model tulen mempunyai 2Gb RAM)
kemaskini pada 12-12-12
Ujian Quadrant Standard
Berikut ialah butiran lanjut melalui aplikasi Quadrant Standard (percuma) Gambar ujian ini dipetik dari laman web Gregs Mobiles. Perhatikan dan bandingkan spesifikasi yg sangat berlainan dari model tulen. Gambar dibawah ialah model ZOPO ...
Model = ZP900S
Brand = ZOPO (... -_- )
Kelajuan Maksimum = 1001Mhz@1Ghz
CPU Hardware MTK6577
Display = 540x960
GPU Renderer = PowerVR531
Walaupun dari segi fizikal hampir sama, struktur binaan & kualiti sangat berbeza. Model tiruan tidak boleh menggunakan official ROM atau firmware rasmi Samsung & tidak boleh menggunakan Samsung Kies. Peluang untuk menggunakan custom rom seperti Cynogen & AOKP rom juga tipis, forum XDAdevelopers, juga tiada sokongan firmware bagi model palsu.
Tatkala pengguna Galaxy Note 2 original berseronok dengan software update (Jelly Bean) terkini, model tiruan dan palsu kekal dengan firmware sedia ada. - Droid
sumber
- Samsung Galaxy Note II N7100 review: Writing home
- HDC Galaxy Note II - 5.3 Inch Screen 1GHz Dual Core 8MP Camera Android Phone
- Facebook SME
Kemaskini akhir pada 25-02-13
Hp ori vs hp clone umpama ibm pc vs pc clone mcm tahun 80an dulu.. Lama kelamaan org akan terima kehadiran hp clone juga
BalasPadamsaya tak setuju,
Padampalsu belum tentu clone 1:1 dari segi binaan dan teknologi,bukan soal murah tapi soal kredibilti dan sokongan pengeluar kembali, pengeluar model palsu tak pedulikan soal khidmat selepas jualan, mereka cuma mahu untung, itupun dgn cara yg salah dgn sengaja menciplak sebagai mengalih perhatian pembeli,
SOKONG. Clone & Palsu adalah berbeza. Clone spec mesti same dengan ORI. Sama juga kita clone PC IBM tiru sebijik spec dia. Tu maksud Clone. Palsu bermaksud menyerupai tetapi tidak sama.
PadamSOKONG. Clone & Palsu adalah berbeza. Clone spec mesti same dengan ORI. Sama juga kita clone PC IBM tiru sebijik spec dia. Tu maksud Clone. Palsu bermaksud menyerupai tetapi tidak sama.
Padam(hangguk kepala) =)
PadamTapi yang baru aku beli ni 100% Samsung Note Sebijik ikut Spec Note dan boleh pakai Driver dan Software untuk Note II. Processor Exynos 1.6Ghz 4 core, 16 GB Memory Dalaman, dan 2GB RAM pendek kata semuanya 100% sama, Tambahan SD support 64 GB. Cuma yang lainnya adalah Stylus pen tapi boleh beli Ori ganti boleh masuk sebijik dan satu lagi tak ada multi window dari samsung tapi boleh download yang lain, disahkan oleh Antutu original Samsung dan Bechmark 172798. Amacam mau order ker RM800 saja sebiik termasuk pos selagi stok masih ada. Send Email kat mamirzan@yahoo.com
Padamkalau s-pen pun dah lain mana boleh 100% ? takde support multi windows, takde support SPen AirView, dan yg terpenting jika takde support Samsung original firmware macammana nak upgrade software ?
Padampendek kata ia tetap palsu
(hangguk kepala) :D
Padamsy sudah terbeli 99% seperti ori dari segi reka bentuk dan logo dan cop sirim segala tapi syg bukan quad core tapi dual core.. rm1500 software bukan jelly ben
BalasPadammodel yg palsu pun dah guna logo SIRIM ? bagaimana dengan kedudukan lokasi kad sim & memori, lain sikit tak ?
PadamKedudukan sim kad belah kiri dan memori belah kanan. Bersebelahan.. Tapi pelekat kat depan masa beli ada tulis super almold bagai.. 16gb bagai.. Kedudukan Logo samsung depan belakang mmg seperti yg ori dan kat belakang area beteri pon melambak stiker samsung.. Tapi xde SME.. Masa beli dia ckp lepas kastam.. Tapi tu la bukan quad core tapi dual core.. Android 4.2.1 ke hapa ntah..
PadamSetakat ini Samsung Mobile takde pun buat pengumuman model GNote2 yg guna Dualcore. Kedudukan acuan (plastic moulding) pada badan GNote2 sama utk pasaran antarabangsa, kilang2 di Shenzen menggunakan acuan yg lain, tak sama seperti asal
Padamsemak semula di belakang berdasarkan gambar diatas
kanan = kad sim
kiri = kad memori
Gnote1 = Exynos - Dual Core
Gnote2 = Exynos - Quad Core
Gnote2 = palsu - MTK 6577 Dual Core
Muaturun Quadrant Standard, pilih System information, datang report balik disini :)
gnote2 palsu dah ada yg quad core skrg n mtk6589...
Padamkalau ad duit beli la yg ori...h/phone klon ni juz utk org yg x ckup bujet n nk rasa h/phone mahal...x smua org tahu 100% fungsi h/p canggih ni...so kalau cme nk sms,call, gaming and maen intnet baek guna yg clone jee...jimat pn jimat...kalo dah pakai casing,bukan nye ad org tau pon h/p tu klon...
