Ahad, 12 Mei 2013

Artikel - Tablet murah dari China

Pengenalan
Pernahkan anda menggunakan atau mendengar jenama seperti Ramos, Onda & Ainol ?. Jenama ini salah satu dari model popular yg banyak dijual dipasaran sebagai pilihan tablet alternatif tablet murah dan mampu dimiliki



Sedikit imbasan   
Android ialah sistem operasi sumber terbuka dan percuma, oleh itu pengeluar dari China berlumba mengeluarkan tablet murah sebagai alternatif pembeli dari janama yg agak mahal. Sebelum kemunculan Android versi 4 (Ice Cream Sandwhich) pengeluaran tablet dari negara China meningkat secara drastik. Pada masa itu kualiti binaan kurang bermutu, skrin silau dan berprestasi agak lembab. 





Sehinggalah muncul sebuah pengeluar pemain media MP5 popular "Ainol" telah mengumumkan tablet mampu milik pada harga USD99 yg mendapat perhatian dari laman gajet semasa engadget.com. Lantaran dari itu Ainol telah berjaya memasarkan unit yg banyak keseluruh dunia dan membawa imej sebagai pengeluar tablet murah dari China. Ini memberi sedikit kesan kepada syarikat besar seperti Asus & Samsung yg mengeluarkan tablet berjenama yg berharga 3-5 kali ganda dari harga tablet murah China

Antara jenama tablet murah paling berjaya
Ainol Aurora

Penjenamaan
Ainol yg dahulunya syarikat ini mempunyai pengalaman mengeluarkan pemain media MP3, MP4 dan MP5 yg agak murah dengan kualiti yg setimpal pada harga. Dengan kelebihan sistem operasi Android yg percuma, Ainol telah memilih Android yg diikuti oleh pengeluar yg lain seperti Ramos, Onda & Teclast. Masing mengeluarkan produk pemain media berasaskan enjin Android dengan menambah fungsi skrin sentuh bagi memudahkan interaksi program.

Pemain MP4 Ainol 


Pen'ciplakan terbuka dengan nama 'OEM'
Kelonggaran hakcipta & paten di China membolehkan kilang2 lain mengeluarkan produk seumpama sebagai OEM dan menggunakan jenama pula. Contoh jenama OEM ialah seperti Apad, Momo dan Haipad. Syarikat ini menggunakan acuan yg lebih kurang sama dengan sedikit pengubahan supaya menjadi imej yg lain sedikit. Apad atau iPed antara produk yg mula menggunakan rekabentuk jenama popular iPad tetapi menggunakan sistem Android 1.6 dan 2.0

Dengan acuan badan yg lebih kurang sama Apad ini pula ditiru oleh sesama pengeluar di Shenzen sebagai  gelaran "China iPod City". Shenzen ialah pusat pengeluaran produk tiruan yang terbesar  di dunia dengan pengeluaran secara besaran serta penggajian pekerja yg ramai & murah. Tidak menghairankan jika produk tiruan dan palsu juga didorongi dengan sindiket perhambaan dan penggunaan tenaga buruh dari kanak2. Ini akan dibincangkan kelak.

Pengeluar dari China juga begitu obses dengan tablet iPad keluaran apple tetapi dengan binaan & sistem yg kompleks mereka hanya boleh memuat  sistem Android

katakan Hai kepada Pad - Hai Pad


Sekarang sudah ada bermacam nama digunakan pada tablet China yg memberi saingan sengit antara pengeluar sendiri. Ini memberi kelebihan pengguna untuk memilih dan menjadikan harga saingan semakin murah. Jika dahulunya tablet China dengan Android versi 2.3 Gingerbread mula dijual pada harga RM800, sekarang sudah ada tablet Android versi 4 ICe Cream Sandwhich yg dijual serendah RM200. Ini berlaku disebabkan kos dapat dikecil dengan pengeluaran secara besaran.

