mengubahsuai sistem bagi mendapatkan akses sepenuhnya ke atas sistem (Android)
What Is Rooting?First, for the newbies, let me clarify what rooting is. Getting root or rooting your phone is the process of modifying the operating system that shipped with your device to grant you complete control over it. - Sarah Morrow - Android police
Apakah Android ini bukan sepenuhnya di kuasai saya ?
Cuba lihat senarai program pada Android anda, mesti ada Bloatware (program atau games yang tak perlu tak diinginkan) atau aplikasi yg menyemak dan mungkin melembabkan kelancaran Android. Sudahlah tak boleh dibuang , mengganggu membazir ruang memori (RAM) pulak sebagai running background service.
Ini bermakna anda sebenarnya tidak "menguasai" Android sepenuhnya kerana terpaksa menyimpan aplikasi yg tak berguna ni. secara tak langsung Android anda "dijajah" pula dengan bloatware secara paksa.
Pilihan disable hanya ada pada Android 4 ke atas
Bagi pengguna Android 4 bloatware ini boleh dimatikan atau disable. Malang bagi pengguna Android 2.3, tiada cara utk membuang (uninstall) atau mematikan (disable)
Kelebihan Akses Root
1- Membuang bloatware, aplikasi secara paksa
Melalui kebenaran akses root , program khas seperti Titanium Backup dan Root File Explorer membolehkan aplikasi dimatikan (freeze) atau dibuang (uninstall) secara paksa.
Root File Explorer sedang mengakses kandungan fail sistem.
2- Mengubahsuai rom/ firmware atau menukar custom rom
Setengah pengguna sukakan Android yg lebih asli tanpa kehadiran aplikasi tambahan seperti HTC Sense atau Samsung TouchWiz. Android yang asli (pure Android) sangat ringkas, ringan dan laju berbanding yg datang dengan stok peranti keluaran HTC dan Samsung. Prestasi dan kelajuan meningkat drastik seperti pengalaman menggunakan Google Nexus
Android telah mencapai tahap root membenarkan rom flashing dari jenis Cyanogen Mod rom atau AOKP rom.
Nampak ringkas tetapi sangat ringan pantas
Ada banyak lagi rom yang ada bergantung dengan jenama, rom yang paling terbanyak & pelbagai sekali ialah dari model HTC.
Ada pula yg rom dengan pelbagai fungsi dan widget tambahan, contohnya rom yang datang dengan tema penuh yg menarik seperti MIUI rom yang tak perlukan kombinasi tema dari Go Launcher.
Contoh MIUI rom, mengandungi tema penuh
Nota Penting
-Istilah root adalah terma "administration" bagi sistem Linux (Android ialah sebahagian dari Linux)
-Untuk mencapai akses root tidak bermakna perlu flash kepada rom lain. Root boleh diumpamakan akses Administration seperti dalam windows.
-Matlamat menggunakan custom rom ialah untuk mempertingkatkan kelancarang dengan sistem yang bersih tanpa aplikasi yang tidak perlu, menampal lubang pepijat (bugs) dan kepuasan.
Artikel ini akan dikemaskini dari masa ke semasa,
macam mana nk root bro? sy guna htc one x
BalasPadamsaya belum boleh kupas cara nak root memandangkan saya takde peranti untuk dicuba, jika ada peluang nanti saya karangkan link & cara root
PadamSALAM
BalasPadamSAYA TRY INSTALL APP UNDELETE, TAPI MASA NAK OPEN TERTULIS 'SORRY, BUT YOUR DEVICE ISN'T ROOTED...PE MKSUD NYER 2? HP SAYA NIE TIRUAN KER?
root tidak kene mengena dengan ketulenan Android, root ni macam proses unlock software untuk capaian tahap superadmin
Padamlg satu, tiap kali bl saya dh selesai install sesuatu app, akan tertera ' no more room on this home screen'..@ pn 'we don't install adds on home screen'..pe mksudnyer 2 yer? pening lah...coz kat hp saya nie cuma ad font size, tp font styles xder..mmg tiruan ker hp sy nie?adoii
BalasPadamdisable auto add apps/widget dalam setting Playstore, kalau homescreen dah penuh dengan widget & ikon mestilah takde ruang nak diletak pada homescreen kan ?