Perlu ingat barngan tiruan (atau AP tiruan) mengabaikan khidmat selepas jualan, ada pembeli yg beli tiruan mahu menjangka software support dari Samsung, walhal ia tidak diiktiraf Samsung, dari segi hardware dalaman pun berlainan. Nanti berputih mata bila Samsung keluarkan update Key Lime Pie kerana tiruan tak boleh update
Padamsy pun dah kena,katanya AP set
BalasPadamlast2 dpt spec sebijik macam atas
processor armv7 tu sy krg fhm la
kira dia standard ada ya? dual-core ke?
dah research tpi x fhm sbb bukan bdg sy
sakit hti tgk res dgn dpi
slh sy beli ats tlian,mmg dah deal xley dpt balik duit,so nk xnak kena gna jgk *rsa nk mencarut.hehe
Berapa hinggit? Kalo murah takpe, tapi kalau harge dekat2 AP brand memang teraniaya,
Padamwoooo bimbang nya mau beli note 2 ni...
BalasPadamada cerita mau jual first hand katanya
kije kilang samsung katanya
rm1400 sy mula ragu2 dah bila tgk dlm fb ada yang harga murah camtu
boleh saudara email kepada saya
bezanya untuk note 2 niii...
meranqamar@gmail.com
kalau xemail saya akan folloow komen saudara disini sahaja untuk kepastian
eh murahnya,
Padamnanti balas emel saya dengan link FB sekali, & saya takkan dedahkan link nanti, kalau betul2 ori saya nak pintas awak beli dulu boleh ...hehehe
ok kalau jumpa link fb tu lagi laaaa.... andai xjumpa kena tgk barang dulu laaa ujung minggu niii...
Padamsb ni cerita mulut ke mulut.... tu yg nk pasti
tp dlm fb org tu terang2 cakap clon
Klon, replika tu tiruan... kira palsu @.@
Padamtu laaa pasai yg ni dia cakap kije kilang samsung tu dapat hage murah gile...
Padamcrite pnya crite brader aku kena dah rini
mmg sim n memory dia duduk tempat lain
beli rm 1600 dia nk pulang rm1200
nk report pulis katanya
ape cadangan....
kalau jualan dimaklumkan sebagai original atau AP berjenama, pembeli ada hak buat tuntutan pemulangan wang penuh, keran barangan ialah tiruan,
Padamtapi kalau tak mahu pulangkan penuh boleh buat aduan tribunal pengguna & laporan polis sekali,
http://www.facebook.com/groups/maharaja.lelong/?fref=ts
Padamni link fb yg ada jual byk klon....
ada yg cakap terang2 klon
er, kene login fb, saya tak guna fb :P
Padamcuba cek kilang Samsung Malaysia ada keluarkan SNote 2 ke? rasanya tidak..
Padamramai claim ambil dari kilang, tu pasal murah..kilang kt Ipoh..hihi
Eh ade ke pengeluaran Samsung Galaxy kat Malaysia ni ?
PadamMeran QAMAR...xde..tipu sebenarnye tu..mmg clone dari china..usah ler tertipu..RM1400 mana ada kilang nk jual harga tu..kat market pon dah mencecah RM2.5k kan..adik saya dah terkena..mcm tu lah katanyanya "samsung malaysia yg keluarkan..gred 2 punya" lagi ler..die melabun..nak pulangkan die xnak amik..kalo amik burn duit..die jual RM1250 kat adik saya..kalo murah xpe..kes naya jer kan..nasihat saya better ler beli yg ORI..biar puas hati..
Padamkalau saya nak update ke android yg latest tapi phone saya mmg clone la.. kompom dah. saya nk update yg latestnya boleh kew? kalau phone tu dah ROOT. :)
BalasPadamkomponen & perkakas tiruan tidak sama, maka tak boleh update
Padammaaf lambat balas; baru perasan mesej ni masuk dalam spam
ade membe beli note 2 semua same.tp pen die jer xsame.tu set AP ke x.
BalasPadamBarangkali palsu, Samsung setakat ni takde keluarkan pen yg berlainan
Padambro..... sy punya galaxy note 2. tp vider sy punya ada masalah
BalasPadamkata nya sudah diberentikan.... bagaimana nak mgaktifkan nya kembali
erm, viber ke ? dah lama tak gunakan aplikasi percuma ni, cuba uninstall & reinstall
Padamsy baru mbelinya....n kurang paham apa tu vider.... harap bro tolong nyatakan apa tu vider seperti di nyatakan dalam galaxy note tu ya
BalasPadamviber ni macam whatsapp, nak gunakan perlu ada internet
Padamkawan office saya jual AP samsung note 2 dengan harga RM900...
BalasPadamAp brand ke tiruan?
Padamx payah belilah saya dh kne tipu j tu bukan AP tp taiwan punye..guna 1 hari j dh rosak mk repair harga 750..baik beli baru j senang...jgn bagi org gila cmtu untung..
Padambarangkali ia dari China yg menggunakan nama Taiwan/Korea sebagai pelaris,
PadamKlone ler tu... Clone sekarang memang advance, siap ada sticker SKMM lagi...
BalasPadamTapi rahsia yang paling penting untuk mengenalpasti Clone dengan Ori ialah melalui S-Pen nyer...
Tak caya, kajilah...
Terima kasih dgn input tu, kalau ade gambar nanti saya upload
PadamS-pen die made in china ker
Padamrisau la... baru nk beli... tp still confuse nak bezakan ori n tak ori... huhu
BalasPadamklu nak ikutkan set ori daripada korea ataupun china ya? ada kawan ni kononya dapat dari kastam dpt harga murah.. bila bw g kedai hp, apek tu ckp ori set... tp brand china.. pelik la.. ada yg ckp dari taiwan. camane ni?
BalasPadambanyak berita set rampasan kastam jenis AP tiruan, memang ada kilang Samsung dari China selain Korea, jika risau terbeli set palsu saya nasihat lawat laman web samsung malaysia, dalam tu ada senarai kedai2 yg jual set tulen
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamNote 2 copy rm740
BalasPadamhttp://m.facebook.com/pages/Kelab-Pemilik-Samsung-Galaxy-Note-2-CopyClone/147443085411376?id=147443085411376&_rdr
Wah, sudah ada kelab pemilik henset tiruan?
Padamnak tanya.. kalau kat belakang tu dia tulis 'MADE BY SAMSUNG'.. tu ori atau clone? pls jwb!!!