Kuasa pengiklanan
Bermacam jenis rupa dan spesifikasi yg diiklankan antaranya mempunyai skrin LCD yg terang seperti "IPS screen" atau menggunakan "Samsung Memory" , kerana dari modul memori dalaman menggunakan memori chip Samsung ia dihebahkan sebagai pelaris jualan walhal jenama pada tablet itu langsung tiada pula dikilangkan sepenuhnya oleh Samsung.

 pengeluar tablet menggunakan modul memori 
Samsung sebagai ruang simpanan sistem OS


Responded pengeluar keatas tablet murah
Lambakan tablet dari negara China memberi sedikit tekanan kepada pengeluar popular seperti Samsung & Asus untuk mengeluarkan model terbaru dengan harga yg murah. Samsung telah mengeluarkan Galaxy Tab 2 dengan pengenalan harga yg lebih murah dari model  terdahulu. Penurunan ini membabitkan kos pengeluaran dimana memberi kesan penurunan prestasi  Tab 2 yg lebih rendah kelajuannya dari model lama seperti Tab 7Plus.

Terdahulu pengarang telahpun membuat perbandingan perbezaan Galaxy Tab 2 7" dengan Galaxy Tab 7Plus
Seterusnya konsep tablet murah telah mendorong Google memilih Asus untuk mengeluarkan Tab 7" berprestasi tinggi dengan harga yg jauh lebih murah dari Samsung Galaxy Tab 2 7". Ini juga akan disusuli dengan Galaxy Tab 3 yg dikhabarkan  mempunyai spesifikasi rendah. Strategi ini tidak lain tidak bukan demu  menambah pilihan pengguna sebagai tablet yg mampu dimiliki.

Galaxy Tab 2 7" dijual dengan harga yg 
lebih murah dari model terdahulu


Adakah tablet China berkualiti?
Ada tablet buatan China memang yg murah dan berkualiti, ada juga yang dibuat secara cincai buncai dengan papan elektronik PCB yg berselirat dengan wayar. Tetapi harus dingat dengan apa yg kita telah bayar. Dan tidak semua kualiti buatan China amat teruk sekali buatanya. Terdapat juga peranti berjenama seperti Samsung dan Apple  mempunyai kilang di China tetapi dengan persekitaran yg terjaga rapi dengan pemantauan kualiti dengan taraf ISO seperti dikilang negara lain.

Apa yang penting?
Pilih jenama yg mudah dikenali dan mempunyai sokongan perisian di Internet. Balik rumah dan buat semakan jenama yg mahu dipilih. Pastikan jenama itu wujud dan mempunyai sokongan perisian terkini (software updates) atau laman web yg mempunyai rujukan manual cara melakukan format kerana ini ialah sangat penting. Kan susah kalau tablet tu bila dah tersangkut, termenung atau lupa lockscreen pattern ia perlu diformat tetapi tidak tahu jalannya kerana ketiadaan manual di laman web pengeluar.

Beli tablet yg mempunyai rekod profil yg tinggi ialah Ainol, Ramos, Onda, Teclast. Ini kerana pengeluar ini mempunyai latar belakang yg memberi khidmat rujukan kepada pengguna. Jadi pengguna boleh melakukan proses format sendiri dengan merujuk manuak ke laman web pengeluar atau forum tablet kerana jenama popular mempunyai peluang sokongan yg lebih baik dari jenama OEM. Jadi empunya tablet tidak perluk hantar semula ke kedai yg dibeli semata2 untuk melakukan proses format

Tindakan sebelum membeli
Sebelum membeli tablet murah dari China adalah sangat penting untuk menyemak dahulu kewujudan jenama bagi menilai rekod dan kualiti jenama. Memang beraneka rupa dan jenama, tetapi masing mempunyai struktur komponen yg lebih kurang sama, jadi bila ditanya kepada penjual tentulah mereka menjawab "sama sahaja". Para penjual ni mungkin malas untuk mengambil tahu kerana sikap mereka ialah hanya tahu menjual dan mahu mengambil untung.



