Khamis, 31 Januari 2013

Aplikasi Percuma - SketchBook Express

Revolusi pada skrin sentuh membolehkan rinteraksi pengguna melukis pada skrin sentuh seperti di atas kertas lukisan. Tidak banyak program lakaran yg boleh ditemui pada Google Playstore, kebanyakan fungsinya masih agak terhad , kurang menarik & membosankan. Aplikasi melukis sangat berguna dan menjana minda khususnya peringkat kanak2 dan remaja, (untuk yg dah tua bangka pun boleh)





Masanya untuk mencuba Autodesk SketchBook Express, sebuah aplikasi lakaran dan melukis dengan sentuhan jari atau menggunakan stylus. Apa yang menarik aplikasi ini ialah percuma dan sangat mudah difahami oleh pengguna. Pen, pensil, pemadam, marker pen , airbrush spray pun ada.


Melukis dan komponen brush & color 

Pengguna pertama kali memerlukan sedikit masa bagi memahami fungsi penting, ia tidaklah susah untuk difahami, yg perlu ialah mencuba semua fungsi yg ada secara try & error, anda juga boleh melihat contoh video dibawah. 

lukisan ini dibuat sepenuhnya dengan SketchBook Express!

Bagi pengguna yg pernah menggunakan program grafik seperti Photoshop anda boleh memanfaatkan fungsi layers pada objek dan semasa melukis. Lapisan layer juga boleh dikawal sifat transparent-nya

Siapa sangka sentuhan yg agak cincai ni boleh menjadi 
lukisan yg  artistik & menarik 

Sketchbook Mobile Express pula ialah versi yg dimudahkan untuk pengguna telefon bimbit. Aplikasi ini juga percuma sepenuhnya dan boleh didapati di Google Playstore.

Autodesk tidak mengabaikan pelbagai fungsi yang ada

Jangan jadikan ruang skrin yg kecil sebagai halangan kerana ruang melukis (canvas) boleh di zoom/unzoom dengan arahan pinch to zoom. Walaupun aplikasi ini kelihatan nampak rumit, kelancarannya akan melekakan anda supaya terus melukis.

saya pun boleh melukis seperti ini


Demonstrasi SketchBook untuk Tablet Android


Demonstrasi SketchBook untuk telefon Android

Pengarang mencadangkan aktiviti ini sebagai rutin mingguan selain menghabiskan bateri dengan bermain Games. Melakukan secara dispilin boleh menajamkan minda dan daya konsentrasi IQ disamping menambahkan kemesraan keluarga dengan sokongan moral.

SketchBook Express for Tablet dan SketchBook Mobile Express boleh didapati secara percuma menerusi Google Playstore. Juga terdapat dalam versi berbayar yg diakhiri 'Pro'. Keperluan minima ialah Android 3.0 ke atas untuk versi tablet dan Android 2.2 ke atas untuk versi mobile

SketchBook Express 
for Tablets

SketchBook Mobile Express 

0 ulasan:

Catat Ulasan