BalasPadamtak semestinya tulen,
Padamada kilang yg sengaja letak nama Samsung & made by samsung, semak model melalui settings>about
Srry.. sy ni bkn la arif sgt pasal note 2 ni.. lps tgk kat setting > about.. then? nak tgk apa ya?
PadamCik Linda semak bahagian (bawah gambar sticker SME)
PadamArtikel kemaskini pada 05-02-13 :-)
skarang ni note2 clone dah sebiji cam ori.guna mtk6589(quadcore)ram 2 gb.os android jelly been.test guna antutu dia detect model samsung.cuma s pen jer la di takleh tiru.still guna captative pen.harga lak ada yang semurah rm580.berbaloi gak beli even clone.tadi dah belek2 dah satu.kalau minat cari jer kat mudah banyak dah.
BalasPadamTapi klon tak dapat software support,
Padamsoftware support 2 bgmana yek...
Padamsokongan update dari Samsung tak boleh
Padamsenang sahaja mahu bezakan ori dan clone/copy 1:1. Set ori mempunyai jarak dekat di antara butang home dengan screen. manakala clone/copy1:1 mempunyai jarak yang agak jauh butang home dengan screen berbanding ori
BalasPadamYa, Sebab tu penting baca review utk ujian pengecaman dgn melihat gambar close up
Padamjarak jauh dekat? mcm mne tuh?
BalasPadamSalam. Yang ni dijual RM1500. Katanya spec ori, supplier beli byk2 dlm satu masa tht's why dpt less price.. ade warranti from supplier sthn.. kalau jd ape2 kt hphone tu blh kasik balik pd supplier dlm tmph sthn..
BalasPadamlg 1 murah sbb from direct supplier..
brg memg ori.. set ja yg ap...
Betul ke?
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=509461485772077&set=a.410973245620902.101143.100001246913292&type=1&theater
Lupa pulak awak takde FB. Ini spec yang dia bagi:
PadamPromosi Samsung Galaxy Note II (ori spec)..
HARGA SPECIAL, KEDAI PUN X BAGI..waranty 1 tahun..pm jika anda berminat
SPEC ;
Network/Bearer and Wireless Connectivity :
-HSPA+21
-EDGE / GPRS (850 / 900 / 1,800 / 1,900MHz)
-HSPA+21 mbps
-WiFi a/b/g/n HT40
-Wi-Fi Direct available
-Bluetooth technology v 4.0 (Apt-X Codec support) LE
-NFC available
-USB 2.0 HOST, MHL
-KIES, KIES Air support
Chipset :
-Quad Core Processor
-1.6GHz CPU Speed
Sensors :
-Accelerometer, Geo-magnetic, Gyro-sensor, Light Sensor, Proximity Sensor, Barometer available
Battery :
-3,100mAh Battery
-USB Chargeable
-upto 990 minutes (3G)
-upto 510 hours (3G)
Audio and Video :
-Video Format: MPEG4, H.263, H.264, VC-1, DivX, WMV7, WMV8, WMV9, VP8
-Full HD (1080p) Video Playback available
Recording up to 30fps
-MP3, OGG, WMA, AAC, ACC+, eAAC+, AMR (NB, WB), MIDI, WAV, AC-3, Flac
OS :
-Android 4.1 (JellyBean)
Memory :
-16GB
Physical Specifications :
-151.1 x 80.5 x 9.4mm
-180g
Location :
-aGPS, GLONASS Supported
Display :
-HD Super AMOLED
-5.5"
-HD (1280 x 720)
-S Pen available
Camera :
-8.0 Megapixels Camera Resolution (Rear)
-1.9 Megapixels Camera Resolution (Front)
-Flash-LED available
-Auto Focus available
Connectors :
-USB v2.0 Host
-3.5mm Stereo Earjack
-MicroSD External Memory Slot (Upto 64GB)
-3FF supported
-Micro USB (5.0V, 2A)
-MHL available
Services and Applications :
-Samsung Apps available
-Readers Hub available
-Game Hub available
-ChatON available
-ActiveSync available
berdasarkan spesifikasi yg ia berkemungkinan set AP Berjenama,
Padamminta penjual sertakan sekali gambar unit yg sebenar menunjukkan semua posisi termasuk pada pada ruang bateri,
Kalau nak pastikan ori atau tak sila teksn butang *#0*#... set ori sme dan ap akan keluar software utk menguji device yg afa pd hset..
Padambetul ke eyh if nak tau ori ke tak... kita akan dapat warranty yg samsung punye... if rosak then dye soh anta kat kedai tu balik, means yg tu bukan ori laa kan?
BalasPadamKalau kedai sahaja yg boleh dipulang ia bermakna bukan set ori, ia mungkin samada set AP berjenama atau AP tiruan, lihat artikel saya yg terkini
Padamala senang je nak tau.tegok pen dia.ori s-pen cuma samsng je yang leh pakai.kalau pen dia kat ujung tu ada salut silikon tu gerenti clone.lagi satu rasanya cuma samsung je yang leh pakai smemo.klone punya takat leh install snote je.
BalasPadamBoleh komen tentang spek
BalasPadamSAMSUNG NOTE II.
.CLONE KOREA.
FREE CASING + SCREEN PROTECTOR..
WARANTY 1 TAHUN DARI VENDOR..
.SAMSUNG NOTSS Note 11..Spec
Berat:(9.65mm) -180g,
Screen:5.3 inci -1280 kali 720 HD AMOLED Touchscreen
Camera: 8mp Auto Focus 1080 full HD
Android 4.1 jelly Bean@4.0 Ice Cream Sandwich,
Processor: 1.4GHz Dual Core
Rom: 16GB
Batery: 13 Hours 3G 2,500 maH Batery
Bluetooth 4.0 USB and WIfi.E II
saya dapat dari satu fb...
maaf la saya ni x berapa tahu tahu sangat tentang model ni..tapi berminat nak pakai..nak beli original harga mahal lagi..hehe2 bajet x cukup le bro..
jadi kalau dapat clone pun jadi la..rasa2nya berbalaoi ke kalau harga RM700...Terima kasih.
kapasiti bateri Galaxy Note 2 tulen ialah 3100mah, model ini ialah AP Tiruan, jangan percaya dengan definasi CLONE KOREA kerana ia 100% buatan China,
Padamspecs dan harga memang ok, tapi kalau henset hang ke nak format ke macammana nak dapat software support ?