Buat rondaan ke gerai lain
Pergi ke beberapa gerai jualan dan catatkan jenama tablet yg mahu dibeli. Jangan terus beli, buat perbandingan harga dgn jenama yg sama diantara beberapa kedai yg lain. Ambil masa untuk membelek sendiri tablet untuk mengetahui prestasi dan responsif. Kelancaran sistem Android adalah paling penting, kelajuan ini bergantung dengan komponen perkakasan yg digunakan.

Alami sendiri sistem Android
Buka dan tutup beberapa program termasuk aplikasi permainan jika ada, jika terdapat penangguhan aktiviti (lag) dan kerap tersangkut (hang) chip CPU yg digunakan mungkin dari model yg perlahan kelajuannya. Android masih boleh digunakan dengan model CPU yg perlahan cuma,.. kepuasan melungsuri Internet mungkin agak kurang memuaskan. Ada pula penjual yg suka membuat demonstrasi dengan cepat dan terlalu laju, jadi lebih baik pegang, guna dan alami sendiri

Pandang betul-betul pada skrin
Lihat paparan skrin dari semua sudut, pegang dan sengetkan sedikit untuk menilai sejauh mana kualiti visual skrin yg digunakan. Benarkan putaran skrin (enabled rotation) untuk memastikan sensor gyroscope berfungsi dengan baik. Perhatikan warna dan teks dan cahaya supaya sekata dan tiada masalah kebocoran cahaya melampau (lights leak) atau piksel mati (dead pixel). Masih terdapat tablet dari stok lama menggunakan teknologi skrin resistive yg datang dengan pen stylus bermata keras dan tajam. Hanya pilih tablet yg mempunyai respon yg baik pada sentuhan jari anda.

analisa pandangan skrin dari semua sudut

Semak kualiti binaan fizikal peranti
Perhatikan kualiti binaan pada fizikal unit demo yg banyak dipegang dan disentuh oleh pelawat. Tablet berkualiti rendah mempunyai struktur longgar dan berbunyi  plastik "creaking" , ini dikenalpasti dengan membuat sedikit tekanan pada ruang tepi skrin dan dibahagian belakang. Sekiranya terlalu banyak sangat bunyi plastik longgar, lihat model alternatif yg lain yg kurang berbunyi .

Jangan diam dan tanya soalan
Ajukan soalan kepada penjual, umpama seorang pengguna baru Android. Melalui ajuan soalan kita boleh mengetahui keikhlasan & kadar pengetahuan penjual tersebut. Tanya bagaimana mendapatkan aplikasi & permainan adakah ia berbayar atau percuma. Tanyakan soalan ada tak sekali permainan "Angry Bird". Jika mengenakan upah yg mahal sehingga RM10, lebih baik singgah ke kafe wifi dan muat turun permainan sendiri.



Ada penjual yg jujur mengambil upah muat turun dengan harga yg munasabah, ada pula yg menjualkan mengikut tajuk permainan harga yg mahal walaupun ada yg percuma. Dari sini kita boleh tahu sikap & kejujuran mereka. Lebih baik bawa kawan atau teman yg mempunyai selok belok sistem Android sekali

Ambil masa rehat sebentar sambil membuat keputusan
Selepas membuat rondaan harga ambil masa untuk minum dulu kerana ini mempengaruhi tindakbalas emosi pembeli. Jangan beli semasa stress, lapar atau terlalu kenyang, walaupun tablet murah sekalipun ia tetap pelaburan panjang.  Ambil masa berehat sekejap sebelum membeli. Kan lebih elok jika berehat di  kafe internet rehat sekejap sambil hirup kopi, boleh juga semak jenama dan model yg diidam menerusi Google supaya boleh mengenal secara. Sebagai pembeli adalah perlu untuk belajar mengenali spesifikasi unit kerana ini boleh membantu di masa 'kesusahan' nanti. Jangan dah berlaku masalah barulah nak belajar mengenal yg  mungkin agak terlambat.


