Memaparkan catatan dengan label recovery. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label recovery. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Januari 2016

Reviu Aplikasi – GT Recovery (root) Bahagian 1 – Mencari imej gambar yang hilang

Reviu Aplikasi – GT Recovery (root).  Bahagian 1 – Mencari imej/ gambar yang hilang


*Matlamat reviu ini ialah untuk menunjukkan fungsi dan cara mendapat fail yang hilang atau terpadam akibat kecuaian.  Peluang untuk menyelamatkan data hilang hanya boleh berlaku jika sektor data lokasi fail belum diusik oleh data baru. Ini telah diterangkan dalam artikel yang perlu anda baca terlebih dahulu.

Tentu sekali anda terpadam rakaman gambar atau video yang mempunyai kenangan. Usah bimbang, dengan aplikasi GT Recovery anda boleh mencuba mendapatkan fail yang baru dipadam semula dari kad memori  bahkan juga boleh mengesan memori dalaman. Tetapi aplikasi ini hanya berfungsi untuk  peranti yang telah di tampal dengan pengubahsuaian ‘Root’. 

Bahagian 1 – Mencari imej/ gambar yang hilang
1.  Buat carian aplikasi GT Recovery di Gedung Android (Android Playstore). Ia mempunyai logo cicak hidup berwarna hijau dengan latar belakang biru teal. 




Khamis, 31 Januari 2013

Tutorial - Recovery Mode - Melakukan format secara paksa

Apakah itu Recovery Mode ?
Recovery Mode merupakan sistem 'pemulihan' yg berasingan dari struktur & sistem Android. Ia berada di bahagian ruang (partition) yg berlainan yg digunakan utk membuat proses kemaskini sistem (update ) firmware atau memadam maklumat pengguna secara format penuh  (factory reset).



Bila Android Recovery perlu digunakan ?
Sekiranya sistem firmware Android mempunyai masalah, recovery boleh digunakan untuk melakukan proses update secara 'paksa' sekiranya update melalui pc tidak boleh dilaksanakan. Proses ini perlu dibuat dengan teliti dan menggunakan fail sistem yg betul mengikut model & jenama