Sy pnye korea pnye. . . Smua sempurna tp pen je laen
PadamIshhh,takkan material dari korea berkos RM700 ? material dari china pun mahal apalagi dibuat di korea atau jepun ?
PadamOo..mcm tu ke..terima kasih banyak2 bro jawapan yg cukup ringkas dan bermakna,saya sokong bro info banyak membantu nasib baik x terkena..heheh2 teruskan usaha bro membantu..
BalasPadamsama2,
Padamjangan lupa luangkan masa baca artikel lain juga
Salam encik mie mohd..saya nak tanya sket,ape tue software support dan apa function die..maafkan saya klu soalan nie noob sbb sy still baru dgn smartphone nie...slama nie pakai nokia33sekupang sblm saya beralih ke smartphone..terima kasih
BalasPadam"software support" bermaksud khidmat sokongan update perisian selepas belian, Samsung Mobile menyediakan kemudahan muat turun firmware dalam server yg mudah dicari (samsung.com), atau sokongan update terus dari peranti.
PadamPengeluar model tiruan selalunya abaikan khidmat selepas jualan sebab objektif mereka hanya utk untung. Mereka tak pedulipun jika henset anda tersangkut atau softwarenya hilang, Bila dah berlaku pembeli terkial2 mencari firmware untuk recover semula, masalahnya dimana nak mencari firmware tu pada saat yg diperlukan ?
jadi terpaksalah serahkan balik dikedai yg dibeli yg mungkin mengambil masa yg panjang , =)
Salam 1 Malaysia. Sekarang ni dah bersepah hp Clone Samsung Galaxy Note 2. Utk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, disini saya nak kongsi sesuatu sebelum membeli hp tersebut.
BalasPadam1) Takde istilah AP set (Ramai penipu guna istilah ini bagi meyakinkan pembeli). AP set tetap original cuma tiada dalam waranti samsung malaysia. Contoh dibeli dari luar negara, ini baru AP set. Yang ada sekarang ni either ORIGINAL atau FAKE.
2) Bagaimana mengenal pasti fake hp? Mudah saja.. pergi dekat SYSTEM INFO dan sila lihat di bahagian KERNEL. Dia akan tulis Linux version bla bla bla.. dan akhirnya tulis "CST.....". CST tu maksud CHINA STANDARD TIME (Dikilangkan di China atau MADE IN CHINA). Original akan tulis "KST" iaitu KOREA STANDARD TIME.
Saya dah tgk byk clone hp, katanya made in Korea lah, copy lah, clone lah, bukan made in China lah.. tgk kat kernel ada tulis CST... hmmph...
no 1, AP berjenama bukan palsu, tetapi set yg tidak diiktiraf , saya dah bincangkan pada artikel
Padamhttp://android-dan-saya.blogspot.com/2012/12/analisis-perbezaan-set-original-ap-klon.html ,
no 2, kebanyakan gajet berjenama kilangnya di China kerana sumber bahan mentah murah, ini termasuk jenama Jepun seperti Sony atau jenama Korea seperti Samsung yg mempunyai kilang dari China, taraf piawaian kualiti adalah sama. Walaubagaimana pun memang gajet berjenama terus dari Korea atau Jepun memang ada tetapi terhad kerana ianya lebih mahal dari harga biasa.
Pembeli kne tipu ngn penjual,penjual kne tipu ngn pemborong,pemborong kne tipu ngn pembekal...yg tersenyum puas pembekal sbb dpt abiskan stok huhuhuhu
Padamsalam,saya sudah beli note 2 ap set yg seakan2 ori,1 application je xde,s pen applications tiada,s pen die pun lain beno beze die..walhal "KST" KOREAN STANDARD TIME,macammana kire 2????boleh x kalau kita nak install sendiri???
BalasPadamseakan ori ke tiruan ?
PadamAplikasi Samsung hanya boleh digunakan untuk model Samsung dan tidak dibenarkan untuk jenama lain. Muat turun Antutu Benchmark atau Quadrant Standard untuk melihat spesifikasi yg sebenar.
pegi kt android system tu,tekan byk kali..ape yg kuar?kalu xkuar ape2 mmg ori la.kalu kuar yg bukan2 bkn la tu ori
Padamlihat kemaskini pada 05-02-13,
PadamSaya tekan byk2 kali dkt android system pastu keluar gambar jelly bean warna merah...maknanya x ori ke note2 saya?
PadamAndroid memang camtu,
PadamSamsung s2 sy xde samsung apps..maknanya s2 sy buatan china ke?
PadamAplikasi S-Pen/ S-Note ialah mandatori apps untuk GNote 2
PadamNak beli betul2 ori, beli je la kat kedai samsung.... saya beli note2 kat kedai samsung kat 1utama...
Padamada juga kedai yg menggunakan label Samsung/ Sony, tapi bukan authorize atau diiktiraf & menjual set AP je
Padamxpasti la bro...seakan ori kot...cina kedai 2 ckp AP set....xpandai nk bace quadrant dgn antutu 2,buat dah...klau ap mmg xde spen ke?
Padamkhairul amar=amar kayon
Padamcuba tengok seksyen aplikasi, saya ada pos artikel berkenaan dengan Quadrant Advance, atau lihat post terbaru mengenai semakan Imei secara online
PadamTerima kasih dengan info yg sangat berguna. Tengah survey2 ni, nasib jumpe blog ni...takut je kene tipu.