Bagi yg tiada masa untuk buat perkara remeh temeh macam ni , telefon dulu kawan2 yg ada pengalaman tentang tablet /Android. Jika teman mempunyai akses Internet dirumah atau di pejabat, cuba minta bantuan untuk dibuat semakan model di Internet. Jika rungsing sangat balik saja kerumah dan beli pada hari yg lain =P 

sekian

Rumusan 
1.Pergilah meronda dahulu catat jenama & model , harga
2.Lepak minum di kafe cyber, semak kewujudan jenama
3.Baca pendapat pengguna/ lihat reviu jika ada
5.Fikir dan beli


sumber bacaan

sumber gambar 

47 ulasan:

  1. saya berharap pembaca bertanyakan soalan yg relevan dengan topik ok ,

    BalasPadam
  2. Salam? Saya nak tanya bagaimana nak format android tablet yg tak boleh nak on? bila on dia akan papar '' android '' sampai le habis bateri

    BalasPadam
    Balasan
    1. lain model lain cara .... model apa ?

      Padam
    2. Model sunpad, penjual tu kata dari taiwan, baru-baru ni saya ada terdelete fail sistem lepas tu tak boleh nak buka

      Padam
    3. sunpad ni ada tak laman web sendiri, cuba cari laman web model yg mungkin ada cara nak format

      Padam
    4. melalui laman web produk boleh cari maklumat ni

      Padam
    5. Ok, terima kasih

      Padam
    6. model sunpad tu menggunakan cpu apa ?

      Padam
    7. Salam?saya dah tengok dlm laman webnya tak ada pun cara nak format

      Padam
    8. <_< , nampak benar pengeluar tu abaikan keperluan macam ni, jika takde manual,
      1 sekali kenal pasti chipset yg diguna, contohnya MTK xxxx,
      2 buat carian google model yg gunakan chipset MTK xxx,
      3 buat carian "hard reset for MTK xxxx"

      model yg lebih kurang sama boleh diformat dengan cara format yg sama,

      Padam
    9. Macam mana nak tengok chipset dia ye?

      Padam
    10. nah, sebab itu kita kena selidik sebelum membeli, gini awak cuba teknik kat bawah ni

      http://www.soaljawabandroid.my/2012/12/tutorial-how-to-hard-reset-allwinner.html

      laman web ni memang bagus

      Padam
    11. Ok terima kasih

      Padam
    12. kalau menjadi, sila respon ya

      Padam
    13. saya pn same....xbole on.. nk format xreti...anta kedai sumer xnk repair... sian kt ank nk men game...

      Padam
  3. salam...saya nk tanya...adakah jenama aigo berkualiti?? jika di bandingkan dgn jenama ainol n lain2?? jenama yg mna lebih berkualiti antara aigo,haipad, ainol dan macsonic??

    BalasPadam
    Balasan
    1. produk yg bagus ada maklumat produk pada laman web, dan ada khidmat sokongan perisian atau updates, baca reviu atau komen pembeli


      Ainol > Aigo , baki jenama tu jarang didengar,

      Padam
  4. kalau Nova Nautica 3.. ok tak?? ada sape2 kt sini yg pernah pkai??

