Khamis, 14 Januari 2016

Info - Fastboot dan arahan ADB



Artikel ini ialah susulan dari artikel berkenaan Bootloader Android

Fastboot ialah mod debug atau nyahpijat pada peranti Android bagi melaksanakan arahan servis tertentu. Pernahkan anda melakukn kemaskini Android menggunakan aplikasi desktop seperti HTC Sync ManagerSamsung Kies, Sony mobile Companion ? aplikasi seumpama ini berhubung dengan peranti menggunakan arahan tertentu yang dilaksana secara background (latar belakang).

Contohnya, jika semasa pengemaskinian Android dibuat, aplikasi pada pc menghantar fail (update) bersama arahan fastboot. Jika anda perasan peranti akan reboot dengan sendirinya kerana ia menerima arahan fastboot.
  • Apa yang berlaku ialah peranti menerima arahan Fastboot dari aplikasi desktop , ia membuat proses kemaskini firmware secara flashing secara automatik menerusi Fastboot
Selain arahan flashing bagi tujuan mengemaskini Firmware atau Rom. Ia juga platform bagi membuat kemaskini installasi Recovery atau Custom Recovery yang diubahsuai yang telah ditambah nilai fungsinya. Fastboot juga membenarkan menulis (write & erase) pengubahan fail sistem  ROM atau firmware. Dengan adanya recovery yang ditambah nilai maka tercapailah hajat untuk melakukan proses Root pada peranti kesayangan anda dengan cara yang selamat




Bahagian A - membuat pemasangan aplikasi Driver atau aplikasi pemandu

i-Pada Dekstop /PC/ Windows/ , Muat turun (download) perisian Driver; ia berupa pemandu bagi menghubungkan perkakasan dengan sistem operasi (windows).

  • Driver berperanan sebagai aplikasi pemandu antara komponen perkakasan (Hardware) untuk berhubung dengan sistem operasi (Windows), 

Muatturun Google Android USB Driver



Hampir semua peranti Android menggunakan driver Android USB yang sama. Walaubagaimanapun jika masih gagal dikesan pada Windows anda boleh muat turun mengikut model atau jenama yang dikeluarkan.

Muat turun Android OEM USB driver

ii) Jika fail dimuat turun tidak boleh dilihat, gunakan winzip atau winrar untuk dihuraikan atau extract. Untuk langkah ini pengarang memilih Windows 7 sebagai medium tutorial. Pengguna Windows 7 boleh terus melihat kandungan data untuk dihuraikan (extracted)



iii) Simpan keluar fail mampat di lokasi mudah. Kesemua kandungan folder ini akan diperlukan semasa installasi driver kelak. Letakkan pada desktop untuk proses selanjutnya





2. Driver ini perlu dimasukkan secara manual. Hubungkan antara peranti Android dengan sambungan kabel USB pada dekstop Windows.

i) Buat sambungan USB antara peranti bersama Windows. Windows akan cuba mengesan kehadiran peranti baru. Walaubagaimanapun Windows tidak akan berjaya membuat sambungan driver sepenuhnya. Maka ia perlu dimasukkan secara manual



ii) Pada desktop Windows masuk ke tetapan Control Panel





iii) Pada menu Control Panel, pilih System & Security




vi) Pada Submenu System & Security, Pilih System



v) Pada bawah submenu Control Panel Home, pilih Devices Manager



vi) Perhatikan pada list komponen yang tersenarai, lihat pada baris Other Devices. Untuk model Android yg digunakan pada tutorial ini ialah dari model Xiaomi Redmi 1s, jika diperhatikan kod HM 1SW ialah kod pendek bagi Redmi1s. Jika model Samsung atau Sony pula, ia mungkin dicatat bersama jenama.



vii) Klik kanan keatas model android yg tersenarai.


ralat pada gambar
 klik mouse kanan pada atas nama model Android, bukan usb devices
klik Update Driver Software


viii) Pada kotak mesej Update driver Software, pilih Browse my computer for driver software

 x) Pilih Let me pick from a alist of drivers on my computer. 



xi) Pilih Show All devices




xii) Tekan Have Disk



xiii) Masih ingat lagi kedudukan driver yang dimuat turun tadi ? cepat halakan fail tadi dengan pilihan browse pada folder yang dihurai tadi. Masih ingat lagi kedudukan driver yang dimuat turun tadi ? halakan fail tadi dengan pilihan browse pada folder yang dihurai tadi. 
  • letak di desktop kalau anda mudah lupa.




xvi) Ada 3 jenis driver, pilih Android ADB Interface, tekan Next 



xv) Selepas pilihan dibuat, muncul kotak amaran sekiranya driver dimasukkan secara paksa. Jangan takut, teruskan Tekan Yes






xvi) Sekali lagi keluar kotak amaran,  driver ini merujuk daripada Google. Teruskan pilih Install



xvii) Proses installasi berlaku, tunggu sekejap. Apabila tamat mesej berikut menunjukkan sambungan driver (untuk kegunaan ADB) telah berjaya




Tekan Close, proses instalasi yang berjaya akan menunjukkan Android ADB interface pada senarai komponen di Device Manager.

nampak tak ?





