Jumaat, 15 Mac 2013

Aplikasi Launcer - MIHome Launcher

Launcher berperanan sebagai pelancar atau pengurus aplikasi pada Android. Ini pernah diterangkan pada artikel ;-

MIUI merupakan perisian sistem operasi yg mempunyai pengubahan kosmetik seakan2 iphone. MIUI bukanlah sebuah aplikasi, ia adalah sistem operasi yg berasaskan enjin Android. Apa yg menarik dengan MIUI ialah tema atau theme yg banyak dan menarik selain Go Launcher. Terdahulu juga pembangun pernah mengeluarkan MiLocker yg cuma boleh menukarkan tema pada Kekunci skrin .

Contoh antaramuka MiHome pada MIUI rom



Ramai yg sukakan tema yg menarik tetapi tidak semua peranti Android boleh dimasukkan dengan sistem Android MIUI. Atas permintaan inilah pembangun perisian MIUI mengeluarkan aplikasi launcher yg dipanggil MiHome. Struktur tema seakan2 TouchWiz Launcher yg digunakan pada Samsung Galaxy.

 
Pengurusan widget kelihatan seperti  Touchwiz , 

sokongan tema termasuk Kekunci skrin (Lockscreen)


Pada awal pembangunan MIUI adalah modifikasi Android yg meniru antaramuka IOS pada iPhone. Walaubagaimanapun, dengan kepelbagaian tema yg ada ia mengubah kepada tema lain yg agak unik dengan kumpulan ikon yg lengkap. Lihat saja contoh tema dibawah

Konsep tema yg agak gentleman
sumber gambar : forum phandroid






Ia juga mempunyai pengurus folder 
bagi susunan kategori pilihan pengguna.


Tema yg menarik dan berkualiti

Dengan kualiti resolusi tinggi pada tema yg digunakan, ia menjadikan konsep tema lebih sempurna dan bergaya. Terdapat juga tema yg mempunyai fungsi desktop maya seolah yg disusun objek yg relevan fungsi telefon pintar. 

Visual tema MiSpace yg boleh digunakan dengan MiHome

konsep Mi Space sebagai ruang maya kedua
video youtube oleh nana wu


Biarpun MIUI dibangunkan oleh jurutera China, ia boleh digunakan untuk bahasa lain (multilanguage) bagi Android versi 2.3 ke atas. Namun terdapat beberapa tema yg masih mempunyai font dalam bahasa Mandarin terutama pada kekunci skrin. 

MiHome Launcher boleh didapati secara percuma menerusi Google Playstore. Keperluan minima ialah Android 2.3 ke atas. Untuk lebih kelancaran yg lebih baik, MiHome disyorkan pada Android 4 keatas. Kepuasan peranti skrin minima ialah resolusi WVGA (800x800) bagi mengelakkan  herotan gambar pada tema yg digunakan.


MiHome Launcher

0 ulasan:

Catat Ulasan