Isnin, 10 Disember 2012

Artikel - Teknologi skrin IPS LCD, OLED & AMOLED

"Skrin" merujuk kepada ruang paparan bagi menunjukkan antaramuka bergambar dan teks. Jika televisyen dirumah dahulu kalanya menggunaka tiub CRT (Cathod Ray Tube) pada masa sekarang kebanyakan pengeluaran skrin televisyen telah menggunakan panel LCD (Liquid Crystal Display). Manfaat kepada pengguna  pembangunan skrin LCD memberikan paparan warna & kontra yg lebih terang dan cantik disamping menjimatkan penggunaaan elektrik



Tidak semua telefon pintar & tablet yg dijual dipasaran mempunyai teknologi skrin yg sama. Teknologi skrin sentiasa ditambah nilai untuk mencapai kualiti paparan dan sasaran kearah penjimatan elektrik dan bateri. Teknologi LCD telah dibangunkan sejak jam tangan digital pada tahun 1970. 2 tahun kemudian barulah panel skrin dicipta dengan kemampuan memaparkan imej dan teks yg lebih jelas dari jam tangan digital.


LCD dan IPS
LCD pernah digunakan untuk pengeluaran laptop model lama dan pada peranti murah yg bertujuan menjimatkan kos pengeluaran. Sudut pandangan LCD agak terhad dan perlu di padankan mengikut skrin pengguna, sudut pandangan 90 darjah

kelemahan sudut pandangan LCD yg terhad
Nota ; Cuba perhatikan pada skrin LCD laptop model lama apabila dipadankan dan menghadap ke atas gambar ditunjukkan lebih jelas tetapi bila ditundukkan (menghadap ke bawah sedikit) skrin yg dipaparkan semakin gelap atau putih. Ini adalah kelemahan LCD dimana ia memerlukan sudut pandangan yg tertentu (90°) bagi mendapatkan pandangan yg tepat. Pada sesi tayangan video dan permainan (games) terdapat kekaburan pada objek yg bergerak laju seolah2 efek motion blur, sedangkan ini tidak berlaku pada skrin CRT.
Teknologi IPS kemudian dipertingkatkan kepada Super IPS yg dibangunkan oleh Hitachi dan Super PLS oleh Samsung.  IPS adalah teknologi LCD yg ditambah nilai supaya pancaran cahaya & warna dihantar tepat dan laju. Sudut pandangan pada skrin IPS juga lebih luas. Panel IPS yg baik boleh mencapai sudut pandangan sehingga  180°.

kualiti sudut pandangan dipertingkatkan pada SLCD
Nota ; Satu-satunya kelebihan skrin IPS ialah tidak perlukan pandangan tepat 90°. Ini telah digunakan pada tablet berjenama seperti Transformer (Asus ), Galaxy Tab (Samsung) dan Motorola Xoom. cuba perhatikan skrin IPS yg diletakkan secara rata diatas meja, anda boleh melihat kandungan skrin dengan baik pada mana2 sudut sekalipun. Panel IPS juga tidak meninggalkan kesan sentuhan apabila ditekan berbanding LCD yg meninggalkan 'bekas' sentuhan di atas panel.


OLED dan AMOLED
Teknologi OLED (Organic Light Emitting Display) telah dibangunkan oleh konglomerat LG dan Samsung Electronics untuk kegunaan pada objek berskrin kecil dan ringkas seperti jam, radio kereta, dan pemain media mp3.  

Creative Zen V menggunakan skrin OLED.

