Selasa, 25 September 2012

Aplikasi Permainan Percuma - Temple Run (dan seangkatannya)

Temple Run  (Imangi Studio)

Konsep permainan Temple run ialah berlari mengelak, melepasi halangan sambil mengutip harta karun. Persembahan grafik 3D dan animasi yg sangat menarik dengan kalan permainan yg sangat mudah. Watak utama melarikan diri dikejar makhluk hutan sambil mengelak atau melepasi halangan dan lubang.

 

Arahan permainan ;-
Belok kanan - Slide ke kanan
Belok kiri - Slide ke kiri
Lompat - Slide ke atas
Tunjuk - Slide ke bawah
Sengetkan skrin bagi pergerakan bebas



Dibangunkan oleh  Imangi Studios yg juga menarik pembangun perisian lain mengeluarkan corak permainan yang sama.


Agent Dash - (Full Fat) 
Terdapat variasi lain pula yang di bangunkan Full Fat dengan tajuk yg dikenali sebagai Agent Dash. Sama seperti permainan Temple Run; Agent Dash berlari melepasi rintangan ala perisik James Bond dengan inovasi gadjet yg boleh digunakan, ini memberi kelebihan berbanding permainan asal Temple Run.

 

Disney Brave ; Temple Run (Disney)
Selepas Disney menayangkan animasi Brave. Sekali lagi idea ini diadaptasi corak permainan yang sama. Walaubagaipun Brave Temple Run adalah perisian berbayar. 

 

Panda Run
Ini pula Panda Run, seekor panda yg berlari di atas maze dengan mengutip mata bonus dan harta karun. Persembahan grafiknya yang ceria amat mengujakan.

 






2 ulasan:

  1. salam,nk tye.knpe game yg sye dwload tu slalu dwload sparuh je? dwload dye terberenti sndri,,ble cancel and dwload blek semula pon dye x dwload abeh,separuh jgak yg ddwload..pdahal mmory sy nie x pnuh pon,byak je kosong.harap tuan pye blog boleh menolng hamba yg nga susah nie.heLP2.huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kemungkinan ada bugs pada Google Play atau kekurangan memori

      Padam