Memaparkan catatan dengan label adb. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adb. Papar semua catatan

Khamis, 14 Januari 2016

Info - Fastboot dan arahan ADB



Artikel ini ialah susulan dari artikel berkenaan Bootloader Android

Fastboot ialah mod debug atau nyahpijat pada peranti Android bagi melaksanakan arahan servis tertentu. Pernahkan anda melakukn kemaskini Android menggunakan aplikasi desktop seperti HTC Sync ManagerSamsung Kies, Sony mobile Companion ? aplikasi seumpama ini berhubung dengan peranti menggunakan arahan tertentu yang dilaksana secara background (latar belakang).

Contohnya, jika semasa pengemaskinian Android dibuat, aplikasi pada pc menghantar fail (update) bersama arahan fastboot. Jika anda perasan peranti akan reboot dengan sendirinya kerana ia menerima arahan fastboot.
  • Apa yang berlaku ialah peranti menerima arahan Fastboot dari aplikasi desktop , ia membuat proses kemaskini firmware secara flashing secara automatik menerusi Fastboot
Selain arahan flashing bagi tujuan mengemaskini Firmware atau Rom. Ia juga platform bagi membuat kemaskini installasi Recovery atau Custom Recovery yang diubahsuai yang telah ditambah nilai fungsinya. Fastboot juga membenarkan menulis (write & erase) pengubahan fail sistem  ROM atau firmware. Dengan adanya recovery yang ditambah nilai maka tercapailah hajat untuk melakukan proses Root pada peranti kesayangan anda dengan cara yang selamat


Rabu, 20 Februari 2013

Tutorial - Android USB Debugging & ADB

Perhatian : Utiliti ini lebih dikhususkan kepada pembangun perisian dan pembaca yg mempunyai latar belakang teknologi sains maklumat. Walaubagaimanapun anda juga digalakkan membaca sebagai cara alternatif menyelesaikan masalah remeh temeh pada Android. Tipa jika anda mencari jalan nak reset semula pattern lockscreen, sila baca keseluruhan artikel



ADB atau Android Debug Bridge ialah satu bentuk komunikasi antara sistem pelayan (komputer windows/linux) dengan peranti Android. Melalui proses ADB membolehkan peranti menerima arahan secara Command Line (arahan bertulis) menerusi sambungan USB. Bagi pengguna Windows arahan boleh dihantar dengan mengguna utiliti Command Prompt yg sedia ada