Isnin, 11 Januari 2016

Info - Android Bootloader - sususan berperingkat Android

Artikel ini menerangkan bagaimana sistem Android berfungsi secara berperingkat. Ini merangkumi struktur berupa gambaran susunan operasi Android selepas butang On dihidupkan.



Bootloader
Bootloader ialah arahan bagi melaksanakan fungsi menghidupkan sesuatu system operasi. Jika anda mempunyai komputer desktop Windows perasan tak semasa komputer dihidupkan ada tulisan kecil menyatakan teks “load Bios”  dimana skrin hitam berteks. Bios umpama sebagai pengawal pertama membuat integrasi dengan perkakasan komputer untuk dimulakan system operasi. Begitu juga dengan Android, ia mempunyai peringkat Bios semasa dhidupkan.



Proses Boot pada sistem Android mempunyai 3 jenis. Pertama mode normal apabila peranti Android dihidupkan seperti biasa sehingga menemui Homescreen. Dua lagi ialah boot ke dalam servis khas yang dikenali Recovery Mode dan Fastboot Mode. Pilihan boot ini tidak boleh diakses oleh pengguna biasa tetapi boleh diakses sekiranya anda tahu arahan dalam bentuk Command Prompt atau melalui kombinasi butang peranti semasa ia dimatikan. Kombinasi butang ini berubah mengikut peranti.

Fastboot
Tujuan boot ini ialah untuk melaksanakan arahan yang melibatkan Firmware (perisian) sistem operasi android. Disinilah proses kebenaran pengemaskinian system Android dan peningkatan perisian Recovery. Ia juga boleh memadam , melakukan Format dan mengemaskini Firmware yang dihantar menerusi aplikasi pihak ketiga Samsung Kies, Sony Mobile Companion.

contoh menu fastboot pada Moto G


Recovery
Hampir semua peranti Android mempunyai Recovery bagi memudahkan pengemaskinian aplikasi dilaksanakan. Antara fungsi asas yang berguna ialah melaksanakan perbersihan data Cache dan arahan Format. Ini berguna jika sistem Android bermasalah terpaksa dibersihkan sepenuhnya. Ini perlu dilaksana sekiranya pengguna gagal memasuki homescreen akibat error/ kerencatan atau terlupa katakunci.

Stock Recovery mempunyai fungsi asas yang terhad berbanding Clockworkmod Recovery dan Team Win Recovery. Kelebihan recovery yang diubahsuai ini membolehkan Firmware disimpan sebagai backup bagi tujuan pengembalian asal selepas pengubahan sistem Firmware dibuat.  Ini sangat berguna sekiranya berlaku kerencatan / kerosakan sistem yang mungkin gagal berfungsi.

contoh stock Recovery


contoh recovery yg ditambah nilai (CWM recovery)




USB Debugging 
Pilihan ini hanya boleh diaktifkan secara pilihan manual. Ini melibatkan keselamatan dan integriti sistem operasi. Melalui kebenaran ini akses dari sistem operasi pada desktop dapat menghantar dan menerima arahan serta maklumat peranti menerusi arahan Command Prompt . Arahan Command Prompt ini menggunakan teks sebagai arahan program tertentu. Istilah yang dikenali sebagai Android Debug Bridge (ADB) adalah platform Command prompt. Terdapat juga aplikasi pintas yang memberi arahan seperti Reboot to Fastboot  Mode , disebalik pintasan itu berlaku arahan fastboot melalui kebenaran USB Debugging.





Penutup
Sememangnya artikeldan istilah ini agak rumit untuk difahami, tetapi ini merupakan asas bagaimana peringkat sistem Android yang banyak membantu kelak. Perincian bahagian aka dipecahkan sedikit demi sedikit.


-Karangan Mie


0 ulasan:

Catat Ulasan