Rabu, 3 Oktober 2012

Aplikasi Percuma - Panduan kecemasan dengan First Aid

Malang tidak berbau , itulah pepatah melayu menyebut bahaya kemalangan & kecelakaan boleh terkena pada sesiapa dan bila2 masa. Apabila berlaku, saksi kemalangan buntu enggan membantu kerana tidak tahu apa yg perlu dibuat bagi membantu mangsa. Sikap ini perlu diubah dengan mengambil kira kepentingan bantuan pertolongan cemas.


Pengarang juga mengingatkan kemalangan tidak semestinya dari kecederaan pemandu di jalanraya, ia boleh jadi dari segi serangan kesihatan seperti masalah jantung, masalah pernafasan dan tercekik dikalangan kanak2.



Tidak lama dulu berlaku kes bayi tercekik kerana kurangnya pendedahan apabila berlaku kecemasan, atas kejahilan individu terbabit bayi tersebut maut kerana bahan yg tersangkut gagal dikeluarkan.


Antara topik penting yg harus dibaca

First Aid American Cross ialah aplikasi yg ringkas tetap mempunyai kandungan komprehensif dalam bidang bantuan pertolongan cemas. Aplikasi ini mempunyai pelbagai topik cara memberi bantuan kecemasan dengan panduan serta gambar jelas.

Langkah demi langkah yg jelas difahami


 Terdapat juga video penerangan bagi membantu mangsa kemalangan atau pesakit yg boleh membantu sementara menunggu ketibaan paramedik & Ambulan.

Dengan ilustrasi dan video penerangan


Kaedah kuiz digunakan sebagai ulangkaji bagi memastikan pengguna mengingati & memahami sepenuhnya panduan kecemasan yg ditunjukkan.

Ada Pop kuiz 

Perisian ini sesuai untuk semua peringkat umur dan sangatlah perlu disimpan pada setiap peranti Android. Jadilah masyarakat yg mengambil berat & bertanggungjawab dengan meluangkan masa mempelajari pertolongan cemas. Sedikit kesedaran ini mungkin membantu nyawa orang tersayang dan mungkin nyawa anda sendiri


First Aid - American Red Cross ialah perisian rasmi yg dikeluarkan oleh Pertubuhan Palang Merah Amerika. Aplikasi ini adalah percuma sepenuhnya dan modul yg selaras dengan Pertubuhan Palang & Bulan Sabit Merah Sedunia. 

*Terdapat juga versi Britian (First Aid - British Red Cross) yg mempunyai konsep dan antaramuka sama.


First Aid 
American Red Cross




2 ulasan: