Khamis, 31 Januari 2013

Tutorial - Recovery Mode - Melakukan format secara paksa

Apakah itu Recovery Mode ?
Recovery Mode merupakan sistem 'pemulihan' yg berasingan dari struktur & sistem Android. Ia berada di bahagian ruang (partition) yg berlainan yg digunakan utk membuat proses kemaskini sistem (update ) firmware atau memadam maklumat pengguna secara format penuh  (factory reset).



Bila Android Recovery perlu digunakan ?
Sekiranya sistem firmware Android mempunyai masalah, recovery boleh digunakan untuk melakukan proses update secara 'paksa' sekiranya update melalui pc tidak boleh dilaksanakan. Proses ini perlu dibuat dengan teliti dan menggunakan fail sistem yg betul mengikut model & jenama 


Antara fungsi popular ialah melakukan  format selepas terlupa password atau pattern lockscreen dan tidak dapat memasuki sistem Android. Melakukan format melalui Recovery adalah jalan terakhir yg akan memadamkan kandungan sepenuhnya (dimana pada masa itu sistem Android anda telah pun dikunci)

Cara mengakses Recovery Mode. 
Ada 2 cara untuk memasuki bahagian Recovery
1-Kombinasi butang
2-Melalui command line Fastboot protocol (akan diterangkan pada topik lain)

Kombinasi butang memerlukan peranti dimatikan terlebih dahulu sepenuhnya. Kombinasi butang ini belainan mengikut jenama atau model yg digunakan. Berikut ialah contoh kombinasi butang untuk membuat akses ke Recovery.  Sekiranya langkah berikut tidak menjadi, rujuk kepada manual dari laman web pengeluar atau membuat carian Google "how to enter recovery xxxx"  (xxx= jenama yg dicari)

Sebagai contoh, pengarang menunjukkan cara memasuki ke ruang Recovery bagi model  HTC dan Samsung.

Kombinasi butang pada jenama HTC Desire
1-Matikan peranti 
2-Tekan & jangan lepaskan butang suara (-),  (volume (-) button)
3-Tekan bersama butang kuasa  (power button)
4-Tunggu selama 2 saat


volume down + power button 

Kelihatan skrin putih yg mempunyai banyak tulisan, kelihatan menu tulisan Fastboot, Recovery, Factory Reset, pengguna perlu memilih opsyen Recovery untuk kebahagian Recovery. Gunakan butang suara (volume +/-) untuk menukar ke menu lain, selepas memilih Recovery, tekan butang kuasa sebagai confirm.

video oleh TheOptimistJoe


Jika anda akan melihat "Android system recovery <3e>" pada tajuk , ini menunjukkan Android anda sedang berada pada antaramuka Recovery. Bagi yg menggunakan custom recovery

Antaramuka Recovery



Penjelasan menu Recovery
reboot system now 
= keluar dari Recovery dan restart seperti biasa

apply update from /cache atau /sd card 
= kemaskini dari fail imej yg dilsalin secara manual di ruang memori

wipe data / factory reset 
= format keseluruhan termasuk maklumat pengguna

wipe cache partition
=format pada ruang sistem tanpa memadam maklumat pengguna, dibuat jika berlaku System Error atau Force Close

Selepas proses yg dipilih selesai, kembali ke menu utama,  pilih menu reboot


Kombinasi butang pada jenama Samsung Galaxy S3
1-Matikan peranti 
2-Tekan & jangan lepaskan butang Home,  
3-Tekan bersama suara + (volume +) 
4-Tanpa melepaskan 2 butang tersebut, tekan bersama butang kuasa (power button)
5-Tunggu selama 2 saat

Volume+ +Home +Power 

Tidak seperti jenama HTC,  peranti Samsung boleh memasuki ruang Recovery secara terus.  Untuk kawalan menu gunakan butang suara (volume +/-) untuk menukar ke pilihan menu lain, tekan butang kuasa sebagai confirm.

video oleh androidadn

Selepas proses yg dipilih selesai, kembali ke menu utama,  pilih menu reboot


sumber

  • http://www.littlegreenrobot.co.uk/tutorials/get-to-know-android-recovery-mode/
  • http://android.stackexchange.com/questions/13440/what-is-the-difference-between-fastboot-and-hboot-mode
  • http://www.androidcentral.com/what-recovery-android-z
  • http://www.androidcentral.com/android-z-what-fastboot
  • http://einartysen.se/unlock-android-phone-after-too-many-pattern-attempts/

7 ulasan:

  1. salam..saya telah fastboot lenovo.selepas itu..apa yang perlu saya lakukn

    BalasPadam
    Balasan
    1. fastboot bukan mode recovery, cuba kombinasi butang lain

      walaubagaimanapun ada cara untuk masuk recovery melalui arahan fastboot, fastboot ialah platform command line atau arahan, untuk makluman lanjut sila rujuk
      http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=2131284

      Padam
  2. Saya hanya ada butang
    1.Recovery mode
    2.Fast mode dan
    3.Reboot mode sahaja..Yg mana satu saya pilih untuk format kerana saya lupa password.

    BalasPadam
  3. Bila pilih Recovery mode keluar logo android (nota tiada arahan)

    BalasPadam
  4. Saya terperangkap dalam recovery mode dan tidak boleh keluar .. cuba reboot dan power off tetapi tidak berkesan .. masih dalam recovery mode

    BalasPadam
  5. Hanya robot hijau terbalik dan tiada tulisan mode recovery

    BalasPadam
  6. Help me pliss 😭

    BalasPadam