Jumaat, 30 Disember 2011

Aplikasi - ES File Explorer

ES File Explorer ialah pengurus fail yang disimpan diruang kad memori. Seperti Windows Explorer atau My Computer didalam perisian Windows XP, pengurusan fail kini lebih mudah tanpa memerlukan bantuan komputer yang memerlukan sambungan USB /Mass Storage. 





Aplikasi ini juga boleh melihat fail gambar tanpa perlu membuka program Android Gallery. Fail gambar berformat JPG/ JPEG boleh dilihat secara pandangan thumbnail melalui pandangan lanjut atau Details



Fungsi lain ialah memaparkan aplikasi apk dengan ikon yang relevan, ini memudahkan pengecaman installer / APK dan program yang biasa digunakan. 



Sebagai pengurus fail arahan, pengguna boleh mengakses fail di kad memori bagi tujuan menyalin,  memindah, memadam dan menyusun kandungan fail supaya lebih teratur. Fungsi Extract to ialah untuk melaihat atau menguraikan kandungan fail mampat .zip.




Kelebihan aplikasi ini  ia berbolehan melayari fail dirangkaian LAN (Local Area Network). Berikut ialah pandangan explorasi fail


Keterangan
Local- Akses kandungan SD card/ kad memori Android
LAN - Akses filesharing di rangkaian tempatan LAN /ethernet,
FTP - pelayaran protokol FTP (File Transfer Protocol)
Net - Pintasan mudah ke folder maya/online atau cloud storage




ES File Explorer juga mempunyai sambungan utiliti lain. Perhatikan ikon berbentuk gear (kedua dari kanan)






Jika ia dipilih, utiliti App Manager akan dipaparkan. Aplikasi ini menyenaraikan program yang disimpan (installed). Fungsinya sama seperti tetapan Manage Application yang bertujuan untuk melihat program secara lanjut samada (atau untuk membuang aplikasi)





Untuk mengubah utiliti pintasan, TAP & HOLD pada ikon AppMgr. Terdapat 5 pintasan utliti yang boleh diubah. Antaranya App Manager, Security Manager, Boomark Manager, SD Card Analyst dan Managers 


Keterangan 
App Manager - melihat fail yang di simpan, memadam cache aplikasi & membuang aplikasi dari Android
Security Manager - Pintasan ke aplikasi ES Security Manager (aplikasi berasingan)
Bookmark Manager - Pengurus bookmark browser
SD Card Analyst - Melihat saiz kandungan folder 
Manager - Popup Pintasan 

SD Card Analyst ialah utiliti bagi menilai saiz kandungan folder yang digunakan pada ruang kad memori. Ini memudahkan pengguna bagi mengenal pasti fail & folder besar, secara tak langsung memberi maklumat baki memori yang masih boleh digunakan. Adalah dinasihatkat fail yang jarang digunakan bolehlah dipindahkan ke ruang lain (komputer/ external drive). 


contoh pandangan SD Card Analysis


Aplikasi security Manager akan dijelaskan pada topik seterusnya.

ES File Explorer ialah aplikasi percuma dan boleh didapati didalam Android Market


0 ulasan:

Catat Ulasan