BalasPadamsama2, jemput artikel yg lain juga
Padamnak tahu yg clone atau ori .yg clone kenape terlepas jual kesian kat rakyat ..
PadamSebab pengeluar asal Samsung/ HTC /Sony, kurang bertindak, kempen kesedaran kurang,
Padamalasan pengeluar tiruan yg menjual ni mahukan "pasaran terbuka" mereka ni memang tak tahu malu menciplak bulat2 dgn niat menipu demi merampas potensi pembeli,
hehe...skarang phone clone dah menjadi2...tp,ok jgk...dpt jgk merasa phone yg mahal2 dgn harga yg berpatutan..lgpon,pengilangan asal dari China jgk kan?..eehehe..
BalasPadamXada masalh kalau peniaga jujur...tp yg jd permasalahan peniaga menipu dgn jual hp clone harga original...kesian dgn kawan kerja beli galaxy tab2 harga sme set tp bile check rupenye china set.nak terus terang xsampai hati sbb dia dah lama beli.
Padamtakpun bagi dia link blog ni dalam emel,
Padam2 hari yg lepas beli set korea Samsung Note 2 di Masjid Jamek dengan harga RM280. Wifi, Bluetooth, panggilan & SMS OK! Browse internet pun laju juga (jika guna Wifi). Cuma masalahnya tak boleh download android apps dan tak boleh update. Masalah lain ialah receiver network lemah.
BalasPadamitulah yg dikatakan tiada software support, maka henset pembeli agak 'kesunyian' dari apps yg sepatutnya ada
PadamItu henset bkn android tp java...
PadamDisarankan study dulu kat internet....cari malkumat mcm kat blog ini sebelum membeli....
BalasPadamterima kasih ~=)
Padamem clone pun bleg gak tpi pkai buang je la,hehe biase la samsung clone ni tfn bajet,
BalasPadambanyak telefon berjenama yg boleh dibeli dengan harga bajet, tapi kalau nak beli jenama burah pastikan ada sokongan software selepas jualan,
Padamkalau beli siap2 ngan pakej planmcm kat digi, maxis tu confirm ori la kan?
BalasPadambeli melalui Celcom, Digi & Maxis memang set original
PadamWow, banyak pro dan kontra guna yg ori atau yg clone. Yg terbaru, clone note 2 sebijik mcm samsung. Bezanya, cuma kecil sedikit dgn yg ori. Tapi tak banyak beza dari segi prestasi...
BalasPadamperbezaan prestasi akan lebih ketara jika ada perbandingan dari segi aplikasi yg sangat intensif seperti aplikasi 3D,
Padam...nantikan artikel akan datang GNote tiruan Vs Original :-)
xsusah pn..juz tgk warranty ori ke x..xbleh tiru2 tau,hehehe
BalasPadampenciplakan Samsung semakin hebat, hampir serupa tapi tidak sama
Padammembe saye baru beli note 2 ori dah kene rembat masa tgh main kat arked, last2 dia beli yg clone punya sebab taknak kasi parents dia membebel sementara dia nak kumpul duit nak beli balik note 2 yg ori. Itulah kegunaan henfon clone sebenarnya ;)
BalasPadamhehe2 bijak, tapi poket tetap hangus ,
Padamlogik ke fully original dapat dengan harga rm1500(new,fully original,ori aksesori)?
BalasPadamada member tawar note2...
harga tak logik,
Padamharga pasaran GNote 2 dalam masih dalam RM2k (Feb 2013)
rase2 klau saye beli dekat kedai2 Maxis,Umobile,Digi,Celcom yg mcm kluar kat surat khabar tu promosi dgn simcard contract ,tu rase2 nye Hp original atau Fake??
BalasPadambiasanya mereka jual set ori,
Padamtapi hati2 kalau nak langgan plan di kedai kecilan / gerai,
bagi saya semakan tetap perlu dibuat sebelum membeli
Sy br je bli note 2 bli dlm mudah..kate ap set tp sy rase clon sbb s pen die lain dan xde apkasi s note..satu lg sy xleh nk tukar font utk hp ni..yg lain sume bole..ha satu lg msk samsung aplication mostly bhsa cina..rase nk mcarut je kne tipu..klu nk report kt tribuner nk bgtau cane ea?
BalasPadamsemak artikel saya yg terbaru mengenai semakan IMEI secara online
Padam& cuba baca dari blogger ni ,
http://e-pengguna.blogspot.com/2010/05/11-saluran-aduan-untuk-membuat-aduan.html
sya pun bru je bli note 2...dh beli baru buka konon nk tgk2 hp ni ori ke x, yg peliknya...semua sama kecuali pen dia je...agak2 terkena ke x? huhu
BalasPadamrekabentuk S-Pen tetap sama tak kira mana2 keluaran utk mana2 negara, jika ia lain dari gambar diatas kemungkinan tiruan atau palsu
Padamsaya ad beli Note II from korea.baru 2 hari beli..
BalasPadambut tgk yang android version x sama la..yg saya 4.1.1..
then godek2 lagi.. dari phone lain x leh nk bluetooth kat my note II...and satu lagi, nk download x boleh...sayik error jer.. boleh admin bg pendapat about this prob..hope sangt2 admin reply..
saya cadangkan buat semakan IMEI secara online, lihat di bahagian 'Artikel '
PadamBila ON bluetooth utk org transfer file atau apa2 pon sila ON kat setting dan adjust bagi visible baru leh terima...
PadamPasal 4.1.1 tu old stock nya pon, sila gi kat setting dan scroll down. Tekan kat about phone lepas tu tekan software update tapi mesti guna wifi & bateri mesti penuh.. update sehingga latest firmware NT7100XXDMB4..
terima kasih dengan input =), versi Android memang berbeza mengikut firmware update, bluettoh tak nampak sebab invisible secara default, ia mesti dinampak sebelum pairing atau BT scanning
PadamKalo nak cek S Pen tu ori ke tidak, caranya mudah aje sbb saya pakai Note 2 SME nya... try letak S Pen tu kat screen kalo ada titik atau dot kaler biru cam laser bermakna Note 2/S Pen tu ori nya.. kalo clonenya tidak ada apa2 respon...
