Isnin, 3 Disember 2012

Info - Perbezaan resolusi tinggi tablet dan telefon

Ramai pengguna Android tidak menyedari Android semakin lama menyamai kebolehan laptop atau desktop pc yg menggunakan platform Windows. Keupayaan ini telah ditingkatkan sejak kehadiran Android versi Honeycomb (3.x) dengan persembahan antaramuka tablet yg mirip resolusi Netbook. Resolusi yg sesuai untuk antaramuka tablet biasanya pada 1024x600 ke atas. Terdapat juga tablet yg dengan resolusi rendah pada 800x480, tablet pada resolusi ini mempunyai ikon & font yg besar.


Perkembangan semasa menyaksikan kehadiran telefon yg ditingkatkan kualiti skrin kepada 954x540 seperti HTC Sensation dan 1280x720 untuk HTC One X & Samsung Galaxy SIII. Walaubagaimanapun, meskipun mempunyai resolusi tinggi, ini belum tentu boleh menggunakan aplikasi untuk Tablet selagi ia tertakluk dengan official rom/ firmware. Dengan menggunakan open-source rom/ firmware seperti Cyanogen & AOKP, antaramuka phablets boleh digunakan





Perbezaan orientasi pandangan 
Lockscreen atau skrin berkunci pada telefon lebih banyak menggunakan pandangan potret daripada pandangan lanskap. Ini sesuai dengan penggunaan telefon yg memegang telefon secara menegak atau potret.

pandangan potret dikhususkan untuk peranti telefon

Berbanding pada Tablet, Lockscreen boleh digunakan samada dalam pandangan landskap atau potret. Launcher yg digunakan pada tablet juga menyokong pandangan landskap.

pandangan lanskap pula sesuai untuk peranti tablet



Bagi pengguna yg mempunyai Tablet Android dengan kelebaran skrin tinggi, visual aplikasi dapat dipertingkatkan dengan pandangan lebih luas. Skrin dibahagikan kepada dua ruang kolum, kiri dan kanan. Kolum kiri digunakan sebagai tetapan utama manakala kolum kanan digunakan untuk butiran dan lanjutan tetapan. Contoh dibawah ialah perbezaan visual Tetapan (Setting) yg mempunyai kolum pada sebelah kiri pada versi Tablet.
Pandangan tetapan pada Android 4.x untuk versi telefon



Ini pula pandangan tetapan pada Android 4.x untuk versi tablet (pandangan potret)

Ini juga pandangan tetapan pada Android 4.x untuk versi tablet (pandangan lanskap)

Dengan keluasan Tablet yg beresolusi tinggi, pembahagian ruang kolum pada aplikasi akan memudahkan  pengguna bagi memahami susunan atau jenis & fungsi pada aplikasi yg sedang dilaksanakan.

Perbezaan visual aplikasi
Sesetengah aplikasi Android yg boleh dimuat turun oleh peranti telefon & tablet mempunyai fungsi yg sama. Walaubagaimanapun antaramuka tablet yg lebih mesra pengguna meningkat keupayaan dan produktiviti pengguna. Pengguna akan lebih cepat dan mudah mencapai akses ikon yg tersembunyi tanpa perlu membuat scrolling pada ruang utiliti.

Aplikasi Kingsoft Office yg digunakan bagi suntingan adalah lebih sesuai melalui tablet kerana resolusi yg besar dan sokongan antaramuka tablet.

Pandangan Kingsoft untuk versi telefon

Ini pula pandangan Kingsoft untuk versi tablet 
atau bagi  yg mempunyai resolusi tinggi

Aplikasi Browser Internet juga memainkan peranan berdasarkan keluasan skrin dan tahap resolusi tablet. Peranti yg mempunyai resolusi yg serendah 800x480, pengguna akan banyak menggunakan pinch to zoom  untuk menyesuaikan saiz tulisan dan gambar pada skrin, tidak seperti pengguna tablet, pandangan browser yg luas mengurangkan aktiviti sama  (pinch to zoom) dan meningkat tahap produkti dan capaian maklumat.


ruang pandangan agak padat

ruang pandangan agak luas seolah2 menggunakan desktop pc


Aplikasi Gmail dan email juga ditambah nilai supaya capaian emel lebih mudah dikesan. Penggunaan kolum ini wujud pada pengguna tablet.

Pandangan gmail untuk versi telefon

Versi table mempunyai kolum senarai emel disebelah kiri, kolum kanan pula menunjukkan kandungan emel

Pandangan gmail untuk versi tablet yg lebih luas seperti menggunakan desktop pc. Ini


Capaian aplikasi tablet yg ekslusif
Pelbagai program yg boleh dibuat turun yg menyokong antaramuka dan rekaan bagi tablet Android. Ia boleh didapati menerusi bahagian khas "Staff picks for Tablets" yg wujud bagi pengguna tablet sahaja. Bahagian ini tidak boleh diakses oleh telefon biasa. Cuba lihat perbezaan halaman Playstore antara telefon dan tablet.


Halaman utama Google play untuk versi telefon

Halaman utama Google play untuk versi tablet, 
perhatikan ruangan "Staff pick for Tablet"  


Bilangan aplikasi untuk tablet Android masih rendah semasa pelancaran versi Android 3.x Honeycomb. Walaubagaimanapun jumlah aplikasi tablet meningkat pada awal 2012 sejak pelancaran Android versi 4.x (Ice Cream Sadwhich). Integrasi ICS membolehkan aplikasi digunakan untuk dua jenis pandangan; telefon dan tablet. Dengan penarafan Android versi 4.1 (Jelly Bean) dan lambakan tablet dipasaran yg dsemakin bertambah, bilangan aplikasi tablet dijangka meningkat menjelang 2013.

~Droid



2 ulasan:

  1. Resolusi kat android boleh ubah mcm windows pc

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, tapi Android menukar resolusi dari segi menukar dpi, cuba tengok dpi changer dlm google playstore

      Padam