Memaparkan catatan dengan label slcd. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label slcd. Papar semua catatan

Isnin, 10 Disember 2012

Artikel - Teknologi skrin IPS LCD, OLED & AMOLED

"Skrin" merujuk kepada ruang paparan bagi menunjukkan antaramuka bergambar dan teks. Jika televisyen dirumah dahulu kalanya menggunaka tiub CRT (Cathod Ray Tube) pada masa sekarang kebanyakan pengeluaran skrin televisyen telah menggunakan panel LCD (Liquid Crystal Display). Manfaat kepada pengguna  pembangunan skrin LCD memberikan paparan warna & kontra yg lebih terang dan cantik disamping menjimatkan penggunaaan elektrik



Tidak semua telefon pintar & tablet yg dijual dipasaran mempunyai teknologi skrin yg sama. Teknologi skrin sentiasa ditambah nilai untuk mencapai kualiti paparan dan sasaran kearah penjimatan elektrik dan bateri. Teknologi LCD telah dibangunkan sejak jam tangan digital pada tahun 1970. 2 tahun kemudian barulah panel skrin dicipta dengan kemampuan memaparkan imej dan teks yg lebih jelas dari jam tangan digital.