Memaparkan catatan dengan label carian gambar hilang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label carian gambar hilang. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Januari 2016

Reviu Aplikasi – GT Recovery (root) Bahagian 1 – Mencari imej gambar yang hilang

Reviu Aplikasi – GT Recovery (root).  Bahagian 1 – Mencari imej/ gambar yang hilang


*Matlamat reviu ini ialah untuk menunjukkan fungsi dan cara mendapat fail yang hilang atau terpadam akibat kecuaian.  Peluang untuk menyelamatkan data hilang hanya boleh berlaku jika sektor data lokasi fail belum diusik oleh data baru. Ini telah diterangkan dalam artikel yang perlu anda baca terlebih dahulu.

Tentu sekali anda terpadam rakaman gambar atau video yang mempunyai kenangan. Usah bimbang, dengan aplikasi GT Recovery anda boleh mencuba mendapatkan fail yang baru dipadam semula dari kad memori  bahkan juga boleh mengesan memori dalaman. Tetapi aplikasi ini hanya berfungsi untuk  peranti yang telah di tampal dengan pengubahsuaian ‘Root’. 

Bahagian 1 – Mencari imej/ gambar yang hilang
1.  Buat carian aplikasi GT Recovery di Gedung Android (Android Playstore). Ia mempunyai logo cicak hidup berwarna hijau dengan latar belakang biru teal. 




Khamis, 7 Januari 2016

Reviu Aplikasi (root) - GT Photo Recovery

Alamak, semua gambar dalam telefon pintar saya hilang ! inilah keluhan pertama dari komentar pelawat artikel terdahulu, pembaca hilang arah selepas kehilangan gambar memori yg sangat berharga. Tak mengapa, kita boleh mencuba mendapatkan semula, Jom lihat apa GT Photo Recovery boleh buat.

1. Muat turun aplikasi menerusi Playstore, logo /ikon mempunyai warna merah barangkali warna darah cicak yg dilanggar motor. euww... 


 Iink muat turun

Selasa, 5 Januari 2016

Reviu Aplikasi - Restore Images (Super Easy)

Restore Images (Super Easy)
Selamat tahun baru, lama betul dah tak mengarang, Kita ada aplikasi yang menarik dari Playstore yang dikenali sebagai Restore Easy (Super Easy). Apakah fungsinya ? Ia boleh mebuat imbasan bagi mendapatkan gambar foto yang hilang atau terpadam. Jom semak semak mana kemampuan aplikasi ini.


1.Selepas melancarkan aplikasi, kelihatan popup "How To Use" , sebuah manual ringkas untuk pengguna, didalamnya ada arahan dan langkah mudah

Aturan penggunaannya ialah (berdasarkan tafsiran)
  1. Pilih folder
  2. Pilih gambar 
  3. Tekan Start untuk memulakan (kemaskini baru menunjukkan Start mungkin diganti dengan butang Restore)


Kalau tak faham juga, balik masuk darjah satu :-)