Selasa, 22 Januari 2013

Info - Bolehkah mesej SMS yg hilang dikembalikan ?

Pernahkan anda memadam atau terpadam mesej (SMS) di telefon bimbit ? selepas mesej dipadam barulah teringat terdapat mesej penting dan gelisah mencari jalan untuk mendapatkan semula mesej yg dipadam.
Info ; Khidmat sistem pesanan ringkas atau SMS (Short Message Service) ialah sejenis medium penghantaran mesej secara bergerak melalui rangkaian telefon bimbit. Anda juga boleh menghantar mesej bersama gambar yg dikenali sebagai MMS (Multimedia Message Service). 
Setiap SMS yg dihantar dan diterima disimpan di dalam satu pengkalan data (database). Bayangkan mesej disimpan didalam bentuk format Microsoft Excel.



Dengan kandungan data yg sentiasa berubah mesej yg telah diubah atau dipadam tidak boleh dikembalikan kerana diisi dengan data yg baru. Inilah perbezaan antara penyimpanan fail gambar atau lagu  dimana setiap blok fail adalah berasingan dan tidak berkongsi blok yg sama.



Masih kurang jelas ?
Didalam sebuah kotak,  ada 6 fail

  1. 1x gambar  yg boleh dilihat dengan galeri
  2. 1x lagu yg boleh di dengar pemain lagu
  3. 1x dokumen excel
  4. 1x dokumen word
  5. 1x lampiran surat (excel) yg mengandungi longgokkan mesej pendek yg hanya boleh dirujuk dengan program khas (aplikasi mesej)


Fail dokumen, gambar dan lagu yg dipadam berpeluang untuk mendapatkan semula. Tetapi, walaupun   untuk mendapatkan satu (1) mesej dari database (pangkalan data) , peluang agak tipis kerana pengkalan data akan kerap berubah. Lagipun pengkalan ini disimpan pada ruang sistem yg dilindungi. Pangkalan ini  berubah2 apabila menghantar & menerima mesej. 

Pada sistem Android, pangkalan data sms disimpan pada lokasi ;

/data/data/com.android.providers.telephony/databases/mmssms.db

Pangkalan mesej tidak boleh dipadam secara manual seperti memadam fail gambar. Ia tidak boleh dibuka tanpa program yg khusus, dan hanya untuk akses aplikasi mesej seperti Go SMS. Alternatif lain jika database mahu boleh melalui komputer, ia perlu dihantar ke komputer dan dibuka dengan program SQL, tetapi cara ini bukan untuk pengguna terakhir.

Kesimpulan
Jadi bolehkah mesej SMS yg hilang dikembalikan ? boleh tetapi agak mustahil





Sumber

  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_pesanan_ringkas
  • http://androidcommunity.com/forums/f4/data-file-storage-location-for-sms-messages-23299/
  • http://android.stackexchange.com/questions/16915/where-on-the-file-system-are-sms-messages-stored



0 ulasan:

Catat Ulasan