Selesai satu masalah , 



Bahagian B - USB Debugging & Penyediaan aplikasi ADB

Pengaktifan nyahpijat USB  bagi fungsi Fastboot
Untuk menggunakan akses Fastbootperanti Android mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran sistem dengan membenarkan pilihan USB debugging pada tetapan Developer options. Tetapi menu ini  kerana ia disembunyikan bagi tujuan keselamatan. Untuk mengeluarkan menu ini, anda perlu memasuki ke Tetapan lanjutan , masuk ke mengenai telefon, tap beberapa kali sehingga keluar. Arahan selanjutnya dibawah.

Info
USB debugging =  Penyahpijatan USB
Developer options Pilihan Pemaju
ADB /Android Debug Bridge = Jejambat Penyahpijatan Android

1- Pada peranti Android, aktifkan terlebih dulu mod USB Debugging yang ada pada tetapan (settings)

i) Pilih Mengenai Telefon (About phone), lungsur kebahagian bawah, beri perhatian pada Nombor binaan (Build Number). 

  


ii) Anda perlu tekan (tap) beberapa kali pada teks ini hingga keluar mesej You are now 2steps away from enabling development setting. Mesej berubah You have enabled develoment setting! Ia menandakan opsyen tersembunyi ini telah diwujudkan pada menu utama tetapan.

  
perhatikan notifikasi di bawah sambil menekan 
berulang2 pada nombor binaan android anda


iii) Sukses! kmbali ke menu utama tetapan (setting) perhatikan ada penambahan menu baru , ia dikenali Pilihan Pemaju (Development Options).

jeng jeng jeng

iv) Butangnya yang paling atas sekali, pilih dan hidupkan kebenaran utama. Apabila ditekan popup amaran muncul bagi mengesahkan.Pilih OK. Selepas itu hidupkan selagi suis Penyahpijat USB (Android debugging) Pada butiran suis ia menunjukan Enabled Android Device Bridge. Inilah suis yg kita cari! .

  • *Suis kedua ini hanya boleh diaktifkan selepas suis utama pemaju dihidupkan kerana ia sub menu pilihan pemaju
  
tekan OK


v) Perhatikan pada gambar dibawah mungkin berlainan mengikut jenis Android.

...siap


Dengan ini peranti ini telahpun dihidupkan bersama fungsi mode pembangunan (development option).

ok ?



2- Seterusnya, pada Windows.  Muat turun Minimal ADB tools menerusi rangkain yang diberi, Oh pastikan anda mempunyai sambungan internet untuk mendapatkan fail berkenaan

3-Selesai muat turun, lakukan proses Setup pada Windows. Jika antivirus menyekat proses installasi, matikan sebentar bagi membolehkan proses installasi diteruskan.
  • Fail ini tidak mengubah sebarang sistem Windows sedia pada , kepilan fail ini telahpun dicuba oleh pengarang dan selamat digunakan pada Windows.
 
tekan Next dan teruskan


 
pengarang memilih untuk menamakan semula destinasi/ lokasi utiliti berada pada direktori C, namakan seperti diatas supaya mudah nak dicari nanti.



 
Isikan kotak Create a desktop shortcut , bagi kemudahan pintasan (shortcut icon)



Selesai




Sila bersabar ikuti langkah seterusnya


Bahagian C -Melaksanakan arahan fastboot menerusi aplikasi ADB.

Ada dua cara melancarkan program ADB. Cara pertama ialah dengan membuka kotak terminal yang dipanggil Command Line atau Command Prompt.

info
Dulu ia dikenali sebagai Microsoft Dos yang bertujuan sebagai pelancar aplikasi atau Sistem operasi windows. Setiap arahan pintasan dan ikon pada Windows mengandungi arahan tersembunyi. Disebabkan Bill Gates jemu dengan persekitaran Dos yang gelap, beliau membangunkan antaramuka Windows yang mempunyai pintasan aplikasi tanpa perlu menaip panjang setiap kali melakukan arahan.

1) Pastikan peranti android disambung menerusi kabel USB pada Windows.
2) Laksanakan aplikasi dengan mengklik ikon Minimal ADB & Fastboot pada desktop

3) Pada Windows Taip ADB device kemudian tekan Enter untuk mengenal pasti peranti yang sedang aktif menerusi platform ADB. Selepas tekan Enter peranti yang pertama kali membuat sambungan ADB akan menunjukkan mesej Amaran bagi pengesahan .

Kotak amaran sambungan ADB 
Tekan Ok 


Peranti yang berhubung akan disenaraikan pada bawah baris

List of devices attached.
d2f956b7  devices
atau
d2f956b7  unathorize (bagi pertama kali penggunaan ADB)




Ok tapi apa yang boleh saya buat dengan ADB ni ? Banyak fungsinya tetapi yang paling asas ialah melakukan proses boot semula ke peringkat bootloader Fastboot atau bootloader Recovery. Berikut adalah jadual contoh arahan yg boleh dugunakan pada persekitaran ADB & Fastboot










Ulasan lanjut berkenaan arahan ADB & Fastboot akan dibincangkan pada topik akan datang



Artikel ini diterjemah  dan dirumuskan semula oleh +Mie. Sila maklumkan jika ada kesilapan maklumat dan sebarang ajaran sesat di kongsikan.


Sumber artikel




0 ulasan:

Catat Ulasan