Khamis, 7 Januari 2016

Reviu Aplikasi (root) - GT Photo Recovery

Alamak, semua gambar dalam telefon pintar saya hilang ! inilah keluhan pertama dari komentar pelawat artikel terdahulu, pembaca hilang arah selepas kehilangan gambar memori yg sangat berharga. Tak mengapa, kita boleh mencuba mendapatkan semula, Jom lihat apa GT Photo Recovery boleh buat.

1. Muat turun aplikasi menerusi Playstore, logo /ikon mempunyai warna merah barangkali warna darah cicak yg dilanggar motor. euww... 


 Iink muat turun


2. Selesai muat turun, laksanakan operasi sebelum memulakan imbasan, tekan butang Start New Scan


tekan Start New Scan

3. Notikasi kebenaran Root muncul, oh lupa pulak nak bagi tahu, aplikasi ini hanya berfungsi pada peranti yang mempunyai akses Root je


kalau tak root sila duduk diam2 
  



 
HAHAHA =P


4,Tunggu sehingga habis aplikasi membuat imbasan, baharulah nampak kesemua cariannya. Anda boleh lihat previu carian dalam pandangan Timeline (Sejarah mengikut tarikh) atau Other (Lain-lain) Susunan carian timeline disusun mengikut tarikh foto jika ada.


previu gambar yg berpotensi selamat

5. Tekan gambar untuk memilah gambar yang diinginkan. Tekan butang merah Recover untuk dapatkan semula gambar yang berpotensi diselamatkan. Jangan tekan yang butang hijau kerana ia bertujuan untuk memadam fail yang berpotensi diselamatkan, Ini bertujuan memastikan gambar sulit dipadam sepenuhnya

Sejurus Recover dipilih, butang kotak kecil menunjukkan lokasi simpanan gambar. Anda juga boleh memilih simpanan folder sendiri. Berdasarkan tetapan asal , lokasi gambar yang akan disimpan berada di memori dalam telefon.


Recover = Dapatkan fail potensi
Erase = Padam sepenuhnya

6. Aplikasi memaklumkan bilangan gambar yang berjaya diselamatkan. Tekan View the Result untuk melihat senarai gambar yang berjaya. Jika I knew it dipilih, pengguna boleh memeriksa hasil gambar kemudian dengan menjalan aplikasi pelayar Fail (File Explorer) atau Foto (Galeri)


Berdebar-debar jantung ku..


7. Selepas menekan View the result , senarai gambar yang berjaya akan dipaparkan pada lokasi ini


Berjaya! senarainya ada disini


8. Gunakan pelayar Galeri foto /fail seperti ES File Explorer bagi yang memilih untuk semakan kemudian.


cariannya macam My Computer pada Windows


Hai , bang nak no phone ke ?

Pandangan 
GT Photo Recovery adalah pecahan dari aplikasi pelbagai dalam satu iaitu GT Recovery yang mempunyai macam-macam lagi fungsi lanjut. Malangnya tetapan dan konfigurasi tiada pilihan imbasan manual bagi mengesan gambar pada direktori atau memori tertentu. Dengan kotak hasil carian tidak tersusun pengarang sendiri tidak pasti punca dan lokasi carian samada dari memori dalaman atau kad memori/ memori luaran. Kelemahan utama aplikasi ini juga memerlukan akses Root yang boleh mengubah sistem dalaman.



-Mie


0 ulasan:

Catat Ulasan