BalasPadamterima kasih lagi,
PadamSPEN pada GNote yg original mempunyai titik apungan semasa mendekatkan mata stylus pada skrin, versi tiruan tidak mempunyai sebarang titik apungan
nanti saya updatekan maklumat ni
saya pun baru beli Samsung GNote 2 ni.stylus brfungsi spt ori tpi check CPU bknnya Exynos tpi SMDK4x12.ni saya ada sertakan screenshotnya skali
BalasPadamhttp://www.flickr.com/photos/93566826@N03/8508709716/in/photostream
Memang ade firmware & bacaan Antutu sebagai SMDK4x12, ia chipset yg sama dengan Exynos 4412. Saya ada semak imei, henset ni memang sah original, kalau nak lebih lanjut lihat artikel berkenaan "semakan imei",
Padambila dah check nanti sensor atau buang gambar tu sebab menunjukkan no imei, jangan dedahkan imei kerana no imei boleh dicuri oleh pengeluar tiruan =)
trima ksih sbb reply cpt.tpi kemusyilan ttp ada bila saya tgk iklan dri sini-->http://www.webniaga.net/ads/samsung-galaxy-note-2-new-rm895-korea-made/
PadamKalo nak reconfirm lagi cek siri no. Kernel Version dekat "About Phone"...jika berakhir dengan CST 2013 bermakna clonenya, AP & SME set berakhir dgn KST 2013....
Padamtanpanama;
PadamYg link tu kan terang2 tulis korea clone, lepas tu tuannya siap bandingkan dengan specs Original Note 2 pulak,
salam..nk tnye..s pen die mmg made in china ker??
BalasPadamSPen memang ada yg dikeluarkan di China, yg membezakan ialah kualiti material yg digunakan
PadamAku baru ja terbeli GN2 ni. RM950.Tapi memory 8GB saja. Semua bentuk fizikal sama mcm ori. Stiker SKMM, samsung semua ada.
BalasPadamTapi tang pen tu spoil. Mmg fake la. Psl hujung tu ada span. Then serial dalam fon tak sama mcm di body fon. Android lak bkn jelly bean. Cuma tertera android 4.2.1. Beli online jadi mcm nila. Apapun bleh la pakai wat tayang2 ja. Bagi org lain belek, sure kantoi.
Nasihat aku pada buyers yg nk beli GN2 ni, baik beli je yg original kat samsung. Confirm brg pun ori. Tk risau psl klon atau china set.
Pengubahsuaian ini dengan mengubah properties BUILD.PROP yg ada pada identiti peranti. mereka telah memalsukan identiti secara teknikal sejak dari kilang, penipuan yg paling susah dikesan melalui software !
Padambro, kalau GN2 klon ni kadar radiasi dia mcmna? bro rs selamat tak if compare dgn yg original of coz yg ori msti selamat. Bg pendapat bro. Tq..
Padamtq for informations....more then better assist
BalasPadamklu bateri 2500 mAh comfirm tipu la kan?
BalasPadamhaah,
Padamsemua produksi mestilah sama dan tidak ada variasi kapasiti yg lain
saya pun dah terkena beli samsung note S II, fizikal semua serupa, kedudukan sim kad, memery kad, logo samsung, bateri, logo skmm, semua sama. cuma S pen jer xsama, pastu xda s view, beli dah mahal rm1100, kata AP set. Hampeh
BalasPadamkekeliruan utama nak beli ialah nak membeza AP berjenama dgn AP tiruan & palsu. Beli dari kedai mana ?
PadamAda yg kata note 2 keluaran Singapore...
BalasPadamTak salah aku, aku ada terdengar dr Youtube, SGN2 ada yg Dual-Core ..
BalasPadamTp yg tu bukan International Version .. Maybe in certain Country ..
But for quad-Core, it's an international version of SGN2 ..
So kat M'sia mmg xAkan ada SGN2 Dual-Core ~
Correct me if I'm wrong ...
bukan kat malaysia ke memang tak eprnah keluar pun,
Padamdual core Exynos 4412 tidak wujud, maka ia palsu
nasib baik blum beli lagi..tqvm penulis blog atas very good info..murah rezeki anda!
BalasPadamyes, matlamat tercapai !
Padamnasihat aku pada sapa2 yg nak beli GN2 tu. baik jgn la beli yang hrga murah2. confirm semua tu tipu. beli ja yang baru dan yang ori. mmg mahal, tp barang dijamin dan berkualiti. ramai dah yg terkena dengan GN2 palsu yg harga murah2 ni.
BalasPadamHi :)
BalasPadambukan semua china brand phone palsu kan.. macam mana untuk bezakan antara fake china phone and ori china phone?
thanks
beza dari segi jaminan dan khidmat lepas jualan,
Padamlihat artikel
Analisis - Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond
amat berguna..paling manakutkan kalau2 ada pekedai yg jual clone model dengan harga ori..
BalasPadamya, itulah senario terburuk dalam membeli, nak beli ori tapi terbeli yg palsu, dahtu mahal pulak tu
PadamBr2 ni mmbr aku mnta aku check hp note 2 dia..dia kata mmg clone tp dr korea la..aku mls nk ckp kt dia yg dia kna kncing..mn da hp clone korea..setahu aku china ja yg slalu wt keja cmni..dl setakat nk clone pn ckit2 ja skang ni tiru bulat2..klu nk check hp 2 ori@x(samsung je) cuba type *#0*# n tgk pa jd..klu ori dia akan kuar bnda2 utk test speaker,colour,touch,dimming,reciever n mcm2 lg..klu hp clone mmg x kuar pa pn..
