Memaparkan catatan dengan label root. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label root. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Januari 2016

Reviu Aplikasi – GT Recovery (root) Bahagian 1 – Mencari imej gambar yang hilang

Reviu Aplikasi – GT Recovery (root).  Bahagian 1 – Mencari imej/ gambar yang hilang


*Matlamat reviu ini ialah untuk menunjukkan fungsi dan cara mendapat fail yang hilang atau terpadam akibat kecuaian.  Peluang untuk menyelamatkan data hilang hanya boleh berlaku jika sektor data lokasi fail belum diusik oleh data baru. Ini telah diterangkan dalam artikel yang perlu anda baca terlebih dahulu.

Tentu sekali anda terpadam rakaman gambar atau video yang mempunyai kenangan. Usah bimbang, dengan aplikasi GT Recovery anda boleh mencuba mendapatkan fail yang baru dipadam semula dari kad memori  bahkan juga boleh mengesan memori dalaman. Tetapi aplikasi ini hanya berfungsi untuk  peranti yang telah di tampal dengan pengubahsuaian ‘Root’. 

Bahagian 1 – Mencari imej/ gambar yang hilang
1.  Buat carian aplikasi GT Recovery di Gedung Android (Android Playstore). Ia mempunyai logo cicak hidup berwarna hijau dengan latar belakang biru teal. 




Khamis, 14 Januari 2016

Info - Fastboot dan arahan ADB



Artikel ini ialah susulan dari artikel berkenaan Bootloader Android

Fastboot ialah mod debug atau nyahpijat pada peranti Android bagi melaksanakan arahan servis tertentu. Pernahkan anda melakukn kemaskini Android menggunakan aplikasi desktop seperti HTC Sync ManagerSamsung Kies, Sony mobile Companion ? aplikasi seumpama ini berhubung dengan peranti menggunakan arahan tertentu yang dilaksana secara background (latar belakang).

Contohnya, jika semasa pengemaskinian Android dibuat, aplikasi pada pc menghantar fail (update) bersama arahan fastboot. Jika anda perasan peranti akan reboot dengan sendirinya kerana ia menerima arahan fastboot.
  • Apa yang berlaku ialah peranti menerima arahan Fastboot dari aplikasi desktop , ia membuat proses kemaskini firmware secara flashing secara automatik menerusi Fastboot
Selain arahan flashing bagi tujuan mengemaskini Firmware atau Rom. Ia juga platform bagi membuat kemaskini installasi Recovery atau Custom Recovery yang diubahsuai yang telah ditambah nilai fungsinya. Fastboot juga membenarkan menulis (write & erase) pengubahan fail sistem  ROM atau firmware. Dengan adanya recovery yang ditambah nilai maka tercapailah hajat untuk melakukan proses Root pada peranti kesayangan anda dengan cara yang selamat


Khamis, 20 September 2012

Tips - Apakah Kelebihan Root dan penjelasannya

Root dari segi penjelasan ringkas ialah
mengubahsuai sistem bagi mendapatkan akses sepenuhnya ke atas sistem (Android)
What Is Rooting?First, for the newbies, let me clarify what rooting is. Getting root or rooting your phone is the process of modifying the operating system that shipped with your device to grant you complete control over it. - Sarah Morrow - Android police

Apakah Android ini bukan sepenuhnya di kuasai saya ?
Cuba lihat senarai program pada Android anda, mesti ada Bloatware (program atau games yang tak perlu tak diinginkan) atau aplikasi yg menyemak dan mungkin melembabkan kelancaran Android. Sudahlah tak boleh dibuang , mengganggu membazir ruang memori (RAM) pulak sebagai running background service.

contoh aplikasi bloatware