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dah tablet china binaan dan prestasinya agak sama, dapatkan jenama china yg ada sokongan laman web, jangan beli jenama cariannya tiada diinternet

      Padam
  5. boleh saya tanya, macamana nak upgrade netpad LYF7HD 4.0 kepada 4.1. cari kat google xde plak website dia. saya beli kat lelong.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf, tiada satupun maklumat carian google bagi model berikut,

      Padam
  6. Kereta terbaru proton (preve, suprima s) & toyota (vios, altis 2013) juga menggunakan tablet android sbg infotainment (radio,mp4,gps) dlm kereta.saya masih tertanya2 adakah pengeluar kereta skrg menggunakan tablet dari china ni. Lucu juga ye jenama2 tablet dari china ni :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebanyakan unit skrin sentuh dalam kereta dibuat dari China, memandangkan saya tak pernah guna saya tak boleh pastikan ia dari jenama apa, yg pasti jika ada jaminannya bersama, maka tak perlu risau

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. nak tanya tablet onda v701s vs ainol novo advanced 2 mana lagi ok?dari segi ketahanan dan baterI?tgh confuse tak tau nak beli mana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Antara 2 tu, Onda punya spesifikasi lebih baik, 4teras CPU, grafik CPU baik,

      kalau saya pilih Onda, yg penting pastikan ada tempat tuntutan jaminan waranti,

      Padam
  9. assalamualaikum... saya nak tnye.. macam mane kalau camera pada tablet jenama android x boleh dibuka dan show " no external storage available".... adakah saya perlu hantar ke kedai ataupun ade cara untk mmbetulkan nye..?? mohon answer... coz i want use that tab for my next sem..

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa baru beli dulu keluar tak macam ni ? dah cuba kad memori yg lain ?

      Padam
  10. salam,sy gunakn jnma iTab m4pro,,kononnya dr malaysia tp sy masukkn simkad tak blh nk bt pnggilln...klaw bt pnggiln dia akn kuar 'to make a call,turn off your flight mode'tp da puas sy belek mna tmptnya profil utk mmatikn flight mode
    hrp dpt bantu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, mode flight mode atau airplane memang mematikan /tutup radio GSM, >setting > wireless & network > more >> kosongkan penanda Airplane mode.

      Padam
  11. assalam, knape tablet tak boleh nak on? bila on dia akan papar '' android '' sampai le habis bateri ..ada yg tahu tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, tanda firmware .rom dah corrupt, maka perlu format secara mod recovery itu pun kalau model tu boleh buat,

      Padam
    2. model ini tiada mod recovery , jadi harus bagaimana ? hantar ke kedai ke ?

      Padam
    3. tidak semua tablet china mempunyai mod recovery, jika tiada mestilah dihantar ditempat yg dibeli

      Padam
  12. asssalamualaikum....sy nak tanya kat mana nak dapatkan pengecas tablet jenama Android...pengecas tablet sy rosak padahal baru setahun guna...tablet tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. rujuk wikipedia micro & mini USB , boleh beli mana2 charger berdasarkan kepala USB yg sama,

      Padam
    2. dah banyak kedai sy p cari dah ...tapi x ada charger yang sesuai dengan tablet sy...so....sy naK buat macam mana....sekarang.....

      Padam
    3. Apakah model tablet tu, tolong jangan spam,

      Padam
    4. Saya rasa charger tu ada, cuma nak kenal pasti apakah ia micro usb atau mini usb port,

      Padam
  13. macam mana nak kenal pasti ianya micro usb atau mini usb port?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baca dari sini
      http://en.wikipedia.org/wiki/USB

      Print dan bawa gi kedai

      Padam
  14. salam, saya ada beli tablet china. sekarang tablet tu tak boleh nak on. bila on dia akan papar logo robot android sampai habis bateri...boleh tolong saya tak ?

    Perincian tablet : 7" CPU ARM Cortex-A8, Android 4.0, 4GB Tablet PC, RAM 512MB

    BalasPadam
    Balasan
    1. lihat artikel "cara format dgn betul",
      1. masuk mode recovery
      2. pilih submenu wipe data

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. ok, saya dah wipe data dan dah berjaya on.
      cuma masalahnya sekarang kenapa interface jadi lain?
      icon-icon semua jadi besar. back button dah hilang.
      macam mana ni? boleh tolong tak?

      Padam