Rabu, 3 Oktober 2012

Aplikasi Percuma - Periksa nadi jantung dengan Instant Heart Rate

Dengan bilangan aplikasi yg semakin meningkat timbul kesedaran untuk mengeluarkan aplikasi kesihatan.
Instant Heart Rate contohnya sebuah aplikasi mengesan bacaan jantung melalui sentuhan jari. 

Persembahan keputusan secara langsung



Menggunakan aplikasi ini sangat mudah, ia menggunakan kamera sebagai pengimbas dengan menggunakan sentuhan jari pengguna. Pengguna perlu meletakkan jari telunjuk pada lensa kamera untuk beberapa saat bagi mengambil purata denyutan. Tekan dengan perlahan sehingga jari menutupi keseluruhan cermin kamera bagi bacaan yg tepat

Sentuh kamera Android dengan jari telunjuk

Hasil keputusan menunjukkan tahap kesihatan jantung. Menurut pembangun perisian, ketepatan program ini diakui oleh jurulatih sukan, jururawat dan pakar kesihatan.



  • Kumpulan Hijau ialah tekanan rendah; Jantung pengguna yg sedang berehat, 
  • Kumpulan Kuning ialah tekanan normal; Jantung bekerja untuk aktiviti pantas & cergas
  • Kumpulan Merah tekanan tinggi; Jantung bekerja keras untuk aktiviti sukan & bersenam


Instant Heart
Rate Monitor







0 ulasan:

Catat Ulasan