BalasPadambetul, tu kod servis peranti samsung, barangkali pengeluar ciplak lupa bahagian tu dipiratekan sekali
Padamterima kasih dengan maklumat tambahan tuan =)
salam.. saya ada nak beli phone samsung s3 dan note 2 clone korea ni.. tapi masih was2 lagi.. arghh~ cmne ya..
BalasPadamplay store ada tak ya? boleh root ke tidak?
baca artikel lain yg ade di blog ni untuk keputusan muktamad, juga baca komen pelawat lain sebelum beli
PadamKlon Korea? Statement jurujual paling bangang. Sah2 phone tu dari Korea.
BalasPadamOk, aku dah beli Note 2 klon dgn RM600. Sebelum beli, aku mmg tahu tu hp klon. Aku harapkan function dia hampir menyerupai yang asli. Dan aku terpedaya dengan kata2 jurujual penipu. Diluar sana, jgn sesekali beli hp klon. aku nyesal. Ni kelemahan note 2 klon yang paling aku tak leh terima.
1. GPS receiver takde. Walaupun boleh dihidupkan kat setting, bawak la hp tu kat open space. Mmg GPS receiver takde.
2. Ringtone tidak boleh ditambah. Kena pilih apa yg ada je. Welcome to zaman 1999.
3. Lukis2 cam note ori tu takde walaupun dibekalkan stylus.
The rest aku rasa ok la. Display pun superb walaupun LCD je. Multitouch ada. sensitiviti touch pun cam ori. Main game tak sangkut, tgk video james bond HD pun tak sangkut2.Kamera? asal cap china nih, gambar semua lebih kurang sama je
ade juga klon yg beprestasi bila main games, tapi games grafik berat yg mana original boleh main; agak slow pada yg tiruan
Padamada org jual iphone 5 clone korea jugak.. harga rm750.. arghh..
BalasPadammcm nak beli..
nk bli klon korea s3 n note 2.. mmg byk kekurangan ke
iphone 5 tu mesti guna android juga,
Padamsekarang ni dah banyak android yg mampu milik, ini lebih baik dari membayar klon
Kat umah sya pun ada orng jual gnote 2@3 yg ap hrga 850@900 lbih kurang mcm 2 la....
BalasPadammahal, RM800 dah boleh beli Xperia yg lebih baik
PadamKepada 1st user android, hati2 krn authorised dealer pon dh pandai menipu..handphone original 100% tpi warranty register lebih awal dari tarikh beli..mereka kate akan register utk anda, tapi sebaliknya mereka menjual handset 2nd hand, w/pun kotak telah seal & dibuka dihadapan anda..ini terjadi kepada saya..handset baru berusia 5 hari dan tidak menerima sebarang sms warranty..Nasib sy check sendiri melalui sms dgn menghantar no imei dan didapati bahawa handset telah didaftarkan 1 bulan lebih awal dr tarikh beli..Nasihat sy sila berhati2 dan semak no imei anda melalui sms utk melihat tarikh warranty handset anda.
BalasPadamwah, macam ni pun ada !
Padamtuan elok dedahkan nama & alamat kedai ni dalam sub forum aduan, jadi lain pun dapat manfaat sekali =)
Sy bukan racist tpi kaum Melayu sering ditipu oleh kaum ini..sy sengaja tidak berkomunikasi dlm English..hasilnya sy ditipu oleh mereka...sy akan dedahkan nama kedai tersebut setelah selesai kes sy nnt.
Padamtakde masalah, selesaikan dulu kes tu, tapi memang betul masalah bahasa juga faktor memudahkan penipuan,
Padamitulah kepentingan perpaduan bahasa melayu dlm urusniaga diMalaysia
salam,
BalasPadamsaya sangat berterima kasih
tidak terhingga kerana banyak
pergalaman yang saya dapat
selama ini saya memang nak beli
note tetapi takut2 sehingga sekarang
pon belom beli tapi bila dah terjumpa dengan
group ni memang saya banyak berterima kasih
banyak kongsi pengalaman yang ada tq u old...
sama2,
Padamjgn lupa baca artikel lain yg mungkin berguna sebelum membeli
Hai...Salam boleh tanya x..
BalasPadamboleh saya tau sebab knp kastam buat rampasan?
bolehkah kita label bahawa hasil handset rampasan adalah bukan ori secara terus menerus??..
atau pon boleh jadi jugak handphone ori jugak boleh dirampas oleh kastam?
Mohon penjelasan semua dan admin..terima kasih
sebab telefon seludup tiada surat pelepasan AP dari Sirim, sijil kebenaran mesti dari sirim utk mengimport apa telefon
Padamsalam.
BalasPadamsaya nak tnya kpad yg arif
klau nak pkai note 2 yg seakan
ori yg bleh dpkai yg mcam mna ea???
tiada satu pun yg palsu boleh meniru kelebihan Galaxy Note, banyak perbezaan dari segi kepuasan
PadamPhone Model:GT-N7100(NOTE 2)
Brand:Samsung(antutu)
Cpu Hardware:SMKDK4 X12
Network:Gsm/WCDMA
CPU mODEL:Quad core ARMv7 Processor
Screen Resolution:720 x 1280
GPU vendor:ARM GPU
Renderer:Mali-400MP
Camera:8mp Back,1.9 front Android Version:4.1.1 jelly bean
Screen Sizze:5.5 Inci
Screen Descp:Capactive screen,multi touch, Screen Material:HD SUPPER AMOLED
Camera:LED Flash Sensor:CMOS Videospecification:1080p
Memory :2GB
Memory Card:16GB
wifi:support
Gps:Support
Blutooth:Support ANTUTU SCORE 17++ HANYA UTK 2GB RAM SHJA.