Padamk, saya try buat..tp hp sy nie xder font styles..yg ada cuma font sie jer...pastu saya ad check gak kt body made from korea, tp bl check kt 'about devices' ada tulis CST..mana 1 yg btl nie ekk? made in korea @ china?...
BalasPadamtelefon HTC saya takde font styles, telefon model apa ?
BalasPadamberkenaan KST & CST lihat komen ni
http://android-dan-saya.blogspot.com/2012/11/analisis-mengenalpasti-samsung-galaxy.html?showComment=1360904830732#c1941943201206584559
hp saya jenis samsung note 2...sy ad bc kt blog encik yg lepas mengenai Spen..Spen sya yg cam mata bulat yg lmbut tu..saya ad try guna Spen yg original tp xbleh..coz xder sensor lngsung..saya bli pn lepas dari kastam tu...saya check kat 'about Device'sumer ok..cuma yg plik xder font styles, yg ada cuma font size jer..ad ke software yang kita boleh donload untuk mmbuat tetapan font style tu
BalasPadamade software di market font changer untuk tukar ke font lain tetapi perlu ada akses root
PadamSy gune HTC wildfire, sy dah root hp sy, skang gune cyanogenmode 7 dan upgrade android sy ke 2.3.3 yg asal 2.1 its nice bro..sgt ringan..kalau nak root kene backup dulu..step nak root ni kalau x ikut step by step mmg putih mata lah..
BalasPadamRoot juga membolehkan recovery diubahsuai untuk membenarkan arahan Nandroid backup & restore,
Padamcmane nk root htc wildfire s bos?tunjuk step skit
Padamlink ada disini, tapi rumit kerana perlu unlock Security-Off atau S-Off,
Padamhttp://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1195275
hanya buat bila benar faham
kalau untuk splus camna na buat tuan
BalasPadammaaf tuan saya belum bersedia nak beri tutorial root model memandangkan saya tidak mempunyai unit untuk dicuba
Padambagus artikel ni tuan, penuh dengaan informasi, saya dah root galaxy mini saya, memang puas hati sebab boleh pindah app ke sd secara penuh.
BalasPadamhttp://technewsupdates.net/
salam bro..cara nak root s4 mcmne yecara ringkas n mudah difahami...
BalasPadamhanya buat jika boleh faham, tengok video ni
Padamhttps://www.youtube.com/watch?v=xaILpiFgBjM
jangan sekali2, atau 2x buat melainkan benar faham,
salam,, bro,, ak nk root samsung s3 mini,, anyone, know how to root this phone, ??? otai2 sila bantu newbie,,, ak da blur nk root hp nie,, huhuhu siap2 yg taw,
BalasPadamtakde S3 mini maka ....
Padamtak tau ... hehehe
Kingo Android ROOT .. carian dalam Google software Root ini
Padamkadang2 , root secara 'On The Fly' boleh menyebabkan tersangkut pada logo, harap berhati2
PadamLebih baik root with handphone😊
Padamapa beza factory reset dengan root.. mohon pencerahan
BalasPadamfactory reset atau master reset ni format penuh, root pula akses admin tahap dewa
Padamtakde ke sape2 yang buat root servis? nak buat sendri takut la pulak
BalasPadamada, saya buat servis pemulihan data, flash dan root,
PadamKalau macam pembelian dalam apps , gagal , macam saya nak beli coins dalam apps , tapi keluar validation failed with error , maknanya gagal , yang saya nak tau , benda ni ada kena mengena dengan root tak
BalasPadamKalau macam pembelian dalam apps , gagal , macam saya nak beli coins dalam apps , tapi keluar validation failed with error , maknanya gagal , yang saya nak tau , benda ni ada kena mengena dengan root tak
BalasPadam