Teknologi AMOLED (Active Matrix Light Emitting Display) mula dibangunkan oleh Samsung untuk menggantikan OLED yg hanya boleh memaparkan resolusi rendah. Pengenalan model telefon pintar Samsung Galaxy S telah melonjakkan teknologi AMOLED dengan kejelasan gambar yg lebih terang, warna yg lebih pekat dengan cahaya yg lebih terang dari LCD biasa






Perbezaan LCD dan AMOLED (atau OLED)
Skrin LCD menggunakan kombinasi pecutan warna dan pancaran cahaya pada latar belakang skrin. Perbezaan ini tidak ketara pada tempat yg terang seperti di luar bangunan atau bawah matahari. Walaubagaimanapun jika ia digunakan pada kawasan dalam bangunan atau gelap, skrin AMOLED mempunyai perbezaan yg sangat ketara dari segi kontra (contrast). 

AMOLED menggunakan kontras warna yg sangat terang
atas - Samsung Galaxy S2; bawah - Apple Iphone 4

Sebagai contoh, dengan menggunakan latar belakang kosong yg berwarna hitam, pada ruang gelap skrin   latar (backlight) AMOLED tidak menyala seolah ditutup. Pada  latar skrin LCD pula mempunyai nyalaan lampu yg boleh dilihat pada bahagian gelap. 
Note ; AMOLED hanya menyala pada bahagian titik berwarna, tiada nyalaan cahaya pada objek atau bahagian gelap. Ia secara tidak langsung ia membantu menjimatkan bateri dan menambah kejelasan kontra pada tayangan gambar & video terutama pada babak yg gelap.

AMOLED-skrin kecil ; (LCD -skrin besar
Lihat zon hitam pada skrin AMOLED yg lebih gelap berbanding skrin LCD yg kelihatan seperti nyalakan lampu di bahagian gelap.


AMOLED, Super AMOLED+, Super AMOLED HD
Penjenamaan AMOLED selaras dengan penambahbaikan yg telah dibangunkan. Pada awal penggunaan AMOLED ia mempunyai masalah bacaan skrin terlalu gelap di kawasan terang. Penyelidikan dan pembangunan telah berjaya mengatasi masalah ini dengan pengenalan Super AMOLED+ pada model Galaxy S2 dengan resolusi WVGA  (800x480). 

penambaikan AMOLED

Tidak lama kemudian Samsung memperkenalkan dengan model Galaxy Note dengan teknologi AMOLED berskrin HD 720p (1280x720) bagi menyaingi model HTC Sensation berskrin qHD atau Quarter HD  (960x540) dikeluarkan oleh HTC yg menggunakan skrin Super LCD.


Kesimpulan
Berdasarkan permintaan pasaran semasa, teknologi IPS dan AMOLED semakin menjadi pilihan kerana kualiti visual yg dipaparkan semakin baik dari konvensional LCD biasa. Dengan kontra yg lebih gelap sesuai menjadi alat hiburan bergerak dengan visual gambar dan video dan warna yg terang menarik pada mana2 sudut pandangan.

Pengarang berpendapat Samsung mahu melindungi pasarannya dengan mengutamakan penggunaan AMOLED pada produk Samsung sendiri. Buktinya, pada 2008-2009 pengeluaran AMOLED terpaksa dihadkan kerana permintaan yg mendadak dari pesaing termasuk dari Nokia dan Motorola. Ada kemungkinan juga Samsung mahu mengekang pengaruh HTC dengan kejayaan Nexus One, sehinggalah model HTC Desire yg menggunakan AMOLED ditukar kepada skrin SLCD biasa bagi memberi laluan produk Samsung Galaxy S. 


-Droid

Sumber
  • http://en.wikipedia.org/wiki/In_Plane_Switching
  • http://en.wikipedia.org/wiki/Active-matrix_OLED
  • http://en.wikipedia.org/wiki/OLED
  • http://en.wikipedia.org/wiki/Liquid_crystal_display
  • http://en.wikipedia.org/wiki/TFT_LCD
  • http://www.lcd-experts.net/
  • http://www.androidpit.com/super-amoled-vs-retina-display
  • http://gggadgets.com/2012/04/02/know-your-mobile-display-types/
  • http://www.oled-display.net/what-is-amoled/



0 ulasan:

Catat Ulasan