Model: HDC Galaxy Note 2
System
Operating System: Android 4.0
CPU: MT6575 1.2 GHz
GPU: PowerVR SGX53Display
Screen Size: :5.4"QHD Support play HD1280*720 Screen, Capacitance screen
Display reulotion: 480*800
Screen Technology: Multi-touch Gmie Screenalaxy Note 2 Camera
Camera Resulotion: 8MP back camera + 1.3MP front camera
Connectivity
Connectivity Technology: GSM network & WCDMA - Standard SIM card
Network Band: GSM 850/900/1800/1900 MHz & WCDMA 850/2100MHz
Data Technology: GPRS, EDGE, HSDPA
Bluetooth: Bluetooth 4.0
WLan: Wi-Fi IEEE 802.11 b/g/a
USB: USB 2.0
GPS: GPS, built-in GPS chipset
Galaxy Note 2 Battery
Battery: Built-in Li-on battery, 3100mAh
Standby Time: 120-150 hours
Galaxy Note 2 Memory
Built-in Memory: 512MB RAM / 2GB ROM,
Memory Card: Support to 32GB
Galaxy Note 2 package
Standard Accessories 1 battery(3100mAh)/1 charger/1 earphone/1 USB cable
agak bleh xklau info yg mcam datas 2
BalasPadamklau nak beli????
kuasa beli ditangan sendiri,
Padammembeli telefon palsu tak macam beli handbag palsu, beg koyak boleh beli lain, tapi kalau henset palsu rosak adik akan bersendirian mencari nak pulihkan memandangkan tiada suppoer yg khusus
aku dah kene tipu...not2...hampeh...beriban ak melayang...mmng vavi orng yng jual tu...
BalasPadamaiseh, nampaknya SKMM perlu buat sesuatu dengan kes yg bertambah macam ni
PadamAk dah buat repot plis,skmm...tpi ak nk repot kat Samsung mengenai hal ni...sape2 ade E-mail samsung Malaysia bahagian pengaduan...pls help...
Padamisi pada form ni,
Padamhttp://www.samsung.com/my/info/contactus.html
anda juga boleh buat juga laporan di Tribunal Pengguna,
terima kasih encik me mohd
BalasPadamsya ingt pon mcam 2 jgak biar
nak pkai 2 ap org kata biarlah
yg ori puas hati ....
saya faham tidak semua mampu membeli jenama yg mahal belaka,
Padamcuma saya tidak faham mengapa ramai yg boleh membayar tiruan jika harganya boleh kita pilih model alternatif yg tulin atau ap berjenama,
saya pun salah seorg note2 fake/clone/china and etc lah, awl2 gune mmg best sbb bnda baru la kan, tp lama2 pakai bru rasa beza ori dgn fake/clone/china and etc nie, tp stkat nie semua running ok, sy gune pon sekadar utk screen besar dan sedap skit nk on9 nmpak sume besar2, apps semua ok mcm biasa cume biase la software ori samsung tu mmg xdela, so far so good but not too good same like ori..huhu so beli lah ape2 pon ikut bajet dulu dan bru fikir citarasa...
BalasPadamtak salah nak membeli ikut keperluan lebih2 lagi jika pembeli sudahpun tahu android yg dibeli tu memang tiruan dan murah.
Padamkalau ade bajet beli la yang ori....untuk yang xmampu just pakai suke2 beli la yang clone ....tepuk dade tanye la ati...
BalasPadamtapi bila rosak, mengucap2 sambil bertepuk dada =P,
Padamjenama murah yg lain banyak dijual, lebih afdal jika ada support & waranti pun terjamin
salam
BalasPadamnak tanya..rasa2 yg clone ni bape tahun leh tahan??.. lg 1 yg clone ni xda software warranty... xpe ke r?..lau ape2 jadi kt software tu cmne nk buat??
haa sudah nampak ?
Padampengeluar klon, palsu & tiruan tidak ada khidmat software, jadi bila rosak pergi ke pusat servis pun mereka takmau tolong sebab softwarenya lain
ape pendapat mie kalau kite beli dari kedai online yg terkenal sekarang mcm lazada.com.my dan ipmart.com.my..
BalasPadamboleh tolong tgk tak handphone2 yg diorang jual tu.
thank you ;)
dan kedua2 website ni tulis 100% original from samsung SME malaysia.
Padamjika ada label SME memang original, laman web tu memang meyakinkan dan saya rasa ia menjual set original, paling penting tanya nama/tempat servis center yg boleh dibuat, dari situ boleh tahu agen servis ni ori atau tidak
Padamsy bru nk beli note 2..mbr jual ktanya rmpasan kastam..rm850..blh cye ke??
BalasPadamlihat komen terdahulu diatas
Padamclone phone ini akan terletup tak ? takut lah~
BalasPadamberita telefon palsu meletup kurang didengari,
Padamtapi risiko utamanya ialah kesan radiasi yg tinggi, tak digalakkan berhampiran dengan bayi,
salam admin nak tanya note 2 sy bila dicas bateri nampak msk tapi lama dia keluar warning Terlebih Perlindunganan Semasa, bateri anda terlebih perlindungan semasa, sila keluarkan bateri.Tapi bila dicabut pengecas bateri x masuk pun. nak buat cam ner ya,
BalasPadamwsalam, saya tak berapa faham soalan, jika boleh tuan buka soalan offtopic di subforum, rasanya macam panjang nak jawap ni
PadamTima kasih banyak mie mohd.......kau byk tolong kekawan yg kurang arif .......turun kulim anytime call saya......saya belanja setakat saya mampu.......0194763474.......thanks......jasamu dikenang.......friend forever
PadamNk tanya.......kalau call terus center samsung tanya no serial phone kita ori ke tk boleh tk........setiap no serial phone ori mesti ada rekod ori dgn depa kan..
Padamhmm saya tak pasti, saya rasa Samsung boleh buatkan semakan imei, tapi ady pun boleh cuba cek sendiri, lihat artikel "semakan imei"
Padamhuih jauhnya Kulim....takpelah saya pun belum pernah sampai lagi, terima kasih
salam admin saya bercadang nak beli Galaxy Grand apa pendapat admin pasal model tu? saiz pon lebih kurang note 2!
BalasPadam