Jumaat, 5 Oktober 2012

Aplikasi Percubaan/Trial - Pemain lagu N7 Music Player

Setiap pemilik telefon Android mesti ada menyimpan koleksi mp3 lagu kegemaran. Kini ada pemain media alternatif selain "music player" sedia ada dalam Android. N7 Music Player menggunakan persembahan susunan teks nama artis dan Album Art (CD cover).

 



Inovasi susunan album antaramuka ini adalah yg paling menarik dan menjadi identiti N7 Music Player. Dengan menggunakan Pinch to zoom pada skrin utama, zoom pandangan pada nama artis yg akan berubah ke bentuk kotak Album Art. Pilihan ini akan memaparkan Cover CD album, tekan pada Album berikut untuk melihat tracklist atau senarai lagu yg boleh dimainkan.

  

Tidak semua maklumat artist dan Album Art yg disimpan pada server rujukan di Internet. Ini bergantung kepada sejauh mana ketulenan salinan mp3 atau media yg diperolehi, bagi lagu yg tiada Album Art , ia tidak menjejaskan apa prestasi N7 Player. Pengguna juga boleh memilih carian lagu mengikut simpanan Folder, Album, Artist dan Playlist. Ini sangat sesuai kepada pengguna bagi memainkan media yg disusun di dalam subfolder atau kumpulan artis.




Selesai memilih lagu, pendengar boleh menambah nilai kualiti bunyi yg dimainkan. Masuk ke dalam tetapan bagi membuat pilihan Equalizer. Ini berfungsi sebagai pemproses gelombang audio bagi menambah positif & negative pada kumpulan Bass , Treble & Mids semasa audio dimainkan.



Setelah mencuba N7 music player pengarang mengesahkan fungsi Equalizer memproses audio adalah antara yg terbaik setakat ini. Fungsi lain seperti SRS dan Bassboost adalah efek sampingan yg boleh dipilih semasa program percubaan sahaja (trial), adakalanya fungsi ini menenggelamkan kejelasan audio yg dimainkan.


N7 Music Player  dikeluarkan oleh N7 mobile sp. Aplikasi ini adalah percubaan (trial), walaubagaimanapun didapati ia masih boleh digunakan, cuma selepas tempoh percubaan ia mempunyai pop-up peringatan setiap kali membuka aplikasi tersebut.



N7 Music Player







0 ulasan:

Catat Ulasan